Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Februari 2015

Moga Ayahnda Tenang di Sana.

Masih terasa sebak, sedih, terperanjat dan tergamam mendapat berita yang
membuat bumi Kelantan dibasahi airmata.
Malah seluruh rakyat Malaysia bersedih menerima berita ini.

Pemergian seorang ulamak terkenal Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saat ini tidak kira apa pegangan politik, agama dan 
bangsa semua turut merasai kesedihan dan kehilangan ini.

Setiap tutur kata serta taujihat darinya penuh bait-bait hikmah....
penuh dengan ilmu berguna.

Kami cukup bertuah TGNA dipinjamkan oleh Allah untuk 
memberi ilmu-ilmu yang berguna pada kami semua.
Ibu membesar di zamannya......

Damailah Ayahnda di sana.
Semoga ditempatkan dikalangan solihin...
Al-Fatihah.



 Gambar kenangan TGNA bersama Arwah Abang Long.
Esok genap 6 bulan pemergian Kak Long dan Abang Long.

Gambar kenangan TGNA bersama arwah ayahnda Hj Ismail Noh...
pakcik kesayangan ibu
dan merupakan kawan rapat TGNA.

Al-Fatihah buat Ayahnda TGNA, Ayahnda Ismail Noh dan Kakanda Hazli Hassan.
Semoga kalian ditempatkan dikalangan solihin.....InsyaAllah...
Entah bila pula tiba giliran anaknda ke alam sana....

11 Februari 2015

#Tanpa Bicara

Mood : Sibuk
NILAM...NILAM...NILAM...

Menyiapkan benda alah ni pulok.

9 Februari 2015

Terima Kasih Berjuta Lemon.

Masih dalam mood yang sangat sibuk....fuh

Terima Kasih buat semua yang memberi ucapan dan mendoakan sempena 
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua..InsyaAllah...amiin

Ni kesinambungan kisah Daddy Lee sponser kek petang
sehari sebelum birthday Naurah.
Malam birthday sekali lagi Daddy Lee buat kejutan.
Daddy Lee telah mengirimkan sesuatu melalui Ayah.
Bukan sebuah jam tapi 5 buah jam berjenama Casio.
Bukan birthday girl je yang dapat tapi kesemua 5F dapat sekali.
Ayahpun bukan main tergedik2 berkenan dengan jam tu semua...
Ayah : Tak ada yang lebih ke untuk Ayah.....????
He3x...alahai Ayah ni...kalau berkenan pergi la beli sendiri.....
Sir Lee tu merupakan rakan sekerja Ayah dulu dan BFF Ayah.

Begitulah saban tahun.
Ada saja hadiah kejutan buat 5F sejak mereka dilahirkan hingga sekarang.
Masih ibu ingat semasa kami ke Sarawak dulu.
Sir Lee la bersusah payah menolong kami.
Menolong menolak stroller Farouk masa di Kampung Budaya Sarawak........

Kek dan jam hadiah "Daddy Lee" buat birthday girl dan 5F.

Tidak terucap dengan kata-kata.
Kebaikkan dan keikhlasan beliau tidak terbalas oleh kami.
Walaupun kami berlainan agama dan bangsa namun
ikatan persahabatan dan persaudaraan tidak jadi halangan.
Bertapa indahnya sebuah ikatan persahabatan yang tulus dan ikhlas.

Thank You Very Much Sir........
Hanya doa mampu yang mampu kami kirimkan buat Sir Lee sekeluarga.
Moga Sir dimurahkan rezeki..diberi kesihatan yang baik....dipanjangkan umur...
Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang tersirat jauh disudut hati kami.....

P/s :
Masih tak berkesempatan nak jengah
blog rakan2...

7 Februari 2015

Weekend Kami

Bersua lagi dan selamat berhujung minggu.
Sejak Along dan Angah bercuti sem ni, langkah ibu semakin ligat.
Kebelakangan ni Ayah pula semakin sibuk dengan urusan luar.
Minggu ni pun ayah terbang lagi dan lagi...
So, ibu banyak habiskan masa bersama-sama anak-anak.

