Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Julai 2012

Seharian di Riverview Hotel

Semalam seharian ibu, ayah dan Farouk bertapa di Riverview Hotel bagi memberi sokongan
pada Beby a.k.a Farah Najdah yang mengambil 
ujian siri ke dua kelayakan untuk mendapat black belt
dalam taekwando. Siri pertama klik sini .

Ujian pertama ibu tidak dapat hadir.
Hanya ayah seorang je yang pergi.
Kali ini ibu free dan dapatlah ibu hadir bersama.

Model tak berbayar.......

Test ni di buat di Hotel Riverview Muar.
Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang hadir dan cuma 5 orang je orang Melayu 
(4 perempuan dan 1 lelaki).
Pada awalnya mereka guna Bahasa Cina.
Ibu rasa macam duduk negara cina pulak...Alahai...1 Malaysia ke tu....
Bila penganjur melihat kelibat ibu dan ayah baru mereka guna Bahasa Inggeris.
Itu pun bercampur aduk dengan Bahasa Cina....

Bayaran untuk 2 siri ujian ni RM400 untuk seorang.
Ayahlah orang yang paling gembira bila Beby ingin meneruskan perjuangnya untuk mendapatkan
black-belt nie.....
Maklumlah cita-cita ayah untuk mendapat black belt terkubur akibat
kemiskinan dan tidak mampu membayar yuran. 
Cuma ayah terkilan kerana Angah dan Along tidak meneruskan
perjuangan ini padahal mereka dah hampir capai tahap black belt.
Ayah sanggup berhabis demi anak-anak mencapai impian ayah.....
Apa nak buatkan......
Cuma Beby seorang harapan ayah setakat ini....
Naurah dan Farouk pun nampak macam tidak berminat.....

Sesi pertama adalah ujian bertulis.
Soalan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris.
Calon diberi masa 20 minit untuk 30 soalan.

Ada beberapa ujian yang perlu calon lalui seperti fitness dan sparing.
Ibu pun ngeri je tengok ujian ni.
Memang lasak sungguh.
Main terajang-terajang tu biasalah sampai lebam2, terseliuh dan kulit terkopek...
Hish!!!! tak sanggup ibu.
Ibu memang respect la dengan Beby yang mampu lakukan semua tu
dengan jayanya.
Beby mampu patahkan susunan kayu dengan tangan dan tendangan........

Sedang menunggu giliran untuk ujian seterusnya.....

Sparing....Peserta perlu melompat di atas 3 orang rakan dan mematahkan kepingan kayu yang dipegang
dengan gaya terajang......

Susunan kayu yang Beby berjaya patahkan dengan teknik karate....

Jumpa kawan Melayu di sana......

Sedang berbincang dengan pasangan fitnessnya....

Berehat seketika.
Masa Beby berehat dan lunch, ibu, ayah dah farouk bekejar ke majlis jemputan kahwin rakan ibu ,
Pegawai PTP PKG Serom untuk makan tengahari...he.he.he..
Berbaloi-baloi kerana masakannya amat-amat sedap....
Selesai makan, kami berkejar semua ke Hotel Riverview....

 Peserta Melayu....Kebetulan nama mereka hampir sama...Bermula dengan FARAH....
Nama mereka bertiga mengelirukan pengelola.....he.he.he....

Lengan Beby yang calar akibat terkena pisau semasa aktiviti berlawan 3 in 1.

Status kt FB Beby:
Finally! Sampai juga dekat rumah. Tak tau esok boleh sekolah ke tak. Badan,kaki and tangan luka-2 sebab kena pisau. Dah tu terseliuh. Sumpah sakit. :'(

Penat! Ibu jari tangan terseliuh masa tengah sparing. Damn sakit gila. Seriously nak nangis masa buat fitness. Macam nak mati rasa. Lepas ni breaking. Ya allah! Seksanya ambik black belt test ni. :'|


Kesian ibu tengok keadaan Beby...
Jalan terhinjut-hinjut, jari sakit, pergelangan tangan terseliuh dan lengan calar balar.....
Ayahlah yang banyak memberi kata-kata semangat dan ayahlah yang bersusah payah
mengurut dan menyapu minyak setiap kali beby berehat.......
Ibu doakan agar Beby berjaya dalam ujian ini.....
Gud luck Beby......

p/s:
Tahniah juga untuk Beby kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dalam coral speaking mewakili sekolah di SMK Sri Menanti, Muar pada Hari Sabtu..

