Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Ogos 2013

'DIA' dah Kembali.

Syukur Alhamdulillah, insan yang ditunggu akhirnya sudah kembali ke Tanah Air.
11 jam perjalanan  dari Kaherah ke KLIA tanpa henti
akhirnya mengundang rasa lega dihati adik Yu dan kami sekeluarga.

Akhirnya seawal 7.15 pagi waktu Malaysia adik Yu tiba di KLIA.
Salah seorang adik ibu ((kie) menanti di sana.
Sepanjang adik Yu berlepas kami adik beradik tak putus-putus ber"WhatsApp".
Gambar-gambar ini pun ibu ambil dari tab.

Setiba di KLIA adik Yu bersama 30 rakan dalam bidang perubatan tajaan
JPA diberi taklimat.
Mereka diberi jaminan untuk melanjutkan tahun akhir
di 3 buah negara pilihan lain (Ireland, India dan Indonesia)
memandangkan keadaan di Mesir masih dalam keadaan kacau bilau.

Menu pertama yang diminta setelah menjejak kaki ke Malaysia, Nasi Lemak.
Maklumlah hampir setahun meninggalkan Malaysia semasa cuti semester yang lepas.

Taraaaaaa.....licin.

Beberapa jam kemudian
Adik Yu menaiki penerbangan MAS untuk kembali ke Kota Bharu.
Tengahari baru tiba di Kota Bharu.
Di Airport Ismail Petra Adik Yu disambut oleh abah, adik atie bersama suami dan
adik bongsu.

Wajah ceria abah menyambut kepulangan anak tersayang.
Terpancar kegembiraan abah....

Adik Yu bersama Atie ( adik perempuan ibu ).
Mereka berdua amat rapat dan sering berkongsi segala rahsia.......

Mamalah orang yang paling bahagia dan gembira.
Ibu tahu jiwa mama bergolak hebat sejak mesir dilanda musibah.
Terpacul dari mulut mama :
"Tak boleh ke adik Yu sambung tahun akhir kat Malaysia???"
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala-galanya...

Terima kasih di atas doa2 semua.
Tidak terbalas segala jasa rakan-rakan semua......


16 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.... Akak tahu tak, saya baca nie sambil tersebik2 menahan air mata. Rasa bersyukur sampai nak nangis.

Unknown berkata...Reply To This Comment

wahh..dah sampai yer.. Alhamdulillah =)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..selamat sampai.
Memang risau sangat kan bila orang yang tersayang berada dinegara yang sedang bergolak, moga adik Yu NzA dapat menyambung pengajiannya secepat mungkin ditempat yang lebih selamat.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...pulang dgn selamat....hensem adik akak yeak....lieya tgk bayangkan kalo siap bersuit doktor...mmg hensem laaaa....heheheh

attyfir berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah dah selamat sampai kan ..semoga dipermudah semuanya utk adik Yu..

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah telah srlamat sampai...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

lama tak jenguk blog akak..
alhamdulillah..selamat kembali.

muka adik yu memang iras dengan muka akak...kemana la tumpahnya kuah kan...hehe. balas dendam nampaknya, dapat nasi lemak..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...dah selamat sampai...

Unknown berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah adik yu dah sampaikan kak.... dinda sendiri pun risau dengan keadaan disana...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air Adik Yu ...

Memang risau bila adik berada belajar diluar negera, macam adik akak itu hari belajar di Jordan, tak putus-putus mak mendoakan adik di sana hingga tamat pengajian dan kami sempat ke sana masa hari konvokesyennya :)

Nur berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, selamat sampai adik kak Nza. Tumpang gembira. :)

ibuintan berkata...Reply To This Comment

syukur adik Nza dah selamat sampai


tentu lega teramat hati kedua ibu bapa serta keluarga Nza.. kan

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alamdulillah yg paling penting adik yu selamat

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..adik kak nza selamat smpai ke malaysia..moga die dpt memilih yg terbaik utk habiskan tahun pengajiannye di mana ye..=)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..adik kak nza selamat smpai ke malaysia..moga die dpt memilih yg terbaik utk habiskan tahun pengajiannye di mana ye..=)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Salam kak..selamat hari raya...

Syukur Alhamdulillah adik akak dah selamat sampai...

About me