Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mei 2012

Saja Nak Tayang makanan akibat kerinduan....

Abaikan tajuk di atas.
Sekadar merawat hati yang sedang merindu dan bersedih.

 Gulai kambing kegemaran keluarga kami terutama along.

 Setiap kali ibu masak akan kedengaran suara along menyapa.
"Sedapnya bau...ibu masak apa???"
Setiap kali ibu makan, pasti along akan mendekati.
Bertepek sebelah ibu... meminta ibu suapkan untuk dia semulut dua.
Along anak yang manja.

Betapa ibu terlalu rindukan along saat ini.
Pagi tadi semasa memasak udang kegemaran Along, hampir menitis airmata ibu.
Tiada lagi kedengaran suara along menyapa ibu.........

Dan ikan celup tepung, juga kegemaran along.
Apa saja yang ibu masak, sedap ditekaknya.
Makan penuh berselera sambil memuji keenakan masakan ibu.
Alahai sedihnya hati ibu....

Setiap kali ibu sms along mesti ibu tanyakan pasal makan.
Yang paling sedih , along hanya sempat makan nasi 1x sehari.
Ibu akui along bukan seorang anak yang lasak,
along anak yang manja, amat penyabar, tuturkata dan perlakuannya penuh kelembutan.
Along bukan tahu bersesak-sesak.
Hati ibu jadi risau.....
Ah, ibu yang terlebih risau sebenarnya......

Moga Along mampu menyesuaikan diri ditempat baru.
Sabar menjalani minggu orientasi.
Ibu amat-amat rindukan along.......

p/s:
Semasa n3 ni terpapar,
ibu OTW untuk bercuti.
Mungkin ibu akan menyepi untuk seketika.....
Doakan perjalanan kami sekeluarga..

30 Mei 2012

Ikan Toman Goreng Kunyit dan Asam Pedas Johor.

Sila jangan percaya dengan tajuk n3 ibu tu..
Memancing la sangat.
Pegang joran pun tak pernah.

Hari Jumaat lepas seorang rakan sekerja ibu bagi ikan toman.
Mak aiiii...banyak sangat, dalam 15 ekor.
Ikannya besar..Seekor adalah sebesar lengan orang dewasa.
Entah berapa belas kilo agaknya sebab pada anggaran ibu 1 ekor dah jejak 1kg lebih.

 Balik rumah terus bersilat kerjakan ikan-ikan nie.
Habis sisik-sisik ikan bersepah kat atas kabinet dapur.
Yang dasyatnya sampai sisik tu melantun naik ke kepala ibu...hu.hu.hu...
Sukar juga nak buang sisik kat badannya.
Lagipun ikan sungai ni berlendir dan kuat baunya.....

Biasanya kalau ayah beli ikan keli atau ikan sungai ,
ikan-ikan tu dah siap disiang dipasar..
Tinggal bersihkan dengan air asam je......

Setelah ikan tu siap ibu kerjakan,
proses mengagihkan ikan-ikan tu mengikut kuantiti ahli keluarga.
hi.hi.hi...macam kat kilang pulak....
Bila dah diasingkan memang banyak.
Rasanya 5-6X masak pun belum tentu  habis.
Stok-stok ikan tu ibu sumbat dalam peti ais.
Tunggu masa untuk dikerjakan.....

Menu pertama dari ikan toman.
Goreng kunyit aje + masak sup sayur + sambal ....hi.hi.hi...
Rasa isi ikan toman ni boleh tahan juga.
Isinya manis...mungkin ikan fresh.

menu hari seterusnya ialah asam pedas Johor versi ibu.
Ok jugak rasanya.

Resepi ;
Bahan dikisar:
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 hiris halia

Cara-cara :
Tumis bahan kisar dengan minyak panas
masukkan cili boh/ cili kering (yang telah dikisar)
Bila dah naik bau masukkan air, asam keping, garam, kuib bilis.
Biarkan mengelegak dan pastikan kuahnya sedikit pekat.

Agak-agak resepi apa yang best untuk masak ikan nie?
Boleh tak kawan-kawan bagi cadangan......


Aktiviti Semalam.

Semalam ibu tidak ada xtra class.
Tetapi tetap ke sekolah juga untuk hantar Naurah jalani ujian 
Permata Pintar anjuran UKM.
Sepatutnya hari Isnin duduki ujian tu tetapi minta tangguh
kerana urusan daftar along.

