Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-THAILAND. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-THAILAND. Papar semua catatan

4 September 2019

Restauran Nasir NARATIWAT THAILAND

NARATIWAT-21.12.2018

Assalamulaikum semua....
Emmmm...kononnya nak abiskan kisah kami semasa bercuti ke
namun ianya dah bersawang juga akhirnya.
Oklah kita sambung sikit lagi.
Ibu dah draf lama kisah ni sebenarnya.
Selepas singgah di Masjid Kerisik,
 kami meneruskan perjalanan ke Narratiwat.
Pattani ke Naratiwat lebih kurang 1 jam lebih.

Nasir Seafood Restauran.


Seorang dikenakan 2250 bath = RM25-RM30.
Berbaloi-baloilah sebab pelbagai jenis seafood disediakan.
Pelbagai jenis nasi dan mee.
Pelbagai jenis bubur dan desert.
Makanlah sebanyak mana yang mampu ditampung perut....ha3x.

2 orang hero ni memilih seafood untuk dibakar.

Giliran kaum wanita pulak.


Surau pun ada disediakan di sini.
So tak perlu risau sampai pukul berapa sebab kita kita  solat je kat sini.

Ok..dah kenyang kita balik ke pangkal jalannnnnn......

24 Julai 2019

Masjid Kerisik PATTANI

21.12.2018
Masjid Kerisik PATTANI

OTW balik dari Hat Yai, ibu sempatlah singgah di Masjid Kerisik.
Masjid tertua di Pattani dan masih lagi beroperasi.

KERISIK bermaksud pasir dan dibina di Zaman Sultan Muzaffar Shah.
Beberapa tahun lepas jemaah masjid ni ditembak mati oleh pemberotak 
semasa sedang bersolat subuh.
Sebab tu ibu tengok kawasan ni masih dikawal rapi oleh tentera.


Sedikit info sejarah tentang masjid ni.

Asal usul keturunan ibu bermula di Pattani.
Arwah moyang berasal dari sini.
Kalau tak silap ibu, arwah moyang ibu ni berdarah campur Thailand dan Arab.
Lepas tu mereka berhijrah ke Kedah dan ke Kelantan.
Maka membiaklah keturunan kami di Pasir Mas Kelantan.

Ni bahagian sisi masjid.

Masih mengekalkan seni bina asalnya.
Unik dan klasik. 

Sekejap je ibu singgah kat sini sebab kami ada misi dan visi ke Naratiwat.


21 Mei 2019

TRIP HAT YAI

20.12.2018

Percutian singkat 2 hari 1 malam di Songkla.
Sebenarnya ibu baru kembali dari mengerjakan umrah dan menghabiskan sisa cuti di kampung.
Percutian ke Hat Yai ni tiada dalam perancangan pun.

Kami bertolak selepas subuh dari Pasir Mas Kelantan.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam juga.

Kami menuju ke Samila Beach dulu.


Niat nak bergambar dengan mermaid tak kesampaian 
sebab ramai sangat orang
sedang beratur....
Tidak la sanggup ibu nak join beratur sekali.
Oklah dapat nampak sipi-sipi pun jadilah kan.....

Semasa ibu sampai kat pantai ni, kebetulan ada persidangan disekitar sini.
Jadinya ramailah tentera sedang berkawal di sini.

Lepak-lepak tepi pantai kejap.

Si bujang ibu.

Belakang tu adalah hotel yang terletak berhampiran pantai.


Kami makan tengahari kat Pantai Samila ni.
Mak aiiiii...sekali masa bayar terperanjat beruk dibuatnya.
1 kepala dalam RM70.
4 orang dewasa makan RM280
Bayangkan....kalah makan kat hotel.
Lauknya tu je.....eeeemmmm.
Rupanya bukan kami jelah yang terkena.
Ada pelanggan tepi meja kami siap suruh kira balik
sebab harga hidangan mereka mencecah RM400+


Kami bergerak menuju ke sini.
Bergambar dengan kepala naga ditengah terik matahari.
Ekor naga ni ada di sekitar pantai OTW kami ke sini.


Ibu singgah beli souvineer di Pantai Samila.
Hari dah petang kami bergerak ke Bandar untuk check in di 
The Regency Hotel.

