Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Mac 2013

Sabtu Yang INDAH.

INDAH la sangat.
*Seawal 5 pagi ayah dah bertolak ke Putra Jaya.
*Ibu bergerak ke sekolah untuk ke Program Kursus Kepimpinan yang 
diadakan di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ).
*Petangnya pula ada Program Khidmat Masyarakat bersama Pelajar Universiti Pahang di sekolah ibu.
*Naurah ke kelas khas agama.
*Beby pula ada program di sekolah.
Tinggallah Angah sendirian di rumah untuk menguruskan makan tengahari kami nanti....
Kami membawa haluan berbeza...

Tak kisahlah,.
Ibu harus akur dan korbankan masa demi tugas.
Tugas seorang guru yang tidak mengenal masa.
Alhamdulilllah syukur kerana ayah dan anak-anak memahami tugasan ibu
yang tak mengira masa cuti atau waktu malam .....


 Seawal 8.00 pagi anak-anak didik yang bakal menjadi pemimpin telah sampai ke 
Kolej Matrikulasi Johor.
Mereka menaiki bas sekolah.

Kami disambut mesra oleh seorang pensyarah dan 20 orang
kakak/abang freshie yang uruskan program ini......
 Banyak program yang dijalankan.
Ada juga slot yang ibu terlepas snap gambar mereka....
Maklumlah masa tu ibu bersama guru pengiring lain pergi bersarapan
di cafe.....nak sarapan kat rumah pun tak sempat......

 Sesi pertama mereka jalankan aktiviti di masjid kolej.
Banyak aktiviti permainan dan uji minda....

 Sesi ke 2 mereka dibawa ke dewan kuliah bagi pengisian ceramah kepimpinan
oleh kaunsalor KMJ..

Bujang terhangat ibu....Farouk sedang kusyuk dengar ceramah....

 Setelah 2 jam berlalu mereka berhenti rehat dan makan...

 Farouk yang tak selera makan pun jadi berselera bila makan beramai-ramai bersama rakan-rakan.

Sesi terakhir-sesi berkumpulan.
 Farouk bersama-sama rakan sekumpulan yang diberi nama "Angry Bird".....

 Farouk disisi kakak freshie..
Farouk ni seorang yang cepat mesra dengan sesiapa saja......
Tengok tu siap letak siku kat atas peha kakak...suka suki je dia nie....aduyai....
Katanya rindukan along........sebab kakak ni adalah sebaya along yang bakal
menamakan pengajian 1 bulan lagi di KMJ.....

 Macam-macam aktiviti yang dijalankan....
Farouk ni terkadang main ngelat.....cit!!!!!
Tengok dia sepit batang kayu tu dengan jari.....ngelat betul!!!!!

 Sesi penutup.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Berkat kerjasama dari kakak2 dan abang2 di Kolej.
Mereka amat mesra dengan adik-adik seolah-olah sudah kenal lama....
Peserta pun bukan main seronok bia buat aktiviti luar macam nie....

Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang.
Dan bila belek2 gambar, tiada pula terselit muka ibu.
Tak kisahlah sebab ibu  tukang snap gambar kenangan setiap program.
Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama daripada KMJ.
InsyaAllah kalau berkesempatan kami akan angkut lagi rakyat jelata kami ke sini...hehehe....

Selesai program dah tengahari.
Ibu dan Farouk tiba di rumah dah pukul 1 petang.
Penatnyaaaaaaa.....
Ibu dan Farouk cuma sempat makan tengahari dan solat Zohor.
Nasib baik  masa balik Angah dah siap masak nasi lemak yang sedap tu.
TQSM Angah!!!!!!!!

Pukul 2.00 petang ibu tiba di sekolah untuk program ke 2
bersama pelajar engineering dari UMP (Universiti Malaysia Pahang).

Petang tu ibu dan rakan-rakan rewang .
Kami sama-sama kopek ubi, rebus ubi dan  makan bersama-sama pelajar.....
Ubi rebus cicah sambal tumis.....
Sambil tu berkejar ke dewan untuk snap pic.
Nak buat macam mana, dah tugas ibu usung kamera......

 Program yang dijalankan di dewan sekolah.

 Banyak program dijalankan di dewan.
Sekeping gambar kenangan kanak-kanak ribena bersama kakak2 dan abang2 UMP...

 Terselit sekeping gambar Farouk.......

Dan sebelum Maghrib kami sekeluarga berkumpul kembali di rumah
setelah masing-masing jalani tugas harian yang memenatkan..

p/s:
Maaf ye ibu tak berkesempatan balas komen2 kalian.
InsyaAllah jika berkesempatan ibu akan terjah blog kalian....

14 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

smpai ke sana bebudak ump rupanye. seronok Tgk murid2 brxtvt. ank Sy yg 5 thn 2 pun ada kem pngawas minggu ni.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

nmpk ubi rebus jer,sedapnya klu cicah kelapa n gula merah..:)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

banyaknya program...

fizalinolie berkata...Reply To This Comment

Hari sabtu yg padat. Sedapnya ubi...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Sabtu yang padat dengan aktiviti tapi nampak sangat seronok budak2 tu NzA.

Ummi pula seronok tengok ubi kayu tu, 2-3 talam, makan2 ramai2 mesti best sangat!

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Memang bizi ya...samalah kita..huhuhu...
Sedapnya ubi rebus tu.....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Farouk teringatkan kakak dia..syahdu la. Mesti kakak freshie tu tak kisah pun, entah2 kakak freshie tu pun ada adik seusia Farouk kan :)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Padat dengan aktiviti...
sedapnye ubi rebus...lama tak makan...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Aduhai kak...seronoknyaaa aktiviti tu semua. Saya rindu saat jadik faci. Cikgu2 jamu pula pelawat dengan ubi rebus. memang heaven sungguh.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

nampak menarikjer banyak xtvt yang dipenuhi.. moga anak2 semua dapat menjadi insan berguna ....
sedap sesangatler rasa nya ubi rebustu.. dulu opah selalu buat makan ramai2 sepupu sepapat.. memang berebutler...

syiela berkata...Reply To This Comment

aktiviti padat....

sedap nampak ubi rebus tu

Ibu Lala berkata...Reply To This Comment

salam kenal. singgah sini ye.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Padatnya aktiviti di sekolah sekarang ni.. Apa2pun, ubi rebus cukup menggoda..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Fuh dari pagi sampai ptg....memang penat, penat baca heheheehe

About me