Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 September 2013

Skype...WhatsApps...SMS...FB...Blog

Sejak Along dan Angah berada jauh, 
kerinduan ibu pada anak-anak semakin hari semakin parah....
Aduyai...macam orang kena penyakit kritikal la pulak ibu nie..."OVER".....
Kerinduan ibu terubat bila dapat menatap wajah anak-anak dari jauh.
Mengikuti setiap perkembangan mereka melalui gambar-gambar yang mereka hantar
melalui FB dan Whatsaaps.....
Sekarang Angah sibuk dengan exam semester 1 dan agak menyepi.
Sesekali je ibu berhubung dengan Angah.
Ibu tidak ingin study angah terganggu......
Dari kejauhan ibu doakan agar Angah terus cemerlang di sana.
Ibu tahu Angah anak yang hebat.........
InsyaAllah beberapa hari lagi Angah balik bercuti sebelum melangkah ke semester 2...

Sekarang Along agak lapang.
Masih ada ruang masa untuk ber"skype" dengan ibu setiap malam
sebab seminggu Along ada kuliah cuma 3-4 hari saja....
Terubat rindu pada anak-anak.....
Emmmmmm...beginilah agaknya yang mama ibu rasa setelah ditinggalkan anak-anak.....

Aktiviti kami setiap malam....
Along dan Farouk masih mampu "bergaduh" manja a.k.a usik mengusik 
walaupun tinggal berasingan.
Terkadang hati ibu sayu bila melihat along makan sambil
ber"skype".
Along satu-satunya anak ibu yang kuat makan.
Paling menyentuh hati bila tengok along mengunyah makanan.
Kesian anak ibu.....huhuhu....

Namun ibu lebih beruntung berbanding mama sebab ibu mampu menatap wajah
anak-anak bila ber'skype'.
Ibu mampu menatap gambar dan mengikuti perlembangan anak-anak kerana setiap masa
mereka 'send' gambar-gambar mereka di FB , email dan whatsaaps.....

Gambar-gambar yang Along bersama rakan-rakan di UTeM.
Lega hati ibu bila menatap wajah ceria Along....
 Di bilik kuliah


 Bersama rakan sekuliah....

Anak manja walaupun dah menganjak dewasa....

Gambar-gambar Angah bersama rakan-rakan UiTM Kuantan.
Aktiviti santai-santai untuk relese tension bersama rakan-rakan.
Angah bertudung hijau bersama rakan-rakan di Teluk Cempedak....
Pic ni masa Angah baru abis exam.

Anak ibu yang berdikari.

Outing dihujung minggu bersama rakan-rakan..

Alhamdulillah anak-anak akan memaklumkan pada ibu
setiap aktiviti yang mereka lakukan setiap hari walaupun tanpa ibu minta.
Mereka sudah terbiasa dengan keadaan sebegini.
Kerana bagi mereka ibu orang yang paling rapat dan BFF mereka.

Setiap saat dah ketika ibu tidak putus-putus berdoa dan
bertasbih buat anak-anak ibu.......
Semoga Allah sentiasa melindungi Along dan Angah yang jauh
dimata dan sentiasa dihati ibu.....

24 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah dah ada teknologi canggih NzA, boleh buat itu semua untuk menghilangkan rindu dendam... mak kita dulu cuma mengharapkan surat dari kita untuk menghilangkan rindu bila jauh diperantauan :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Betul tu kak ibu .. anak2 adalah segalanya...

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

In sya allah anak ibu selamat ditempat mereka mencari ilmu demi masa depan

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

untunglah akak di kategori ibu moden kan..leh berskype, fb, blog sume..hilang juga sikit kerinduan untuk anak2..klu saya n mak saya, mmg harapkan telefon smata2 lah..itupon kadang2 miss jugak nak call hari2 sbb tak menyempat..wuwuwwuu

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

ohh kak nza..lupe plak nk reply..cafe rich house yg kat blog saay tu bukan kat bdr segamat.tp die dekat2 jek dgn simpang dari segamat nak ke kuantan tuh..before petronas..=)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Teringat masa ummi duduk di sarawak dulu, selalu juga ber'skype' dengan anak2.
Alhamdulillah, beruntung juga kita kan NzA, denagn adanya teknologi canggih, bukan setakat mendengar suara tapi dapat melihat wajah yang dirindui.
Seronok temgok Angah ceria bersama rakan2.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdullillah..lega hati bila dpt tatap wajah mereka, ye kak..lega bila tau keadaan s3masa n aktivii mereka..mak2 kita dl, ntah mcmana perasaan, mesti risau, anak dara yg tinggal brjauhn, lama2 sekli baru dpt jumpa..huu..

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
aha yatim, kalau kita dulu sekadar dpt call sskali guna public phone dh kira hepi sgt2 tapi anak2 skrg lbh bruntung....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
setuju sgt2....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Acik Erna
Amin...amin..amin...semoga sntiasa dilindungi...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
yelah lily...rasa amat brtuah krn skrg teknologi canggih mampu mendekatkan perhubungan yg jauh....setiap hr mampu memantau ank2....

oic, dkt trafik light tu ke lily....hr jumaat nk turun kuantan nnti nk singgahlah jugak....TQSM lily.

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
betul tu ummi, jarak yg jauh terasa dekat bila setiap hr boleh tatap wajah ank2 yg dirindui tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
mmg lega sgt2 eina, setiap masa mrk sntiasa maklumkan aktiviti yg mrk buat.....plg gembira bila boleh tgk mrk makan, study n mcm2 aktiviti yg dilakukan.....
2lh, mak2 kita lbh tabah ko n byk brserah pd Allah....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

bertuah skrang kan kak...mcm2 platform ade tuk lepaskan kerinduan anak...ye laaa ade wasaup, sms, mms, wechat, skype...yg penting ade internet heheheehe...

tingat jaman lieya dulu, mmg berutus surat ajek ngan mak abah kat kampung...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..senang hati bila tengok anak2 happy kan kak...

lizz berkata...Reply To This Comment

nasib baik boleh tengok muka dierang hari-hari walau berjauhankan kak terubat rindu...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

syioknyer.. dulu kita kalau rindu ngan mak guna tepon awamjer.. tu pun berbaris panjang gitu.. nak cakappun malu2 sebab ramai orang...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
betul tu lieya..ank2 skrg sgt2 bruntung dgn adanya kemudahan ni.....si ibu pn dpt lepaskan rindu pd anak2 di hujung jari....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
aha lily....lega sgt rasa hati....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lizz
2lh, setiap hari mampu menatap wajah ank2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cho
aha kan dulu mmg sukar nk brhubung.....trkdg mlm2 pn kena beratur pjg...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Beruntung kan ada teknologi canggih ni...boleh berhubung dan tahu perkembangan anak2.,,,

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Beruntung zaman sekarang. Saya masa sekolah berasrama dulu, telefon je yg jadi tempat luahan rindu. Sampai habis duit syiling kat situ...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

zaman sekarang semua dihujung jari.bertuah la boleh tgok anak2 hari2,dekat dimata dekat dihati.hehe

About me