Rutin weekend a.k.a Hari Jumaat ibu tahun 2015.
Sekarang ibu habiskan masa weekend di PSS sekolah.
Kebetulan Farouk ada tuisyen di sekolah so sambil tunggu
Farouk abis tuisyen ibu buat kerja-kerja pengurusan di sini.
Inilah kerja ibu sekarang...latih koir dan kemas kini buku-buku di PSS..
Kebetulan sekarang ni ibu tengah gigih latih pengawas PSS koir untuk
hari pelancaran NILAM Ahad nie.
Dah 1 minggu ibu bersama anak-anak ini.
Biasanya latihan dibuat selepas tamat waktu sekolah 1.15- 2.15 petang.
Ibu tak nak ganggu waktu belajar so latihan dibuat selepas tu.
Takpelah berkorban sedikit waktu untuk mereka......
Ibu pun seronok bersama mereka.....

Selesai urusan kerja ibu habiskan masa untuk anak-anak pula.
Dah 2 minggu kami pergi ke pusat rawatan ni.
Ibu bawak Along dan Angah ke sini, 
Cari alternatif untuk merawat tulang belakang Angah dan migrin Along.

Selesai sesi rawatan di sana, macam biasalah anak-anak dara nak bershopping di TheStore.
Lepas shopping kami isi perut di bakery ni.
Sekadar isi perut dengan pelbagai pilihan kek, roti dan pizza....

OTW balik singgah pula ke Giant.
Misi mencari daging kambing.
Along bercadang nak panggang kambing hari ni.......
Sekarang tugas memasak lauk pauk diambil alih oleh Along dan masak
desert untuk makan petang diambil alih oleh Angah...
Lega sangat2 ibu rasa seketika sebelum mereka meninggalkan ibu hujung
bulan nanti untuk meneruskan perjuangan di U....huhuhu....

Alonglah jadi driver kami...

Singgah beli takoyaki...
Mak aiiii......baru tahun lepas 4 ketul = RM3.50....tetiba tahun ni 4 ketul = RM5...
Tak tertelan pulak rasanya sebab bagi ibu harganya agak mahal.........
Ni belum kena GST.....

5 Februari 2015

Resepi Ringkas Percik Ayam

Salam rindu semua.
Alahai sekarang ni kesibukan makin mejadi-jadi.
Bersawang dah blog ibu.
1 minggu cuma sempat update 2-3  entri je....huhuhu.....

Petang-petang ni nak cerita tentang makan dan makan.....
Lama dah tak masak ayam percik versi mama.
Rindu masakan mama.
Sejak mama sakit dan tidak boleh berjalan ibu dah tak dapat rasai lagi air tangan mama...huhuhu...
Meh kita intai2 resepi :

Resepi Percik Ayam:

Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
1 kotak santan ( ibu ni seorang yang teramat tak rajin nak perah santan)
1 inci halia-kisar
3biji bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2-3 sudu besar tepung beras/tepung jagung/tepung gandum ( untuk pekatkan kuah)
serbuk cili 
asam keping
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
rebus potongan ayam, letakkan sedikit garam
biarkan separuh masak dan toskan.

Kuah/sos:
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali ayam.
2. kacau hingga pekat.
3. Panggang ayam..balik2kan.
4. Celup ayam ke dalam kuah dan panggang lagi.
5. Semasa menghidang, curahkan baki kuah ke atas ayam.

Selamat mencuba.

p/s:
tak sempat lagi nak siri jelajah ke blog rakan2....huhuhu.....


3 Februari 2015

Simanis 15

Cepat sungguh masa berlalu.
Tak sangka Baby girl ibu dah melangkah ke alam remaja.
Anak milenium yang lahir dalam tahun naga emas.

Alhamdulillah Farah Naurah seorang anak yang tidak banyak kerenah, tekun belajar, pintar dan berdikari.
Sejak melangkah ke alam persekolahan tidak
pernah menghampakan ibu dan ayah.
Kecemerlangan demi kecemerlangan dihadiahkan untuk guru2 dan family
sejak di pra-sekolah hingga kini.