Beberapa orang murid dipilih dari Tahun 1-6 jalani ujian berdasarkan prestasi cemerlang.
Tiap-tiap tahun ujian ni dibuat dan murid yang lepas ujian 1 akan
dipanggil ke ujian seterusnya......

 Sedang tekun menjawab soalah Permata Pintar anjuran UKM secara on9.
Sebenarnya ujian ni boleh juga dilakukan di rumah kerana guna sistem on9
tetapi ibu rasa lebih adil dan telus jika menjawabnya di sekolah.....

Peruntukan masa diberi selama 1 jam setengah.
Dalam 30 minit Naurah dah siap jalani ujian tu.
Terus bergerak ke Tangkak untuk servis kereta.

 Farouk yang tak ada kerja sibuk jalankan aktiviti snap gambar-gambar kereta yang sedang di servis....

 Setelah servis kereta siap, aktiviti cuci mata di Bandar Tangkak 
yang terkenal dengan syurga kain.
Nasib baik semalam hati ibu tidak begitu tertarik untuk membeli kain.
Sekadar cuci-cuci mata..
Selamat duit ibu.....
Kebetulan kat rumah ada 5 pasang kain baju yang sedang menanti untuk dijahit.
Mood menjahit melayang entah kemana.
Nampak gayanya projek jahitan ibu kena KIV dulu....
 Singgah ke pizza hut tetapi masih dalam proses mengemas.
Malas nak tunggu terus singgah ke MB yang berhampiran.
Layan 2F ni makan.
Ibu jugak yang kena habiskan.......
Macam mana ibu nak diet wahai anak2....

Jangan tak percaya, sepanjang di Tangkak..ibu hanya beli 1 kg buah rambutan je....he.he.he..
Baguskan kalau selalu macam tu.
Memang boleh simpan duit la.....ha.ha.ha....
Farouk : "Ibu tak nak beli kain ke......"
Farouk pun hairan tengok ibunya tu yang tak macam biasa......

29 Mei 2012

Selesai Sudah Urusan @ KMM.

Semalam selesai sudah sesi pendaftaran Along a.k.a Farah Nabilah ke 
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).
Along memilih menjadi pelajar matrik setelah menolak tawaran ke UiTM Shah Alam.

Perjalanan yang sepatutnya 1 jam 45 minit memakan masa 4 jam
akibat kesesakan jalanraya yang teruk.
Kesesakan sepanjang 4 km di kawasan berhampiran kolej.
2 jam kami terperangkap dalam kereta....

 Pintu masuk utama.

Pondok pak guard.....

 Dengan rasminya along bergelar pelajar matrik. 
Semua itu atas pilihan along.
Along menolak tawaran ke UiTM di Shah Alam dan memilih ke sini.
Katanya ingin mengikut jejak pakcik/makcik (adik beradik ibu)
 yang kebanyakan jadi student matrik sebelum menjejak kaki ke IPTA dalam dan luar negara.
Ibu dan ayah mengikut saja pilihan along.
Yang penting along tidak sia-siakan peluang yang ada......

Angahlah orang yang paling sedih kerana kehilangan
orang yang paling rapat dalam hidupnya.......
Dan farouklah orang yang paling gembira kerana "cikgu garang"
sudah tiada.........

Menuju ke bilik setelah 4 jam setengah melalui proses pendaftaran..
Bawa beg macam nak berpindah randah.
Bukan 1 beg tetapi 3 beg.
Nasib baik dapat bilik di ground floor...
Alahai anak perempuan ni lain sikit.
Kalau boleh habis khazanah kat dalam bilik dia nak angkut sekali......

Pendaftaran yang mengambil masa yang amat-amat panjang.
Seingat ibu, dari pengalaman mendaftar adik2 ibu ke IPTA,
inilah pengurusan yang paling lama.
Bayangkan dari pukul 2.00 ptg hingga 6.30 ptg baru selesai.
Ramai ibu bapa merunggut akibat sistem pengurusan yang tidak begitu cekap.

