Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 April 2012

Along Tinggalkan Farouk.....

Malam tadi  Along pulang lagi ke kg.
Katanya tak puas bermanja dengan atuk mama dan tok ayah di Kelantan.
Baru 2 minggu balik sini dah pulang semula ke kampung.....

miss along so much.....

Sebelum berlepas pulang macam-macam along pesan pada Farouk.
Jangan lupa buat homework.
Jangan lupa buat latihan.
Jangan malas mengaji.
Jangan tinggal solat
Dengar cakap ibu....bla..bla..bla.....
Macam mak nenek pula ibu tengok Along.
Maklumlah sejak Along bercuti panjang,
tugas mengurus Farouk semua ditangan Along......

Dan dengan slamber Farouk menyawab:
YAAAAAAAAAAAAAAA.........

Aduhai, bak patah sebelah tangan ibu dengan ketiadaan Along.....
Terpaksa la kembali ke rutin asal.......

Sebelum balik sempat pekena yong tau foo kat Hentian Bentayan Muar.
 Ibu nampak Farouk macam dah tak bermaya.....
Makan pun tak berselera.
Biasanya Farouk peminat yong tau foo.....

Kak Naurah berselera pula makan malam tadi.....

 Balik sekolah tadi ibu agak lewat kerana
menyiapkan beberapa tugasan.
Dalam kereta ibu tengok dada farouk berombak kencang.
Tengok makanan yang ibu bekalkan pun tak luak.
Rupanya Farouk kena asthma attack.
Lama dah Farouk bebas dari serangan asthma ni...
Balik rumah terus dia lepak dan tidur.
Jawabnya petang ni dia terpaksa cuti ke sekolah agama....
Moga Farouk cepat sembuh........

21 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....selamat balik kg along.....
bestnya...manja2 ngan atok mama & tok ayah...

.....Semuga Farouk cepat baik....Mamaijat rasa missed along pun yea juga tu....

.....kesiannya dinda...berperang lah balik antara tugasan di skul dgn tugasan rumahtangga....
Alahai..Dinda kat kuat semangat...

p.s. mamaijat pun dah lama tak kena serangan ASMARA (lelah)ni....
he he he....
minta di jauhkan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
rindu along sgt2......hu.hu.hu...

mmg kalut sgt pagi tadi utk kembali ke rutin asal..rumah mula brsepah balik gara2 ibunya dh xkuasa nk mengemas...ala2 mogok...hu.hu.hu....

thanks dear krn sntiasa mendoakan kesejahteraan kami skluarga n nza pn xjemu2 brdoa utk kesejahteraan mamaijat setiap kali lepas solat...Mamaijat tramat dekat dihati......

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

tentu along seronok duk di kg, dapat brmnja ngan atuk mama dan tok ayahnya...

dah biasa along yg mmbntu kerja2 umah, bila dia tk de mmng terasa sangatkan........

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Mudah2an Farouk cepat semboh.

Rindu Along agaknya.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya doakan semoga Farouk cepat sembuh dari asthma attack tu. Napa tiba2 ja kena balik lepas lama tak kena? Ada tersilap makan apa2 ka, kak?

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

moga seisi keluarga sentiasa dlm rahmat dan perlindungan Allah...

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA,tentu rasa sunyi juga kan tanpa Along.

Kesiannya Farouk, moga cepat sembuh, banyakkan rehat ye

Unknown berkata...Reply To This Comment

ala kesian farouk memang betul le minggu ni memang minggu sakit, sumaiyyah tak sihat, auntie tak sihat, hero malaya ni pun tak sihat... makan ubat tau, jangan lupa nanti cepat sembuh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
betul tu MP, along cucu kesygan atok maklumlah cucu prtama....

Bila dok dlm zon selesa kita akn rasa sukar utk kembali kpd keadaan asal......

InsyaAllah, risau tgkkan keadaan farouk mlm tadi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
Terima kasih k.ani...Agaknya la sbb mrk brdua ni punya byk prsamaan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
thanks dinas....
xtaulah mcm mana dia kena..rasanya adalah trsalah makan tu...kebelakangan ni suka sgt mkn aiskrim msia......

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
terima kasih AHP...amin....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg sunyi ummi krn slama dialah yg sering bebelkan farouk.......

terima kasih ummi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
yelah kot...ibunya pn xsihat n skrg farouk pulak....musim la agaknya.
Alahai kesiannya sumaiyyah n abg Qayyum....moga cpt sembuh.....

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

Semoa Farouk cepat sembuh

Amboi,kaklong cuti2 m'sia yer, maklumlah dh lepas exam yer
masa ni lah nk bermanja2 dgn nenek kat kg kan..slalu time skolah bz memanjang, kelas lah, tuisyen lah... bagus2 kaklong jenis yg suka dok di kg

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
InsyaAllah...amin

along mmg manja dgn atok di kg..cucu kesygan katakn...ambil ksmptan nk manja puas2 katanya......ibu lak yg sedih....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Baru harini sempat omen entry ni.. macammana dgn farouk. Dah ok ke kak? Semoga farouk sihat2 aje..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Seronoknya along jumpa atuk mama & tok ayah lagi..
Farouk dah ok ke? Harap dia cepat sembuh

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
Alhamdulillah Farouk dh brtmbah sihat...esok dh boleh sekolah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
2lh, cucu manja atok katakan....ibu yg sedih......

sal ya berkata...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh ye farouk.

About me