Terima kasih Allah kerana menghadiahkan
kami permata yang amat berharga ini...
Alhamdulillah....

Selamat Hari Lahir Kakak.
Ibu, Ayah dan keluarga mendoakan agar Kakak panjang umur,
murah rezeki, dipermudahkan segala perjalanan hidup
dan menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat....
Semoga Kakak dapat kejayaan yang cemerlang dalam PT3 tahun ini...InsyaAllah
Kami sayang Kakak.....

Walaupun berperwatakan lemah lembut namun Kakak seorang 
yang tegas .
Nampak je ayu tapi jangan cuba berani usik Kakak......
Salah seorang bekas pelajar taekwando ni....Ada berani!!!!!!
Penerbangan ke Hong Kong.....Mereka sering bersama.....

Makan-makan pizza sehari sebelum birthday.
5 bijik pizza RM5 perbagai perasa....he3x...jimat-jimat dan berbaloi.
Ini pun tak habis dimakan.....
Akibat kesibukan ibu so terpaksalah celebbrate awal...
CutiThaipusam pun ibu ada program kat sekolah....

Menunggu pizza siap....
Susah nak snap gambar Kakak sekarang....
Farouk masih lagi bagi kerjasama.....
Ramai orang kata muka mereka berdua seiras....

Kek delivery daripada "Daddy Lee"....
Petang sebelum birthday kami dah terima kek yang sangat sedap ni.
Sir tak pernah lupa hari bersejarah kami sekeluarga.
Alert sangat-sangat.
Tqsm Sir Lee....Terima kasih berjuta-juta lemon.
Kami doakan agar kehidupan Sir makin bertambah rezeki , bahagia dan aman damai......


29 Januari 2015

Kisah di Sebalik Tabir- Januari

#Throwback-Penghujung December (29.12.2014)sekolah ibu anjurkan kursus Frog-Vle.
Ni bukan cara-cara membela katak ye ibu-ibu tapi pembelajaran mengunakan teknologi ICT.
Sekolah ibu terpilih jadi perintis dan tahun ni adalah tahun ke 3.
Jika berjaya program ini akan diguna pakai seluruh Malaysia.
Farouk antara wakil pelajar dipilih oleh cikgu penyelaras ict sebagai mentor pada rakan-rakan.
Penceramah didatangi khusus dari Putra Jaya.

14.1.2015 (Rabu)
Awal minggu pertama PSS dan Makmal Komputer ibu menerima tetamu.
Pemantauan dari Pegawai Teknologi Maklumat.
Emmmm...saban tahun macam nilah.
Alhamdulillah semua dapat komen membina dan membahagiakan ibu....terubat penat lelah.

23.1.2015 (Jumaat).
Program Akur janji murid tahun 6 pula dijalankan.
Pertemuan 4 mata antara pihak sekolah dengan ibu bapa calon UPSR 2015.
Walaupun hujung minggu kami tetap bekerja.
Tak kisahlah...yang penting semua tu untuk
kecemerlang anak-anak didik.
Ayah secara rasmi dilantik sebagai pengerusi wakil ibu bapa.
Awal-awal ayah maklumkan dia terlalu banyak komitmen lain dan banyak urusan diluar kawasan.
Cuma ayah berjanji cuba sedaya upaya beri komitment setakat yang terdaya...

25.1.2015 (Ahad)
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan.
Sebelum sesuatu program bermula banyak
urusan dalaman perlu disiapkan.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

26.1.2015 (Selasa).
Ibu bersama 2 orang rakan berkejar ke
Jakel Melaka selepas balik sekolah.
Kiranya atas urusan sekolah juga.
Sesi menjelajah mencari batik untuk dipakai
pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG bulan
3 nanti.
Singgah cuci mata di butik tudung Ariani.
Tapi sekarang ibu lebih selesa dengan koleksi pearl haya.

28.1.2015 (Rabu).
Awal pagi diadakan latihan merentas desa.
Ibu sempat jenguk sekejap kerana perlu hadiri bengkel.
Ibu menghadiri Bengkel Penyelarasan di PLG untuk pertama tahun ni.
Ni bukan bengkel baiki kereta ye tapi bengkel semakan CD yang dibekalkan ke sekolah2.

