
Sejak kahwin Ayah sering bisikkan impiannya pada ibu.
Ingin melihat anak-anak menyambung cita-cita ayah memiliki black belt dalam taekwando.
Keinginan Ayah untuk mendapat black belt berkubur akibat kemiskinan.
Sewaktu itu ayah menuntut di UKM.
Sejak dibangku sekolah rendah ayah telah daftarkan
ke lima-lima orang anak untuk ikuti kelas taekwando.
Ayah sanggup bersusah payah demi mereka.
Sanggup berhabis demi mereka.
Along dan Angah mampu bertahan hingga mampu mencapai red-belt (gred 1).
Mereka tidak sanggup meneruskan ke black belt kerana ingin
beri tumpuan dalam SPM.
Ayah agak kecewa kerana mereka hanya perlu melangkah 1 tangga lagi untuk
lalui ujian black belt.....Apa nak buat, itu keputusan mereka.
Along pernah meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor suatu ketika dulu.
Keratan akhbar sewaktu Along meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor
Utusan Malaysia 27.8.2008.
Wajah Along ibu bulatkan dengan marker....hehehe....
Naurah mencapai blue belt (gred 4) dan Farouk di gred 7 (green-belt)
Along, Angah, Naurah dan Farouk tidak begitu berminat dalam taekwando
walaupun masing-masing mampu melangkah lebih jauh.
Cuma Beby seorang yang masih meneruskan impian Ayah.
Hari ini impian ayah menjadi kenyataan.
Beby telah buktikan pada ayah yang impian ayah tidak sia-sia.
Beby bukan setakat mampu lulus dalam ujian yang diambil
(n3 semasa Beby duduki test black belt)
malah Beby diiktiraf sebagai penerima ke 5 terbaik peringkat Negeri Johor....
Sijil yang Beby terima daripada Persatuan Taekwando Negeri Johor.
TAHNIAH Beby....ibu dan ayah amat bangga dengan pencapaian Beby....
Di sini ibu selitkan sekali sijil-sijil test yang Naurah dan Farouk duduki.
Sijil 2010 yang lalu tapi baru diterima hari yang sama dengan sijil Beby.
Sweet memory....
Gambar kenangan 3 tahun yang lalu (2010) disaat mereka menghadiri
kelas taekwando setiap
petang Sabtu...
Rindu saat ini.......
23 ulasan:
Wah, hebatnya Beby! Tahniah Beby..
Tahniah pada Beby! Tercapai jugak hasrat Ayah.
Kak Nza, bila free, check email ya :)
@Nor Salmi
TQSM kak mie..Alhamdulillah....
@Dinas Aldi
TQSM dinas....
Akak dh p terjah tadi..TQSm krn tetap jadikan akak sahabatmu....
salam kak, tahniah! benar, saya pengalaman belajar Tkwndo sekolah rendah smp black belt, mmg byk mendisiplinkan saya. tapi kalau mereka ada masa dan minat dgn martial art, boleh kenal2 dgn silat melayu.
Nilai silat pada saya lebih tinggi, sebab saya ada sikti2 pnegalaman belajar keduanya =)
tahniah utk ank sis...tercapai jugak hasrat ayahnya..
Alhamdulillah, tahniah2x, terharu ummi baca. Tahniah buat Beby dan NzA sekeluarga, impian terlaksana akhirnya.
.....tahniah buat anakanda...ayahanda dan yang pastinya bonda...
Alamak, takutlah... semuanya taekwando...
Tahniah buat beby..cayalah..^^
Tahniah beby... trcapai impian ayahanda.
hebatnya anak akak..tahniah beby,berjaya menunaikan impian ayah dan dapat tali pinggang hitam..
Bagusnya...sekurang-kurangnya dpt jg mempertahankan diri, andai ada sesuatu berlaku kan..tahniah diatas kejayaan yg dicapai, tentu syah sgt berbangga kan..moga terus maju jaya dlm bidang ini..
hebatnya anak akk semuanya belajar seni teakwando..
Tahniah beby.tumpang bangga juga nie..:)
Tahniah beby! Waahh eina pun tumpang happy kak...nanti anak2 nak antar kelas tekwando jgk la :-)
Alhamdulillah... Tahniah. Tahniah. Tahniah, Baby. dan Ayah. dan Ibu juga...
tahniah.. tahniah... teringin gak nak suruh anak2 tapi takder yang minat lagi.. tungguler...
tahniah beby... tertunai sudah hasrat ayah ye...
tahniah utk beby!
tahniah utk beby!
Tahniah pada Beby! Cayalah!
Amirul dah stop dah, takat biru II saja. Dia takut nak proceed, sebab belt merah test dia kena tendang papan tu kan. Hehe.. apeda anak mama.
wow!! hebatnya...
tahniah beby!!
hehehehe.... memang tak akan sesiapa sanggup ni,.. mahu kena training dulu
Catat Ulasan