Pelajar-pelajar baru berkumpul selepas urusan pendaftaran selesai.
Ibu rasa mereka ni adalah pelajar yang mendaftar sesi pagi.
Along terlepas sesi ini kerana pendaftaran along pada sesi ke 3 (petang).
Masa ni kami baru bergerak menuju ke asrama.
Bayangkan nak ke asrama pun memakan masa hampir 2 jam akibat kesesakan
dan sistem pengurusan yang begitu tidak cekap......
Lebih kurang pukul 7.00 malam baru semuanya selesai dan kami terus bergerak
untuk pulang.....

Singgah solat di R&R Ayer Keroh.
Kat sini tidak disediakan bilik solat.
Mungkin kerana R&R ni terletak berhampiran dengan R&R Seremban.
Naurah sedang bersolat Maghrib di pondok yang disediakan khusus untuk bersolat.
Ala-ala pondok gazebo.
Sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.

p/s:
Good luck Along!!!!!
Semoga along terus cemerlang dan buktikan pilihan along
adalah yang terbaik.
Semoga along menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik.....
Dan pandai2lah menyesuaikan diri ditempat orang......
Ibu dan ayah serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat along.


*Sekarang berada disekolah untuk menemani Naurah menjalani
ujian Permata Pintar anjuran UKM.......

28 Mei 2012

Taman Hutan Legenda@ Gunung Ledang + JJCM

Destinasi 1
Hari kedua cuti dipenuhi dengan aktiviti menternak lemak-lemak dibadan.
Destinasi pertama kami ke kenduri kahwin anak kenalan rapat ayah, 
Tn Pengarah Pendidikan Negeri Johor ,JPNJ.
Sesi memenuhi ruang perut yang masih kosong.

Hanya 2F yang selalu ikut ibu dan ayah ke jemputan kahwin.
Makanan semuanya sedap-sedap.
Ada nasi minyak, lauknya macam-macam ada..
Ibu makan sedikit satey + nasi minyak + gear-box.
Sedikit ruang dalam perut perlu dikosongkan untuk ke destinasi JJCM yang seterusnya...
he.he.he...

Destinasi ke 2
Selesai menjamu selera ayah terpaksa bergegas untuk ke Taman Hutan Legenda
bagi merasmikan majlis penutupan perkhemahan unit beruniform SMKS.

 2 orang kanak-kanak rebina di pintu masuk.
Inilah kali pertama ibu jejaki kaki ke sini. 
Dah 10 tahun ibu menetap di kawasan berhampiran sini.
Dasyatkan!!!!!
Biasanya ibu masuk pintu ke 2 untuk ke Gunung Ledang.
Rupanya tempat ni pun cantik.
Disediakan tapak perkhemahan dan ada chalet untuk percutian keluarga.
Ayah cadangkan sekolah ibu buat kamping kat sini nanti......

 Sementara ayah hadir ke majlis perasmi tu, ibu dan 2F ronda-ronda kepersekitaran  kawasan ini.
Deretan pokok2 orkid digantung dengan menggunakan batang kayu....

 Di taman orkid

 Kolam ikan....2F leka melihat ikan-ikan besar berenang-renang....

 Puteri Gunung Ledang sedang bersantai-santai tepi kolam...he.he.he....

Hulubalang utusan Sultan Melaka datang untuk meminang puteri gunung ledang
tapi yang ada cuma ikan-ikan dalam kolam....confius jap........

di pintu masuk ke pejabat penerangan.

 sekitar kawasan Taman Hutan Ledang.

Destinasi ke 3
Selesai majlis di sini, kami bergegas untuk
ke destinasi seterusnya di sempadan Muar-Batu Pahat.
Perjalanan hampir 1 jam setengah memang sesuai
untuk kami mengisi balik perut yang dah mula lapar.
Kami hadiri jemputan di rumah cousin ayah.

Makan lagi..kat sini pun tema biru.....
Naurah dah jadi macam sesumpah....he.he.he....

ibu dapat cenderahati ni dan ayah dapat beg.
Kat dalam tu ada kerepek, bunga telur/telur masin + kerepek + telur pindang + air kotak
Ayah punya dah tak sempat nak snap sebab dikerjakan oleh si farouk tu..
Isi kat dalamnya sama jugak cuma bezanya bekas untuk lelaki lain.
Nasib baik dapat sorang 1.
Kalau tak maunya berebut 2F tu...alahai.....

