Bisnes la sangat....hehehe...
Beberapa bulan lepas ibu ada buat n3 tentang Beby a.k.a Farah Najdah
buat biz keychain dari kain felt.
Klik SINI.
Beby terpaksa "bersara" seketika dari dunia biz sebab tahun ni dia akan duduki SPM.
(Macam la dia study hard untuk exam tu....huhuhuhu......)
Banyak kain felt dan bahan-bahan untuk membuat keychain tu tersadai sepi.
Sayang pula ibu tengok semua tu.
Ibu cadangkan angah a.k.a Farah Nadiah pula ambil alih untuk hasilkan keychain.
Maka dengan gigihnya angah memulakan operasi tu.
Untuk permulaan ni ibu jual di "gerai kecil PSS".
Ibu ambil sedikit sebagai komesyen untuk disalurkan pada PSS.
Tak adalah banyak sangat pun sebab harga yang angah letak pun
murah je antara RM1.50-RM2.50.
Maklumlah nak jual pada budak-budak tak boleh letak
harga yang tinggi.
Sekadar dapat sesen dua untuk isi masa lapang.
Keychain yang 90% siap.
1 malam Angah dan ibu dok mengadap benda alah nie.
Leka juga.
Ni pula 'plush'.
Yang ini dijual dengan harga RM2.50 keatas mengikut saiz.
Setakat ni Angah buat sekitar harga RM2.50.
p/s:
Kalau ada sapa-sapa nak tempah boleh order ye...
hehehe...tolong promosi untuk Angah.
14 ulasan:
. . .Good job. . .
Alahai comel2 mesti cepat laris.. .
kreatif anak-anak akak...:-) bagus la...
Kalau order banyak boleh dapat diskaun tak...? boleh letak kat koperasi sekolah.
wah kak..ni namenye bisnes warisan turun temurun hehehhehehe
kemas dan warna warni....suke tgk ..
Colourful..cantik2x:-).. suka2x.. sure laku ni.. bagus la anak2x akak, berkemahiran semuanya.. good job !
salam
Lama ta tak jejak sini.pekabar?
NzA, ummi rasa family NzA ni memang semuanya ada bakat seni, kreatif lagi, comel2 ummi tengok hasil kerja Angah tu.
comel nyer...
comel2 jer semuanya.jadilah kak wpun kecik sumbangan tu tetap dpt pahala..:)
Ternyata kreatif yang amat. Aduhaiii cantik sungguh.
alamak kenapa lambat sangat promote ni kalau tak boleh tempah untuk kawan2 sumaiyyah sempena birthday dia hari tu...
comel2 belaka.hehe
Wah, anak-beranak berbisnes ni!
Anak2 akak tau membeli je. hehe..
bole buat hadiah GA ni kak.
Catat Ulasan