Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 September 2013

Open House Sepanjang Syawal..

Hingga ke hujung Syawal, jemputan open house tak putus-putus.
Mana yang sempat, ibu terjah untuk penuhi undangan.
Badan dah makin mengembangggggg......
Rasa ngeri je bila ibu lalu tepi penimbang yang terbiar sepi kat rumah.
Maka berehatlah seketika penimbang akibat tuannya seolah-olah fobia....

Rumah ibu memang tak pernah ada istilah open house secara formal
sebab rumah ibu sentiasa "open" sepanjang Syawal.
Maklumlah anak-anak murid ramai.
Walaupun mereka dah melangkah ke sekolah menengah tapi
mereka tak lupa mengunjungi cikgu a.k.a ibu tiri yang garang tapi penyayang nie....cit!!!

Hari Khamis lepas rakan-rakan bercadang nak datang  beraya ke rumah.
Program spontan dan agak extrim yang sering kami lakukan.
Hari tu ibu bekerja seperti biasa.
Maklumlah ibu ni seorang yang terlebih rajin bekerja.....p/s : sila jangan percaya!!!!
So Alonglah mengambil alih tugas memasak dan menyiapkan apa yang patut.
(masa majlis ni along masih ada di rumah......)

Along tolong masakkan spaghetti bersama 2 jenis sos carbonara dan bolognise.
Ibu tempah ayam goreng rangup dan beli sedikit buah-buahan.

Beby pulak tolong masakkan  puding triffle sebagai pencuci mulut.
Beby memang teror bab-bab hidangan pencuci mulut.
Bayangkan esoknya dia ada trial SPM subjek add-math, malamnya gigih masakkan
puding ni walaupun diberi amaran keras oleh ibu.
Alahai, beby ni pelik sikit...katanya nak release tension.
Release tension la konon...bukan dia study punnnn.....huhuhu....

Ni geng sesi pertama.
Ada seekor kumbang antara bunga.
Cikgu ni memang sporting...pangkat adik manja dengan ibu...hehehe...
Alhamdulillah, ramai jugak rakan-rakan yang hadir.
Memang meriah sangat-sangat...
Mereka hadir dalam 2 sesi...

Baby kecik yang comel dipangkuan ibu......
Baik dan diam je Baby ni.
Geram ibu tengokkan...puas gomol-gomol dia.

Sesi ke 2 kaum ibu dengan anak-anak datang beraya.
Sementara kaum ibu sibuk bergosip di luar, anak-anak leka melayan cerita kartun.....
Gud boy...gud girl....
Tengok tu siapa disebelah Farouk...awek cun.....

Sementara itu ada saja group anak-anak murid datang beraya
sepanjang bulan Syawal..
Boleh dikatakan rumah ibu sentiasa menerima kunjungan.
Ada yang sempat ibu snap gambar dan ada yang terlupa.
Anak-anak murid yang dah melangkah ke sekolah menengah
tapi masih setia pada cikgunya nie....
Dialog penting:  Cikgu.....nak duit raya....
Ambo-amboi dah besar panjang pun masih nak mintak duit raya bagai.
Tapi ibu memang tak pernah lupa sediakan budget lebih untuk mereka.
Merekalah insan-insan jujur dan ikhlas........


Selepas kunjungan rakan-rakan ke rumah ibu,
giliran ibu pula berkunjung ke rumah rakan-rakan.
Yang bestnya kami pergi secara kumpulan/konvoi.
Program kami diadakan pada hari sekolah sebab weekend
ada undangan lain pula menanti....

Along merangkap pemandu ibu dan farouk sebagai bodyguard mengantikan ayah.
Kalau open house disebelah petang, memang ayah tak boleh ikut serta
kecuali hari minggu.
Open house di rumah rakan ayah diadakan sebelah malam....
So siang malam la ibu hadir open house.....

Siap sedia untuk menambahkan berat badan..
Makin berlemak sana sini...huhuhu.......

Antara rumah rakan-rakan yang sempat ibu kunjungi.
Sehari dalam 4-5 buah rumah yang ibu hadirrrr.....
Dan disaat ini hancur berkecailah diet  ibu..diet la sangattttttkannnzzz.......

Esok, lusa dan pengakhir Syawal ibu masih lagi menerima
jemputan open house daripada rakan-rakan ibu dan rakan-rakan ayah.......
Cepatlah Syawal berlalu dan selamat datang Zulkaedah.......

p/s:
Jap lagi ada pemantau nak datang.
Semoga dipermudahkan......aminn...

14 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

abis syawal kita diet sama-sama ye :)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Meriahnye open house akak..
nampak sedap puding triffle tu..pandai beby buat..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

ramainya tetamu.Alhamdulilah kata org tetamu bawak rezeki..

untung la akk ramai ank perempuan,semuanya chef2 belaka.hehe

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Begitulah mulianya seorg guru.. jasanya sentiasa dikenang dan disayangi ;)

lizz berkata...Reply To This Comment

Tak per kak lepas ni sambung diet ek...saya ni ha takder pun open sejak pindah jauh ni..kalo duk kl tu..ader jer open house...huhu...teringin maksn lemang ngan rendang...

nieda berkata...Reply To This Comment

boleh harap dah anak2 dara akak masak..

Unknown berkata...Reply To This Comment

sekejap sahaja masa berlalu ... ramadhan telah berlalu, syawal pun akan meninggalkan kita... zulkaedah pun menjelma

ummiross berkata...Reply To This Comment

Memang dah boleh diharap anak2 dara NzA, seronok kan tengok anak2 dah boleh berdikari menyediakan juadah untuk tetamu.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Itu yg best bulan syawal ni kak,. Meriah dgn makan dan makan :-)

ANIM berkata...Reply To This Comment

syawal di johor memang meriah..kami di SP dah slow down

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Meriahnya....
Ramai tetamu yg datang....seronok bila anak2 dah besar..dah boleh harap di dapur...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Untunglah rumah cikgunya dekat dengan sekolah, boleh juga anak-anak murid datang jenguk. Macam saya, rumah jauh, memang diorang tak datanglah...

Penimbang kat rumah tu bagi rehat sebulan dulu. Lepas tu boleh sambunv kerja balik... Hehehe...

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

wah... meriahnya open house...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Raya dah habis kak, tp byk je lagi yg masih terus on rumah terbuka sbb tak sempat buat sepanjang Syawal.. :D

About me