Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Disember 2012

Hobi@Kerja Baru Beby a.k.a Farah Najdah

Sekarang bukan main tekun Beby dok mengentel sesuatu.
Tekun sampai larut malam.

Keychain dan pin ni dibuat daripada kain felt.
Kalau tak silap ibu sebiji Beby jual cuma RM2.50-RM3.00 .
Kalau ada sapa-sapa rakan blog nak tempah boleh juga.
Ibu tolong promosi je...ngee....

Ini ada lagi sebahagian yang telah Beby siapkan.
 Sanggup dia bersengkang mata demi menyiapkan semua ni.
Asalnya Beby buat semua ni kerana minat tetapi ramai kawan-kawan
berkenan dan membuat tempahan.
 Alhamdulillah, banyak juga keuntungan yang Beby dapat.

 Koleksi kain felt yang Beby beli di kedai bunga dan ada sebahagian dibeli secara on9.

Hasil yang dibuat malam tadi.
Beby sedang menyiapkan tempahan dari kawan-kawan Along di Matrik.
2 minggu lepas mereka dah tempah sebanyak RM220.
Leka juga ibu tengok.....Cekap sungguh Beby mengunting dan menjahit.

Pelanggan tetap...
Farouk tempah pin baju berbentuk kereta....
dapatlah diskaun dari Kak Nana @Beby.....

Ibu tak sangka Beby minat memasak dan kraftangan.
Bila ibu cadangkan agar Beby memilih bidang ini,
cepat je Beby menjawab :"Beby nak jadi pensyarah BInggeris la ibu, Ini sampingan je...."


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

ayah yu~alaaa comelnyerrr...hehehe...tak sangka pulak bb ni pandai masak n kretif...ayah yu nak tempah anak kucing tiga ekor boleh?simpan nanti balik malaysia k...hehehehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to Yu
2lh, xsangka Beby ada bakat juga dlm bidang kreatif nie..nnti kak suruh Beby wat utk yu.......

NzA berkata...Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ummiross berkata...Reply To This Comment

MasyaAllah, berbakat sungguh Beby ni, masak pandai, kraftangan pun pandai, beruntung NzA..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sejak besar baru nmpk kelebihan yg dia miliki cuma dia xrajin baca buku la ummi....huhuhu.......

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Kreatif !!! Hobby yg boleh create duit.

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
betul tu TH....yg pnting minat...

Yasmin Aris berkata...Reply To This Comment

wahhh lame da kite tak jahit2 felt ni . comelnyee :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to yasmin
yasmin minat kraftangan jugak ye....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

berbakat sungguh beby nie..pastu pandai gunakan bakat yg ada utk berbisnes..pandai carik duit sendiri.hiks..

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Rajin & kreatif Beby.. Beruntung ibu & ayah..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
Kelebihan yg Allah berikan pd Beby..Alhamdulillah..akak pn xsangka dia pndai cari duit sndiri....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
adalah ikut jejak langkah yah kot.....minat dlm kraftangan...minat kita brsama jugak....

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

cantik..rajin & kreatifnya dia..

ariana berkata...Reply To This Comment

Ni mesti menurun ibunya ni., kreatif Dan rajin sgguh..baguslah, kecik2 dh pandai cari Wang saku..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Kreatif sungguh beby ni..
masak pun pandai..untung akak..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Wah, comel tengok hasilnya.

NzA berkata...Reply To This Comment

to kasih salina
Alhamdulillah, kelebihan yg Allah berikan pd Beby...

NzA berkata...Reply To This Comment

to adriana
TQSM...ttp dia lagi advance cz pandai cari duit dr hasil kraftangan tu kak..si ibu dok gentel utk diri sndiri....ngee...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
entahlah...minat yg berbeza dgn perwatakan dia tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to muhammad syahmi
TQSM syahmi...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

comelnye hasil kerja... kreatifff

boleh wat biz ni

About me