Itulah antara program yang berjalan sepanjang bulan Januari.
Sebenarnya banyak lagi program sampingan
berjalan.

Bulan Februari dah bersusun program sedang menantiiiiii........emmmm..,,

27 Januari 2015

Farouk dan Watikah Perlantikan

Salam rindu semua....
Hari ni nak cerita tentang bujang terhangat ibu, Farouk.

Semalam sekolah telah diadakan Majlis Watikah Perlantikan
Pengawas Disiplin,
Pengawas Perpustakaan dan
ketua/Penolong kelas.

Sekolah ibu telah menjemput Sarjan Hasnan B Abdul Mubin,
Ketua Balai Polis BG.
Yang kelakarnya budak-budak exited sangat bila tengok en polis.
Baik je masing-masing......

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Opppsssss...sebenarnya ibu bukan nak cerita program sekolah tapi
nak cerita kisah Farouk.
Dah tersasar dari tajuk pulak.......

Bangun pagi Ahad,  ibu lihat Farouk dah prepare baju uniform dia.
Siap gosok...siap gantung elok-elok....
Kalau hari-hari biasa ibu sering "berperang" dengan Farouk tang
kain baju yang sesedap hati je selit di mana-mana.....
Farouk menerima Watikah Perlantikan Sesi 2015 daripada Tuan Sarjan

Menerima Tali leher daripada Guru Besar pulak.....

Bujang terhangat ibu tersipu-sipu bila ibu snap gambar.
Emmmmm.....makin hari Farouk makin tinggi...makin hari Farouk makin membesar.
Rasa tak sanggup lihat Baby Boy ibu makin meningkat remaja......

Selesai majlis penyampaian sijil maka acara seterusnya bacaan ikrar pula
diketuai ketua murid.

Saat yang membuatkan ibu berpeluh sampai ke kaki....
Nak suruh budak-budak ni berkumpul....susun ikut ketinggian.....bertenang......
Adeh....maunya pepagi cikgu tak berpeluh-peluh.......

Akhirnya dapatlah ibu abadikan sekeping gambar kenangan 
Farouk bersama rakan-rakannya ni.....

23 Januari 2015

Alahai Cik Hitam

Salam rindu semua.
Bersawang pulakblog ibu ni.
Kesibukan melampau membataskan ibu untuk terus jadi blogger tegar....

Ni kisah basi tentang cik Hitam ibu.
Diawal 2015 kesabaran ibu teruji lagi dengan cik Hitam ni.
Tak tahu dimana silapnya cik Hitam asyik buat perangai.
Awal tahun ni dah 3x ia menguji kesabaran ibu.
Minggu pertama 2015 cik Hitam
dah "cium" a.k.a gesel kereta seorang nyonya.
Kalau ikutkan memang nyonya tu yang salah kerana dia terus keluar
lorong sedangkan ibu berada di jalan utama.
Macam biasa la kan masing2 tak nak mengaku.
Ibu yang jenis malas nak bertekak.
Kata orang kekasaran baik dibalas dengan kelembutan.
Ibu akhirnya hulurkan RM200 dan
tidak semena2 si nyonya tu peluk ibu dan ucap terima kasih
emmmm, biarlah ibu rugi sedikit.
Mungkin duit tu bukan hak ibu..

Minggu ke 2 Ayah guna cik Hitam untuk ke KLIA.
Ayah terbang ke Kelate untuk misi bantuan mangsa banjir.
Bukan lama pun. Ayah naik flight awal pagi dan balik semula flight lewat malam.
1 hari je parking kat sana.
2 hari baru ibu perasan ada kesan kena langgar bahagian depan cik Hitam.
Redha jelah.

Minggu yang sama ibu ke kedai recycle untuk hantar buku2 terpakai di sekolah.
Sekali lagi tayar cik Hitam tercocok besi sampai koyak.
Redha dengan keadaan.
Melayang lagi RM500 untuk 2 bijik tayar.
Tayar tu baru je ibu tukar bulan 8 tahun lepas...
Baru 4bulan.
Pasrah dan redha dengan keadaan.
Ibu ambil yang positif.
Mungkin duit itu bukan milik mutlak ibu.