27 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa ummi tabik spring dengan Beby,kalau ummi pukul susunan kayu tu, silap haribulan tangan ummi yang patah, hehe..
Anyway, tahniah Beby dah sampai tahap ni, moga berjaya dalam ujian ni..

syiela berkata...Reply To This Comment

adeh yg melihat pulak sakit.. apapun tahniah buat beby.. moga berjaya dalam ujian tu

Unknown berkata...Reply To This Comment

Sakit tu berbaloi-baloi sebab dpt mengembirakan hati seorang ayah yg penuh dgn harapan terhadap seorang ank! Tahniah ye Beby..

Mmg kebetulan sungguh la nama mereka sama... Farah.. hihihi

^_^

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

wahhh kagum lieya kak pada beby.....mmg hati kental betul.... lieya ni mmg dari sekolah tak suke aktiviti ganas2 mcm nie...eh bukan ganas tapi aktiviti tough gituuu...lieya ni lembik kak....heheheeh

semoga beby terus berjaya melangkah ke peringkat lebih tinggi yeak....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah baby memang mama respect dengan kamu...kalau mama kan hehehehe.... jawapan nanti di komen seterusnya hehehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

TO ummiross
nza pn tabik dgn semangat Beby tu ummi...xsangka dia sebegitu berani n nekad.....xmcm ibunya yg lembik n sntiasa control ayu sokmo....he.he.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to syiela
akak yg tgk pn ngeri....

NzA berkata...Reply To This Comment

TO SHIMA
betul tu shima...bkn main gembiranya ayah bila Beby memenuhi impian ayah.....trsenyum sepjg masa di dewan tu melihat aksi anak daranya...

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Wah..lasaknye beby..kagum ngan org ppuan yg terer tekwando ni..:-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
lieya mcm akak, jenis yg xlasak ttp beby ni byk ikut ayah kot....beby la satu2nya menyahut seruan ayah utk terus melangkah ke tahap yg lbh tinggi dlm bidang taekwando.....

InsyaAllah...TQSM lieya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
TQSM mamaQS...akak pn kagum tgk kesungguhan Beby..xsangka dia mampu lakukan semua tu...w.pn trkdg dia ni nmpk lembik jugak...he.h.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily @mama 2Z..
2lh, akak pn xsangka Beby mampu melangkah ke thp skrg.....4F xgitu brminat w.pn mrk juga memegang red belt n blue belt....

Maiyah berkata...Reply To This Comment

salam..

wahh.. ank sy pun nk msuk gak.. sy kta tnggu xde duit hehe

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, tahniah buat Beby yg dh sampai ke tahap ni! Moga Beby beroleh kejayaan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to maiyah
InsyaAllah, akn ada rezekinya tu nanti....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
TQSM...dia mmg minat brbnding 4F tu...

jeBateja berkata...Reply To This Comment

pehhh....sungguh mengerikan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
mmg ngeri...xsanggup tgk masa depa lawan2 pegang pisau tajam....hu...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tabik spring buat baby kalau js mau nangis tu...tak tahan...hihi

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Good luck beby. semoga berjaya dalam perjuangan mendapatkan black-belt. bagus belajar seni mempertahankan diri...tambah2 lg di zaman yang serba mencabar sekarang ni. macam sy ni dah terlambat kot nak belajar..kan kak..?huhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
2lh, akak pn xsangka dia sanggup melangkah hingga ke tahap ni. katanya nk capai black belt seblm melangkah ke ting 5....

NzA berkata...Reply To This Comment

to murni
InsyaAllah..mudahan impian BB trcapai....xsalah kalau nk blajar tu siti..blm trlambat lg....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

mudah2an beby dapat tunaikan hasrat ayah ye.. mmg tabik spring pada anak2 yg belajar taekwando sampai black belt ni.. tak leh main2 ngan anak dara kak nza yg sorang ni.

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
InsyaAllah..mudahan mcm tulh..suka sgt tgk wajah gmbira ayah menyaksikan anaknya tu....

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

uiiiih ganaih..tapi seni memp[ertahankan diri mmg pentingkan zaman sekarang mcm2 jadik

NzA berkata...Reply To This Comment

to nurul
mmg ganaz sungguh budak2 ni espclly budk pompuan..nmpk je ayu ttp skali depa buat fitness = sparing ngeri je tgk....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

nk dptkan sesuatu yg besar kena berkorban sedikit kan kak... xpe, beby kuatt...

baiknye ayah sapu2 minyak bagai... ;)

About me