Taraaaaaa.....



Disekitar hotel ni terdapat pasar malam dan banyak makanan halal di jual.

Aiskrim tempurung.


Selepas ronda-ronda pasar malam kami menaiki tut-tut ke 
Asean Night Market.
Macam-macam ada dijual kat sini.
Bahagian bawah ada kedai pakaian, kasut, mainan, handbag dll.
Kebanyakkan peniaga dibahagian bawah non muslim.

Tingkat atas pula gerai makanan.
Ya Allah pelbagai jenis makanan dijual di sini dan harganya pun murah.
Kebanyakkan makanan dalam 230-750bath =RM3-RM10 je.
Kebanyakkan peniaga makanan adalah muslim.
Pandaikan marketing mereka.

Pening...dah tak tahu nak makan apa.

ROnda-ronda dulu untuk memilih makanan.

Udang galah dari saiz S hingga XXL.
Harga mengikut saiz.

Pelbagai jenis jus.....pilih je nak yang mana.

Harus mencuba ikan mackeral segar bakar.
Berbaloi-baloi sangat sebab rasanya yang lemak manis dan murah.
Seekor tu dalam 500-750 bath =RM7-RM10.

Dah lewat malam kami kembali ke hotel untuk beradu.....

12 Mac 2018

Sawadikap

Sekembalinya dari percutian di Pulau Perhentian kami ke Narathiwat Thailand.
Kalau tak silap kami pergi pada 31 Ogos 2017.
Sekadar ronda-ronda, beli jajan, buah dan makan-makan.

Masa zaman kecik2 dulu bila cuti sekolah ibu selalu bercuti ke Narathiwat sebab ada family mak long tinggal dan menetap di sana.
Sepupu pun ramai dan lebih kurang sebaya.
Memang seronok sebab dapat lalui budaya, bahasa dan gaya hidup yang berbeza..
Paling best bila tiba 'pesta air'...main tak hinggat nak balik.

Posing jap sebelum ke imagresen.
Masa kami ke sana sangat sesak sebab cuti sekolah.
Lebih 2 jam jugak terperangkap urusan kat imagresen tu.

Tak banyak pun yang kami beli sebab sekarang nilai wang Malaysia semakin merudum..


Singgah solat jamak kat Masjid ni.

Pintu pagar sebuah sekolah.

Selamat tinggal Thailanddd..



29 Oktober 2010

Songkhla mari............

Ni n3 basi lagi.
Gambar ayah masa g Songkhla, Thailand last week.
Saja godak2 dslr ayah n operasi mencuri gambar ayah
...hi.hi.hi....
Susah sgt nk wat koleksi gambar ayah.
2 pn ada bbrapa keping jerr n xmenarik lak tu.
Apa pn dpt la bbrapa keping wat koleksi peribadi.
Kt org simpan kt tenet selamat ckit.
Mana la tau jadi kes mcm kamera n lappy ibu yg rosak n kena virus.
Abis gambar ayah masa kt Australia n Jakarta hilang gitu jerr.
Nasib baik ibu smpt selamatkan n simpan kt blog n FB......

layan jelh......
my hero.....

21 Oktober 2010

Ayah di Universiti Of Songkhla Thailand, ....

Kami ditinggalkan lagi.
Rasanya bln nie jerr dh 10 hari ayah g outstation.
Lepas raya ayah mula cbuk semula.
Apa nk buat, redha jelh.

Baru hari Rabu ayah blk setelah g kursus slama 2 hari.
Xsmpt beg dibuka, ayah kena terbang lagi ke Thailand.
Smpt 1 mlm je kt rumah.
Smlm ayah brangkat ke
Univ. Of Songkhla, Thailand

n selepas abis urusan di sana ayah terus ke Perlis.
Mayb hari Ahad br balik.

Kami dh biasa kena tinggal.
Kt org alah bisa tegal biasa.
Apa pn kami redha krn kami tahu,
ayah lakukan semua tu demi utk org ramai
espclly demi memartabatkan sistem pndidikan negara.
Dan tinggallh ibu dan anak2 meneruskan rutin harian tnpa ayah.

Gambar2 tmpt menarik di Songkhla.
pic ni ikhsan dr en.google....

About me