Hari ini ibu dan Guru Besar dijemput hadiri satu Majlis di Tangkak.
Perjalanan dari sekolah ibu ke Tangkak mengambil masa 15-20 minit.
Seramai 33 orang wakil GB/GPM seluruh Daerah Muar/Ledang.
Ibu dan GB satu-satunya wakil dari zon kami......
Kuatkan diri memandu ke Tangkak....
Tersenyum bila Guru Besar menyapa:
"Alahai awak ni Z, kuat betul semangat awak...Dalam tak sihat masih tetap ceria....."
Itulah ibu........agak-agak boleh jadi pelakon tak??????
Program bermula pada 8.30 pagi dan berakhir dalam 1.00 petang.
Sebenarnya kami dijemput untuk meraikan kejayaan sebuah sekolah dalam daerah kami yang
berjaya menrangkul gelaran PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Memang ibu sangat-sangat kagum melihat panorama sekolah ini dan SKL memang layak
merangkul gelaran juara dengan menyandang hadiah RM10,000.
Diakhir program kami dibawa melawat keseluruh kawasan sekolah.
Selesai jamuan ibu dibisikan dengan suatu berita yang tidak enak didengar....
"Z, awak kena bersedia ye kerana tahun ni sekali lagi PSS SK awak dicalonkan...
Kalau tahun lepas awak dikalahkan oleh SKL ni, mungkin tahun ni awak boleh...."
Cukuplah.....cukuplah......Ibu dah tidak mampu lagi!!!!!
Ibu dah tak sanggup lagi diserbu.....
20 ulasan:
Kuatkan semangat, Z. InsyaAllah dengan dorongan dan sokongan, ianya boleh menjadi kenyataan. :)
betul tu kak, kuatkan semangat, u can do it
boleh tu kak...insyaallah....
Memang nampak cantik dan kemas sekali.
Waa tercalon lagi, tahniah, insyaAllah NzA boleh!!
betul tu....
Semoga berjaya tahun ini.
.....ha ha ha.....
kita kan pelakon terhebat di pentas dunia.....
.....sambut cabaran tu dinda...
meandangkan u got only one step closer...he he he....
.....apa2 pun ...kesihatan tu di utamakan.....
to kakcik
entahlh kakcik, byk prkara yg perlu diutamakan dulu espclly prestasi anak2 didik.....
to mamasyaza
akak rasa mcm dh penat sgt2 lalui semua tu su...risau tugasan utama trabai...
to lieya
Entahlah lieya, byk faktor yg perlu difikirkan....
to ummiross
Johan Peringkat Kebangsaan tu ummi..mmg cantik...
Percalonan tu buat nza serba salah la ummi....
to pena rozie
@-@....
to cklah
rasanya nk je tarik diri kalau dibenarkan....
to mamaijat
he.he.he....setuju..terkdg kena jadi pelakon....
entahlah kanda, rasa dh xmampu utk lalui semua tu...risau tugasan utama trabai.....
Rasanya Yah patut sahut cabaran tu.. Jangan biarkan langkah terhenti di pertengahan jalan.. Penanda aras dah ada dekat, tentu tak sukar mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan..
Akak yakin..
NzA boleh!!
kak ibu boleh dan pasti boleh
to kak salmi
entahlah kak mie..sukar utk melangkah jika kurg mndpt sokongan dr bos, lebih2 lagi tiada pruntukan kewangan......tgklh keadaan nnti......
Terima kasih krn sntiasa memberi kata2 semangat...
to mamaQS
tqsm dear krn sntiasa memberi sokongan pd akak....
Cantik dan kemas PSS sekolah tu. Kak Nza punya sekolah juga boleh, tapi kena ada teamwork kan. Kalau kerja sorang je, susah lah.
to yati
mmg cantik yati...
betul ckp yati tu, kalau ada teamwork semua kerja jadi senang n xmustahil dpt capai hingga ke thp tu...ttp yelh, kita trpaksa memahami org2 disekeliling kita.....
Catat Ulasan