Hari ini result SPM dah diumumkan.
Hilang segala debaran dijantung ibu sekeluarga.
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Angah mampu memperolehi result cemerlang
walaupun dia tidak berjaya melepasi target meraih straight A.
Apapun itu tetap bangga dengan kejayaan Angah.
Ibu mohon maaf kerana ibu tidak dibenarkan mencatatkan keputusan sebenar
di atas permintaan tuan punya badan.
Ibu akur dengan permintaannya.
Katanya cukuplah hanya "kami" saja yang tahu .
Juga pesanan dari angah agar ibu sampaikan ucapan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan blog yang tidak putus-putus mendoakan dia.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa-doa kita semua.....
Apapun perjalanan Angah masih jauh.
Petangnya ibu berkejar ke sekolah Angah kerana
diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari yang sama.
Syukur Alhamdulillah....
Sesungguhnya ibu amat-amat bangga dan bersyukur dengan kejayaan anak-anak ibu.
Semoga Angah juga mampu melangkah lebih jauh lagi.......
Bersama rakan-rakan yang cemerlang dalam SPM 2012.....
Sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas..........
Angah menerima Anugerah Cemerlang SPM 2012 daripada YB Ir Hamim Samuri
Bergambar bersama pelajar cemerlang 2012
Zoom sikit.....Angah bersama best friendnya juga anak seorang rakan guru....
serius je muka Angah masa nie.......
Sekeping gambar kenangan bersama ibu...
Angah....
Cover sijil yang angah dapat.
Sijil Anugerah Cemerlang.
Plak
YA ALLAH....Ibu amat bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan
pada anak-anak ibu.
Kejayaan ke 2 yang anak hadiahkan pada ibu pada bulan ini....
Juga jutaan terima kasih di atas doa-doa yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga.......
Hanya Allah yang akan membalasnya.....
27 ulasan:
Tahniah buat kak ibu dan angah.....
@Joanna Yunus
TQSM dear....
alhamdulillah..tahniah utk angah krn mjadi salah sorang y cemerlang...
ank sedara lya pon 2 org ambik spm arini & alhamdulillah, 2-2 dpt anugerah cemerlang
ayah yu~of course i'm proud of you...welcome to the new step..hehe..all da best angah....
Tahniah buat Angah!
Juga buat ibu dan ayahnya.
Moga terus cemerlang ye Angah..
Alhmdulillah....
Tahniah utk Angah...
Pehhh..terbaek lah...siap dpt anugerah lagik.....Taniah
Alhamdulillah, tahniah Angah! Sejuk perut ibu mengandungkan dia. Semoga berterusan kecemerlangannya, amin :)
Tahniah angah !
Tumpang bangga... :-)
Alhamdulillah. kejayaan ini langsung tidak membuatkan saya terkejut kerana komitmen ibu dan ayah menyumbang kepada kecemerlangan anak2 disamping usaha mereka yang gigih.
Saya emmang yakin Angah, Baby, Naurah dan Farouk akan mengikut jejak langkah Along. Amiin.
tahniah... terasa bersemangat saya untuk mendidik anakni... seronok dengar kejayaan anak2 blogger...
Tahniah Angah..
Tahniah. Itulah antara hadiah yang berharga seorang anak kepada kedua ibu bapanya.
Tahniah Angah dan ibu jua moga terus sukses
tahniah..mg terus gemilang dan cemerlang
Tahniah angah..sy tumpang hepy sambil buat lompat bintang!
tahniah angah dan tahniah jugak buat sis...
tahniah buat angah...moga angah berjaya mencapai cita-citanyer pulak...kagum la kak dapat anak yang cemerlang..
. . .Tahniah buat anakanda dan ayahanda bonda.syukur ke hadratNya. . .
Teruskan usaha yang baik.semoga anakanda akan betjaya dunia akhirat,in sha Allah.
Tahniah buat angah!
Tahniah buat Angah dan Kak Nza juga. Yati tumpang gembira. :)
Syukurrr! Tahniah ya untuk Angah dan Zakiah sekeluarga.
Walaupun tergelincir sikit dari target straight As, tapi tetap cemerlang tu. Tumpang bangga!
tahniah buat angah...syukur alhamdulillah. :-)
Alhamdulillah...tahniah angah dan akak jua....in sha Allah, perjalanan baru bermula...moga angah terus2 kecapi kejayaan dan kecemerlangan...amin
Alamak ummi ketinggalan ni. Tahniah Angah, tahniah juga buat NzA n 'ayah', yang berjaya mendidik anak dengan cemerlang,tahniah juga buat guru2 sekolah Angah. Ummi tumpang gembira dan bangga NzA, syukur Alhamdulillah.
Tahmiah angah Dan kedua ibu bapanya juga..sejuk perut ibu mengandung..rasa nak Tanya apa rahsia Yah mendidik ank2, semuanya berjaya..;)
Catat Ulasan