OTW balik singgah ke beberapa tempat untuk cuci dompet.
Tak lupa singgah ke Pasar Besar Parit Jawa yang terkenal
dengan seafood yang murah + segar.
Sampai rumah dah dekat Maghrib.
Bising 3F di rumah interview ibu sebab seharian tak balik ke rumah.
Kebetulan hp ibu tertinggal kat rumah...alahai......

p/s:
Hari ni ada program seterusnya kt Matrikulasi Melaka................

27 Mei 2012

Outing Terakhir Geng 5F????

"Outing terakhir geng 5F" kata Along.
Yelah tu.
Macam la Along nak pergi belajar tak balik-balik.
Alahai, ibu tahu Along sebenarnya sedih nak berpisah dengan geng 5F.
Maklumlah mereka sentiasa bersama kemana saja.
Baik outing, bercuti, balik kg dan menemani ayah outstation masa weekend mereka tetap berlima.
Jarang berenggang.
Itu yang buat mereka sedih.

Awal cuti Along minta nak makan pizza.
So kami ke Tangkak.
Along yang drive sebab masa ni ayah ada meeting di KL.
 mereka sering bersama....

 Tempura King Prawn

 Pizza ayam yang besar punya.....

Extreme Cheesy Pizza juga yang besar....

 1 jug air pepsi

jemput makannnnnnnnnn

peminat pizza...

p/s:
Esok Along mula meninggalkan kami...huk.huk.huk....

26 Mei 2012

Semoga "AYahnda Jusoh" Tenang di sana....


Di awal pagi Jumaat yang hening (4.40 pagi ) ibu terima perkhabaran sedih.
Ayahnda "angkat" ibu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Terkedu dan tersentap seketika.
Beristifar sambil membaca Al-Fatihah.
Tak diduga arwah ayahnda Jusoh pergi meninggalkan kami secepat itu.

Sedih tak terkata kerana sudah lama ibu tidak mengziarahi ayahnda Jusoh.
Seorang ayahnda yang ibu anggap macam ayah sendiri.
Ayah kepada rakan baik ibu, Hasnah.
Keluarga arwah ayahnda amat rapat dengan keluarga ibu.
Kami saling kunjung mengunjung dan bertanya khabar.....

Masih terkenang di zaman persekolahan.
Bila berkesempatan dihujung minggu
ibu mengambil kesempatan mengunjungi ayahnda.
Semasa itu ibu dan Hasnah belajar di sebuah sekolah berasrama di Kota Bharu.
Sehinggalah ibu jalani latihan mengajar di Bandar Jertih ,Terengganu.
Dan setiap kali arwah ayahnda tahu ibu mahu berkunjung,
ayahnda akan sediakan makanan kegemaran ibu, ikan pekasam yang ayahnda proses sendiri.

Arwah ayahnda amat baik.
Seorang ayah yang amat-amat penyayang.
Terlalu mengambil berat.
Bila ibu datang kami akan bersembang hingga larut malam.
Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.
Indahnya saat itu.....
Tapi apakan daya, ajal ayahnda sudah tiba tanpa diduga.
Dengan redha kami relakan pemergian Ayahnda Jusoh.

Ya Allah, Kau tempatkan Ayahnda Jusoh dikalangan orang-orang beriman.
Kau limpahkan rahmatMu ke atas ayahnda Jusoh.
Semoga Ayahnda tenang brsemadi di sana.
Al-Fatihah......

24 Mei 2012

Menyepi Seketika!!!!

2 hari ibu menyepi.
Ada sapa-sapa rindukan ibu tak?????? (cit..perasan!!!!)
Rasanya sehari dua ni dah tak de mood nk berblog.
Mungkin ibu akan menyepi seketika.
Tengok keadaan.....

p/s:
Ramai rakan-rakan betul membuat tekaan.
Si A yang bercermin mata tu....he...

22 Mei 2012

Kau Mengujiku...

MasyaAllah, 
"Astaghfirullah hal azim" mengucap panjang dulu sebelum ibu mulakan n3 kali ini.
Semalam ibu betul-betul teruji dan diuji.
Tahap kesabaran ibu melayang entah ke mana.
Kalau nak dibandingkan dengan "tarzan" di hutan rasanya suara ibu lebih power.
Kalau ada gelas kristal rasanya boleh retak menanti belah.
Nasib baik bangunan sekolah tak retak.......

