Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 April 2012

Blog Ibu Adalah Blog KELUARGA....

Syukur Alhamdulillah kesihatan ibu dah bertambah baik
dan hari ini ibu dah kembali bertugas dengan keadaan ceria....
Terima kasih di atas doa-doa rakan-rakan maya ibu.

Juga terima kasih kerana mendoakan kejayaan anak-anak ibu.
Syukur kerana ibu dikurniakan rakan-rakan yang hebat.
Allah sentiasa mendengar doa rakan-rakan ibu yang tulus dan ikhlas.....

Sudah agak lama ibu terpanggil untuk membuat n3
berkaitan tajuk di atas tetapi asyik tertangguh2.
Maklumlah ibu ni bukan pandai menulis.
Risau nanti n3 ibu akan menguris perasaan orang lain.....

Kebelakangan ini semasa ibu BW ibu ada membaca artikal di blog rakan-rakan.
Luahan hati rakan-rakan yang ikhlas dan tulus.
Perasaan sedih kerana ada segelintir blogger yang
tidak puas hati dengan wujudnya blog yang
bercerita tentang kisah keluarga.
Ada orang-orang yang tertentu tidak suka dengan blog
yang berkisar kisah anak-anak dan keluarga.

Bagi ibu setiap orang punya visi dan misi tersendiri dalam mewujudkan blog.
Ada org bina blog utk tujuan bisnes,
bercerita tentang dunia hiburan,
bercerita tentang politik,
isu-isu semasa,
berita sukan dan macam-macam.
Semua itu mampu membuka minda kita dan memberi kita peluang untuk
kita memilih mengikut citarasa masing-masing......

Dan ada juga orang mementingkan trafik untuk menjana pendapatan sampingan.
Ibu hormati semua itu dan setiap orang berhak menulis mengikut cita rasa mereka sendiri.

Dan ibu pula wujudkan blog ni bukan untuk mencari pengunjung yang beribu lemon.
Ibu tak pernah kisah tentang trafik.
Itu tidak kisah tentang dana iklan.
Sepanjang 4 tahun ibu membina blog, ibu tidak pernah
ambil kisah tentang BE atau trafik blog ibu.
Dan ibu sendiri sudah lupa password iklan-iklan ibu....
Dasyatkan!!!!....he.he.he......

Yang penting ibu ingin  jadikan blog ibu sebuah khazanah yang berharga
untuk generasi ibu pada masa akan datang.
Sebuah dairy rujukan anak2 dan mungkin cucu-cucu ibu.
Semua kisah yang dipaparkan adalah kisah benar.
Catatan harian kami sekeluarga.
Ada kisah suka, duka, percutian, kejayaan, kesedihan dan macam-macam lagi.
Kalau boleh ibu tidak ingin tertinggal walau sedetik pun kisah-kisah
yang berlaku dalam kehidupan seharian kami.....

Dan anak-anak juga sering membaca semula kisah-kisah mereka
terutama kisah 4 tahun yang lalu.
4 tahun dulu wujudnya blog ini.
Betapa ruginya ibu kerana banyak tertinggal moment2
suka duka kami.....

Mereka seolah-olah tidak percaya apa yang
pernah berlaku dalam hidup mereka.
Perubahan wajah, perangai dan sikap......
Terkadang mereka ketawa bersama bila membaca
n3 semasa mereka masih dibangku sekolah rendah.

Bayangkan bila mereka sudah dewasa,
bertapa berharganya setiap catatan dan gambar-gambar kenangan
yang ibu abadikan disini.......

Niat asal ibu blog ini sekadar rujukan kami semata-masa.
Tetapi tanpa ibu jangka, dari sini ibu temui ramai rakan-rakan
yang begitu baik dan setia......
Ibu hargai setiap yang sudi berkunjung malah mereka
adalah rakan-rakan yang jujur.
Merekalah yang sering mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Berkongsi kegembiraan dan kesedihan.

Dan bagi yang tidak suka ibu tidak pernah mengalu-alukan
kehadiran mereka.
Di sini bukan tempat mencari gosip-gosip panas, 
mencari isu-isu terkini,
mungkin mereka boleh cari di blog-blog lain.....

Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.
Ibu hormati setiap paparan yang ibu baca di blog-blog lain.
Jika ibu suka, ibu akan tinggalkan komen tetapi jika ianya
tidak sesuai dengan jiwa ibu, ibu lebih suka berdiam diri tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Sebagai manusia kita hendaklah saling hormat menghormati
hak masing-masing.
Kita tidak boleh cepat melenting dan menjatuhkan orang lain.
Kita tidak perlu cemburu melihat orang lain yang lebih baik dari kita.
Patutnya kita jadikan kisah2 itu sebagai pembakar semangat.

Kita perlu didik diri kita berfikiran positif.
Mungkin rakan-rakan kita memiliki kekayaan yang melimpah ruah.
Mungkin mereka ingin berkongsi kegembiraan.
Berkongsi percutiaan yang indah di luar negara yang tak pernah kita rasai.
Mampu membeli sesuatu yang berjenama yang tidak kita miliki..
Mendapat hadiah yang amat berharga dari insan tersayang.
Mereka abadikan sebagai kenangan yang terindah....
Ibu rasa itu tidak salah kerana mereka mampu dan alami saat indah itu....

Dan ibu percaya, orang yang tidak berpuas hati itu
adalah orang-orang yang mungkin merasa diri mereka lebih baik dari
orang-orang sekelilingnya.
Dari itu kita juga dapat pengajaran agar lebih berhati-hati semasa menulis
kerana mungkin blog kita akan dikunjungi oleh berbagai-bagai
penghuni di alam maya ini.........
Sama-samalah kita ingat mengingat antara satu sama lain.

Dan ibu tetap dengan pendirian ibu.
VISI dan MISI ibu untuk teruskan mereliasasikan blog ibu sebagai 
SEBUAH BLOG YANG MEMAPARKAN KISAH KAMI SEKELUARGA.....
InsyaAllah......

Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah-kisah kami.
Dan sekiranya ada segelintir yang tidak menyenangi
blog berunsur keluarga, mereka ada banyak pilihan lain.
Tiada siapa memaksa mereka untuk singgah dan berkongsi cerita yang terpinggir.......

p/s:
Fuh!!! panjang pulak n3 ibu kali nie...
Patutlah habis lenguh jari jemari ibu nie.....ngee.....


Malam ni Along akan meninggalkan ibu untuk kesekian kalinya.
Hu.hu.hu........

52 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Terbaik lah Kak Nza! Shima pon blog byk juga berkisar ttg keluarga.Psl iklan pulak SAMA dgn akak hihi. Tak amik pedulik gak. Janji ada benda nak dipost. Kdg kala kita lebih senang berbicara tanpa suara kan :)

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Blog kita, suara kita, wajah kita.

Sama2 hormat menghormati terhadap penulisan masing2...kan akak kan..

myamyza berkata...Reply To This Comment

tengok orang juga, tapi kite memang suke baca kisah2 family, nak2 blog kak nza ni, selalu je ceria dengan keletah anak2, entri masak2, santai je bila singgah bw kat sini.. heee

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

salam kak

saya pun dah mula malas nak berblog, bosan..nampak gaduh sana sini..tapi yg baik ramai..

sebab tu jarang BW

Unknown berkata...Reply To This Comment

siapa lah yg telah 'mengusik hati' kak ni.. sehingga begini panjang sekali luahannya..

yer, saya pernah juga ditegur bila saya selalu paparkan hal anak2 belajar, kesah anak masuk tadika etc -- saya seolah ditegur spt tak amik kesah hal keselamatan anak sbb paparkan segala (walhal bukan lah segala)dlm bog.. gitu juga bila ade yg kritik apa yg saya tulis, konon2 semua benda nak cerita -- saya tak jawab apa pun (bukan di bhgn komen.. ), even malas nak buat apa2 n3 pasal hal ni di blog...

isunya.. mungkin dia sendiri tdk mampu utk menulis mcm saya @ mcm kak @ mcm kawn blogger yg menulis tentang keluarga... maka timbul isu iri di hati...

tp setiap org pun punya pendirian tersendiri kan.. skrg ni bila saya kurang menulis pun, ade juga nak mem'bidik' saya.. yg sebenarnya saya sendiri kesuntukan masa..

