Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 April 2012

Akibat Keletihan + Kepenatan.

Pagi semalam rasa berat je kepala.
Lama dah ibu tidak diserang migrin.
3 hari lepas pun ibu dah rasa rongga mata dan kepala berdenyut-denyut.
Kawan-kawan pun dah tegur mata ibu nampak merah dan tidak bermaya.

Akibat kesibukan yang teramat, ibu abaikan semua itu.
Sibuk memunggah hadiah, siapkan apa yang patut.
Ibu memang jarang demam dan sakit.
Syukur dengan kurniaan Ilahi.
Tapi bila sesekali terkena memang teruk juga......

Dan weekend berlalu begitu saja.
Kesian anak-anak ibu.
Dah la ayah asyik sibuk, begitu juga ibu.
So, ibu minta tolong Along bawa adik-adik outing.
Along , Angah dan Naurah ke Muar.
Beby pula awal-awal pagi dah pergi lawatan ke Johor Bharu....
Ayah pula ke MSSJ di Matrikulasi Cawangan Johor....
Tinggal ibu bersama Farouk di rumah....

Petang baru 3F muncul.
Ini yang 3 Farah belikan untuk ibu.
Nasi Ayam blackpeper Rasa Mas.
Akibat tak sihat, terus hilang selera nak makan.
Ibu sekadar menjamah sedikit dan selebihnya ibu suapkan ke mulut anak-anak....
Moga esok ibu mampu ke sekolah seperti biasa.........

18 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

......salam dinda.....sedih dengar dinda ku x sihat.....you need more rest lah sayang.....
rest ye!!!

.....mintalah along buatkan soup ayam buat ibu....bila selera x de,tu yang mamaijat hirup...biar hangat badan dengan rempah2,halia dan bawang tu...

.....jumpa doc,makan ubat..and teruskan berehat...

semuga hari esok dah kembali seperti sediakala....

insyaallah...amin.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Harini rehat betul2 ye kak. Semoga cepat sihat semula..

Ps; awat farouk kena tgl semalam? Farouk nak teman ibu ye?

Salmi berkata...Reply To This Comment

Rehat cukup2 hari ni, Yah. Insyaallah esok boleh ke sekolah..
Biasalah kalau tak sihat.. Yang jadi kesukaanpun jadi tak sedap.. Kalau tak sihat akak suka sup & bubur nasi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thanks my dear sis...lama dh xkena migrin nie. Hr nie dh ok sikit n insyaAllah moga esok brtmbah baik...sedikit ujian dr Allah agar xterus leka dgn kerja2 duniawi....terima kasih di atas doa2 n kata2 semangat.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
Thanks zefa....rasanya hr ni dh ok sikit..InsyaAllah, moga esok dh boleh ke sk.....

farouk temankan ibu..dia tu mana snggup tgk ibu dok sesorg...katanya kesian..takut ibu kena culik.....he.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
thanks k.mie..dh ok sikit nie..moga esok makin sihat.....2lh, terus hilang selera nk mkn......

Zaza berkata...Reply To This Comment

alala, semoga ibu cepat sembut,
pandai anak ibu belikan nasik. hihi

NzA berkata...Reply To This Comment

to zaza
InsyaAllah.......3F tau ibunya xsihat.....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

didoakan semoga ibu cepat sembuh..dh mkn ubat ke?

puanbee berkata...Reply To This Comment

rasa mas ye ibu tk penah makan pualk nasi tu , harap2 ibu sihat lah nanti ye

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam kak, moga kembali siht dan bertenaga insyaAllah. boleh makan nasi ayam tu kira orait dah tu. =)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

alahai kesian akkakibat kebizian smp terjejas kesihatan.semoga cpt sembuh dan kembali berselera semula..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
Alhamdulillah dh bransur sembuh..TQSM JS....

jeBateja berkata...Reply To This Comment

moga cepat sembuh cikgu....semoga bisa ke sekolah jua.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, harap NzA dah sihat hari ni, banyakkan berehat ye, ummi tengok memang lately ni sibuk betul NzA.,take care dear!

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu ... mama QS pun sama tak sihat masa menaip ni masih tak sihat... nasib baik le jari masih berfungsi untuk menaip sebab suara dah kalah Ella.... mahu menangis berguling ella kalau dengar mama QS menyanyi ni.... :)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

migrain ye kak.. klu dekat, buleh juga hanie bekamkn...

Cikrosecute berkata...Reply To This Comment

SEMOGA CEPAT SEMBUH..

About me