Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Ogos 2013

Riang Ria Raya 2013.

Raya ke 10 ibu baru berkesempatan update blog.
Maklumlah sepanjang 2 minggu di kampung ibu tak berkesempatan nak jengah blog.

Alhamdulillah, ibu sekeluarga selamat tiba semula ke BG,
"Rumahku Syurgaku".
Beraya sakan di kampung ibu di Kelate..
Syukur kerana sepanjang perkahwinan ibu dan ayah kami tidak ada masalah
untuk menyambut raya kerana ayah dah tetapkan kami sambut raya di kampung
ibu dahulu sepanjang cuti dan barulah kami kmbali ke kampung ayah.
Itulah rutin kami sejak 21 tahun yang lalu.
Walaupun tindakan ayah mengundang perasaan "CEMBURU" dikalangan
rakan-rakan dan saudara mara tapi yang pasti ibulah orang yang paling bahagia.
Terima kasih ayah kerana jadi seorang suami yang paling sporting di dunia...he3X...

Hanya setahun sekali kami mampu bergambar bersama ayah.
Muka ayah serius semacam.....
Nak buat macam mana, ayah antara orang yang tidak suka begambar tapi suka merakam
gambar kenangan anak-anak......
Bila raya ayahlah orang paling sporting untuk diajak bergambar bersama kami.....

 Yang pasti kami tak pernah ada "TEMA" warna-warna tertentu
tapi baju ibu dan 4Farah ikut tema manik blink2.
Dah 2 tahun kami pakai baju yang dibeli dari Vietnam.
So tema raya kami ikut negara..suka suki jekan....hehehehe....

 Sesi bersalaman.
Ini pun kejar masa sebab raya pertama dah ada open house rumah
mummy (ibu saudara) di Pasir Mas.
Bermula raya pertama kami  menghadiri open house dan kenduri kawin hingga saat
akhir cuti kami..
Dengan keadaaan jalan yang sesak...aduh, sabar jelah....

 Menu wajib dihari raya.
Semuanya ditempah akibat "kerajinan" ibu adik beradik.
Cuma lodeh je yang dimasak oleh SIL.
 Farouk dan cousin.

 3 Farah bersiap nak beraya.

Di rumah maksu (berjubah hitam) kesayangan ibu.
 Ibu bersama maksu dan 2 orang cousin yang masih belajar di luar negara dan IPTA.
Ibu masih punya ramai cousin yang masih belajar yang sebaya anak-anak ibu.
Mungkin kerana mama kawin diusia yang muda kot.....

Hari raya ke 2. 3Farah bersiap untuk ke majlis perkhawinan cousin ibu.

3 orang sepupu yang hampir sebaya.

Naurah dan Farouk bersama sepupu-sepupu yang hampir sebaya di rumah tok mama/ayah.

Majlis perkawinan cousin ibu yang masih belajar di luar negara.

Open house di rumah adik ibu hari raya ke 7, Dr Zek.

 Kecoh bila kami berkumpul.

Tuan rumah Dr Zek n isteri...Gelaran manja, ayah mie dan cik Ta menjadi
kesayangan anak-anak ibu.

Sebenarnya banyak sangat kisah-kisah menarik nak dikongsi sepanjang
12 hari beraya di kampung tapi masih tak ada mood lagi.
Nantilah kalau ibu rajin nak sambung cerita.....

Banyak cerita2 rakan blog terlepas sebab lama bercuti.
Nanti ibu akan terjah satu persatu....

p/s:
Sekejap lagi nak ke jemputan kawin dan open house.


10 ulasan:

Syazana Zainn berkata...Reply To This Comment

meriahnya

:D


selamat hari raya ke 10

;)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sakannya depa beraya..dr gambar dh nampakkemeriaha nnya..cpt smbung..:)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Salam aidilfitri NzA, selamat bertemu kembali.
Best kan dapat beraya di kampung, meriah dapat bertemu ibu ayah, adik beradik dan saudara mara, tu sebenarnya yang menyebabkan raya kita sangat meriah.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

meriahnya...
Seronok kalau dapat berkumpul ramai2..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya... Mesti meriah dapat berkumpul ramai-ramai...

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

Selamat hari raya..meriahnya raya... :-)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya kak nza..nmpak meriah sangat hari raya kat kampung akak..cantek2 baju akak n anak2..=)

Unknown berkata...Reply To This Comment

wahhh meriahnye! selamat hari raya kak.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah...meriahnya. Seronok tengok. Juadah pagi raya tempah ekk? Hehehehhe...saya pun rasanya nak buat macam tu lah nanti.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

waah kak, 12 hari beraya..jelous eina, hehe..eina raya sehari jer..huu =P

Alhamdulillah, banyk kenangan manis terakam tu.. indahnya Syawal..

About me