kesimpulannya.. kita menulis @ tidak.., kalo esok tu suka nak cari pasal, dia akan cuba jer cari alasan utk 'kena'kan kita...

btw, saya suka baca luahan kak ni.. rasanya tiap org yg normal punya pandangan yg hampir sama dgn kak..


p/s maaf yer kak.. 1-2 bulan ni saya memang x dpt nak aktif sgt dgn blog... rindu dgn masa2 saya aktif menulis & bw.. Insya Allah.. skrg ni masih juga mcabar diri utk selit2 juga dgn blog ni..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Betullah NzA, kita sepatutnya saling hormat menghormati, citarasa dan matlamat insan tidak sama. Masa ummi tulis catatan pengalaman pergi oversea dulu pun ada yang perli.Sekarang blog blogger tu pun dah takde lagi, orang2 macam ni takkan bertahan lama.Marilah kita berlapang dada dan melihat catatan perjalanan insan lain adalah sebahagian dari ketentuan Allah, rahmat kasih sayang Allah amat luas dan didatangkan dalam pelbagai cara untuk setiap hambanya.Sabar ye NzA, tak perlu kisah apa orang kata.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....dinda.....
sharing is caring

.....life is simple
and too short....
so,terpulanglah pada kita nak buat apa yang kita suka...

orang lain.....you suka,you join..
x suka..never mind...
ada orang lain yang suka...

kan dinda...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Apa2 pun bergantung pada hati..
Jika baca entry rakan2, sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik.
Anggaplah orang lain jujur & ikhlas menulis macam kita(kecualilah kita sendiri tak jujur & ada niat lain)

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam akak,

Alhamdulillah...byk perkara yang saya dapat belajar daripada penulisan akak. saya sgt kagum dgn sifat keibuan akak utk anak2 supaya setiap penulisan tidak hanya meninggalkan kenangan tetapi nasihat yang tidak akan putus sampai bila2...saya mendoakan kebahagian buat akak sekeluarga bersama anak2 yang soleh dan solehah =) amin...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy baca je semua blog.tak kisah berkenaan keluarga ke apa ke..klu sy tak suka sy tak pegi blog tu..betul kata akk tak perlu nak dengki dengan org.semua org ada visi n misi masing2..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Betoi tu kak Nza, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kita tulis pasal kisah hidup kita & apa yg kita nak tulis, itu hak kita. Sapa yg tak suka, tak payahla baca, depa boleh pi blog yg mana yg depa berkenan. Bukannya kita paksa depa baca blog kita pun. Orang2 macam tu haghu sangat la aih. Buat serabut kepala kita saja.

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

ckLah pun pernah cuba tulis tentang hal ini, tapi nampaknya membuat orang lain pula yang terasa hati. Blog ckLahnpun banyak tulis hal anak anakmdan pernah dikomen secara perli perli bahawa ckLah menunjuk nunjuk. Adakah patut, ucapan good luck ckLah untuk anak yang nak periksa di U dikatakan show off? Fuh.....ironinya, yang pernah kata kita menunjuk2 tu, dia tak perasan yg dia tulis entri berjela apabila anak tunggalnya pandai lukis dinasor, apabila anak tunggalnya masuk pakaian beragam di tadika. Hehehe...

Macam Imanshah, ckLah pun dah tak berapa minat blogwalking, jeran membaca entri entri yang berbaur skarstik, dan memerli merli. Dah tua tua ni kan....hehe. Maaf, terpanjang tulis...

cikguNae berkata...Reply To This Comment

setuju dengan akak.
yang penting saling 'menghormati'

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

pada saya terpulang pada masing2 nak tulis ke nk tepek gambar ke...kalau suka baca kalau tak suka abaikan aje,bukan niat nk menunjuk2 pun cume untuk tatapan hari akan dtg...ada kisah anak2,ada dgn kawan2 citer pasal2 mkn2...bila baca semula mmg seronok...

