Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mac 2013

Edisi Makan-makan Pulak...

Terima kasih semua di atas ucapan dan doa-doa untuk Along dan anak-anak ibu yang lain..
TQSM.....kerana sentiasa mendoakan kami sekeluarga.
Ibu tak berkesempatan lagi untuk membalas komen-komen...huhuhu...

Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along ke kolej.
Kali ini kami dah tak shopping tapi window shopping sambil makan-makan je.
Stok duit dah habis sewaktu  pergi shopping masa jemput along
hari Jumaat.....

Naurah dan Along sedang memilih aiskrim yogurt.
Dari belakang dah nampak mereka macam sebaya walau beza umur
antara mereka berdua agak jauh (6 tahun)......

2 skop = Rm5.60.
Macam-macam perisa ada.
Rasanya pun sedapppppp.....


3Farah sedang menikmati aiskrim yogurt dan kek.
Edisi mengembangkan badan.
Yang peliknya Naurah dan Angah tetap sekeping je cuma Along je
dah berisi sejak masuk matrik.
Alasannya sebab makan nasi kawah....hehehe...alasan je tu.

Selesai makan kami sekadar window shopping.
Sambil-sambil tu  along ajak ayah ke pesta buku
yang sedang berlangsung kat Melaka Mall untuk
habiskan boucer buku yang dia dapat bulan lepas.
Tapi rupanya banyak buku-buku lama yang dilelong kat situ.

Rasa rugi pulak sebab Along dapat baucer setelah dah nak tamat
pengajian sedangkan baucer tu tarikh luput pada akhir bulan 5 nie.....
Terpaksalah KIV dulu dan ibu cadangkan agar along beli masa balik bulan 5 nanti.....

Penat berjalan haus la  pula.
Masing-masing nampak oreo shake .
Singgah dan order lagi.

Tak cukup makan di sana tapau makan dalam kereta pulak.....

                                     
Besarkan roti ni....Naurah panggil roti dynasor....

Kesian budak ni.
Lapar agaknya... 
Kembang pipi dia sebab penuh dengan roti....
Kalau pergi shopping confirm farouk kami tinggalkan window shopping dengan ayah....
hehehe.....

Kesimpulan : Kalau keluar dengan anak-anak kena sediakan
stok duit yang lebih.
Kalau tak shopping kain/baju/beg/kasut mereka nak makan macam-macam...
Alahai.........Apapun ibu bahagia bila bersama mereka.....

18 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Bila dengan anak, diorang tak minta pun, kita offer... kasih ibu kan kak..

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul tu kak..kalau dgn anak mmg kena spent duit lebih..mcm2 diorang nak.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Yang bawak kereta tu supir 'baru' hari tu ker...? Ada sticker P kat belakang... hehehe...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Comel ja Farouk makan sampai kembung pipi tu, hehe.
Nampak sedap plak aiskrim yoghurt tu, yum yum..Ait, mana Beby?

Unknown berkata...Reply To This Comment

Hehehehehe....anak ramai mcm tu le.... yg anak 2 org ni pun dah diberi list apa nak beli cuti sekolah

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

hehe..takpe kak yang penting anak² happy..hati senang bila tgk anak² gembirakan kak.. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
betul tu azie....kasih ibu.

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
terkdg si ibu pn sama jugak...hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
si ayah yg jadi pak supir ttp skrg dua2 kereta kena tmpal stiker tu sbb kalau dia nk drive senang.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
dh kebulur sgt la tu....lapar sgt tu dinas smpai abis licin dia mkn.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
gitulh...kat beg kena sntiasa sediakan duit lebih sikit.....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
betul tu...yg pnting mrk hepi.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

edisi shopping dh habis..edisi makan plak..sama je duitnya terbang..tp utk anak2, n utk makan buat apa berkira..klu berkira sgt kedekut namanya kan..:)

time remaja belasan taun ni mmg badan ssh nak naik.tggu je lepas spm nti, macam along jugak chubbynya..sy dulu pun start badan naik bila dh masuk u..sbb byk tido n makan kot..:)

Unknown berkata...Reply To This Comment

saya ada anak sorang pun pening kepala kalau keluar semua dia nak,,,hihii..semua dah besar eks anak2 akak

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alamak...menarik hati plak tgk roti tu kak....mcm gebus semacam jek hah hehhehe

Salmi berkata...Reply To This Comment

Biasalah anak2.. tau minta itu dan ini je.. Kadang2 ibu juga yang telan air liur tengok duit ayah mengalir. hehe..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Oh, ye! Perasan juga Along macam berisi sikit..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@Kak NzA

ooo beruntungnya ada ramai 'supir'... ^_^

About me