Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Ogos 2013

Ramadhan ke 25 dan 26- Berseminar + Bershopping

Awal pagi Sabtu selepas solat subuh kami bertolak ke KL.
Ayah ada seminar selama 2 hari di Grand Seasons Hotel..
Macam biasa, ayah umpan kami dengan "shopping" 
dan confirm ibu dan 4 Farah tak akan menolak.
Bijak sungguh ayah guna menifesto.
Kalah YB.....

Alhamdulillah, highway utara-selatan lancar tanpa kesesakan.
Dalam 2 jam lebih kami tiba di KL.
Keadaan masih belum sesak lagi saat kami tiba.
Ayah parking kereta di hotel dan kami berjalan kaki ke Jalan TAR.

 2 orang hero ibu.
Beginilah gaya kalau mereka berdua berjalan.
Dah besar-besar pun masih berpimpin tangan farouk tu...hish3X....


 Sekadar meninjau dan window shopping di sini sebab baju raya 4Farah dan ibu dah settle.
Cuma ayah beli baju untuknya dan Farouk je..

 Kesesakan makin ketara di Jalan TAR.

 Keadaan makin sesak.

Depan Sogo.....dipenuhi lautan manusia.....termasuk ibu sekeluarga..

MasyaAllah, bila tengok keadaan sebegini terus ibu tak jadi menyelit.
Ibu terus ke tingkat atas.
Tak kisahlah tak dapat merembat sales yang murah tu.
Sesak nafas ibu tengokkan.
Masing-masing berebut-rebut....

 Farah junior pun boleh tahan.
Nak kasut berjenama.
Aduyai....makin bertambah botaklah ayah....

 Along dan Angah yang sudah lupa diri.
Yang tragisnya kami terpisah dengan ayah dan farouk.
berkali-kali ayah call sebab tak dapat jejak kami.
Dan yang pasti kami pun tak dapat kesan jejak ayah dan farouk lagi.....
Akhirnya ayah sarankan ibu dan 3Farah naik teksi ke hotel penginapan.
Setelah petang baru hinggat nak balik hotel.
Itupun setelah kaki dah naik lengoh dan fulus dah ciput.
Nasib baik ada bebaki untuk tambang teksi.....he3X....

Tempat penginapan kami...
Agak dekat nak ke Jln TAR dan Chow Kit Road.
Ini kali ke 3 kami menginap di sini sebab seminar ayah sering diadakan di sini.

 Kat lobi hotel.
Beby tak dapat ikut kerana kakinya terseliuh.....

Posing wajib 5Farah bila check in kat bilik hotel.
Cuma ada 4F je......
Memang tak pernah cukup 5F.
Kisah "Tak Pernah Cukup 5F"..klik SINI .

Kami di tingkat 29.
Bilik no 2906.

Ibu berbuka dengan 4F di bilik.
Malas rasanya  nak ikut ayah berbuka kt bawah.
Farouk pun tak nak ikut so ayah berbuka dengan rakan2 seminarnya.
Konon2 nak 4Farah join sekali  berbuka kat situ tapi tengok rega RM79 p/person terus cancel.
Akhirnya ibu beli makanan kat restaurant Bistro angkut bawak naik bilik.
Makanan yang ibu beli untuk 5 orang dalam RM100 je.
Bayangkan kalau berbuka kat hotel RM79 X 5 =????
Baik ibu habiskan untuk bershopping....

Leps berbuka ayah bawak balik ni kat bilik.
Habis kami belasah....

 Hasil rembatan di Sogo.
Along dan Angah beli beberapa helai blouse.
Kalau macam nilah selalu...hai tak tau nak cakap........


12 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Nasib baiklah si ayahnya berseminar kat situ sekali sekalai. Kalau tiap-tiap bulan, tak taulah nak korek duit kat mana...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Amboiii tak habis soping lagi ya..
Cantik beg hasil rembatan tu...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

uikssss..ramainye umat manusia kat sogo..saya pernah sekali jek shopping kat sogo time nak kawin dulu..pastu malas dah nak pegi sbb tau sana setiap masa pon pack ngan orang..hehehehe..spesis malas nk bersesak2

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

amboi sakan depa.asyik shopping je..jeles i!sy balik kmpg ni sambung shopping lg.huhu

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ramai nya orang..... kalau saya pun tak sanggup nk menyelit. heheeh

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

fuh ramainye org kak...mmg tak larat nak pi ni...lieya mmg surender la jawabnyer heheeheh tapi dah alang2 turun kl harus laa pi jugakkan kak..bukan selalu pun dpt kan kak...lagi2 kene musim nak raye...

**selamat hari raya maaf zahir dan batin kak....moga syawal dirai meriah ...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah...jalan kaki ke Jln TAR dari Grand Season? Uihss...x sanggup saya kakk... Melainkan kalau cuaca tak panas...hehehehhe. Saya pula sanggup x bershopping bila tengok sesak macam tu.

Qashmere berkata...Reply To This Comment

Uish ramainya orang...

Pwincess berkata...Reply To This Comment

ramainya orang. kalau i tk jadi dah nak shopping padat macam ni =D

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

tahniah kerana berhasil mengempiskan dompet.. takperler semuatupun pakaikan.. raya setahun sekali.. kitani kalau pose idakler nak gi Jalan TAR... tak larat...
tak sabar nak tengok gambar raya Nza ngan 5F
selamat hari raya .. mohon ampun dan maaf...

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya dan maaf zahir dan batin...

dah balik kampung ye...berhati ketika memandu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Shopping; aktiviti yg tak pernah menjemukan. Biasalah kalau bawa anak dara shopping, masing2 main rembat je..

About me