Percaya tak dengan tajuk di atas.....????? Silalah percaya...
Kisah benar yang terjadi pada ibu.
Airmata ibu boleh tumpah gara-gara 5 botol solivite.
Semalam ibu singgah ke EconSave yang terletak tak sampai 0.5 km dari rumah ibu.
Macam biasa bila terpandang minuman kegemaran anak-anak, ibu akan capai dan beli.
Dan seperti biasa Farouk akan booking perisa kegemaran dia.
Terpacul dari mulutnya : Ibu, air solivite ada lebih 2...satu untuk Along dan 1 untuk Angah.
Tiba-tiba ibu sentap.
Sayu dan sebak.
Airmata tiba-tiba mengalir.
Sedih sangat-sangat.
Kerinduan membuak-buak pada Along dan Angah.
Anak orang lain pun belajar jauh dan sedari kecil dah tinggal di asrama.
Releks je ibu tengok.....Ibu pulak over....huhuhu...
Ibu pun releks juga dimata kasar orang lain tapi jauh di sudut hati
terpendam rasa rindu yang amat sangat..
Mungkin Ibu tak sekuat mereka agaknya.
Ibu amat rasa kehilangan..
4Farah amat rapat dengan ibu.
Hubungan kami bukan setakat ibu dan anak tapi
kami adalah rakan baik, teman bershopping, tempat berkongsi rahsia, berkongsi kisah suka duka..
Yang pasti kami tak pernah berpisah lama.
17 tahun Along dan Angah membesar di depan mata ibu.
17 tahun Along dan Angah membesar di depan mata ibu.
Merekalah yang sentiasa disisi ibu bila ayah outstation...macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama-sama,..
Ketiadaan Along dan Angah membuat ibu amat-amat terasa kehilangan.
Ketiadaan Along dan Angah membuat ibu amat-amat terasa kehilangan.
Rupanya bukan ibu saja yang menangung kerinduan ini.
Ayah pun sama cuma ayah lebih kuat berbanding ibu.
Ayah : Abang ada meeting di KL selama 2 hari.
Balik dari KL abang nak singgah kat tempat along.
Ada apa-apa nak dikirimkan?????
Aduyai....rupanya kami sama-sama merindui anak-anak......
p/s:
Kenapa ye ibu tak boleh masuk ke blog "attyfir"
Kenapa ye ibu tak boleh masuk ke blog "attyfir"
13 ulasan:
memang ibu amat rindu... dinda ni hari2 teringatkan Qayyum... qayyum itu qayyum ini... rindu yang teramat sangat... ibu rindu dapt sms atau telefon dinda hanya melalui ustaz Qayyum tapi kami berdua memang rapat... baru teringat2 nak sms ustaz minta qayyum call pasti akan kedengaran nada dial istimewa
Mesti la sedih kak, dari kecik memang tak pernah berpisah. Sabar ya kak, semoga kerinduan itu akan terubat setiap kali akak pi melawat depa atau bila depa balik rumah waktu cuti..
Sabar ya NzA ...saya pulak yg terharu bila baca ntry ni...
17 tahun bersama, bila terpaksa berjauhan, tentu terasa walaupun hanya seminggu...
bertabahlah kak nza,perginya along n angah untuk mencari ilmu..mana ada ibu yg tak rindukan anak bila berjauhan
ibu mmg x pnh terubat rindu pd anak kn.. cuma ank2 kdg2 tak ingt ibu bila besar... huhu
Sabarlah ibu. Anak saya pula tinggal beribu ribu batu. Terpaksa pujuk diri anak pergi menuntut ilmu. Anak pergi berjjihad. Barulah terpujuk hati. Skype tempat melepas rindu.....
Terharunya ummi baca ni NzA, anak2 akan sentiasa dihati ibu.
sabar kak..doakan mereka selamat. Mau tak rindu kalau dah tinggal berjauhan.
anak2 dah makin membesar memangler perlu membawa haluan masing2.. semoga anak2 kita kaan terus menyayangi kita smp bila2...
hati dan perasaan seorang ibu. saya faham. mak pun sama. kalau rindu kat adik..setiap satu benda hatta yg kecik pun boleh buat dia sebak. bila dah rapat memang gitu kak.. sabar ya. diorag pegi menuntut ilmu..demi masa depan.
IM pun rindu kat anak-anak IM tapi IM simpan saja jauh ke dalam hati.
Tapi ibu-suri sebaliknya...
Alahai kak.. saya tumpang sedih baca entry ni. Sampai masa nanti, tiba jua giliran sy.. Bagaimanakah nanti agaknya?
Catat Ulasan