21.12.2018
Masjid Kerisik PATTANI
OTW balik dari Hat Yai, ibu sempatlah singgah di Masjid Kerisik.
Masjid tertua di Pattani dan masih lagi beroperasi.
KERISIK bermaksud pasir dan dibina di Zaman Sultan Muzaffar Shah.
Beberapa tahun lepas jemaah masjid ni ditembak mati oleh pemberotak
semasa sedang bersolat subuh.
Sebab tu ibu tengok kawasan ni masih dikawal rapi oleh tentera.
Sedikit info sejarah tentang masjid ni.
Asal usul keturunan ibu bermula di Pattani.
Arwah moyang berasal dari sini.
Kalau tak silap ibu, arwah moyang ibu ni berdarah campur Thailand dan Arab.
Lepas tu mereka berhijrah ke Kedah dan ke Kelantan.
Maka membiaklah keturunan kami di Pasir Mas Kelantan.
Ni bahagian sisi masjid.
Masih mengekalkan seni bina asalnya.
Unik dan klasik.
Sekejap je ibu singgah kat sini sebab kami ada misi dan visi ke Naratiwat.