Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 September 2013

Beby dan Solat Hajat Perdana.

Malam tadi sekolah Beby mengadakan Solat Hajat Perdana bagi pelajar-pelajar
yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM di Masjid Jamek.
Si Beby ni pun satu, selalu maklumkan pada ibu saat-saat akhir.
Biasa macam tulah anak-anak,
segala aktiviti akan dimaklumkan pada ayah terlebih dahulu dan
barulah ibu....huhuhu.....

Kebetulan ayah tak ada kerana ada meeting di KL selama 2 hari,
terpaksalah ibu pergi bersama Beby saja....
Yang kelakarnya ibu cadangkan kami pergi menaiki motosikal.
Terbeliak biji mata Beby sebab selama beli motosikal tu lebih kurang
setahun yang lalu tak pernah lagi ibu menaikinya.......
Dan untuk pengetahuan semua ibu tak pandai bawa motosikal.....he3X.
So semalam ibu sebagai pemboceng...
Itupun dah terjerit-jerit bila Beby bawa laju...
Dasar penakut....

SPM candidate.....

Bayangkannnn dua beranak yang berjubah nak merempit naik motosikal....wakaka....

Masjid Jamek ni dekat je dari rumah ibu..
Tak sampai 0.5km je pun.
Tapi yang tragisnya semasa tiba baru selesai operasi fogging.
MasyaAllah, asap berkepuk-kepuk buat ibu sesak nafas...Fuh!!!!!

Dua beranak ni sempat snap gambar bagai.
Sebagai kenangan untuk ditatap pada suatu masa nanti....

Selesai solat hajat dan majlis bacaan yasin disediakan
makanan untuk hadirin.
Ibu dan Beby cuma bersalam dengan cikgu-cikgu tanpa mengambil makanan.
Bukan apa, anak-anak ibu ni kalau dah malam-malam memang jarang 
makan nasi.
Takut membazir pulak.......

Ibu dan Beby singgah untuk beli burger bakar....
Burger bakar cheese yang melimpah ruah.
Untuk single sebiji RM7.50.
berbaloi-baloi sebab dagingnya tebal dan sedap.....

Burger bakar black pepper RM7.00
Ibu cuma beli 2 biji je dan kami kongsi makan berempat.
Itupun Farouk tak habis........

Semoga calon-calon PMR, SPM dan STPM
mendapat kejayaan yang cemerlang nanti...InsyaAllah...


15 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Pmr 2hb okt kak ibu... mama pulak yg mengelabah.... doakan muhammad akmal qayyum mohd nazri ye kak ibu

Unknown berkata...Reply To This Comment

Pmr 2hb okt kak ibu... mama pulak yg mengelabah.... doakan muhammad akmal qayyum mohd nazri ye kak ibu

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

inshaAllah, semoga lancar masa menjawab soalan peperiksaan nanti :)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

InshaALLAH.. semoga semuanya berjaya...
Rock tu NzA.. jadi minah rempit ehe ;).

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
Aha, ramai jugak ank2 kwn yg ambil PMR....Begitulah naluri seorg ibu...setiap kali ank2 nk exam, kita yg tr"over" gabrah....
Gud luck Qayyum...Semoga dpt kejayaan cemerlang...InsyaAllah....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Ann Ishak
InsyaAllah...amin....

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
Amin...
Hehehe..sskali yati...tu pn nza membonceng sbb xpndai bawa moto.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Semoga dapat keputusan yang terbaik dalam PMR yang akan bermula minggu depan...

Tapi, kenapa hujung entry tetiba cerita pasal burger bakar ek...? Hehehe...

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM pun akan tepuk bahu anak Along bila terasa dia bawa laju dan kona baring. Puluhan tahun dah tak membonceng!

gayat!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

good luck for spm tu nanti ye beby..=)..nway, menggiurkan sungguh nmpak burger bakar tuh..=p

azieazah berkata...Reply To This Comment

Semoga anak-anak kita akan beroleh kejayaan dan ketenangan dalam peperiksaan.

ummiross berkata...Reply To This Comment

hehehe NzA..bestnya merempit dua beranak.
Ummi pun takut juga naik motorsikal, kalau masa corner tu, rasa macam nak jatuh ke tanah je rasanya.
InsyaAllah, moga Allah permudahkan Beby untuk menghadapi peperiksaan nanti.

ummiross berkata...Reply To This Comment

hehehe NzA..bestnya merempit dua beranak.
Ummi pun takut juga naik motorsikal, kalau masa corner tu, rasa macam nak jatuh ke tanah je rasanya.
InsyaAllah, moga Allah permudahkan Beby untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

in syaa allah semoga anak2 kita semua berjaya dalam peperiksaan mereka

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Anak dan ibu sama2 bergaya ...
Sesekali merempit syok jugakan...hihihi
Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah anak2 kita...

About me