Entah kemana hilangnya sifat penyayang, simpati, kasihan...
Hati membara + mendidih + mengelegak + terbakar....
Bila melayan kerenah si A.
Sepanjang ibu bergelar guru, inilah rasanya kali pertama ibu
begitu hilang sabar dan naik hangin.
Sikap A bukan saja mencabar ibu tetapi guru-guru lain yang mengajarnya.
Kedegilannya menguji kami.
Buat la macam mana, 
jeritlah macam mana, 
marahlah macam mana,
ajarlah macam mana,
cakaplah macam mana..lembut, pujuk , kasar, marah...
langsung tak memberi apa-apa makna.
Seolah-olah bercakap dengan patung a.k.a kayu a.k.a batu.
Si A akan buat tak tahu...membatu dengan mulut melopong.....

Tapi yang menguji kami, 
si A ni pandai pula mengajuk percakapan cikgu-cikgu, 
mengejek-ngejek bila nampak cikgu-cikgu lalu diluar kelas,
menyumpah-seranah cikgu dalam senyap..
(pada anggapannya cikgu tak dengar apa yang diperkatakan itu)
memanggil cikgu sesuka hati dengan gelaran 'wak', 'orang tua tu',
" cikgu singa"......Aduh!!!!!.

Ya Allah, ibu sedar ...
A dipilih untuk menguji kami..
A dipilih untuk mengajar kami erti kesabaran...
A dipilih untuk memberi kami pahala berganda..(itu pun kalau punya tahap kesabaran yang tinggi)
A dipilih untuk kami muhasabah diri........
Semoga kami terus sabar melayan kerenahnya yang terkadang membuat
ibu hilang pertimbangan.........

Terkadang ibu tersentap dan terfikir.
A seorang budak mentah,
Anak kecil yang tak tahu apa...
A juga punya hati dan perasaan...
Seorang anak kecil yang lahir dari sebuah keluarga miskin dan bermasalah.
Kehadirannya tiada apa-apa keistimewaan.
Namun A mampu mengegarkan hati dan naluri kami....
Moga kami terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayan kerenahnya...

"Astaghfirullah hal azim......"

antara barisan guru-guru....terselit ibu disitu..
antara barisan anak-anak murid...... terselit si A disitu.
Agak-agak yang mana si A tu..
Ce teka??????

Cuti Ini dan Kelas Tambahan....

Hari ni sk ibu baru adakan peperiksaan pertengahan tahun.
Itu tandanya cuti nanti bercutilah ibu dengan menanda kertas-kertas tu......
Takpelah, dah tugas ibu.
Mendapat rezeki pun dari situ.
Yang penting dapat settlekan kerja-kerja itu sebelum bercuti.

Mungkin ibu terpaksa  gunakan akta paksaan
pada anak-anak pada minggu ke 2 cuti sekolah.
Tiada kelas tambahan,
 tiada aktiviti sekolah ye ibu dan anak-anak.
Belajar, belajar jugak, ikatan kekeluarga yang paling penting dalam hidup........

Maklumlah anak-anak ibu bergantung sepenuhnya
pada tuisyen di sekolah semata-mata.
Anak-anak ibu tidak merasai tuisyen luar macam anak-anak orang lain.
KENAPA??????
Sebabnya ibu rasa tuisyen itu sudah memadai buat mereka.
Yang penting mereka ada semangat untuk belajar.
Alhamdulillah setakat ini mereka juga mampu meraih kecemerlangan......
 

21 Mei 2012

Kuih Abuk-abuk

Saja petang-petang ni nak layan gambar kuih.
Sebenarnya tak de mood nak update blog.
Idea melayang ke laut......

Kuih feveret ibu ni.
Orang Muar panggil abuk-abuk.
Ibu pun tak pasti dari mana dapat nama tu...
Yang penting sedappppp.......

Kalau ada jual kat kantin mesti ibu beli.
Ibu suka sangat kuih berasaskan sagu......

Resepi di bawah ni ibu kidnap daripada en google....
Ada masa nanti teringin nak masak.....