Kalau ikutkan hati ibu yang merajuk ni, nak je ibu ganti cik Hitam.
Tapi ibu sedar diri ibu...kami bukan orang kaya.
Hidup sekadar cukup-cukup makan je.
Tak termampu nak tambah beban hutang lagi.
Lagipun umo cik hitam masih muda,baru 3.5 tahun dan tak berbaloi kalau di jual....
Emmm....ibu pujuk hati agar bersabar dan terus bersabar.
Mungkin terselit hikmah disebalik kejadian ini.

Untuk cik Hitam ' Jangan la buat hal lagi ye sayang..
Kesianlah kat ibumu ni. 
Kesian la kat 5F tu.
Mereka tak pernah merasa duit sebanyak yang ibu laburkan padamu setiap masa.....


p/s:
Weekend pun ke sekolah.
Ada program.

19 Januari 2015

Angah dan Cuti Semester.

Minggu ni ibu dalam mood yang sangat sibuk.
Sibuk dengan minggu awal persekolahan.
Sibuk dengan pemantauan PSS.
Sibuk dengan urusan anak-anak.

18.1.2015 Angah pula mula bercuti Sem 1.

Alhamdulillah Along dah banyak berdikari sekarang sejak dapat
Tak perlu lagi ibu dan ayah ukur jalan untuk jemput/hantar dia terutama dicuti
akhir Sem.
Namun ada 2 orang Farah lagi perlu diuruskan.
Beginilah kalau umur anak hampir sebaya....
Mereka sambung belajar pun dalam jangka waktu yang lebih kurang sama.
Lagi-lagi melayan anak perempuan yang pastinya khazanah yang
membuat ibu dan ayah tergamam......

Semalam selepas kerja ibu bergegas ke Seremban.
Alhamdulillah highway mempercepatkan perjalanan kami.
Memakan masa 4 jam pergi/balik agak memenatkan juga.
Lebih memenatkan bila terpaksa angkut barang-barang Angah tu.
Nasib baik kolej kediaman Angah ada lif....
Fuh.......tak tahu nak komen apa....

Last paper Angah tamat lebih kurang pukul 4.30 petang dan ngam2 ibu sampai situ.
Masa ibu tiba Angah dah siap angkut turun segala barang-barang dia.
Cuma tinggal buku-buku je kat atas sebab Angah tunggu kotak yang ibu bawa.

Dah selesai angakat barang Angah, kami singgah pekena roti canai yang jadi feveret Angah
sejak kebelakangan nie di cafe bersebelahan.....

Selesai makan kami terus bergerak balik.
Sampai rumah dah dekat Isyak...
Penat memang penat tapi demi anak-anak ibu sanggup
lakukan apa saja demi keselesaan mereka.....

16 Januari 2015

Berakhir Cuti Sem Beby

Semalam ibu terpaksa mengambil CRK (cuti rehat khas) diawal minggu pertama persekolahan.
Kalau ikutkan memang agak sukar nak dapatkan cuti diawal tahun.
Alhamdulillah bos ibu begitu perihatin terutama yang melibatkan family...
TQSM Big Bos.

Hanya ibu, Along dan Beby saja ke Kuantan.
Ibu bagi pilihan pada Beby untuk memilih seorang saja antara ibu dan Ayah
untuk hantar Beby sebab tidak ada orang nak
menguruskan Naurah dan Farouk.
Lagipun Ayah memang tak boleh ambil cuti.
So yang pastinya Beby akan pilih ibu........muhahaha....
Nasib baik ada Along yang menjadi driver kami.....

Kami bergerak selepas solat subuh dan tiba di Indera Mahkota Pahang
dalam pukul 9.30 pagi.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.
Alhamdulillah pendaftaran Sem 2 Beby berjalan lancar......

