Hari ni nak sambung kisah semasa bercuti di Kelantan.
Banyak kisah manis sebelum dan semasa raya nak dikongsikan tapi mood mengarang masih ke laut.Ibu pun dah tak tahu nak mula kat mana...huhuhu...
Raya ke 8 ibu sempat ke Rantau Panjang.
Misi beraya dengan cousin di sana dan sambil-sambil cuci mata.
Pada mulanya nak pergi open house rumah cousin ibu kat Narathiwat, Thailand
tapi pasport pulak terlupa nak selit dalam handbag.
tapi pasport pulak terlupa nak selit dalam handbag.
Terpaksa la batalkan niat dihati.
Tak berani ibu nak terjah walaupun cousin ibu beri jaminan untuk
menjemput kami di sempadan imigresen.
Walaupun cousin ibu tu wakil rakyat di sana tapi ibu orang gomen kat Malaysia.
Kalau terjadi perkara tak diingini tak pasal-pasal bawa masalah pada ibu.
So ibu melencong ke Pekan Rantau Panjang.
Memang sesak sangat-sangat.
Mungkin anak-anak pernatau yang balik bercuti membeli belah disaat akhir sebelum balik semula
ke destinasi masing-masing.
Terjumpa benda alah nie.
Ini makanan tradisi orang-orang Siam.
Menurut kawan lama ibu, Sek Geok...benda alah ni namanya "Mean Kham".
Daun kadok di makan bersama perencah seperti kelapa bakar, udang keing, kacang goreng, cili, bawang merah, asam limau, cekur dan sos ( air nira yang dimasak sampai pekat).
Leka pulak ibu makan.
Macam orang makan sirih tapi rasanya sedap..
Ini kali ke 3 ibu rasa Mean Kham nie.
Ibu juga lepaskan rindu pada makanan kegemaran ibu "lock Chin" dan mee celup.
Akibat kusyuk menikmati keenakan makanan tu , ibu terlupa nak snap pic.
Ni pulak kuih tradisi Kelantan + Siam.
Ibu pun tak tahu apa nama kuih-kuih ni semua sebab ibu bukan peminat kuih.
Yang kuning tu macam "buah tanjung" tapi diperbuat daripada kacang.
Yang ini ibu kenalah. "Jala Mas".
Manis sangat.
Sapa-sapa nak senyuman yang manis menawan boleh la cuba.....
OTW balik, singgah solat Zohor kat Masjid Beijing.
Masjid unik yang jadi tumpuan ramai untuk bergambar.
Bahagian hadapan.
Bahagian sisi.
Tetiba jekan, pic ni terselit.
Kalau balik Kelantan, kami memang tak lekat kat rumah terutama ayah.
Ada je program jalan-jalan + shopping-shopping.
Mungkin hobi ibu, ayah dan anak-anak adalah sama.....
Malam raya ke 4 angah terpaksa balik semula ke Kuantan kerana kuliah bermula awal.
Ayah sempat bawa kami bershopping kat Parkson Kota Bharu.
Suka sangatlah 2Farah + ayah su tu.
Sempat juga dirembatnya t-shirt dan blouse berjenama.
Aduyai, kalau ibu tengok rega, mungkin berfikir 10x baru beli.
Anak-anak sekarang tak macam ibu dulu......huhuhu....
Dan anak-anak pandai umpan ibu.
Bawa ibu ke kawasan "larangan" ini.
Sempat jugak belek-belek handbag kat situ.
Fuh!!!! nasib baik masih waras.
Dalam keadaan waras tu ibu sempat jugak beli purse untuk mengantikan yang lama.
Itupun sebab ada ofer 70%.
Berpeluh jugak ibu masa nak bayar........
Ayah dah tak dapat dikesan.
Rupanya banyak kali ayah call tapi ibu tak prasan akibat leka membelek handbag.
Alahai......
14 ulasan:
tak sah yer ibu kalau tak shopping handbag..hehehe
hehe..
time balik kg adalah time soping juga kan..
Mean Kham... sedapnya kak. In sha Allah, 2 inggu lagi saya pula ke sana dengan hubby.
ibunyer memang ... shopping sapa tak sukakan... window shoppingpun dah sukakan...
mean khamtu adik sepupu husband saya buat .. okler juga rasanya....
syiokknery kalau dapat beraya kat siam yerk...
Macam-macam barang ada
Seronoknya percutian begini.. :)
haa kak kuih jala mas tu ari tu kawan lieya up kat fb die care die masak...ya Allah sumpah renyah n leceh kak....lieya tak penah plak mkn....
sambil beraya sambil shopping ye.terbaik la!hehe
cuti2, soping2,makan2, memang best kan NzA, teringin nak mencuba mean kham tu.
Cantik masjid Beijing tu NzA ... ;)
Leka bershopping sampai suami call pun tak sedar... Hehehe...
Saya suka dengan Masjid Beijing tu. Tu nak menerangkan yang Islam tu syumul, sesuai untuk semua jenis manusia, semua bangsa di atas muka bumi ni...
Saya dah lama tak rantau panjang...masjid Beijing tu tgk dalam gambar jer...
mean kham tu macam menarik..
tempat larangan ye kak ibu,... hehehehe sama dengan sumaiyyah dan Qayyum bila lalu je butik handbag kegemaran mama... mesti cakap "Habislah ayah mama dah nak masuk tu hehehehe"
Catat Ulasan