Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Disember 2012

Sepetang di Melaka.

Semalam selepas solat Jumaat, ibu, ayah dan Farouk bertolak ke Melaka.
Dah lebih 1 bulan tak jumpa Along.
Rindu Along sangat-sangat.
Alhamdulilllah result semester 1 Along membanggakan ibu.

Kali ni kami jemput Along kat Melaka Central
 sebab Along tumpang kawannya dari Kolej Matrikulasi ke MC....

 Sebelum jemput Along, kami singgah dulu kat Mydin di MITC Melaka.
Perabis duit kat sini dulu....huhuhu.....
Entah apa-apa ibu beli.
Tak pasal-pasal terbeli beg travel sedangkan kat rumah dah ada 2 biji yang besar tu.
Niat hati nak cari blazer tapi benda lain yang tersangkut.
Ayah tengokkan je ibu dengan situasi "jangan kata apa-apa.."....

 Selepas selesai membeli belah dibahagian atas ibu singgah ke pot yang dah jadi feveret kami sekeluarga
di Big Apple donut.....

Masa tu kebetulan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam Rostam sedang merasmikan 1 program..
Beliau makan kat area big apple.....

Kalau pergi ke sini, rasa semua nak dibeli.
Iman perlu kuat.
Biasanya ibu cuma beli 6 biji sebab ayah tak suka makan donut...
Cukuplah untuk ibu dan anak-anak.
Anak-anak pun terkadang makan tak habis sebab mereka tak suka sangat makanan yang manis.

Lepas Asar kami jemput Along kat MC.
Terus bergerak balik.
OTW sempat singgah lagi kat pasar malam.
Ibu ni pantang singgah mana-mana, mesti penuh 2 tangan membimbit....huhuhu....


Beli lagi sebiji pizza yang bersaiz paling besar, nasi kerabu, youngTauFoo, kebab dan macam-macam.
Anak-anak cuma hirup young tau foo dan makan separuh pizza....
Akhirnya tersadailah pizza tak habis dimakan.
Nasi kerabu langsung tak disentuh akibat kekenyangan....huhuhu.....

22 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

makanan kalau tak habis, boleh sambung esok. ringan sikit, tak payah nak masak makanan baru.

hehehe.

dah lama tak makan donut Big Apple...

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...dah x tau nak ulas apa...
dinda ni bab makan & shopping memang JUARA....
tahniah..tapi dont keep up this BAD habbit...
ha ha ha...
sorry....just joking....

ibuintan berkata...Reply To This Comment

hahaha mak kalau boleh semua nak beli kan, biar anak2 kenyang makan... tapi kena bersabar juga supaya tak jadi membazir

NzA berkata...Reply To This Comment

to Muhammad syahmi
simpan jugak ttp bila dh smlaman msg2 dh xlalu nk makan.....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Sedapnya donut tu....kalau dah kaki soping tu, kat mana2 pun memang nak soping ya....hihihi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
TQSM kanda diatas nasihat n ingatan tu...cuba brubah ttp masih mcm tu jugak la kanda..pntang kluar ada je yg brkenan..kalau kanda nk tau xpasal2 dinda beli beg travel yg besar padahal kt rumah dh ada 2 bijik, beli blazer n mcm2....ha hambik....huhuhu......

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

samalah kak klu pegi Big Apple / jco Donut..rasa macam semua nak beli..tapi Qis paling suka Almond tu...

Tahniah buat Along..moga terus cemerlang..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
2lh..kalau boleh si ibu xnk dengar anak2 mengadu lapar..slm anak kata apa2 si ibu dh brsiap sedia dgn makanan kegemaran anak2.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
mmg sedap MP..dh ketagih la...
2lh, risau dgn habit yg xelok nie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
oic..almond mmg sedap sbb rangup + lemak brkrim..

TQSM lily....

TechKini.com berkata...Reply To This Comment

banyaknya mamam.. terliur...

Tech Kini

NzA berkata...Reply To This Comment

to tech
rakyat jelata ramai....hehehe...

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahaiii kak, yong tau foo, nasi kerabu n pizza, semua tu feveret saya..terliur dah ni

akubiomed berkata...Reply To This Comment

Macam perjumpaan keluarga pula. Apa pun ia adalah petang yang indah.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Terubat sikit rindu kan NzA dapat jumpa Along.
Hehe..meriahnya berbelanja, I like!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
selera kita sama kan su....

NzA berkata...Reply To This Comment

akubiomed
saat trindah bila dpt brsama keluarga...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi.....hati seorg ibu.....
hehehe....terapi minda tu.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

waktu membeli mmg tak igt.pastu tak termakan sbb byk sgt..piza tu boleh simpan n panaskan..janji tak membazir sudah kan?

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, masa beli xhinggat......pizza tu akhirnya trbiar sepi je PK...budak2 ni kalau dh dipanaskan dh xlalu nk makan....huhuhu....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Ermm.. dah selalu tgk Yah shopping tau dah mesti byk yg sangkut.. hehe. Mr M macam suami akak juga, tak kata apa2 kalau tgk kita memborong. Pernah jg suruh dia tegur kalau tgk akak lupa daratan masa shopping tapi macam tu jugak.

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
entahlh, habit yg teruk sejak 2 menjak nie...duit tu dh jadi mcm air..suami kak salmi jugak mcm Mr M..seorang yg agak pendiam n cool....hehehe....

About me