Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Januari 2013

Farouk....Farouk.....

Lama dah tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
2013 Farouk dah melangkah ke Tahun 4.
Dah besar baby boy ibu.
Tapi dia tetap manja walaupun dia kata dia dah jadi lelaki mancho sebab dah bersunat..Walah!!!!

Hari ni hidup tanpa TV, tanpa lappy, tanpa tenet sebab area ibu blackout.
Sepi rasanya tanpa bunyi alatan eletrik yang dah jadi sebahagian dari hidup kita.

 Farouk dah kepanasan.
Melepak kat pintu dapur.
Bila dah tak ada aktiviti main game kat lappy barulah dia rajin nak buat homework.
Sambil tu ibu gorengkan ayam KFC.
Tengok gambar tu.
Farouk dengan gigihnya makan kaki ayam.........

Sedangkan dalam pinggan ada seketul ayam tergolek tanpa terusik.
Katanya dah kenyang la...tak selera la....
Motifnya nak bagi ayam tu kat Gary....

 Inilah si Gary yang amat hodoh dimata ibu tapi cantik di mata farouk.
Si Gary ni kucing betina.
Tak ada kerja lain selain dari bunting...beranak..bunting..beranak entah berapa kali setahun....
Nak buat macam mana, Farouk ni pencinta binatang.

 Dah penat buat homework ( alasan orang yang "terlebih rajin" nie) katanya nak mengaji la pulak.
Siap warning kakak supaya jangan bising-bising sebab dia tak boleh nak beri tumpuan.
Bagus juga sesekali rumah tak de letrik.
Ada la aktiviti lain yang boleh dibuat oleh budak sorang nie......
Kalau tak kerjanya mengadap game manjang.......hish!!!!

25 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Agaknya kena buat-buat takde elektrik untuk buat Farouq rajin... hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Muhd Syahmi
yelh....sskali kena buat mcm tulh dik.....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Hu hu hu. . .
X de anak dara kecik lagilah. . .
Kot x nak gi pinang si Farouk ni. . .
. . Jgn mara ,aunty gurau aje. .

ummiross berkata...Reply To This Comment

Baik hati Farouk, sayangkan binatang, sanggup tinggalkan ayam seketul tu untuk kucing tu. bertuah ibu ada anak bujang yang lembut hatinya.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

hehehe produktifnya Gary


dah namanya bongsu camtu lah, manjakan diri terlebih-lebih

kalau ada adik kurang manjanya tu...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Penyayang orangnya Farouk ni.. Faiqpun suka kucing tapi akak tak sanggup bela kucing sebab kwsn rumah terlalu sempit. Tiap kali nampak kucing, mesti merayu nak bw balik.

azieazah berkata...Reply To This Comment

Macam zaman dulu la pulak kan? siang takda elektrik, malam guna lampu minyak tanah saja. Hehehe. Sekali sekala seronok juga.

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Bagusnya sikap prihatin Farouk itu. :)

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

bagusnya Farouk..sesekali tak de letrik, ok jugak kan...

suri solehah berkata...Reply To This Comment

Wah..bagusnya anak teruna tu..rajin mengaji...boleh buat menantu ni..hehe

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahaiii rajinnye hero akak tu. mmg boleh buat menantu...hehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaijat
nntilah tunggu cucu mamaijat utk farouk ye...ngee.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
2lh, suka sgt dia pada binatang trutama kucing...mmg dia seorg yg sensitif n lembut hatinya...cpt trsentuh,

NzA berkata...Reply To This Comment

@ibuintan
mmg produktif kak..trkdg geram jugak asyik beranak je kerjanya....

agaknya sbb anak tunggal + bongsu...manjanya lebih2..si ibu pulak cpt no nk brenti branak dulu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nor Salmi
yelh, org yg suka binatang ni brjiwa lembut....yah pn xbagi farouk bawa masuk kucing2 tu kt dlm rumah...dia bela kt luar jerr.......
agaknya faiq n farouk ada prsamaan jugak tu..mcm kita jugak....

NzA berkata...Reply To This Comment

@azieazah
yelh, rasa sunyi pulak....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Kakcik Nur
Alhamdulillah moga dia terus begitu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@MulutPayau
yelh MP, baru ingat nk buat homework..kalau tak kerjanya mengadap lappy jerr...

NzA berkata...Reply To This Comment

@suri solehah
hehehe..masa dtg kerajinan sskali je tu.....ngee....

NzA berkata...Reply To This Comment

@♥MAMASYAZA♥
boleh3X......nnti dua2 asyik nangis je....ngee....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kalau ada letrik, cuba akak turn off kan sesekali...hehehehehehe. Kepala saya dah kuar tanduk nie..

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
gud idea...biar dia rajin belajar sikit.....hehehe....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bagus anak bujang akak nie..dah la pencinta haiwan,rajin mengaj pulak tu..boleh buat calon menantu.haha

Unknown berkata...Reply To This Comment

amboi rajinnya farouk ni....macam sumaiyyah pecinta binantang dimana sahaja dia pergi kalau nampak kucing alahai macam nak dipeluknya....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

so sweet.... mengaji tepi pintu! ;)

About me