Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Ogos 2013

Ramadhan ke 27-Checkup dan Shopping lagi.

Pagi-pagi Isnin ibu, ayah dan farouk bertolak  ke Melaka.
Hari ni ayah sekali lagi berjumpa doc pakar tapi malangnya
Doc pula bercuti 1 minggu.
Nak kata raya, doc tu berbangsa cina.
Takpelah, dah takde jodoh nak jumpa doc hari ni.
Adalah hikmah disebalik tu.
Ayah terpaksa membuat appoiment selepas raya nanti.

Dan macam biasa kalau angkut ibu, 
ayah akan singgah kat mana-mana untuk bershopping.
Penat balik dari KL pun belum hilang.
Tapi terlanjur ayah ajak, ibu ikut jelah.
Dalam hati berbunga riang.

 Keadaan jalan  di Melaka ok je.
Mungkin masih awal lagi.
Masa ni baru pukul 9.00 pagi.
Banyak lagi kedai yang belum dibuka.

Ayah singgah ke "Keluargaku".
Sebuah pusat membeli belah terutama baju raya.
Kali pertama ibu sampai kat sini.
Sebelum ni ada juga terdengar tempat ni menjual banyak baju raya.

Hanya farouk seorang je yang ikut kali ini.
4Farah kepenatan dan berehat di rumah.

Hasil rembatan ayah untuk si bujang pulak kali ni.
Kesiankan farouk, saat-saat akhir baru beli persiapan untuknya.
3 pasang baju Melayu,
3 helai seluar jeans,
2 helai samping songkek,
2 helai t-shirt swiss polo dan guess 
( *dua helai t-shirt berlengan panjang ayah dah beli semasa awal puasa).
dan tidak lupa songkok.......

p/s:
InsyaAllah, selesai sahur kami akan bertolak balik kampung.
Doakan kesejahteraan kami.....

9 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kesian Farouk, dah nak raya, baru beli baju untuk dia... ^_^

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Bnyaknya hasil rembatan utk Farouk...
Selamat pulang ke Kg..hati2 ya...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Wahh sengih je la si bujang. Dpat baju berhelai helai. Bukan sikit RM yang rabak tu. hehe

Hati-hati ya, semoga selamat sampai ke kampung.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Waa banyaknya hasil tangkapan anak bujang NzA ni, tentu tersenyum Farouk dpt banyak baju raya.
Selamat pulang ke kampung halaman, safe journey.
Salam aidilfitri dari ummi, maaf zahir batin ye.

NzA, tqvm dear atas kiriman kad raya dan FM tu ye.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Wah macam artis Farouk baju melayu tiga pasang tu ;)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya pun selalu ke situ kalau nak cari baju2 muslim dan muslimah nie kak. Memang semuanya ada. Akak, semoga perjalanan akak dipermudahkan dan berjalan lancar yer....

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Ank lelaki sempoi sket kak, bju pun lebih kurang je, takde la nk fesyen cam ank pompuan kan... oklah tu byk gak baju raya farouk :-)

Salam aidilfitri kak, mesti dh selamat smapai di kampung halaman kan.. :-)

Ceria di pagi raya :-)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

bestnye farouk dapat banyak baju raya..=)..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selamat pulang ke kampung, Yah..
Wah, banyaknya baju raya Farouk!

About me