Hari Ahad pagi-pagi dah bergerak ke sekolah.
Ada Program Khidmat Masyarakat dari Matrikulasi Johor.
Sekolah ibu dipilih sebagai anak angkat matrikulasi.
Tak kisahlah walaupun weekend.
Kami warga guru tetap memberi sambutan pada tetamu dengan senyuman...
Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir hampir pukul 2.00 petang.
Penat tetap seronok.
Aktiviti memang padat.
Kaum guru dan ibu rewang untuk lunch.
Farouk pun ibu angkut sekali.
Program ini untuk murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
Ibu suruh Farouk join sekali.
Kiranya peserta paling mudalah tu...
Farouk ok je..Dia jenis cepat mesra..
Abang fasi bagi adik-adik makan sandwish dulu sebelum aktiviti LDK bermula......
Naurah and the group........
Aktiviti LDK bermula selepas adik-adik diberi sarapan.
Ini group ke 2. Mereka berbasikal dari Matrikulasi ke SKPK.
Adalah lebih kurang 8 - 10km.
Macam biasa, ibu jadi tukang cedok lauk....hi....
2 group pelajar matrik buat mural...
Ada yang masak bubur lambuk,
ada yang handle LDK,
Ibu bapa join motivasi oleh pengarah matrik...
Lunch timeeee!!!!!!...
Pengalaman pertama Naurah dan Farouk
makan dalam dulang secara berjemaah.
ZTengok dulang Naurah dan kawan2 bersihnya makan.
Bila ibu tengok dulang Farouk..
MasyaAllah, bersepah depa makan...
Macam ayam mengais makanan pun ada..hu.hu.hu....
Ibu pun makan dalam dulang.
Lama dah tak makan macam nie...
Seronok pula rasanya......
Rindu saat mengajar di Mersing kerana setiap kali
ada jamuan mesti kami makan dalam dulang....
28 ulasan:
IM rindu dengan kerja amal bersama JIM. IM doakan muga dapat kembali ke suasana itu!
to IM
InsyaAllah......Allah maha mengetahui apa yg ada di hati IM...
penat tapi berbaloi jika ada program yg mnyeronokkan....
p/s...wahhhhh...bestnya dapat makan dalam dulang...lain kali Mp nak syorkan jika ada jamuan di sekolah...
to MP
betul tu..penat xpe, yg pnting seronok......
boleh di syorkan wat camtu......brtmbah mesra n erat....
saya pun tak tahu mampe ke tak makan dalam dulang
tengok pun rasa penat,
apa lagi org yg terlibat :)
p/s- dulu2 kami sekeluarga makan sedulang tapi sejak size anak bertukar jadi xxl ni, kami terpaksalah makan asing2.
apa2pun makan berjemaah (bersama) sgt penting!
moga beroleh pahala yg berlipatkali ganda atas segala usaha utk anak bangsa.
to imanshah
kalau geng sedulang tu jenis sopan n ayu oklh ttp kalau mcm geng farouk tu kena fikir 10X...hu.hu.hu...
mengata dulang paku serpih. makan dalam dulang ada can makan lebih.
mengata dulang paku serpih. makan dalam dulang ada can makan lebih.
to AHP
mmg penat ttp gitulh tugas cikgu bukan stakat mendidik ttp semua kerja kami bolot...hi..
kata org kalau mkn sedulang hubungan brtmbah eratkan....
to Cikli
hi.hi.hi.......pantun baru tu..mmg trlebih2 mkn...seronok punya pasal...
wahhh saya tak pernah makan dalam dulang macam ni, menarik naa!
to dinas
mmg menarik n trtarik......
tak pernah lagi makan dalam dulang
Tugas guru mmg tak kira masa. Dalam dan luar bilik darjah semua kena buat. Letihkan tapi bila tgk wajah riang pelajar guru pun turut terhibur.
semua muka nampak seronok, penat sikit takpe asal puas hati...
wah..bestnye kak mkn dlm dulang berjemaah mcm tu..
tengok farouk makan dalam dulang ....teringat mama kat Qayyum...
to ibuintan
seronok kak...ada kelainan....
to anggun
betul tu...w.pn penat ttp hati tetap puas.....
to ummiross
mmg sronok kalau brkumpul camne..buat kerja pn xrasa sgt.....
to lily
mmg seronok lily..mkn brrebut2....
to mamaQS
alahai kesiannya..moga Qayyum pn hepi mcm farouk dgn kwn2....
kalau kat sini kak, mil dilla suke buat nasik ambeng time kenduri kt umah..
merasa la makan ramai-ramai dalam dulang..hubby lak tukang bahagi portion dalam dulang tu..bagi adil die kate..hihihi
to dilla
kalau dulu2 org mkn dlm dulangkan ttp skrg dh makin pupus..
org lelaki lbh teliti la bab2 agih2 mknan tu dilla....hi...
bagus akk n anak2 .. rajin bercampur gaul dgn masyarakat .. ;) bestnyer rewang2 pehtu makan ! :p
to ummi hanie
kalau brkesemptan je hanie...byk masa abis di sk n di rumah....
rewang ramai2 n makan..mmg best.
byk betul aktiviti akk,klu dekat nak jer ikut.best2nya.hehe
Catat Ulasan