Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2013

Biz Ibu Pula...Baju Kurung + Jubah blink-blink.

Anak nak berbisnes, ibu pun tak nak kalah.
Sebenarnya sebelum ni ibu ada juga order kain batik Sarawak daripada kanda 
tersayang Ummiross.
Tak adalah banyak sangat tapi sekadar 20 helai setiap kali order..
Itupun banyak yang ibu guna sendiri.
nafsu ibu tak boleh tengok kain yang cantik-cantik,
semua ibu belasah.......
Sekurang-kurangnya dapatlah pakai kain lebih murah atau free......hehehe...

Masa pergi Vietnam hari tu ibu pergi ke sebuah butik milik Melayu Champa.
Banyak juga ibu borong baju kurung + jubah sulam manik.
Kawan-kawan berkenan dan suka belek-belek baju-baju yang ibu pakai
setiap kali  ke sekolah.
Malu tau..(eeee....gediknya!!!).

Rakan-rakan cadangkan agar ibu order untuk mereka.
Kebetulan ibu dapat kad biz dari butik tu.
Ibu cuba nasib contact anak teruna pemilik kedai tu.
Alhamdulillah dapat respon yang baik walaupun ianya memakan masa
berminggu-minggu.

Ibu mula berurusan dan ibu terpaksa melabur modal dulu untuk
buat tempahan yang melebihi ribu RM.
Setelah berurusan dan bank in duit, ibu cuma berserah.
Kalau ada rezeki sampailah baju-baju tu ke tangan ibu.
Maklumlah, ibu tak pernah bersua dengan anak teruna nie.
Entah betul ke dia atau sekadar menyamar.
Syukur Alhamdulillah, dia sangat jujur.
Setelah ibu bank in duit...4 hari kemudian............????????

Petang tadi ibu terima bungkusan dari seberang lautan.
Walaupun ibu dapat harga baju + jubah agak murah tapi rupanya bayaran tax + postage
lebih mahal daripada kos tambang ibu ke Vietnam.
Aduyai.....terduduk juga ibu seketika.
Tak cukup dengan itu, ibu dikenaikan lagi cukai RM50 setelah barang itu tiba depan pintu rumah.
Entah berapa banyak cukai yang perlu ibu bayar.......
Berpeluh ibu sampai ke hujung kaki.....

 Tanpa membuang masa ibu buka kotak bungkusan tu.
Senyum kelat bertukar manis ( manis la sangat.....ibu ni kalau senyum pun nampak serius jerrrr)

Susunan baju kurung + jubah di depan mata.
Tiba-tiba hati berubah.
Ibu lihat semuanya cantik-cantik.
Tergugat hati ini.
Rasa semuanya ibu nak pakai.......
Bila fikirkan duit modal ribuan RM tu tiba-tiba ibu insaf walaupun
ibu dah rembat beberapa pasang untuk diri sendiri.....
Memang tak boleh buat biz la ibu nie......

 Sample baju dan jubah yang ibu order.
Gambar ni anak teruna Wy yang emailkan pada ibu untuk dipilih.
Rambang mata tak??? rambang kan..kan..kan....

Inilah antara baju kurung yang sampai ke tangan ibu.
LipLap-liplap berkelipan....
Mana hati boleh tenang.....

Alhamdulillah sebaik sampai je ibu dah terima tempahan
dari rakan-rakan.
InsyaAllah kalau biz nak berjaya ibu akan order lagi.
Agak-agak boleh caya ke ibu nak buat biz nie?????

Selingan :
timbunan kain pasang yang ibu beli masa pergi Vietnam hari tu.
Ini dah tinggal separuh sebab yang lain rakan-rakan minta beli....
Ada lagi antara kain2 ini masih belum berjahit......huhuhu....

p/s:
Kalau ada rakan-rakan blog yang berminat boleh la 
ibu order lagi.
Sepasang ibu jual antara RM98-Rm120 tidak termasuk postage.
Cuma untuk waktu terdekat ibu kena kumpul dulu modal
yang ibu laburkan tu....

18 ulasan:

  1. Wahhhh anak beranak otak bisnes ni kak...bagus2...tp tang akak tergode dulu tu kelako kak...lieya pun silap2 mcm akak....pilih dulu utk sendiri sebelum bawak meniaga hahahahahah

    BalasPadam
  2. Wahhh cantik2 semuanya! Selamat berbisnes, kak Nza. Saya doakan semoga sukses, amin. Saya susah nak order baju online disebabkan saiz badan yg berbeza atas bawah ni, kehkehkeh!

    BalasPadam
  3. Waaa!!!, NzA... cantik2 tu, bestnya dapat beli kain dari Vietnam. InsyaAllah, moga menjadi pembuka jalan kepada dunia bisnes baru. Selamat maju jaya ye NzA. Ummi sokong seratus peratus.
    Ps ; Tq dear atas sokongan, mmmuahh!!.

    BalasPadam
  4. Cantiknya.....mmng rambang mata dibuatnya....selamat berbisnes ya...

    BalasPadam
  5. canteknyeee kakkkk... haruslah tergoda iman..kalau eina pun, jd waswas nak juga ke idak..tp tulah, byk sgt buat apa, lg pun, dh byk pelaburan tu.. hehe~

    BalasPadam
  6. baju kurung tu kain cotton ke kak nza..cnteknye penuh manik2..ada size xxxl tak..hehehe

    BalasPadam
  7. Cantik² semuanye kak...
    Good Luck untuk bisnes baru akak..

    BalasPadam
  8. Wah, memang menggoda semua kain2 tu!
    Moga bisnes Yah makin berkembang..

    BalasPadam
  9. Wah ctk le kak ibu..... good luck utk kak ibu semoga berjaya

    BalasPadam
  10. mmg cantik2 dan berlip lap,sy tgok pun rambang mata..klu nak berbisnes kena tekun kak,Insyaallah boleh berjaya..chaiyok!

    BalasPadam
  11. As salam Kak,

    Kalau saya pun jenis rambang mata! Nampaknya akak kena jual dgn harga tax & pos sekali... kalau cantik harga bukan masalah kak! Org kita kan suka shopping!!! Semoga berjaya & murah rezeki :))

    BalasPadam
  12. fuh..kuat betul godaan kan. tapi jubah2 tu cantik hiasannya.

    selamat berbisnes ye kak..jangan separuh dah simpan utk sendiri sudah..hehe...

    BalasPadam
  13. wah cantik2 bling2 tu..harga pun mesti blh tahan jugak kan sis..
    lps ni bersakan la kt school hehe..

    BalasPadam
  14. Saya memang tak pandai berbisnes. Dan saya tak pandai shopping pakaian. Hehehehehehe

    BalasPadam
  15. wah cantiknya. ni sume baju ready made ke? saya x leh pakai yg ready made. x sedap..

    BalasPadam
  16. Bju kurung 2 brapa ek ?

    BalasPadam
  17. Atas gambar jubah 2.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.

About me