Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Jun 2012

Linus ke Hingus?????

Kalau sebut LINUS, cikgu-cikgu Tahun 1 akan senggeh sampai ke telinga....
Tak gitu mamaijat....he.he.he......
Ibu, mama, mummy, ummi, mak tahu tak apa itu LINUS????
Meh ibu cerita sikit kat sini :
LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). 
Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Literasi tu dalam subjek BM
dan Numerasi tu Matematik....
Ada faham?????
Kalau faham bagus sangat dan kalau tak faham mesti kena ambil tahu ye.

Kalau tahun 1 semua murid wajib menduduki Ujian LINUS.
Cikgu-cikgu subjek BM dan Matematik kena mengadap anak-anak murid ini
dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.....
Maklumlah, ada murid yang cemerlang, ada yang sederhana, ada yang lemah dan
yang paling dasyat tidak tahu apa-apa.......
bak kata orang macam berinteraksi dengan tunggul kayu..

Tapi kalau masuk Tahun 2 dan 3, anak-anak kita masih kena
duduki ujian LINUS, kita kena beri perhatian sikit.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam penguasaan P&P mereka.....

 Macam-macam bahan sokongan yang cikgu kena guna..
-manik, pembilang, duit syilling/kertas, alat tulis, botol2 air dan macam-macam.
Mujur tak perlu guna kambing, lembu, gajah dan sewaktu dengannya..kan..kan..kan..

Sampai terjuih mulut membilang dan cikgu setia menadah tangan.
Sesekali cikgu yang penuh kesabaran dan kasih sayang ini mengunyah kerepek.....he.he.he.
Maklumlah ujian lisan ni dibuat semasa waktu "free" cikgu.
Bayangkan nak habiskan bilangan insan kecil dalam 1 kelas dengan 
12 X 2=24 konstruk/aktiviti berserta soalan.
Maksudnya 24 jenis aktiviti yang berlainan dengan menggunakan bahan yang berlainan
untuk setiap murid...
Kalau sekolah besar, bayangkan cikgu kena mengadap lebih 100 orang murid
secara individu 100X24=....ce kira .......

Dan tiba-tiba si Afiq ni pun berkata-kata:
  "Cikgu nanti saya nak kerepek jugak tau...terliur la"
Cikgu : Ok2....dah siap nanti cikgu bagi awak kerepek ye...
Tersentap dan hampir tercekek si cikgu yang tengah syok mengunyah....
Alahai...anak sebesar ini penuh dengan kejujuran dan ketulusan walaupun terkadang kalian
sering mencabar kesabaran cikgu nie......

p/s:
Malam ni ada xtra class
Malam esok ada solat hajat UPSR di masjid
Malam lusa bertolak ke Penang....
Malam tulat:?????????
Sabar ye anak-anak ibu.
 TQSM krn memahami kesibukan ibu dan ayah.

26 ulasan:

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

dinda masih ingat pernah tegur anak kawan ni, adik cakap le kenapa dia kata sembilan tu enam dan kalau dia membaca tu nampak macam gagap... dia boleh marah pada kita dia cakap aku tahu le anak kau tu pandai dah boleh baca (qayyum seawal umur 4 tahun dah boleh membaca)....

tak tahu apa jadi anak dia sekarang....

ummiross berkata...Reply To This Comment

haha..NzA, kelakar pulak tang murid terliur kerepek tu,cabaran pada cikgu, cabaran juga pada anak murid yang tak tahan terliur,hikhik!!

wahida berkata...Reply To This Comment

ekekekek...tak tahan betul si afiq mintak kerepek kat cikgu...mmg jujur sgt budak2 ni kan kak...selamba jer...hehe..

ShimaSalleh berkata...Reply To This Comment

Hahaha kelakar betul la afiq nih hihihi
Yelah cikgu mkn tak ajak. Makan sorang :))

Kunang-Kunang berkata...Reply To This Comment

Salam Nur,

Kak Ani rasa biar anak kak ani jerlah fikir hal-hal sekolah ni sebab bab begini kak ani dah lepas lama.

