Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2012

2F Berentap....

Jarang sangat ibu tulis n3 tentang 2F ni, 
Puteri ke 2 (Farah Nadiah-angah) dan ke 3(Farah Najdah-Beby).
Kisah ini pun dah lama sebenarnya.


Minggu lepas masing-masing pulang dengan membawa piala kemenangan.
Pertandingan ini sudah lama diadakan dan baru minggu lepas mereka berdua menerima piala.
Angah berjaya membolot 3 kategori piala dan Beby cuma masuk 1 acara sahaja.

Angah  Johan dalam pertandingan berbalas pantun dan telah mewakili sekolah ke peringkat daerah
Cuma piala pertandingan dalaman baru dapat....

Angah juga membuktikan dimampu meraih hadiah ke 2 dalam mengarang BM.
Angah menyahut cabaran cikgu dan rakan-rakannya kerana selama ini 3F lebih cemerlang dalam
Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda.....
Angah sering menjadi mangsa usikan guru dan rakan-rakannya......

Semasa diusia 7-9 tahun kalau tak silap ibu, ayahlah yang
gigih mengajar mereka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.....
Siap mengajar ala-ala tuisyen lagi kat rumah......kelakar!!!!!
Maka dengan gigihnya 3F kena speaking dengan ayah....
Cuma yang ruginya ayah tak ajar 5F cakap Bahasa Jawa (ayah keturunan Jawa).
Sepatah haram 5F tak faham Bahasa Jawa........
sedangkan 5F boleh kuasai loghat Kelantan dengan agak baik....

Dan Angah juga menang dalam Essay writting.......

Beby juga menang dalam essay writting.

Dan semasa penyampaian hadiah sering berlaku kekeliruan dikalangan
cikgu-cikgu mereka terhadap 3F ni kerana nama mereka hampir sama.
Farah Nabilah (Along), Farah Nadiah (angah) dan Farah Najdah (Beby)....
Sekarang di SMKBG cuma tinggal 2F iaitu Farah Nadiah dan Farah Najdah.
Namun hari ini mereka masih buat cikgu-cikgu terkeliru....
Alahai....

TAHNIAH ANGAH DAN BEBY.....

27 ulasan:

jemarisuri berkata...Reply To This Comment

mmg sejuk perut ibu bila menerima kejayaan anak2 kan...moga terus maju jaya..tahniah buat 2F..

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
itulh kebahagiaan seorg ibu kan JS..selain anak2 yg mendengar kata n solehah...

ShimaSalleh berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Tentu seronok tgok piala2 kemenangan...
Anak gembira, ibu bahagia :))

Norsalmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat angah & beby.. Moga terus cemerlang & membahagiakan ibu & ayah..

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
Syukur, gembira tgk anak2 mampu meraih kejayaan pd setiap penyertaan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
TQSM kak mie..mudahan begitulah....

ummiross berkata...Reply To This Comment

tahniah, tahniah..buat 2F dan NzA sekeluarga, syukur dikurniakan anak2 yang pandai dan mudah dibimbing..

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah dan baby......

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wahh...tahniahhh! And, Happy Belated Birthday kak... Semoga akak terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Akak, saya dah mula amalkan petua akak... Insyaallah saya akan teruskan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
TQSM ummi...berkat doa semua...syukur...amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
Thanks mamaQS....

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
Thanks azie....amin..

InsyaAllah, jadikan itu rutin harian...w.pn lmbat nmpk hasilnya, InsyaAllah azie, itulh cr trbaik dr seorg ibu....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

tahniah buat angah n beby

Cikli berkata...Reply To This Comment

Asyik Farah je, Kata Faruk

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
TQSM su...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
Farouk ckp...."ada aku kisah"...he.he.he..

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

ooo, nama angah ada persamaan dengan along ckLah, Dia. Nama along pulak ada persamaan dengan angah ckLah, Diba tu, tang Nadiah dan Nabilahnya tu.

:-)

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

tahniah buat 2 beradik ni.. banggakan ibubapa..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah! Tahniah buat Angah & Beby! Sejuk perut ibu, kan :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
ye ke???? kebetulan tu cuma kedudukan trbalik...he.he.he.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Lyfrina
Alhamdulillah...syukur dgn kurniaan ilahi....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....hai dinda...nampak menang sudah....loghat kelate dari dialek jawa....

.....guane budu lawan tempe plak....
siapa mendahului setakat ni???

ha ha ah..jangan marah..
gurau aje...

tahniah buat semua anakanda...
teruskan kejayaan...
banggakan ibu ayah..

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah Buat 2F...
Moga terus berjaya...^^

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
Thanks dinas....ada kalanya panaz jugak si ibu nie.....hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
kalau kanda nk tau mmg team kelate menang kt rumah ni...cuma farouk sorg penyokong kuat ayahnya....he.he.he...

TQSM kanda..berkat doa kanda n rakan2 semua....amin....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
InsyaAllah...amin...TQSM.

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Tahniah 2F. Teruskan kecemerlangan.. :D

About me