BAHAN-BAHAN :
300 gram sagu biji
½ biji kelapa parut
1 cawan gula melaka (dipotong kecil)
Daun pisang (dipotong segi empat sama)
Garam
Lidi
2 helai daun pandan


CARA-CARA:
Siram sagu dengan air bersih dan toskan.
Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. 
Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong
Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh
Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong
Lipatkan kelonsong daun pisang dan cucuk batang lidi supaya kelongsong jadi kemas.
Kukus selama 30~40 minit

p/s:
Terima kasih di atas nasihat yang rakan2 berikan.
Terubat kesedihan hati.
Tapi bila dah terluka pasti akan ada parut yang tertinggal....
Moga ibu dan rakan-rakan mampu lakukan tugas kami tanpa gangguan....

20 Mei 2012

BIla Hati Sedih....

Setiap waktu kita diuji.
Itu tandanya Allah sentiasa sayangkan kita.
Hidup tak selalunya indah.
Setiap keindahan disulami dengan kesedihan.

Wajah-wajah rakan setugas.

Setiap hari kami bersama.
Mencari rezeki demi sesuap nasi.
Mengharungi hidup penuh dengan gelak ketawa, gurau senda, 
berkongsi kisah suka duka.
Patuh apa saja yang diarahkan tanpa banyak rungutan.
Tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit......

Bertapa akrabnya kami semua.
Umpama adik beradik.
Ditambah dengan kehadiran "Bonda" yang penyayang.
Dan punya "Ayahnda" yang sentiasa mengambil berat dan "cool".
Tidak pernah timbul rasa dengki, iri hati.
Saling bantu membantu.
Backup mem"backup" jika sesuatu perkara yang
tanpa diduga terjadi..
Itulah kami..

Cuma kebelakangan ini kami agak tersentap.
Bila keakraban kami dipertikaikan oleh "seseorang".
Ada orang tidak senang melihat kami bersatu.
Keikhlasan dan kesungguhan kami dipertikaikan.
Kami dikatakan berada dalam "zon selesa".....
Di depan lain, di belakang lain.
Namun kami tetap bersyukur kerana kami tidak pernah 
menyimpan rahsia dan berburuk sangka.
Setiap keburukan yang disebut dibelakang kami akan sampai dalam sekelip mata.
Dan kami sama-sama saling memberi kata-kata perangsang.

Jangan kerana "seorang" yang menjadi kudis
akan merosakan kebahagiaan dan keamanan kami di sini.....

Ya Allah, berikan "dia" petunjukMu.
Semoga "dia" sedar akan kesilapan lalu ditempat lama
tidak berulang ditempat baru.........

p/s:
Makin dekat cuti hati makin sedih.
Entah mampukah ibu kembali ke kampung.
Angah dan Naurah perlu hadir tuisyen di sekolah
sepanjang cuti......hu.hu.hu....

19 Mei 2012

Wajah ini....

Wajah ini yang sering dirindui.
Sentiasa menghitung hari untuk bersua dan mengucup pipi mama.
Apakan daya, diri ini jauh untuk selalu disisi mama.

Gambar ni ibu kidnap daripada FB adik.

Bahagia melihat perkembangan positif mama.
Sudah mampu melangkah dengan bantuan walking frame.
Mama memang seorang yang kuat semangat dan tabah.
Tidak pernah menunjukkan kesedihan depan anak-anak.....

Mood:
Disaat kesedihan sebegini,
ibu amat mengharapkan kehadiran mama disisi.......

18 Mei 2012

Tiada Sambutan....

Tajuk yang mengelirukan tu....he.he.he...
Kisah Along yang baru sambut birthday sehari selepas hari ibu.
Klik sini...

Biasanya setiap kali birthday anak-anak memang jarang
ibu adakan sambutan.
Sekadar makan-makan diluar bersama keluarga.
Tapi bila tanya Along, katanya tak nak keluar makan.
Itulah Along..seorang anak yang tak banyak kerenah sejak kecil
sampai sekarang.....
TQSM dear Along kerana tidak pernah menyusahkan ibu dan Ayah.....

 Macam biasa Ayah akan hadiahkan anak-anak dengan sebijik kek yang sama setiap
hari lahir 5F.
Kek aiskrim yang sedap jadi kegemaran anak-anak........

Malamnya Ayah ajak Along bershopping.
Along sekadar memilih kasut sukan sempena hadiah hari lahir dari ayah......
Dan bila ibu tanya along nak hadiah apa daripada ibu....
Along  jawab, tak pelah ibu.........
LEGA!!!!!!!!ngee.......

