Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 September 2013

Pendaftaran Along Sebagai Siswi UTeM.

Ahad merupakan tarikh pendaftaran Along di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Sebuah IPTA yang baru berusia 5 tahun namun dah berada disenarai top 10 Malaysia.
Sebenarnya ibu pun tak begitu tahu kewujudan UTeM ni sehingga
ada 2 orang anak rakan ditawarkan ke sini tahun lepas....hehehe......
Kebanyakan pelajar disini dalam aliran sains tulin dan bidang kejuruteraan/elektronik.
Lebih kurang kembar UTHM gitu........

Sepanjang tempoh persiapan, Along tidak kalut seperti Angah.
Sikap yang amat berbeza antara mereka berdua.
Semasa Angah dapat tawaran ke Asasi UiTM bulan 6 lepas,
seawal bulan 5 Angah dah mula prepare macam-macam.
A-Z mesti perfect tapi Along ni seorang yang "cool".
Esok hari pendaftaran baru mula packing barang.
Itupun ibu yang sibuk + bising2 suruh dia packing.

Akhirnya siap juga Along packing barang.
Mungkin ini pengalaman ke 2 Along untuk keluar menyambung pelajaran,
keterujaannya agak kurang sikit.
Lagipun masih ada barang-barang semasa kat Matrik boleh diguna pakai
dan masih elok dipacking...

Ayah bergegas balik dari meeting di KL.
Dah 2 hari ayah di KL.
Seawal 6.30 pagi kami bertolak ke UTeM.
Sebenarnya bukan jauh sangat pun.
Lebih kurang 40-45 minit je dari rumah melalui highway Utara-Selatan.
Ayah tak suka tergesa-gesa, lagipun pendaftaran along di sesi pertama (8.00 pagi).
Kami tiba di UTeM lebih kurang pukul 7.20 pagi.
Itupun dah ramai ibu bapa dan pelajar yang tiba.

Posing dulu di depan dewan besar.
Pendaftaran di jalankan di situ.....

 Pendaftaran dijalankan di dewan besar.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ibu bapa berada ditingkat atas dewan sambil memerhati anak-anak
sementara anak-anak mendaftar di dewan.
Kagum ibu dengan kecekapan sistem di sana.
Tak sampai 15-20 minit pendaftaran Along selesai.....
Tahniah pada pihak pengurusan UTeM yang begitu cekap dan sistematik.

 Farouk dipaksa posing......hehehe....

 Dan seperti biasa, ayah yang paling "over" merakam setiap peristiwa bersejarah.
Ayah seolah-olah macam wartawan pulak......
Sanggup angkut segala peralatan kamera bagai..aduyai, kelakar pulak ibu tengokkan.......
Ibu tahu ayah amat-amat bangga dengan kejayaan anak-anaknya.
Kalau boleh ayah tidak ingin terlepas merakam setiap detik bersejarah dalam hidup anak-anak....

Kelakar pulak tengok pic yang Farouk snap nie.
Ibu sempat WhatsApp gambar ni dalam group family.
Adik ibu tanya siapakah pakcik disebelah Naurah tu yang kalut semacam tu...
Aduyai........kesian ayah.....hehehe.....

Akhirnya selesai proses pendaftaran dan dengan rasminya Along 
bergelar siswi diusia 19 tahun....
Bangga menunjukkan kad matrik yang menjadi miliknya kini....

Selesai urusan pendaftaran, kami bergerak ke asrama.
Memang agak jauh kerana UTeM ni memang luas.
Maklumlah tempat baru.
Jalannya agak jem jugak tapi terkawal dengan bantuan polis.

Akhirnya kami tiba di kolej kediaman.
Lupa pulak ibu nama kolej tu.....
Alhamdulillah, Along dapat ground-floor sama macam di matrik dulu..
Makin membiaklah lemak anak ibu nie.
Bilik dan perabut serba baru.
Setahu ibu, kolej kediaman ni baru siap dalam 2 tahun je.
Masih ada bau perabut baru.....Selesa sangat.
Roomate along juga merupakan kawan sekolej semasa di Matrikulasi Melaka dulu
dan mereka dalam kursus yang sama di sini...Syukur....

Posing sebelum ibu berangkat balik.
Saat itu muka Along mula berubah.
Air mata bergenang di pipi.
Lebih 4 bulan Along berkepit bersama ibu dan tibalah masa
untuk along menjalani kehidupan yang mencabar di sini.
Ibu doakan moga Along terus cemerlang dan berjaya
dalam impian.

Jauh disudut hati ibu, terselit rasa rindu pada Along dan Angah saat ini.
Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan yang ibu rasai....
Apapun ibu amat-amat bangga memiliki kalian.
Semoga Along dan Angah menjadi pemangkin untuk adik-adik terus
cemerlang....
Tahun ini ibu dan ayah menyaksikan dua orang anak bergelar siswi...
Syukur padaMu Ya Allah.....

16 ulasan:

Ena berkata...Reply To This Comment

Selamat meneruskan perjuangan buat along... dan angah juga.. Tahniah untuk ibu..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tulah ibu baru hantar qayyum semalam hari ni dah terdgr suara dia merengek nak hp baru.... aduhai anak

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

selamat berjuang utk along.gudluck..

hati ibu mana tak sedih berjauhan dengan anak,terpaksa relakan demi menuntut ilmu..:)

attyfir berkata...Reply To This Comment

tahniah along ..semoga along terus berjaya ..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Tahniah Dan good luck along... rindu pulak nak ke alam university ni... momentum yg indah sekali ;)

nieda berkata...Reply To This Comment

Tahniah along...teringat saat pertama mendaftar masuk u dulu..pasti along pun perasaan bercampur baur

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak hingga ke menara gading!

mokja berkata...Reply To This Comment

Salam,
pernah hantar anak kat Utem..tapi masa baru buka ,kampus tetap pun belum siap..harap angah belajar bersunggoh sunggoh dapat dean list setiap semester .
terimbau kembali masa tgh kalut hantar anak ke U dulu.Duit,tenaga ,masa dan emosi semua diguna.
Sekali lagi tahniah buat angah dan puan sekeluarga.

makcik
bekas cikgu yang tumpang happy bila baca ttg anak anak orang berjaya.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

seronoknye akak...rase pengalaman anta anak masuk U..harap2 mia mija pun ikut jejak langkah mcm anak2 akak...

Unknown berkata...Reply To This Comment

gud luck along!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tahniah Along, moga terus tekun menuntut ilmu. Best sangat kan dapat roomate yang dah dikenali, tentu selesa dan lagi semangat untuk belajar.

tahniah buat NzA sekeluarga juga..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Selamat berjuang di tempat baru, Along.

Bestlah dapat tempat baru, perabut baru, pastu roommate pula kawan yang dah kenal...

Syazana Zainn berkata...Reply To This Comment

Good luck :D

Kalau dekat UTHM samalah kampus dgn kazen kite. hihi

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah dah selamat mendaftar di tempat baru. Seronok tengok bilik asrama masih baru & cantik. Semoga Along akan meneruskan tradisi kecemerlangannya di UTeM, amin :)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

tahniah.. tahniah.. anak2 memang tak samakan... moga Along terus berjaya...
memang sedih kot kalau famili kita nak baliktu.. rasa sunyi ngat...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Tahniah along....semoga kejayaan terus mnjdi milik Along...

About me