Sebelum ke sini naik pening kepala ibu lihat barang Beby...
Lupa nak snap gambar khazanah yang diangkut.
Beg besarrrrrr 3 buah + 3 buah beg sedang + pelbagai barangan sampingan.
MPV ibu sarat dengan barangan beby....
Bila ibu tanya berapa pasang baju kurung Beby bawak...
Beby : "Beby bawak 50 pasang je......kasut 8 pasang....tudung???he3x..rahsia...
Ibu : Haaaaaaa.........patutlah beg Beby menggunung.....
Beby : He3x......tu ada lagi 1 beg baju kurung yang Beby tinggal sebab tak larat nak bawak....
Ibu : Ni nak pergi buka butik ke apa....?????
Beby : Bebykan anak ibu....ikut perangai ibu la......ha3x......
Terdiam ibu.....speachless

 Bersama BFF Beby, Bell, jugak anak seorang guru dari Kelantan.
Pelajar kat sini kebanyakan anak-anak cikgu.....
Beby berbaju sama semasa daftar Sem 1dulu....
Katanya sehingga Sem 6 dia akan pakai baju yang sama.....
Emmmm.......itulah Beby....pelik tapi benar...
Kalau ibu pasti nak pakai baju yang terkini untuk dapatkan mood baru tapi
budak sorang ni agak berbeza.....
 Akta paksaan ber"welfie"....Sabar jelah.

Selesai urusan di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami 
bergerak ke kolej kediaman.
Beby dapat tingkat 3 (aras 2).
Haaa...jenuh punggah barang-barang...
Itu pun  roomate Beby yang banyak membantu....
1 bilik 4 orang...Alhamdulillah luas dan sangat selesa.
Dari bilik Beby dapat lihat pemandangan padang golf yang terbentang indah.

Setelah selesai edisi peluk memeluk maka ibu dan Along bergerak pulang.
Kami singgah solat jamak dan makan di Muaazam Shah.
Along suggest nak makan nasi kat rumah.
5F ni agak cerewet bila dibawa makan kat restaurant...
Ada je dia compare makanan yang dimakan dengan masakan ibu.
Macam la ibu ni teror sangat masak.....adeh.
So kami singgah pekena pizza-hut jelah.
Kebetulan belum lagi rasa pakej Rm5 tu.
Kami order 3 bijik.
 3 bijik pizza-hut berlainan resepi.
Kat sini pizza-hut boleh tahan sedap sebab rotinya rangup2 gitu.
Tinggal slice terakhir masing-masing dah kenyang.....

Ni tapau untuk Naurah dan Farouk...


Tiba di rumah dah lewat petang.....

Saat ini ibu mulai rindukan Beby........

15 Januari 2015

Tamat Sem 3

Terima kasih semua di atas doa2 untuk Farouk.
Alhamdulillah keadaan Farouk dah bertambah ok cuma masih lemah.
Ayah tidak jemu-jemu mencari penawar buat buah hatinya tu.

Kali ni nak cerita n3 yang tertangguh.
Pejam celik..pejam celik dah hampir 2 tahun Along berjuang
sebagai seorang siswazah di IPTA.
Penuh dengan suka duka.
Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Along di sana.
Masuk tahun 2 Along dah pandai bawa diri.
Tiada runggutan yang ibu dengar dari Along.
Semuanya dalam keadaan ok.

10.1.2015- hari terakhir Along duduki exam akhir Sem 3.
Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar.

Kejayaan seorang pelajar memerlukan pengorbanan, semangat juang
yang tinggi...sabar...tekun..kuat semangat.....

Wajah ceria Along dan rakan-rakan seperjuangan setelah berhempas pulas
 memerah otak , masa dan tenaga.
Perkara biasa bagi seorang pelajar kurang tidur..makan tak menentu dan stress.....

Alhamdulilah hari ini Along dah berada disisi ibu untuk tempoh masa
yang agak panjang......
Result pun dah mula keluar secara berperingkat-peringkat...
Syukur Alhamdulillah kedua2nya Along dapat A+ dan A.
Subjek-subjek lain sedang menyusul keluar satu persatu....
Ibu doakan agar kali ini Along terus kekalkan kecemerlangan...InsyaAllah.
Pertengahan bulan 2 nanti Along akan melangkah ke Sem 4....
Cepat sungguh masa berlalu.

p/s:
Hari ni ibu bergerak ke Kuantan untuk hantar Beby ke Sem 2.

