Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Januari 2013

Restauran Halal di Ho Chi Minh, Vietnam.

Salam semua.
Ibu masih dalam mood yang kurang sihat.
Apapun ibu nak sambung cerita cuti-cuti di Vietnam...

Cerita pasal shopping sampai muflis sudah, 
cerita pasal jalan-jalan jejak kesan sejarah di CuChi Tunner pun sudah.
Program nak ke sungai Mekong dibatalkan di atas persetujuan bersama.
Maklumlah yang pergi semuanya kaki shopping.
Kalau boleh nak makan tidur kat kedai jerr....ehehe.....

Kali ini ibu nak cerita pasal restauran halal di atas permintaan rakan-rakan
yang nak berkunjung ke sana........
Makanan di sini sangat mahal bagi ibu.
Segelas air sirap berharga RM5-8 dan untuk sarapan pagi saja
sepinggan meehoon berharga RM14-15.

A. Restauran Sri Penang
Sesampainya kami ke Saigon, kami di bawa lunch kat restauran Sri Penang.
Jangan terperanjat kerana di Saigon tak ada tempat parking kereta.
Nak melintas jalan kami dibantu oleh pekerja restauran.
Motosikal tak heran kita bawa baby ke, orang tua ke...mereka main redah je.
Kalau nak nyawa selamat kena melintas sepantas kilat....huhuhuhu......

 Pintu masuk ke Restauran Sri Penang.

 Muka orang kelaparan.
Semasa di LCCT, ibu dan angah cuma sempat sarapan dengan dunkin donut jer...
Laparrrrrrr.................huhuhu.....

 Tengok tu, ibu dah fokus kat ikan siakap yang ala-ala patah pinggang....
Masa kat restauran ni, ibu tak sempat nak snap gambar makanan
sebab kelaparan telah menguasai diri.
Banyak sangat menu yang dihidangkan.
Ada ikan siakap digoreng bersama tepung, kari ayam (langsung ibu tak sentuh),
ada telur dadar, sotong, udang galah bersalut tepung, popiah berlauk, tomyam, sup dan pelbagai jenis sayuran yang ibu tak tahu apa nama masakan tu.
Memang banyak betul menu.
Tak terlayan nak makan semua tu......
Semua menu sedap dan menepati selera kami cuma angah
yang agak memilih.
Sikit je angah makan......Anak-anak ibu memang macam tu.....

B. Restauran Kg Melayu
Malamnya kami di bawa ke restauran Kg Melayu.
Setiap restauran mesti ada dihidangkan ikan siakap.
Ibu pun tak tahu apa motifnya.
Yang penting ibu makan sampai kenyang......
 Ikan siakap bersama sos mangga.
Sedap...masam-masam manis...

 Sup pekat ala-ala yong tau foo.......

Yang satu ni ibu pun tak pasti sayur apa.
Nak kata sengkuang, rasanya macam rebung...nak kata rebung rasanya lemak-lemak masam.
Ibu tak suka sangat sebab rasanya masam-masam....

 Sotong yang digoreng bersama batang serai.
Ada lagi menu yang tak sempat ini nak snap.
Banyak sangat.
Nanti kang sibuk dok snap, makanan habis dikerjakan orang....hehehe......

Ok3X....jemput makan.......
Kat Vietnam, setiap kali makan kita dibekalkan dengan sebotol air mineral.
Kalau nak minum sirap ke, kopi ke kena order lain......

 Malam tu birthday adi ipar ibu ,Marzuki (anak-anak ibu panggil uncle).
Pengurus restauran membuat suprise dengan menghadiahkan sebiji kek yang sedap......
Kek tu sedap sangat-sangat tetapi akibat dah kenyang makanya ibu rasa sesudu je......

Kie nilah bos yang menguruskan kami ke Vietnam.....
Dialah orang kuat Al-Quds Travel.
Kerjanya terbang sana sini serata dunia......

 Sarapan pagi hari ke 2.
Nasi lemak versi Vietnam.
Nak kata makan nasi lemak, rasa macam makan nasi dagang....
nak kata nasi dagang rasa macam makan pulut.
Lauknya kari ayam + sambal tumis kering + telur rebus.
Apa-apa jelah...Yang penting perut kenyang.
Sepinggan nasi lemak versi Vietnam RM15.

C. Restauran Banana Leaf
 Selesai pengembaraan ke Cuchi Tunner,
Kami di bawa makan di Banana Leaf.
Masa ni dah pukul 3 petang waktu Malaysia ( pukul 2 petang Vietnam).

 Makanan kat sini pun sedap jugak.
Lauk pauk pun sama dengan restauran pertama tadi.
Banyak melimpah ruah.
Confirm kalau makan tak habis....

 Kerabu kobis + mangga + macam-macam......

