Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Julai 2011

Semoga DIA Terus Berubah.

Tahun lepas budak ini, Muhammad Farouk amat merisaukan ibu.
Sejak melangkah ke PRA Sekolah 2 tahun lepas
Farouk berubah.
Dari seorang anak yang tidak lasak dan baik perilaku, 
Farouk menjadi terlebih lasak di sekolah.
Mungkin di rumah dia tidak ada kawan.
Di sekolah dia melepaskan perasaan n jadi superhero.

Melangkah ke Tahun 1.
Sikap M*l*snya makin ketara.
Banyak kerja-kerja di sekolah tertangguh.
Apa tah lagi homework.
Hati ibu risau dan teramat risau.
Farouk tidak sama dengan 4 Farah.

Prestasinya pun tidak cemerlang seperti 4 Farah.
Dia dalam kategori sederhana sahaja.
Walau pun otaknya cepat menangkap apa yang di ajar
terutama subjek Matematik.
Dan Farouk mampu huraikan apa saja yang dipelajari
secara lisan dengan petah.
Terkadang ibu terpegun dengan huraiannya itu.
Sejak Tahun 1, Farouk sudah mampu menghafal sifir 2-6.

Tapi itulah, sikapnya yang buat Farouk sering tewas 
untuk mengejar rakan-rakannya
yang cemerlang.

Tetapi syukur Alhamdulillah ,
sekarang dia banyak berubah.
Sikapnya melegakan hati ibu.
Setiap kali balik mengaji sebelah petang,
tanpa perlu ibu suruh dia sudah siap mengeluarkan beg sekolah.
Tanpa perlu ibu menyemak lagi beg sekolahnya dia sudah
sedia untuk menyiapkan segala tugasan yang cikgu berikan.

Bila azan maghrib bergema, cepat-cepat dia melangkah ke surau.
Dan akan menyambung HWnya yang bersisa......



Dan prestasinya mula meningkat terutama di SKAgama.
Dia mampu meraih TOP 3.

Dan yang pastinya DOA SEORANG IBU yang sering di dengari oleh Allah.
Tidak putus-putus ibu berdoa untuk anak-anak terutama Farouk.
Setiap kali solat, ibu tidak pernah lupa untuk 
sedekahkan Al-Fatihah untuk anak-anak.

Setiap kali memandu ke sekolah seawal pagi,
ibu tidak putus-putus berselawat dan beristifar.
Dan ibu akui, itulah yang terbaik untuk anak-anak.

Juga ingatkan ibu2, sekiranya kita singgah ke masjid,
bersedekah setakat termampu.
50 sen, RM 1, RM2 atau beberapa saja yang termampu.
Sebutlah nama anak-anak dan niatkan hajat kita untuk mereka.
Dan sekiranya anak-anak ada bersama kita di situ, 
hulurkan duit itu pada mereka.
Suruhlah anak-anak kita membaca Al-Fatihah, 
berniat dan menderma.
InsyaAllah...
Jangan kita cepat berputus asa....

Bukan ibu ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi ilmu.
Kata orang, sebagai ikhtiar kita demi anak-anak.
Mungkin hari ini, kita dikurniakan anak-anak yang pintar, 
mungkin esok atau mungkin 2 tahun atau beberapa tahun lagi...
Semua itu rahsia Allah.
Cuma sebagai ibu, kita dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT.
Kelebihan doa ibu mengatasi segala-galanya.....

43 ulasan:

e y r a . t a j u d d i n berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, tahniah buat little boy sbb menyenangkan hati ibu :D Insya Allah tips ibu akan saya sebarkan dgn keluarga yang lain, semoga yang baik menjadi amalan kita bersama.

p/s: Sy share artikel ibu ye :D TQ

----------------------------------
Dapatkan pelbagai pilihan juadah Aidilfitri, pes rendang tok yang super sedap, juga baju & aksesori

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...Farouk dh besar kan..pasti jd budak bijak ni..^_^

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

insyaAllah kak, moga mereka membesar dengan menjadi anak yang soleh dan solehah semua =)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Moga Farouk membesar menjadi anak yg soleh & cemerlang dunia akhirat.. AMIN..

bintangku berkata...Reply To This Comment

thanks kak, bg tips2 yg berguna. InsyaAllah, semoga saya diberi ingatan yg kuat utk buat mcm yg akak buat jgk.

Zuwairi Aiman berkata...Reply To This Comment

Salam kunjungan.. blog menarik ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to eyra
Alhamdulillah, itulh mustajab doa seorg ibu n kita brkongsi demi kebaikkan brsama...

Unknown berkata...Reply To This Comment

InsyaAllah....semoga farouk menjadi anak yang soleh

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
InsyaAllah, moga2 dia terus tekun belajar....

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
itulh hrpan setiap ibu bapa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily@mummyQis
amin...amin...amin....InsyaAllah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to bintangku
kita brkongsi setiap ilmu yg baik sha..InsyaAllah...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...
kdg2 anak kita perlukan sedikit masa menyesuaikaan diri.

p/s- teringat anak sulong, djh 3 baru boleh membaca merangkak2. cakap pun pelat. risaunya hati tetapi Alhamdulillah akhirnya berjaya melepasi tahap2 tertentu mengikut cara & keupayaan dia. yg penting buat yg terbaik.