14 Januari 2015

Farouk Demam

Kisah bujang terhanggat ibu lagi.
Awal tahun Farouk tiba-tiba diserang demam panas.
Seingat ibu dah lama sangat Farouk tak demam.
Rasanya dah lebih5 bulan kot.

2 hari sebelum sekolah dibuka badan Farouk panas tiba2...asyik nak pitam katanya.
Pernah dia terbaring depan toilet..Katanya dekat mata nampak cahaya dan gelap.
Malam tadi balik surau airmatanya bergenang.....katanya tengah solat dia tumbang.
Risau jugak ibu rasa sebab sebelum ni Farouk tak pernah alami sintom-sintom begitu.

Hari ketiga Farouk demam adalah hari pertama persekolahan sesi 2015.
Nak tak nak ibu bawa juga dia ke sekolah dengan keadaan yang lemah dan lesu.
Makan ubat pun tak berkesan.
Badan Farouk tetap panas..mata merah dan berair.

Balik sekolah ibu bawa lagi ke klinik..
Doktor suggest  nak buat ujian darah.
Bila dengar je doktor nak check darah belum apa-apa Farouk dah pegang tangan ibu...
Farouk : Ibu...farouk tak nak...farouk tak nak....nanti sakit....farouk takut.....
Alahai merayu-rayu...Doktor yang cantik manis senyum-senyum memujuk Farouk......

Yang ibu tak tahan nak gelak bila pembantu perubatan nak ambil darah....
Berjurai-jurai airmata Farouk tanpa suara......belum apa-apa Farouk dah over....
Adeh.......punya la penakut..macam en ayah pulak ibu tengok....

Hasil ujian darah setakat hari tu ok.
Tak ada masalah...

Beginilah keadaan Farouk.....

 Balik sekolah hari pertama selepas ke klinik.

Bila tak tahan panas Kak Nana tolong sapukan gel alovera kat kepala adiknya.
Terkadang ibu letak towel basah......

Situasi pagi ni badan Farouk masih lemah cuma demamnya dah kebah.
Get well soon Farouk...
Risau sangat ibu dan ayah tengok keadaan Farouk macam ni...

12 Januari 2015

Farouk 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah.
Ibu dah 2 hari bertugas...

Lama jugak tak buat n3 tentang farouk ni.
N3 pertama 2015 untuk farouk.

Alhamdulillah semakin menganjak usia
ibu nampak farouk semakin matang
walaupun sikap manjanya masih menebal.
Agaknya anak lelaki lambat matang berbanding anak perempuan.
Sampai saat ini tak sah kalau dia tak
peluk dan cium pipi ibu lebih 10x sehari...
Manja mengalahkan kakaks.

Pencapaian dalam akademik juga semakin membanggakan ibu
walaupun prestasi Farouk tidak secemerlang 4Farahs.
Alhamdulillah.....banyak perkembangan positif yang ibu lihat.
Harap-harap tahun 2015 ni Farouk berubahlah sikapnya
terutama dalam kelas....

Sejak tahun lepas Farouk diberi tugas melaungkan Azan Maghrib
secara bergilir-gilir di surau taman perumahan di sini..
Bila dengar suara Farouk melaungkan azan..hati ibu jadi sebak....
Tak sangka babyboy ibu dah mampu melakukan suatu amal jariah diusia semuda ini.

Sekarang Farouk suka sangat pakai serban bila nak ke surau...
Katanya kain tu hadiah seorang pakcik surau...
Yang kelakarnya ibu yang tukang belit serban ni....adeh..kelakar.
Main belasah je.....ha3x...

