Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Disember 2012

Kisah @Kelantan

Salam rindu semua.
Ibu dah selamat landing kat rumah pagi semalam.
Tiba di rumah ibu  dah penat sangat2 dan terpaksa menghadiri jemputan kawin hingga ke hari ni.....
Internet pun buat hal.
Nak upload gambar pun bermasalah.....huhuhu..

3 minggu bercuti tanpa blog dan FB.
Perjalanan dari Muar-->Kuantan--->Terengganu--->Kelantan--->Perak--->Muar
dalam masa 3 minggu...

Ibu betul-betul habiskan masa berkualiti bersama keluarga...
Kerja kami anak beranak makan, jalan, makan, jalan...sambil habiskan duit..
Sampai nak snap pic pun dah lupa.
Tersadai kamera dalam hbag.

 Masa di kampung kat Kelantan, ibu diraikan dengan BBQ oleh Kak Long dan Atie..
Ada kambing, ayam, ikan dan macam-macam lagi.
Ibu tibai makan kambing sampai nak pitam......ngee...

   Ibu banyak habiskan masa dengan mama.
Rasa seronok sangat melihat kesihatan mama yang agak baik dengan kehadiran kami.

 Masa di Kelantan, sempatlah ibu dan anak-anak bershopping sakan.
Itulah aktiviti feveret ibu dan anak-anak......

 Sempat ke bazar Tok Guru.

Terjumpa kuih belimbing kegemaran ibu sejak di kolej.
Dah lama sangat2 teringin nak makan.
Mula-mula beli RM2 ( 8 biji ).
Makan tak hinggat.
Kak Long ibu belikan lagi RM3 untuk ibu.
Aduyai dasyat sungguh ibu ni makan..
Macam dynasor......huhuhu.......
Tengok penimbang pun ibu dah risau......

20 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....dah habis ke cuti kite????
rasa macam baru semalam aje kita mula bercuti...
ha ha ha ha..
ayat skema para guru bila nak buka skul...kan dinda...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Best kan dapat spend masa berkualiti dan'berkuantiti'(sbb lama jugak cuti ni, hehe...

Bab makan2 dan shopping yang best ni. Kuih belimbing tu peberet ummi gak tu NzA, dah lama tak makan, teringinlah pulak..

suhaina laui. berkata...Reply To This Comment

sedapnya...tp sue suka belimbing yg sira air gula ;0

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Kuih belimbing...? pertama kali dgr cikgu...apa rasanya..??

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Jauh jalan-jalan tu Yah. Walaupun banyak kali cuti tapi cuti akhir tahun inilah yg benar2 berkualiti. Itupun bukanlah sepanjang cuti..
Akak tak pernah makan kuih belimbing.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bazar Tok Guru? Duduk celah mana ya bazaar tuh? Last pergi Kelantan, tak jumpa lagi bazaar tu. Yang tau Pasar Siti Khadijah je...

hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kanda mamaijat
2lh, rasa baru 1 minggu je cuti..tiba2 lusa dh mula bermesyuarat njalani ruti mcm biasa....hukhukhuk...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi, rasa bahagia n gembira bila lehat org2 trsyg gmbira....

Masa dok ganu dulu, kuih ni la nza dok angkut hr2..sedap sgt....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhaina
yg sira pn sedap ttp xjumpa la....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
kuih tradisional terengganu...rasanya lemak2 + manis2 manja....sedap tau!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
hujung thn mcm nilh kak mie...habiskan masa brsama keluarga...hr kerja msg2 dh sibuk...

kuih ni brasal dr terengganu...sedap.

NzA berkata...Reply To This Comment

to Muhammad Syahmi
Bazar ni diadakan setiap hr jumaat di KB....

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

welcome back kak nza..=)..sekejap jek dh habis cuti kan..yg penting, dpt spend masa berkualiti dgn family..mesti mama kak nza pon seronok sgt2 dgn kehadiran kak nza n anak2 kan..=)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

memang sesangatler best 3 minggutu.. sayani bercuti seminggupun duk kat kampungjer takler jauh jalannyer..
berjalan bersama keluarga lebih istimewaler lagikan.. memang lupa kat kamera...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Seronok tengok aktiviti BBQ tuuu!
Murahnya kuih belimbing tu 8 biji RM2 saja? Err tapi ni first time saya tengok kuih belimbing, hehe..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Dulu (awal tahun ni) saya pegi Bazar Tok Guru cuma dalam bangunan/kompleks tu saja. Rupanya ada berjualan di kaki lima juga ya?

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

lama sungguhlah kakakku sorang ni bercuti. welcome back kak nza!

best sangat2 dpt spent masa berkualiti dgn anak2 ye kak. yg penting dpt luangkan masa dgn mama kat kg. kuih belimbing tu buat dari apa ye kak? ada rupa cam cream puff pun ye...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@NzA

ooo... nanti nak try pegilah...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mmg tahu dah akak dan anak2 sama naik kalau bab shopping.hehe

kuih belimbing tu first time sy tgok.sunnguh jakun!

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

tu dia akak berjalan sakan..bestnya disambut dgn bbq lagi tu..

About me