Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Januari 2013

Back To School 2013.....5F...4F....3F..

Back To  School.....
Kenangan yang ibu abadikan di blog setiap awal tahun
sebelum anak melangkah keluar untuk hari pertama sesi persekolah.
5F
Farah Nabilah-Along
Farah Nadiah-Angah
Farah Najdah-Beby @Kak Nana
Farah Naurah
Muhammad Farouk

2011-5F bersedia ke sekolah...Along, Angah, Beby, Naurah dan Farouk..
 Saat indah sewaktu ibu menjadi makcik supir menghantar dan menjemput mereka dari sekolah.....
Betapa meriahnya saat ini.
Penuh 1 MPV ibu dengan gelagat anak-anak.....

2012-Tinggal 4F bersekolah.
2012, Along dah tamat SPM.....
Yang tinggal cuma Angah, Beby, Naurah dan Farouk......
 Tinggal berempat.
Saat ini Along dah bergelar "maid" di rumah.
Along banyak membantu ibu menguruskan kerja-kerja rumah dan memantau homework Farouk....
Alhamdulillah akhirnya Along menerima tawaran melanjutkan pelajaran.....
Klik sini....
Maka ibu kehilangan "maid" di rumah......
Miss Along so much.....

2013-Bilangan mereka dah jadi 3F.
2013 Angah dah tamat SPM
Along dah melangkah ke Matrikulasi.
Yang tinggal sekarang Beby, Naurah dan Farouk.....
 Tahun ini cuma tinggal Farouk seorang bersekolah rendah.
Dialah jadi peneman ibu OTW pergi/balik sekolah.....
Kalau dulu penuh 1 kereta dengan penumpang.....
Bermacam-macam cerita yang kami kongsi bersama.

Naurah dah melangkah ke tingkatan 1 dan Beby antara calon SPM 2013...
Good luck anak-anak ibu.
Moga terus cemerlang dalam pelajaran.....
Good luck juga untuk Angah.
Moga Angah juga mampu meraih result yang cemerlang dalam SPM.

Dan si ibu awal-awal pagi dah terpacak kat depan pintu pagar sekolah.
menyambut anak-anak didik dengan penuh kasih sayang (?)......Boleh caya ke.
Mestilah sayang, mereka la klien ibu,
kerana tanpa mereka siapalah ibu..........

p/s:
Betul lah bak kata ayah, biarlah anak-anak berada di sisi kita semasa mereka masih bersekolah kerana suatu hari nanti mereka akan meninggalkan kita satu persatu..
Alasan yang sering ayah gunakan setiap kali anak-anak kami menerima tawaran ke SBP dan Sekolah Terpilih.......

16 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....sekurang2 nya in sya Allah dinda masih 'a pair of' saat mereka semua dah ada proffession memasing...
kanda doakan semua dalam restu dan dirahmati Allah jua...amin.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

syahdu plak ngan entry kak nza nih..satu2 berjauhan dgn anak kan bila diorang dh besar nnti..sy dr form 1 pisah ngan mak sb masuk sbp..mmg rasa tak puas pulak dok ngan die..huhuhu

ummiross berkata...Reply To This Comment

Memang meriah kan NzA, bila anak2 ada bersama, penat lelah terubat dengan kehadiran mereka.

Pasti akan merindui saat bersama seperti dulu. InsyaAllah, anak2 NzA akan terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka, ummi turut mendoakan.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Mudah2an bila mereka sudah berjaya, mereka tak akan lupakan ibu bapa mereka yang sentiasa di sisi membesarkan mereka.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Satu persatu anak meninggalkan kita. Akakpun ke sekolah bertemankan Faiq sorang.

dwatyKNY berkata...Reply To This Comment

selamat memulakan hari persekolahan...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sedihnya bila difikirkan suatu hari nti anak2 kita akan tinggalkan kita..apa lagi anak perempuan..klu dh kawen kena utamakan suami kan..huhu

semoga anak2 akak terus cemerlang..:)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Bagus betul sekolah akak. Hari pertama, guru sambut pelajar depan pagar sekolah. No wonderlah ramai pelajar cemerlang di situ kerana guru2nya cemerlang.

Hu Zakaria berkata...Reply To This Comment

Tahniah..besar jasa ibu dan guru.Semoga kehidupan lebih dirahmati. Berkenalan dengan guru dan ibu yang hebat ini, suka saya maklumkan yang ada pemakanan tambahan untuk ibu dan juga guru - kerana hanya dengan guru dan ibu yang penyayang, anak - anak kecik akan mendapat ilmu awal memahami kehidupan dunia....Anda sihat, anak-anak ceria...

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

selamat kembali ke sekolah...belajar rajin2 tau

wahida berkata...Reply To This Comment

oh, along dah ke matrik ye kak..tahniah buat along...


selamat kembali ke sekolah buat 4F...

akak x yah risau, anak2 akak semuanya pandai2 belaka...


p/s: rindunya kat akak...saya bz lately ni kak...tak bw pun...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

dah besar2 belaka yerk.. banyak kenangannyertu...
memang masa2 riuh suruh diam bila dah sunyitu tak syiok pulak yerk..

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Akak, saya terbayang diri saya nanti. Terasa sunyinya diri saya kalau anak2 dah besar.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

wahh..

akk dah capai tahap ank habis skolah... hanie ni tahap anak baru 2-3 org bersekolah... ;)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

masa kalut2 semua brsekolah tu mmg rasa sibuk kan kak.. tp kita akan merindui saat2 itu mcm yg akk dah rasai skrg...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kami pun sependapat dgn ayah.. biarlah anak2 bersama2 kami... tp ada juga teringin nk hantar tahfiz

About me