Salam rindu semua.
Maaf ye sebab ibu tak sempat nak balas komen-komen kat blog.
Ribuan terima kasih di atas ucapan tahniah buat Angah...TQSM.
Cuti kali ini ibu berpeluang balik ke kampung di Kelantan.
Tiba-tiba tergerak pula di hati nak buat n3 tentang tempat
yang paling ibu suka pergi bila balik bercuti.
Maklumlah, hobi ibu ialah bershoppingggggg....
Kalau ke Kelantan mesti perkara pertama bermain di minda ialah
aktiviti bershopping dan menghabiskan "pitih"......
Kali ini ibu akan catatkan beberapa tempat yang
perlu kawan-kawan lawati jika ke Kelantan.
Kali ini ibu akan catatkan beberapa tempat yang
perlu kawan-kawan lawati jika ke Kelantan.
A. Rantau Panjang
Tak sah kalau datang ke Kelantan tapi tidak mengunjungi Rantau Panjang.
Jarak Rantau Panjang ke Kota Bharu dalam 35-40km.
Tak sah kalau datang ke Kelantan tapi tidak mengunjungi Rantau Panjang.
Jarak Rantau Panjang ke Kota Bharu dalam 35-40km.
Pintu masuk utama.
Kalau hendak ke Golok, Thailand kita akan melalui
Kompleks ICOS Rantau Panjang.
Tapi kalau nak ke sana mesti ada pasport ye......
Masa kecil dulu ibu selalu habiskan cuti sekolah di Siam @ Selatan Thailand
kerana mak long ibu menetap di sana.....
Memang seronok menghabiskan cuti di sana kerana banyak aktiviti
yang pelik dan tidak masuk akal yang ibu serta rakan-rakan lakukan.
Seronok bila ingatkan zaman kanak-kanak.
Entah dimanalah rakan-rakan sepermainan ibu semasa tinggal di sana dulu.....

Ini adalah pintu ke 2 untuk keluar dari Pekan Rantau Panjang...
Biasanya kalau beli tak banyak memang tak perlu bayar cukai....
terutama barangan yang kita beli untuk kegunaan sendiri..
terutama barangan yang kita beli untuk kegunaan sendiri..
Ini pasar yang baru siap dan belum lagi beroperasi.
Dengar khabar ianya akan mula dibuka lepas pilihan raya nanti...
Angah dan Naurah je ikut ibu sebab sekarang cuaca sangat-sangat panas.....
Kanak-kanak ribena yang lain ibu tinggalkan.....
Kanak-kanak ribena yang lain ibu tinggalkan.....
Shopping sakan si Angah nie....
Aduyai..ibu terpaksa mengalah je kali nie.....
Kalau musim cuti Pekan Rantau Panjang memang sesak.
Ramai sungguh pengunjung luar dari Negeri Kelantan.....
Maklumlah barang-barang kat sini murah dan unik.
Kalau tak silap ibu 90% barangan sini adalah dari Siam@Thailand.

B.RTC ( Pusat Transformasi Luar Bandar).
Rasanya tempat ni mula beroperasi tahun lepas.
Terletak diperjalanan antara Wakaf Che Yeh menghala ke Pasir Mas.
Dari Kota Bharu dalam 8-10 km je kot.
Dari Kota Bharu dalam 8-10 km je kot.
Ada macam-macam dijual kat sini.
Dari buah-buahan, lauk pauk, kuih muih/makanan tradisi Kelantan dan
ada juga produk kecantikan/penjagaan diri keluaran Kelantan.
Dari buah-buahan, lauk pauk, kuih muih/makanan tradisi Kelantan dan
ada juga produk kecantikan/penjagaan diri keluaran Kelantan.
Ala-ala pasar jugak cuma ianya beroperasi sebelah pagi hingga tengahari je.
Kalau lambat pergi confirm habislah lauk pauk yang segar-segar dan murah....
Kat sini juga ada perkhidmatan BSN.
Farouk dan Iman sibuk je nak sosej bakar.....
C.Wakaf Che Yeh
Pusat membeli belah terkenal jugak nie.
Biasanya dibuka sebelah malam hingga awal pagi.
Kat sini pun macam-macam dijual termasuk kain baju dan tudung yang murah-murah dan terkini.
Semakin menjelang malam semakin meriah.
Gerai makan pun banyak.
So tak perlulah risau kalau perut lapar di malam hari....
Gerai makan pun banyak.
So tak perlulah risau kalau perut lapar di malam hari....
Masa ibu pergi jam menunjukkan pukul 9 malam.
Masa tu dah ramai orang.
Tapi jangan risau sebab ada tempat parking yang besar dikawasan nie.
D.Pengkalan Kubur @ Zon Bebas Cukai
1 tempat je ibu tak sempat pergi masa balik kampung kali ini iaitu Pangkalan Kubur.
Rasa terkilan pulak tak sempat ke situ....huhuhu.....
Ibu ada lalu kawasan ni tapi masa ibu pergi dah agak petang.
Kalau singgah takut tergesa-gesa sebab Pengkalan Kubur ni di tutup pada sebelah petang.
Kalau nak beli pinggan mangkuk / periuk belangga bolehlah ke sini.
Kebanyakannya produk dari luar negara.
Ibu suka beli periuk vision kat sini kerana ianya murah dan tahan lama.
gambar ibu ambil dari en.google.
Selain daripada tempat-tempat yang ibu senaraikan di atas tu,
di bandar Kota Bharu pun sebenarnya banyak jugak pusat membeli belah
yang terkenal seperti KB Mall, Tesco, Mydin, Pantai Timur, Billion dan macam-macam lagi.
Cuma bila sebut pusat membeli belah barangannya sama je kat mana-mana
pusat membeli belah di seluruh negara.
Bilanya orang yang datang ke Kelantan mesti mereka inginkan sesuatu kelainan.....
So pergilah terjah ke tampat yang ibu senaraikan tu.
Yang penting kena bawa stok duit yang banyak ye.....hehehe..

15 ulasan:
bestnya.... jeles dinda sebab tak dapat kemana pun cuti ni qayyum bawa balik selambak homework...
Bestnya dapati soping....dah lama saya tak ke rantau pnjng dan pangkalan kubur.....
Mesti banyak borong kan..:)
Huish... bule jadi tourist guide klu saya bertandang ke Kelantan...
Dah lama jugak saya tak ke sana.
Cantiknya bangunan Pasar Rantau Panjang yang baru tu. Dah bukak nanti mesti meriah :)
Dah balik Johor ye NzA..
Semua tempat tu rasa nak pegi, memang best kalau pergi Kelantan. Ummi pun suka beli pinggan mangkuk, murah..
wow bestnye kak cuti jalan2 sambil bershopping
wah bestnyer dapat g shoping...saya xpernah sampai....sana
dah hampir sepuluh tahun rasanya tak ke kelantan.betul kata akk,klu nak kesana mmg kena sediakan duit yg banyak..:)
setuju kak..yg penting pitih belanar. hehe
Bestnye kak...bila lah dapat jalan² p klantan ni...
Teruja nak pergi, sejak lepas rombongan sekolah rendah dl, tk penah dah lepas tu, kesana...huu.
Semasa lawatan mgb tahun lepas sempat juga akak ke Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh..
Banyak ke borong, kak?
Catat Ulasan