 Lala yang dipanggang dan ditabur dengan kacang tanah.....

 Ayam celup tepung di goreng rangup.

 Ikan siakap masak sweet sour....Ada menu sampingan lain seperti tomyam, sup sayur dan sup ayam.

Untuk makan malam hari ke dua kami di bawa sekali lagi ke
restauran Sri Penang untuk merasai makanan tradisional Saigon.
 Ibu cuma sempat snapcendawan goreng rangup ni je sebab sibuk melihat demo mengulung makanan
dalam paper rice(ala-ala popiah).

 Gigih menyulung makanan tradisional.
Dalam tu di isi dengan sayuran, meehoo Saigon, cendawan goreng, isi ikan siakap dan macam-macam.

 Inilah hasilnya.
Pelayan restauran senyum-senyum tengok hasil gulungan yang ibu buat.
Fail la tu agaknya.....
Tak sekemas di gulung oleh pekerja restauran tadi.
Belasah jelah....
Itu pun tak tahu nak cakap rasa apa sebab dah macam-macam dicampur kat dalam tu.
Makan bersama sos sweet sour.....
Kami juga dihidangkan dengan kuehtiew goreng.
Ada lagi yang ibu tak sempat snap terutama popiah yang memang sedap.
Semua popiah berintikan ikan dan sayur-sayuran....
Sedap sangat.....

Hari ke 3 kami bersarapan di Restauran kg Melayu.
 Sepinggan meehoon + 2 ekor udang = RM15.
Harga tidak termasuk air nescafe.....

 Belasah jelah...
Tapi rasanya boleh tahan sedap.

 Posing dulu.....

Posing di depan kedai Kg Melayu........
Inilah group kami semasa disana.

Itu jelah edisi makan-makan di Saigon.
Rasanya cukup dulu kisah tentang makan di sana....
Kang tak pasal-pasal ibu lapar pulak..........

17 ulasan:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

sedap² tengok makanan ni kak..best dapat suprise B'day..kek tu pun nampak mabeles...mahalnye harga sepinggan meehoon tu..

QasehnyaRania berkata...Reply To This Comment

as-salam..
salam kenal..
follower baru :D
sedap2 maknannya kan.teringat rancangan yang dikendalikan FARAH AF dulu ke vietnam ;D

terima ksih berkongsi

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Mewahnya makanan.

Entah bilalah akak nak sampai sana.

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

makanannya nampak sedap dan menyelerakan tp harganya agak mahal ye kak..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Pergh!!!,sedapnya lauk pauk tu, dah kecur air liur ummi ni NzA. Bilalah dapat ke Vietnam juga ni.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak, saya dah lapar. Hehehehe

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

best2...nti sis cite sis menginap kt mana plak ye...senang kalau nk p sendiri nti...hehe

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....mujur time bw kat sini kanda dah kenyang,if not harus terliur.....

ibuintan berkata...Reply To This Comment

hehehe entri tmt sejarah tension je, entri makan2 terbayang keceriaannya

mahal jugaklah makanan kat sana ye

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

singgah lg skali sis...
nk maklum ada surprise for sis...tunggu ye...^^

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

ayah yu~

wahhhhhhh,ini paling best ..bab makan..ala2 jalan2 cari makan antarabangsa plak...hehehe...kak...hmmmm...dapnyerrrrr kerabu mangga+++ tuuuuuu...sedanyer dan yummy jer nampak cendawan tepung tu,pastu yg balut2 tu....suke tgk nasi lemak tu,ada sambal tumis kering ek...aishhhh..semua makanan tu 200% menepati citarasa yu...tp mahal kan....itulah..kalau di eropah,cari kebab2 halal,harga paling murah satu 5 euro bersamaan RM 25...tp nak tak nak,bila ke luar negara,makan tu terpaksa gak,yg pasti halal...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tu dia macam2 makanan..nmpk macam sedap.tp bapak mahal tu air sirap smp 5ringgit

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

ala nampak sedapnyer pulak.. nak.. banyak gak kedai nak pergini nanti... ehm buat tak sabar nak pegi

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

sedap2 belaka nampaknya. pegi tempat orang kena try semua ni kan..kak nza. kena rasa baru la tau..

mahal sikit takpe..yang penting ada jugak pilihan nak lapik perut tu. adat melancong..hehe

wanie amerie berkata...Reply To This Comment

salam kenal akak..
singgah sini & follow.

bestnya kak gi vietnam, saya pun bercita2 mau ke sana satu hari nti..harap2 tercapailah.
teringin nk ke Pantai Ha Long, nmpk mcm menarik je..

Sudi2lah jengok blog saya yer kak..tq

Salmi berkata...Reply To This Comment

Makanannya nampak sedap dan menyelerakan. Memang harga makanan di sana mahal ye?

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

terliur tau nengoknye kak ;)

About me