17 Mei 2012

Ole-ole dari Guang Zhou

Ole-ole ni dah lama ibu dapat.
Atas dasar suka peram di draf beginilah jadinya.
Ole-ole dari adik ibu yang balik dari China.
Yang kelakarnya adik dah berlepas semula ke Beijing
dan kembali semula ke Malaysia beberapa hari lepas.
Tak sabar nak balik kampung nie.
Apa la souvineer yang sedang menanti kami.....

Memang kerjanya terbang sana sini.
Ibu pun terkadang dah tak dapat kesan di mana adik ibu tu berada.
Kerap sangat terbang.........
Agaknya setiap bulan ada je kerjanya untuk terbang.
Dah jadi macam burung kot dik......

Eh, ada pemadam buruk sapa la pulak tu menumpang dalam gambar nie...he.he.he.....
Ni sebahagian souvineer untuk ibu.
Yang anak-anak ibu punya dah siap disimpan.....
Terima kasih Kie kerana sentiasa ingatkan kami.
Dan yang paling best, dia tak lupa FM kesukaan kakaknya nie.....

16 Mei 2012

Hari Guru 2012

Hari yang penat tetapi seronok sangat.
Setahun hanya sekali kami diraikan.

Awal pagi ada perhimpunan Khas Hari Guru.
Macam biasa ada nyanyian lagu femes-emes kaum guru bertajuk
"Kami Guru Malaysia" dan "Biarku Menjadi Lilin"....
Sumbang sumbing suara cikgu2 namun tetap mendapat tepukan gemuruh dari anak-anak didik.

Acara seterusnya penyampaian cenderahati oleh anak-anak didik.
Cikgu yang sedang kalut mengutip + mengemas cenderahati yang dihadiahkan oleh anak-anak didik.
Penuh 2 beg plastik....TQSM anak-anak murid cikgu.
Bahagia bila dihargai...
Edisi bergambar sebelum sukaneka bermula.
Baju batik cikgu lelaki + kain cikgu perempuan tu adalah batik Sarawak yang ibu order daripada Ummiross.....
Masa ni rasa dah betul-betul jadi lilin....
Ada 2-3 orang rakan guru dah hilang entah kemana,
ada yang masih berangan...Mak aiii...Panazzzz.....
Tengah panas terik posing....habis cair bedak dimuka......he....

 Sukaneka. Macam-macam acara berlangsung.
Cikgu-cikgu main tak hinggat.....
Ada yang sampai basah lencun main baling-baling belon air.....

 Dah habis sukaneka acara potong kek dan makan-makan.
Kek sponser nie....

 Pulut kuning + serunding yang yummy....

 ni pun kek sponser daripada bapa murid....

 orang lain makan ketupat. Ibu seorang makan nasi sebab ibu tak suka ketupat....

Selesai acara makan ada persembahan daripada cikgu-cikgu.
Ada yang berdikir barat, ada yang menari dan macam-macam gelagat
rakan-rakan guru yang mencuit hati.
Tak kering gusi kami + anak-anak murid ketawa.....
Kelakar je. Ibu pula kena berkaroke secara spontan.....
Segan la ibu nak tepek gambar kat sini.

Lepas persembahan dan bertukar2 hadiah ada lagi jamuan sesi kedua.
Makan satey....... feveret ibu.
Tapi masa tu dah penat dan selera nak makan pun dah hilang..
Rugi sangat2....

 Balik rumah 3F dah menanti dimuka pintu.
Saban tahun mereka tak sabar nak tolong buka hadiah ibu.
Hadiah yang ibu dapat daripada anak-anak didik....
Terharu dengan ingatan anak-anak murid ibu saban tahun.......

Hadiah suprise.... tanpa diduga ibu dipilih sebagai TOP 2 cikgu idola + cikgu feveret
oleh anak-anak murid....
Acara suprise ini dibuat secara undi rahsia sebelum hari guru.........
Ibu pun tak tahu undian dijalankan.....
Terharu sungguh.
Terima kasih anak2 didik ibu....
Muah..muah..muah.
Tahun depan jangan lupa undi cikgu lagi ek....ngeh..ngeh...ngeh.....

p/s:
Terima kasih diatas ucapan hari guru oleh rakan2 blogger ibu..
Love you so much.......Muah!!!!!

About me