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak ibu saya sebenarnya tak kisah pun blog ini apa atau pun tidak yang pasti saya cukup suka dan ternanti2 cerita anak-anak kak ibu, dan saya juga rasa sebaliknya untuk kak ibu kan.... tertunggu kisah Qayyum dan Sumaiyyah (ye ke hehehehe) apa2 pun kita biarlah mereka dengan niat mereka yang pasti niat kita....

p/s nanti mama qs akan emailkan kisah mama pada kak ibu.... true story

Unknown berkata...Reply To This Comment

lupa tak payah email...mama akan tulis di message FB...

jeBateja berkata...Reply To This Comment

waka...waka....ada jugak org mcm tu erk....dunia dunia......biaq pi lah cikgu....buat apa yg kita fikir bagus..terus kan jerk...ahakz

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Salam kak...... lama tak singgah sini..msa agk kureeeng skrg ni..hu~

like n3 akak ribu2x lemon..

rasa mcm nak copy paste kt blog eina je n3 akak ni, eina pun pendam lama nk tulis menda ni..tp tak tertulis sbbnye itulah..ada je org yg rasa tak puas hati tntg apa yg kita tulis..padahal niat kita menulis, semata2 mengabadikan kisah keluarga kita..

apapun hrp2 pengunjung blog kita, ikhlas berBW di blog kita kan..

Hidup Blogger Family~..ngee~

ariana berkata...Reply To This Comment

Blog akakpun blog family jg..tempat berkongsi cerita ksh syg, suka duka keluarga. Akak rasa kita sama kita mmg suka lah singgah dan membaca kan..biarlah apa org nk kata..

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
thanks shima krn sntiasa memberi sokongan pd blog akak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
itulah sebaiknya......

NzA berkata...Reply To This Comment

to myamyza
2lh, kalau kita ikhlas n brfikiran positif insyaAllah kita xbrprasangka buruk pd org lain.

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
2lh bila kena mcm ni kita trsentap juga sedikit sebyk...ttp bagi akak pndirian ttp teguh....he....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
setakat ni xdelh lagi akak trkena secara terus dr rakan2 blogger...cuma bila BW dr blog rakan rasa mcm trkilan, sedih, simpati juga baca luahan hati rakan2....bagi akak kita kena brfikirn positif...yelh ada juga terasa hati bila blog family dianggap mcm menyemak n xde info brguna ttp anggap itu satu cabaran bagi kita n sekurg2nya boleh dijadikan panduan dalam menulis n3....
xpelah yong, mungkin "org" itu tdk senang dgn blog yong yg dh femes tu n mungkin blog mrk xdpt menarik prhatian rakan2 lain..abaikan segelintir org2 sebegini....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi, tujuan kita utk menimba pngalaman n brkongsi kisah dr rakan2....setiap yg kita baca boleh memberi maanfaat pd diri kita juga...kalau kita brburuk sangka, jiwa n hati kita pn xkan tenang.....setuju sgt dgn pndangan ummi tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
betul ckp kekanduku nie.....apa yg pnting kebahagiaan n kepuasan kita dlm mewarnai kehidupan yg singkat ini..Asalkan kita xmenyusahkan org lain n xmemburukkan sesama kita itu dh dikira satu bonus....Syukur krn punya rakan2 blogger yg amat2 baik....TQSM dear.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak samli
setuju dgn pandangan k.mie, jika kita sntiasa positif insyaAllah rakan2 akan dekat dgn kita..setiap org punya pndangan brbeza......

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
terima kasih azhan krn sudi membaca kisah2 trpinggir kami...semua itu adalah catatan kisah benar utk kenangan anak2 akak nnti......

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
betul tu PK....yg pnting kita ada visi n misi yg trsendiri utk blog kita.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
trkdg akak pn pelik, dh xsuka tetapi rajin pula membaca kisah2 lapuk n trpinggir..bkn setakat itu, sanggup pula memburuk2kan org....kalau xsuka sepatutnya terus blah je...kalau teguran membina bolehlah kita terima demi kebaikan brsamakan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
2lh, bila wujud segelintir org yg brsikap mcm ni seolah2 jadi kudis dlm dunia blog.....tiba2 rasa xde semangat lagi utk meneruskan visi dan misi..ttp bagi sy, visi dan misi saya ttp akn diteruskan..bkn utk org lain ttp utk diri sndiri krn tujuan asalnya adalah utk kepuasan diri juga....ttp kalau ada rakan2 yg ingin brkongsi kisah, amat dialu2kan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikgunae
SETUJU...saling hormat menghormati n faham memahami.....

