Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Mac 2013

Tahniah Along!!!!

Tiada hadiah yang berharga buat seorang ibu selain dari melihat kejayaan anak-anak.
Alhamdulillah ibu amat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak 
yang mampu buat ibu dan ayah bahagia.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk malah jauh sekali untuk mendabik dada.
Dan ibu dah sering nyatakan di sini blog ibu adalah catatan harian kami
sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila....

Minggu lepas Along dah dapat result examnya.
Dan minggu ni pelajar cemerlang menerima surat penghargaan daripada
Pengarah Kolej Matrikulasi secara individu.

Alhamdulillah setiap kali peperiksaan yang diduduki di kolej
Along mampu dapat kecemerlangan walaupun pada awalnya
dia sering mengadu agak sukar untuk mengejar setiap subjek
akibat persaingan dari rakan-rakan disana.......

Surat penghargaan daripada Pengarah Kolej di atas kecemerlangan Along
dalam Peperiksaan Pertengahan Semester..

Syukur Alhamdulillah, 
Along terus kekalkan kecemerlangannya hingga kini.
Along buktikan walaupun dia pegang jawatan Exco dan jawatan penting di kolej
tapi dia tetap mampu membahagikan masa antara ko-ku dan akademik.
Kerisauan ibu telah along rawat dengan kejayaan.

Ya Allah, ibu amat-amat bersyukur
 kerana Allah sering kabulkan doa-doa ibu
buat anak-anak tersayang.....Alhamdulillah.....

p/s:
Juga Tahniah untuk Naurah kerana mampu meraih straight A dalam exam PBS
pertama di sekolah menengah.
Juga untuk Beby Najdah yang mendapat markah tertinggi keseluruhan dalam BI.
Moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah.

18 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ibu dinda tumpang berbangga bagi dinda apa sahaja coretan ibu seolah seperti motivasi untuk dinda mahukan anak-anak cemerlang seperti ibu...

Kita perlu think +ve disetiap pembacaan agar ia memberi perangsang bukannya menyebabkan hati kita menjadi kotor akibat menyalahkan disetiap pembacaan...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...segala puji pujian bagi Allah!!!

Tahniah kak...family akak mmg idola lieya...akak pun same sbb akak ibu yg berjaya...berjaya mendidik anak2 dgn bijak....ni permintaan lieya kak, boleh akak tunjukkan care akak kawal dan didik mereka dirumah....lieya nak sgt miamija jadi mcm anak2 akak..baik, dgr kate dan bijak2...

Unknown berkata...Reply To This Comment

tahniah,..syukur...

aizu's life berkata...Reply To This Comment

salam...
tahniah along.. smoga trus sukses :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah..sejuk perut ibu mengandung.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Saya yang membaca pun terasa seronok, apa lagi ibu yang melahirkan mereka.

Farouk pula macam mana...?

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tahniah Ibu. Saya pula ras terharu baca entry nie. Seronoknya.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..congras Along...congrats buat Naurah n Beby jugak..ikut sejuk hati tgk kecermelangan anak2 kak nza nih..=)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

tahniah along.. ibu mana yang tak gembirakan.. moga ini juga menjadi pemangkin semangat untuk kami sebagai rakan blogger dalam mendidik anak...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Tahniah utk anak2 NZA.......Tahniah jugak utk emak dan ayahnya ya....tumpang bangga....

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

tanhian untuk anak2 akak.pasti bangga dengan kejayaan mereka..hrp2 ank2 saya pun macam tu suatu hari nanti..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Baru berkesempatan singgah.. tumpang gembira dengan kejayaan Along, tahniah2x Along dan anak2 NzA yg lain yang turut cemerlang, bahagia hati ibu ayah..Alhamdulillah.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tumpang gembira dgn kejayaan anak2 Yah. Moga mereka terus cemerlang.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .congrat along n dinda. . .X lupa anakanda yg lain juga. . .
Keep up the good job. . .
Sesungguhnya Allah mendengar setiap doa dari bonda. . .
Semuga kejayaan dunia akhirat melimpahi kehidupan dinda sekeluarga,doa kanda dari kejauhan. . .

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

In extraordinary instances, some individuals might have to go for for [url=http://ywashst.com]buy lifecell[/url] so surprised at the real difference with your physical appearance following using this item. lifecell If that is the case there are no longer much you can do http://ywashst.com exfoliate your skin layer.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, tahniah! Saya tumpang seronok dengan kejayaan anak2 kak Nza :)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah Along..Moga terus cemerlang..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

senang hati dan sejuk je dada bila dtgsini baca tentang kisah kejayaan anak2 akak..semoga anak2 sy pun begitu..jadikan anak2 akk inspirasi takpe kan..:)

About me