Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2012

MasyaAllah...Subhanallah

Jangan kata apa-apa SENYUM...
Hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk memujuk hati nan lara...
Lara la sangat....tak de maknanya.
Sesekali ibu beristifar....

Puncanya :
Ibu terima panggilan atau dalam bahasa perubatan "on call" dari PKG:.
"Cikgu, petang esok ada interview Calon Tokoh NILAM 
peringkat Zon ke Daerah di PKG.......
CIkgu kena bawa calon untuk ditemuduga dalam BM/BI dan sesi mengarang BM/BI
bersama fail-fail sijil, 
buku folio yang telah siap dibinding, 
buku-buku rekod NILAM yang telah disahkan, 
buku rekod rakan pembaca, 
bla..bla..bla..bla....

Sejuk je telinga ibu mendengar arahan-arahan lemak merdu tu....
Dalam hati berkata...SABAR JELAH!!!!!!!!
Kenapalah begitu singkat tempoh masa dan makluman diberi.....

 1. Saksikan timbunan buku "rekod bacaan" yang perlu ibu tanda tangan dalam tempoh 1 hari.
Nasib baik ibu dibantu oleh Ina dan Kak Mas.
Thanks a lot my dear.......

Setelah siap kena jilid cantik-cantik.....
Kalau rajin lagi letaklah reben2 ye......
Seronok sangat-sangat...
Rasa macam nak patah jari mulus n gebuz ibu ni.......

 2. Terpaksa siapkan Folio murid yang lebih kurang 200 m/s dalam masa yang sama.
Kumpul dan buat salinan sijil-sijil penyertaan,
 result exam dariTahun 1-5, 
yang semuanya entah berapa ratus keping itu.....

Dan yang paling tragis GUru Penyelaras NILAM sudah pindah akhir tahun lepas.
2-3 minggu lepas masa ibu calling2, 
Cikgu Anis pun lupa dia letak folder untuk Tokoh NILAM di mana.
Dan Anis cadangkan ibu  rujuk Folio yang lepas aje dan taip semula.......hu.hu.hu......
Ibu segan nak calling2 lagi dan memahami keadaan Anis ditempat baru. 
Risau menganggu.
Nak kacau Guru Penyelaras NILAM baru pun tak sampai hati
sebab dia masih tak tahu apa2........
Redha jelah..........

Maka semalam dan hari ini mata dan jari ibu dah naik kematu 
mengadap dan menaip di PC.
Berkurung pagi-pagi buta di PSS, di Makmal Komputer, dan bergerak
ulang alik ke ofis......

Dan nasib baik Calon Tokoh NILAM
yang cikgu Anis pilih dan didik dari Tahun 1 adalah budak ini....????????

Farah Naurah Bt Mahmud
Pemilihan dan Markah Berdasarkan :
-bilangan buku yang telah di baca  dari darjah 1-5 sebanyak 1,666 buah.
-prestasi peperiksaan dari tahun 1-5 (Nombor 1).
-penglibatan dalam ko-kurikulum peringkat Sekolah, Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
(semuanya berserta sijil sebagai bukti)
-jawatan2 yang disandang dalam Badan Disiplin, persatuan,  unit beruniform, dan sukan (layak)

Dan nasib baik si Naurah amat teliti menyimpan semua
sijil-sijil penyertaan dari peringkat SK, Zon, Daerah, Negeri malah Kebangsaan.
Tak perlulah ibu mengejar budak ini untuk sediakan semua
dokumen sokongan itu......

Dan harapan ibu dan pihak sekolah agar Naurah dapat menjawab soalan-soalan
lisan (dalam BM/BI) dengan fasih dan lancar.
Dapat menulis karangan BM/BI dengan baik.
Dapat berdebat dengan calon-calon terpilih dengan lancar...
InsyaAllah.......

p/s:
Maaf ye kerana kesibukan yang melampau ibu tidak sempat nak BW.
Hu.hu.hu.hu.......

30 ulasan:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

tahniah kepada Farah.
syukur alhamdulillah...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Untuk ke sekian kalinya, saya sangat sangat kesian kepada para guru. Seksa sampai macam tu, kan? Kalu saya, agaknya terus letak jawatan... (hehehe sebab tu tak jadi cikgu pun...)

Syabas cikgu!

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Tahniah Farah atas kecemerlangan yg dipamerkan.. semoga berjaya..

ps: semoga dipermudahkan semua urusan kak Nza.. amin.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Takpa kak, buat kerja yg penting dulu.

Tahniah Naurah! :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
Terima kasih AH..rezeki F.Naurah

NzA berkata...Reply To This Comment

to azie
hu.hu.hu...thanks azie krn memahami..itulh rutin yg perlu kami lalui.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
thanks zefa..doakan Naurah ye....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
thanks dinas..InsyaAllah......hu.hu.hu...

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....tahniah buat NzA juga Naurah....
teruskan usaha.....
semuga Naurah akan berjaya dan cemerlang di peringkat yang seterusnya....
amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thanks mamaijat...rezeki naurah tu ttp ibunya yg hampir pensan....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tahniah naurah...menyejukkan hati ibu.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Gandingan ibu & anak yg mantap. Tahniah buat kedua2nya..
Akak yang penat tengok kerja Yah bertimbun2 tu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
Thanks JS..itulah harapan ibu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
thanks k.mie..

mmg penat sgt2 k.mie dgn beban kerja yg xhabis2...hu.hu.hu....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tahniah naurah..gudluck!

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
thanks....InsyaAllah...amin...

ummiross berkata...Reply To This Comment

ummi tengok pun letih NzA,Alhamdulillah dapat jugak NzA menyiapkannya. Banyaknya buku yang dibaca, tahniah Naurah!

Cikli berkata...Reply To This Comment

iqra'

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
amat2 memenatkan ummi..
thanks ummi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
bacalah....

Ena berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..

Tahniah farah..

Tahniah juga buat ibu farah.. ada anak yg cemerlang gitu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
thanks...moga begitulah hendaknya...

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Memang berbaloi usaha, penat lelah akak terpaksa buat kerja last-minutes. Anak sendiri tercalon!!! Apa hadiahnya kalau tercalon sampai ke peringkat negeri?

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
mmg penat sgt2...ttp dh trpaksa settlekan mengikut tempoh....

hadiahnya piala n sijil je ttp dpt markah bonus dr KPM utk memasuki mana2 asrama.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

hebatla akk .. salute ;)

buleh lg berblog .. kalo hanie , blog dah ke mane dah..tensi jer

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
brblog utk hilangkn stress hanie.....he

Salmi berkata...Reply To This Comment

Betulkan Yah.. Luahan rasa dlm laman blog ni dpt kurangkan stress.. Biar xde orang baca pun..

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
betul tu k.mie..kalau stress yah akn brhenti buat kerja jap n mengadap blog..hilang stress jap.....

Nur-nba berkata...Reply To This Comment

Bertuah akak sebab anak sendiri tercalon.. Takpe Kak Nza, besar ganjaran pahalanya tu kalau buat semua tu dengan hati yang ikhlas.

NzA berkata...Reply To This Comment

to nur-nba
Alhamdulillah mmg brsyukur ttp 2lh, kebetulan cikgunya pulak pindah....haru.

About me