Bila cuti sekolah dan raya biasanya anak-anak ibu akan berjumpa sepupu-sepupu yang sebaya.
Farouklah orang yang paling gembira.
Maklumlah di rumah Farouk keseorangan tanpa kawan.
Yang paling menarik mereka tidak pernah bergaduh sejak kecil.
Semua dikongsi bersama.
Dan saat inilah kaum ibu mengambil kesempatan berkumpul + gosip2....he3X...
Saat yang paling indah dan menyusuk jiwa raga bila tiba waktu solat.
Suara huru hara tiba-tiba akan senyap.
Dalam samaran cahaya lampu.
Sayu-sayu terdengar suara kanak-kanak membaca surah-surah lazim.
Kadang-kadang kaum ibu tersentap dan malu sendiri.
Anak-anak menjalani ibadah wajib tanpa bertangguh
sedangkan kami tak sudah-sudah bergelak ketawa dan berkongsi cerita.....
Mereka bersolat tanpa bimbingan dan arahan sesiapa.
Setiap kali solat mereka bergilir-gilir jadi imam.
Biasanya Farouklah yang mengetuai solat dan membaca doa.
Terkadang Danial bergilir-gilir mengambil alih tugas itu kerana
Terkadang Danial bergilir-gilir mengambil alih tugas itu kerana
mereka berdua yang lebih besar berbanding adik-adik sepupu yang lain..
Mungkin darah "tok guru" yang diwarisi daripada atok ibu yang menetap selama puluhan
tahun di Kota Mekah dan juga daripada abah ibu yang juga dilahirkan di Tanah Suci Mekah.
Moga ada diantara mereka mampu mewarisi darah 'tok guru' daripada atok ayah dan moyang mereka....InsyaAllah....
When they meet together...
they playing together as a normal kids...
they stop playing once prayer time is come...
then they praying together (solat berjemaah)...
Thank You Allah for touching my heart and showing me the light when 1 turned to You..
This is all about power of dua from our grandparents were accepted by Allah...
May Allah blessed us...
Amin..
When they meet together...
they playing together as a normal kids...
they stop playing once prayer time is come...
then they praying together (solat berjemaah)...
Thank You Allah for touching my heart and showing me the light when 1 turned to You..
This is all about power of dua from our grandparents were accepted by Allah...
May Allah blessed us...
Amin..
17 ulasan:
Anak-anak yang soleh.
Insya-Allah, ke mana mereka tercampak, mereka akan selamat.
Teringat pesanan guru saya dulu:
Tercampak di laut, jadi pulau.
Tercampak di hutan, jadi bukit.
Semua mendapat manfaat daripadanya.
Semoga Farouk dan sepupunya berterusan menjadi anak yang soleh.
Alhamdulillah... Sejuk perut ibu mengandungkan mereka semua ;)
SubhanAllah. ..kurniaan Ilahi yang tiada galang ganti. ..
Sejuk perut ibu nenngok solat ramai2 gini.
Alhamdulillah..sejuk hati ummi tengok kesungguhan mereka ni. Doa2 tok guru yang mustajab buat anak2 cucu, moga semuanya membesar menjadi orang berilmu dan pemimpin ummah.
Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung.
Touching pulak tgk entry ni..
Alhmdulillah.....sejuk hati tengok mereka semua ni...
sy tgk gmbr ni pon rase sejuk sgt hati kak..alhamdulilah semoga farouk n kazen2nye jadi anak yg soleh..
sejuk mata memandang,
Alhamdulillah.. anak-anak yng soleh..
Ya Allah berkati la anak -anak ini, dan seluruh ahli keluarga mereka...
Aaaminnnn
Alhamdulillah syukur dn sebak tgok..semoga terus menjadi anak2 soleh yg akan mendoakan kedua ibu bapa bila kita takde nti
bagusnyer diaorg ni kak... alhamdulillah...
Farouukk...touchingnya. Sob..sob. Memang sangat beruntung ibu bapa kepada anak2 ini.
semoga kita semua istiqomah mendidik anak sebaiknya. Amiin.
Alhamdulillah
alhamdulillah....
syukur Alhamdulillah...
Catat Ulasan