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Tengok air muka farouk yang jernih tu, rasa sejuk mata memandang. Alhamdullillah berkat doa seorang ibu.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, mempunyai anak yang baik dan pintar.

Salam kenal dan terima kasih follow akak.

Ummiross berkata...Reply To This Comment

Ummi setuju tu NzA, doa itu senjata mukmin, jangan berputus asa berdoa untuk anak2, tahniah NzA dan Farouk...

en_me berkata...Reply To This Comment

pandainyerr.. ehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to zuwari
thanks sudi singgah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
InsyaAllah...itulh yg selalu ibu doakan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
yelh, setiap anak brbeza dr segi sikap n prcapaian mrk..cuma trkdg kita xsabar....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
muka dia mmg control mancho je tu...hi.hi.hi...InsyaAllah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang-kunang
thanks kak sudi singgah n InsyaAllah, semoga begitulh hndaknya...amin..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
doa mmg yg trbaik ummi cuma trkdg kita leka n lalai.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to en_me
Thanks....moga2 gitulah...

NIA berkata...Reply To This Comment

bagusnya.Alhamdulillah.nanti nak didik bakal anak2 sy mcm akak jugaklah.berjaya semua :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
InsyaAllah......islam itu cantik!!!!

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

sebak pulak dilla baca entri akak ni..huhu

thanks kak sbb kongsi ilmu ni..dilla pun slalu risaukan acha..takut die tak mencapai macam yg dilla hajatkan...kalau tak setinggi yg dilla harapkan pun, sekurang2nya sipi2 pun takpe la..

dilla amalkan sedekah al-fatihah tuk anak setiap kali lepas solat sejak akak britau dalam komen entri dilla tu..

ni akak kongsi yg baru, insya allah dilla amalkan...

kak, kalu ade lagi..kongsi2kan la ye..boleh sama2 kita amalkan tuk yg terbaik demi anak kan..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillahfarouk dah berubah.semuanya berkat doa ibu kan....syp un risau dekat ank sy.msdijohor dulu dia sekolah.pindah kedah terus tak nak sekolah.sy ikutkan sbb di br 4taun.lgpun kesian pasal kena tinggalkawan2n cikgu lama.taun dpn 5taun klu tak nak sekolah jugak ssh la sy..bila tnya dia kata tak nak..mitak2 semuanya ok taun depan..:)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

btw farouk kidal macam Aiman..:)

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
InsyaAllah dilla, setiap perkongsian ilmu byk memberi maanfaat kpd kita...semua tu dr pngalaman akak dan ilmu yg akak dpt semasa menghadiri program2 motivasi...InsyaAllah doa seorg ibu amat mujarab utk family.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
InsyaAllah......bykkan brdoa n amalkan tips yg akak berikan ni..insyaAllah, Allah akn prkenankan doa2 kita....mungkin aiman sedih krn trpksa brpisah dgn kwn2 lamanya tu....

anak akak 3 org kidal trmasuk akak...hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to iman
mudah2an gitulah....amin....

puanbee berkata...Reply To This Comment

akak bee memang sangat2 perlukan tips mcm ni teima kasih , sbb ibu nza memang dah berjaya

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
xdelh Bee...anak2 akak mcm ank2 org lain..ada masa mrk cemerlang n ada kalanya tewas juga..ttp itulh, ikhtiar seorg ibukan.....sama2 kita lakukan setakat trmampu...

mummysyafie berkata...Reply To This Comment

Farouk lefthanded macam abang, perangai pun sama jugak. dulu kat kindie ok je, tapi masuk tahun 1 semuanya berubah. belajar bila saya suruh, pastu cepat penat. alasan macam2..hari2 saya doa agak abang bleh jadi macam 4 Farah tu..eventho tak nampak lagi perubahan tapi saya tetap berusaha.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kak .. budak2 laki mmg gitu le kak..kengkawan hanie pun kate gitu,bile dah masuk skolah mngh nnti baru nmpk kecemerlangan dier ..mudah2an..doakn utk ank2 hanie juge..hati ni mmg gundah bile ank x perform

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak,
adik laki saya yg 2nd last, masa thn 1 & 2 manjang dpt no corot.. pastu masa thn 3 nagis2 dia dtg bgtau saya dia dpt no6.. skrg ni, Alhamdulillah, satu2 adik saya yg bakal ikut jejak langkah saya, dpt masuk matrik 1st intake..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mummysyafie
ye ke?....hi.hi.hi....ttp nor, gitulh kita, trpaksa brsabar n terus brikhtiar utk anak2....mungkin ikhtiar kita memakan masa ttp insyaAllah, Allah sntiasa mendengar doa2 seorg ibu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hanie
kebykkan kata camtu ttp hati akan jadi risau bila tgk adik2 lelaki akak tekun n cemerlang sejak di SK Rendah..yelh setiap orgkan berbeza..moga2 gitulh farouk nnti...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
syukur krn adik k.yong brjaya akhirnya..moga farouk pn camtu gak nnti..Tahniah krn dia brjaya ke matrikulasi...

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

be a good boy yer farouk... :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
InsyaAllah...moga2 gitulh....

About me