Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mac 2013

Edisi Shopping Lagi

Salam sayang semua.
2 hari ibu menyepi sebab di rumah line internet ada masalah.
Hari ni baru ok...Alhamdulillah.

Semalam selepas solat Jumaat kami bertolak ke Melaka
untuk menjemput buah hati ibu....
Kali ini  merupakan cuti terakhir Along sebab lepas dia akan tamat
pengajian di Matrikulasi dan bercuti panjang.....

Macam biasa hobi kami ialah shopping.
Setiap kali ke Melaka pasti kami akan singgah bershopping....

Kali ini Along tunggu kami di Tesco Melaka.
Singgah sini sekejap untuk beli sushi sambil cuci-cuci mata....
Sambil tu nak beli dress untuk along sebab dia ada majlis@program di kolej.
Penat pusing cari dress tema garden tapi tak ada yang sesuai....
Cerewet betul anak dara ibu....


 Wajah yang ibu rindui.
Dah 1 bulan lebih kami tak jumpa.
Rindu sangat-sangat kat Along.



Along ajak ayah ke Dataran Pahlawan pula..
Singgah solat Asar sebelum operasi shopping di Dataran Pahlawan.

Pot kegemaran anak-anak ibu.
Kat sini ibu beli t-shirt untuk Naurah dan along beli 2 helai blouse.....

Ya Allah penatnya nak melayan kecerewetan Along memilih dress.
Entah berapa banyak kedai kami masuk tapi tak ada yang berkenan.
Sabar jelah melayan citarasa anak-anak sekarang.
Akhirnya ada la sehelai gaun labuh warna peach yang dapat menambat hatinya.
Bila tengok harga berpeluh ibu.

si ibu pun dah rambang mata.
Terpandang handbag yang maching pulak dengan jubah ibu pakai tu....hehehe...
Namun iman kena kuat melawan perasaan sebab bulan 6 ni ibu ada visi dan misi yang lebih besar....

2 beradik ni pun tak nak kalah.
Misi nak beli dress tapi benda lain pula dibeli......
Masing-masing terbeli handbag.
Dah anak dara katakan.
Aduyai kalau ibu dulu nak beli  handbag yang harga Rm20-RM30 pun kena fikir 10X tapi
anak-anak sekarang setakat  handbag harga RM200-RM300 tu macam biasa-biasa je...
Boleh cakap "murah aje"......huhuhu.....

Handbag angah dan along.
Ibu belikan mama sepasang kasut valentino collections.
Dah lama tak beli hadiah untuk mama.
So untuk ibu kena KIV dulu la......

p/s:
Dapat perkabaran gembira dari along...
Nanti ibu cerita pada n3 akan datang.....

23 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . . Shopping...shopping. ..shopping. . .
Ginilah kalau ada ramai gugurls kan dinda. . .

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaijat
huhuhu....boleh muflis tau....

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Nasib baik saya tak minat shopping... Hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
hehehe....boleh geng dgn farouk....

makchaq berkata...Reply To This Comment

Jalan2 shopping2 memang best la kan.. Banker yg garu kepala.,.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Terubatlah rindu pada Along :)
Eeee dah lama saya tak shopping! Oklah tipu, baru ja minggu lepas saya shopping, kehkeh.

lizz berkata...Reply To This Comment

waa seronoknyer shoping2...
olong memilih yer...mungkin dier cari dress yang paling sesuai dengan dia...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

wah, shoping lagi, bestnya!


sian Farouk.. tak muncul pun dalam gambar2 di atas

Unknown berkata...Reply To This Comment

sakan anak beranak shopping

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah shoping...

NzA berkata...Reply To This Comment

@makchaq
mmg best...terapi minda ttp trkdg boleh buat brtmbah stress bila duit dh habisssss.......

NzA berkata...Reply To This Comment

@lizz
Alhamdulillah trubat la sikit kerinduan nie ttp dh rindu semula...huk.huk.huk.....
ye ke lama xshopping dinas?....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ibuintan
mmg best..lg2 ada geng...hehehe..

masa ni farouk n ayah dh leka tgk kereta F1 yg dipamerkn kt situ...

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
gitulh kalau kami kluar brsama......huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@izan mama mia
i like it....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
2lh trubatlah rindu walaupn seketika ttp skrg rindu brsarang semula...huhuhu....
hehehe yelh tu dh lama xshopping...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Way..seronoknya soping...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Beginilah jika ramai anak dara.. Dah tak tau siapa yang tumpang siapa sebenarnya.. hehe...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

seronok bila ramai anak dara,ramai geng utk buat shopping,yg tak berapa best kocek pun rabak dek anak2 dara ni.haha

Unknown berkata...Reply To This Comment

bestnya bershopping... dinda pulak hujung minggu ni Qayyum cuti sekolah...siap le mama kena dengan dia ni...hehehehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@NzA

Patutlah Farouk xde dalam gambar... hehehe...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

anak2 girl giniler pulak yerk.. nanti smplah masa saya juga nanti...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Bab soping2 handbag ni yang tak tahan ni, tergoda ummi ni NzA.

About me