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

ntahla k.nza kan..
blog kita, suka hati kita la nak tulis apa
kalau tak suka baca, takyah la datang baca kan
takpe.. bagi saya, abaikan jer orang2 camtu :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to ain
betul tu ain, bila dok sorg2 n baca balik n3 yg lepas mesti senyum sorg2...tringat zaman sk dulu2 buat catatan di dairy........

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
thanks mamaQS krn sering brtandan n sering memberi kata2 semangat buat kami....akak pn sama sering jengah ke sana w.pn trkdg blog mamaQS sepi tnpa n3...ngee...

Ok3X..xsabar nk tunggu msg kt FB....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
mcm2 org ada kt dunia nie jebat...hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
2lh, pelikkan bila org yg xsuka ttp masih ingin membaca...Apakah maksud tu sebenarnya????...ttp bagi akak, ianya xsedikit pun mematahkan semangat akak utk terus membuat catatan dairy kami...krn ramai rakan2 yg sudi brkongsi kisah family trutama yg mempunyai anak2....bagi yg suka mrk ada hak utk ke blog lain....xgitu eina????...he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ariana
betul tu kak, sekurg2nya kita xmenyentuh sensitiviti org lain..apa yg kita paparkan adalah kisah benar semata2kan.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
akak pn mcm tu, hnya segelintir kecil je org2 mcm nie.....yg pnting kita ikhlas....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

takpe la ibu, dan usah kisah dgn apa dikata janji apa yg kita buat adalah yg terbaik utk kita...

semoga ibu tabah.

NzA berkata...Reply To This Comment

to jemarisuri
thanks JS..sbnarnya tiada seorg pn rakan2 maya ibu yg buat komen nie ttp ibu baca di blog rakan lain..rasa mcm sedih dgn luahan hati rakan2 yg punya blog mcm ibu.....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Setuju!! Hehehe.. panjang kak Nza tulis, setuju je ibu yusuf komen.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
he.he.he.....TQSM....

sal ya berkata...Reply To This Comment

siapa yang tak suka dengan blog family, boleh pangkah terus kan? tak payah la baca. bila baca mula la nak mengomen itu ini. pd saya orang mcm ni saja nak buat netri. tak ada idea sgt. hahaha... saya tak kisah pun kak. biar la dia org. jji kita dan org2 yg suka baca tu tau apa tujuan kita berblog ni. tu dah cukup.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

blog ni aset juge kan kak... bertuah anak2 dpt baca semula kisah2 mereka kan.. ;)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Wе arе a group оf volunteers
and оpening a new ѕcheme іn our сommunity.
Your site offeгeԁ us with valuable informаtion to ωorκ on.
You've done an impressive job and our whole community will be thankful to you.

My web site: personal loans
my webpage > personal loans

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

You reallу make it aρpеar so easy with youг ρresentation but I to find this matter to be actuаlly somethіng which I
feеl I'd never understand. It kind of feels too complex and very huge for me. I am having a look forward on your subsequent put up, I'll try to
get the dangle of it!

Feel free to surf to my website :: payday loans

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Keeр on worκing, great job!

mу blog post: instant loans
my web site > instant loans

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

I am extremely impressed with youг wrіting ѕkills
and alѕo ωith thе layout οn yоur weblog.
Iѕ that this a paid subject or did уou modify it
yourself? Αnyway stay up the excеllеnt high quality wгiting, іt
is uncommon to peer а nicе blog lіke
this one these dаys..

Ηere is my site :: payday loans no credit check

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

alprazolam without prescription does 2mg xanax look like - does xanax show up swab drug test

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

WOW just ωhat I was looking for. Came herе by searching
for kеywоrd

Ηeгe is my wеblog ... payday loans

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Goоd post. I learn something new and challenging on blogs
I stumbleupon on a daily bаsis. It will
always be exciting tο rеad сontent from other authors anԁ use sоmething
from their sites.

Reѵiew my weblog Payday Loans

About me