Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Julai 2011

Tautan Kasih.

Hari Jumaat Sekolah ibu ada Majlis Tautan Kasih.
Majlis sempena perpisahan dengan 2 orang rakan guru yang bertukar 
dan menyambut 2 orang rakan guru yang baru.
Musim pertukaran guru-guru yang dah lama
berhijrah ke sekolah baru.....

Memang meriah majlis tu.
Lagi meriah dengan sumbangan berbakul-bakul
buah durian, rambutan dan manggis.
Sampai tidak habis makan......

Inilah orangnya yang diraikan, Cikgu Osman (baju hijau)
Abang senior ibu.
20 tahun berkhidmat di SKPK.
Semasa ibu masih bergelar student, 
dia sudah posting ke Sarawak.
10 tahun ibu mengenali dia di SKPK.

Dialah:
Kawan bertekak ibu.
Kawan tempat ibu mengadu.
Kawan tempat ibu bergosip.
Kawan tempat ibu bergaduh.
Kawan tempat ibu mengusik.
Kawan tempat ibu melepaskan perasaan.
Kawan yang amat sporting.
Kawan yang selalu jadi pembangkang dalam setiap kali mesyuarat.
Memang kami rasa kehilangannya.
Dan sudah tidak lagi kedengaran sapaan "Hai, ZEK..."
bila dia bertembung atau mencari ibu.....

Majlis hari tu penuh dengan sesi airmata.
Cikgu Osman ni  nampak aje agak ganas tetapi
hatinya lembut umpama ais.
Sewaktu tiba di sekolah dia mula nangis,
masa makan nangis,
masa berucap lagilah nangis..
masa sesi bersalaman terus nangis...
Lambaian terakhir terus menangis...menangis dan menangis.....

 Menu yang ditempah..Nasi minyak.....
Memang sedap. Lupa ibu nak snap pencuci mulut 
dadih jagung yang sedap dan bubur durian....

 Buah durian yang disponser oleh Cik Zana.
Masih ada lagi 1 bakul kat sekolah..
Konon-kononnya KIV untuk dimakan pada program Hari Ahad nanti.
Entah-entah dah jadi tempoyak.....
Sibuk snap gambar, nak makan pun tak sempat......

 Cikgu Osman ,ex-GPK-Hem kami yang bertukar, Ustazah Zainura tidak dapat hadir.
GKP Hem baru kami, Cikgu Ramasiah (berbaju unggu-paling kiri) dan seorang lagi Ustazah yang diraikan Ustz Azalina meminta diri awal kerana ada urusan yang belum selesai di sekolah lama.

Salaman terakhir Farouk dengan "Sir"nya....

Doa kami agar Cikgu Osman terus suksess dlm kerjayanya...
Juga terima kasih kerana mendidik anak-anak ibu.
Terutama 3 Farah yang berjaya meraih A dalam B.Inggeris dan
sehingga sekarang 3 Farah terus cemerlang dalam subjek
Bahasa Inggeris
berkat bimbingan Cikgu Osman sedari mereka di Tahun 1..
Thanks a lot SIR!!!!!..


p/s:
Sat lagi nak ke sekolah kerana ada 
Program Bersama Pensyarah dan pelajar dr 
Matrikulasi Cawangan Johor.
Program Sekolah Angkat Matrik.

24 ulasan:

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

kita pun tak tahu bilakah akan kena tukar

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

sedihnye..Jarang tgk lelaki menangis..
mkanan semuanya nmpk menyelerakan tu..durian pun X ketinggalan ye.. ;)

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

wow akak banyaknye menu, mesti sedap2 belaka

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Nangis-nangis juga. makan makan juga. gitulah nasib guru. asyik kena tukar je. paling tak bila naik pangkat.

IM kena tukar department je... dah 3 kali selama bekerja ni.

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

20 tahun berkhidmat, mestilah menangis!!!

Makanan sedap2 and durian tu pun nampak sedap

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Orang yg baik mmg akan terasa kehilangannya. Panjang umur boleh berjumpa lagi.

NIA berkata...Reply To This Comment

wah seronok makan2.tetiba tringat masa zmn skolah dlu kalo ada cikgu kne tukar skolah, mesti sedih huhu~

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

2 dekad tu, sama macam ckLah. Memang beat tapi kena akur.

Kawan-kawan dan murid-murid ckLah memang menangis saat berpisah....tapi di depan mereka ckLah senyum saja. Sampai rumah baru nangis dan ngadu di blog...hehe

amna berkata...Reply To This Comment

ni cikgu osman ayah kepada syarul n aida ke cikgu? semoga kekal sukses, amin..

p/s:akan berpindah ke sekolah mana?

Unknown berkata...Reply To This Comment

setiap yang bertemu pasti akan berpisahkan kak...sedih sebab dah lama akak kenal dia kan....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

baca entri pun dah sedih..belum kenalan dgn cikgu lg..huhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
akak dh 4 x brtukar ttp krn ikut suami...hi.hi.hi..

gitulh kita, redha jelh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
cikgu ni mmg bintang airmata...senang menangis...hi...

mmg meriah dgn mknan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
2lh yg tmpah bbrapa jenis je ttp yg sponser byk sgt...

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
mmg dh trmaktub camtu IM...cuma kita kena sntiasa brsedia bila diarahkan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to hami
sapa xsedih meninggalkn tmpt yg byk kenangan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
walau camne pn, bila brgelar kwn, mrk ttp dihati..susah senang brsama....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
gitulh putaran alam, ada yg lama n ada yg baru....

NzA berkata...Reply To This Comment

to CKlah
sapa yg xsedih nk meninggalkan tmpt yg dh serasi n sebati dgn kita trutama kwn2...ttp apa nk buat, dh diarah camtukan..nk xnk kita trpaksa redha....moga CKlah bahagia ditmpt baru dgn suasana baru....InsyaAllah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
ye amna..ayah sharul n aida...cikgu osman dipindahkan ke SK Sagil Kg..dekat je ttp 2lh, dia dh lama di SKPK.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
itulh realiti hidup...setiap prtemuan ada prpisahan.....mmg sedih krn dia umpama abg.

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
akak dh kenal dia 20thn..mmg sedih ttp apa nk buatkan...

Ummiross berkata...Reply To This Comment

tuai padi antara masak...
esok jangan layu-layuan
Intai cikgu Osman antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
kalau la cikgu osman trbaca rangkap puisi ni, confirm brjurailh airmatanya tu.......

About me