Apa pun terima kasih atas perkongsian.

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

tabik pada semua cikgu2 seluruh malaysia, sungguh sabar melayan karenah murid2. pasal tu la saya tak leh jadi cikgu, saya tak cukup sbar hatta ngan karenah anak2

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

sekolah mia pun tgh ujian linus 2 ni kak.....

comel je afiq siap mintak kerepek heheehehehe...geram kot kak die dengar akak dok kerup kerap kerup kerap heheehehehe

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...Reply To This Comment

terjuih mulut membilang yang tak tahan tu sempat lagi dia pesan nak kerepek...hehe.. :)

Norsalmi berkata...Reply To This Comment

Geli hati pulak baca entry ni.. hehe..

Sebenarnya, buatlah kurikulum sebaik manapun,ibu bapa tetap kena mainkan peranan utk kejayaan anak2..

syiela berkata...Reply To This Comment

sempat lagi nak pesan kerepek hhehehhe

cabarakan cikgu zaman sekarang

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....tersenyum gang kami bila ada bapa yang menREDHAkan gaji cikgu di naikkan..... bila kami bercerita tentang 'band' dan sekawasannya @ KSSR bila 'penjaga masuk sekolah' Jumaat lalu untuk tandatangan buku ADAB...

.....kalau semua orang macam 'bapa' ni..kan okay...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Penat bunyinya tu kak Nza, kena sabar jalah kerana dah memang tugas. Tapi yg geramnya bila nak mengajar pun payah sebab terlalu banyak sangat tugas lain yg depa suruh kita buat. Cakap pun penat saja, bukannya akan berubah pun sistem ni.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
payah kalau dpt ibu bapa yg xleh terima teguran...anak2 xkn maju jika xleh terima pndptan org....

NzA berkata...Reply To This Comment

TO ummiross
geram kt budak, lepaskn pada kerepek tu ummi...he.he.he...xsangka si afiq terliur lak.........

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
2lh, dgn slambernya dia minta..trliur sgt kot..kejam betul cikgu nie......ha.ha.ha....

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
2lh pasal....mesti trliur dh bunyi krup krsp kurp krap....he.he.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
yelh kak ani, zaman anak2 sk utk kak ani dh brlalu..skrg ni tunggu cucu kak ani jelh.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
dh tugas su, trpaksa lalui semua tu...cikgu pn manusia biasa..trkdg kesabaran brada dithp maksimum jugak...hi.hi.hi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
mmg diadakan serentah diseluruh negaraa ni lieya...depa bagi tempoh trtentu cz lepas ni kena key-in result tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
2lh smpai trjuih2 mulut dia...comel je...he.he.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
betul tu kak mie, yg pnting kerjasama ibu bapa dlm memantau anak2 mrk....

NzA berkata...Reply To This Comment

to syiela
terliur sgt la tu tgk cikgu sibuk dok mengunyah....he.he.he...

mmg skrg trlalu byk cabaran syiela.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
sejuk hati kitakan kalau semua ibu bapa mcm tu...moga mrk memahami apa yg sdg brlaku pd sistem pndidikan skrg....trlalu jauh bezanya dgn dulu,.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
kalau ikutkan mmg penat ttp kalau dh tugas dinas, cikgu mana yg xpernah siapkan semua tugasan dlm maasa yg ditetapkan.......dlm stress ada la yg mengubat hati nie...he.he.he....

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Baru semalam cerita dgn seorang kawan tentang anaknya dan LINUS. Semoga anak2 seperti mereka juga akan merasa kejayaan suatu hari nanti..

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
dr pngalaman akak, anak2 sebegini ramai yg brjaya ke menara gading...mayb masa sk rendah mrk lmbat sikit n kurg prhatian dr ibubapa di rumah....InsyaAllah....

About me