Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Januari 2013

Wajah Ini Sumber Kekuatan Ibu...

2 wajah comel ini sering ibu rindui.
Mereka alami nasib yang sama suatu ketika dulu.
Pernah bertarung nyawa untuk hidup.
Walaupun harapan untuk hidup 50% namum mereka tetap melawan
bersama iringi doa ahli  keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.

Kagum ibu dengan ketabahan dan kekuatan yang mereka  berdua lalui.
Mereka berdua alami nasib yang sama.
Mereka berdua lahir pada tahun yang sama.
Mereka berdua anak buah kesayangan ibu.
Dan mereka berdua jadi inspirasi ibu untuk berjuang dalam sebuah kehidupn yang penuh ranjau.

 Wajah ceria ini amat membahagiakan ibu.
Siapa sangka, anak kecil ini yang suatu ketika dulu bertarung untuk hidup di ICU 
kini mampu ketawa riang....
Kisah Qaisara Balqis... Klik sini.

Baby Affan sebaya dengan Baby Balqis cuma berbeza bulan.
Ibu hanya mampu bersua dengan Affan hanya seketika ketika menjemputnya
di airport tempohari.
Rindu untuk memeluk dan mengucup pipi Affan yang gebu......
Baby Affan juga pernah terlantar di ICU kerana alami masalah paru-paru.
 Kisah Baby Affan bertarung nyawa...Klik SINI
Ibu kagum dengan semangat Affan yang begitu kuat......

Gambar terkini semasa kami di balai berlepas menunggu penerbangan ke Vietnam pada 3 minggu lepas....

Selamat ulang tahun pertama sayangku Balqis....24.1.2013.

Ibu doakan agar Balqis dan Affan terus sihat dan membesar dengan sihat.....Amin.
Kalian berdua sumber kekuatan ibu.......

16 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, sudah sembuh...

Semoga kisahnya menjadi pembakar semangat buat kita semua.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Comel...Happy belated b'day buat BalQis..moga kedua²nye membesar dengan sihat & kuat...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Moga baby Affan & Balqis terus sihat.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Moga baby Affan & Balqis terus sihat.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..syukur..siapa sangka kn kak..itulah kuasa Ilahi..semuanya adalah aturan dariNya..

Selamat ulangtahun pertam buat Balqis..comel dua2 pun :-)..siapa tak rindu wajah comel gini...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Comelnya...semoga mereka berdua terus membesar dgn sihat...

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.....comei nya lah baby tu......

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, moga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dan solehah.
Happy belated birtday buat baby Balqis.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

semoga mereka membesar menjadi anak yang baik dan sihat ... kagum gak dengan ibu dan ayahnya yang kuat semangat...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..dh sembuh. salam singgah!

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

alahai comelnya..semangat yg kuat dan kental ni, semoga terus sihat dan membesar dengan sempurna..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

kagum juga sbb anak sekecil mereka kuat berjuang..semoga affan dan balqis terus membesar dengan sihat.

btw hepy besday balqis.rasa macam baru je baca kisah tentang mereka, dh sambut besday dh..cpt betul masa berlalu..:)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Baby yang semuda itu bertarung nyawa dan survive...kenapa kita yang baru di uji sedikit sudah mengalah, kan kak.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...melihat senyuman mereka tergambar kegirangan ibubapa...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

ala comelll...

sihat dah dia ye... alhmdllh...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

ooo... ada dua baby...

nampak hampir serupa..

dua2 sgt comel... gebu ;)

About me