Farouk : Ibu, nanti besar farouk nak jadi ulamak la....Nak jadi macam tok ayah....
Ibu : Ye ke???? Alhamdulillah tapi orang nak jadi ulamak kena jadi anak yang baik.
Ya Allah, terkedu ibu....perbagai rasa dalam hati...syukur, bangga, sayu.....
dalam hati ibu berdoa agar cita-cita dan impian Farouk tercapai....InsyaAllah.
Moga Farouk mampu menempatkan ibu dan ayah ke syurga.......

Farouk lebih selesa berjubah dan berkopiah....

Kat rumah pun dia lebih suka berjubah dan berbaju Melayu....

8.1.2015- Sekolah ibu mengagihkan bantuan awal tahun.
Bila cikgu kelas hulur duit tu Farouk termenung sendirian.
Tak habis-habis ditiliknya duit tu.....
Pic ni pun cikgu kelas Farouk yang send pada ibu...

OTW balik Farouk cakap : Ibu...baju sekolah ayah dah beli...yuran dah bayar...buku /alat tulis
semua dah ada...Boleh tak duit ni Farouk nak derma kat kawan2 di Kelantan. 
Kesian kawan2 Farouk kat sana...macam mana la mereka nak belajar......
Ya Allah....rasa terhenti seketika degupan jantung ibu...
Ibu tak sangka sejauh itu niat suci Farouk .
Sanggup korbankan nilai duit itu pada orang yang lebih memerlukan.....
Dalam hati rasa sebak..sedih..sayu...bangga...kagum..
Tanpa berlengah ibu singgah Econsave..kat situ ada 2 tabung derma..
1 untuk mangsa banjir dan 1 untuk Gaza....
Ibu hulurkan duit pada Farouk....kat situlah Farouk menderma....

Tak sia2 selama ini ibu mendidik dia lakukan kebajikan.
Rutin yang ibu latih pada 5F sejak kecil, setiap kami singgah ke masjid..surau...
atau mana2 saja pasti ibu agihkan duit-duit kecil pada mereka untuk dimasukkan dalam tabung...
Ibu pesan pada 5F, kita derma mesti ikhlas...jangan berkira...tak kira berapa
sen/RM yang kita miliki tu kena kongsi dengan orang lain...
Itu bukan hak kita seorang.....
dan setiap kali mereka memasukkan duit ibu pesan agar mereka baca Al-Fatihah sambil
berdoa dan mohon pada Allah agar jadi anak soleh/solehah..anak cemerlang dunia akhirat....
Eee..eh....bertazkirah pulak ibu...he3x..sedikit perkongsian
Sharing is caring....

10 Januari 2015

Apam Balik Homemade.

Alamak dah 2 hari berturut-turut buat n3 tentang makanan.
Maaf ye sebab tuan rumah dah jadi pelaparrrrr......
Nak buat macam mana ,sejak 2 menjak ni perut asyik lapar je.
Lagipun rasa sangat seronok jadi suri rumah sepenuh masa...
Esok dah mula kembali bekerja.
Walaupun cuti, cikgu-cikgu tetap ke sekolah untuk siapkan tugasan tahun ni...

Sekarang ni pun cuaca tak menentu...kejap hujan..panas...sejuk...
Mungkin faktor cuaca kot perut asyik minta diisi.....
Semalam ibu dengan gigihnya bersilat kat dapur.
Nak cuba resepi yang ibu jumpa kat fb.

Meh kita intai2 resepi yang ibu tulis kat insta ibu.


 Tang gula tu ibu dah typo pulak.
Gula tu cukuplah 1/2 cawan je ye..nanti terlebih manis  pulak.....

 Kalau ikutkan resepi tu sepatutnya adunan tu kena perap selama1 jam...tapi ibu ni bukanlah
jenis seorang yang penyabar....
Belum sampai setengah jamdah gigih masak.....adeh....

 Tapi Alhamdulillah...rasanya sama macam kat gerai tu....nyummm...
Dan pembantu setia ibu, kakak Naurah tu sesuka hati ceduk jagung banyak2.......

 Adunan tu dapatlah dalam 5 keping bersaiz sederhana...Cukuplah sekeping sorang untuk kami.

Selamat mencuba.....

p/s:
Hari last jadi suri rumah sepenuh masa...
Esok back to school....

About me