Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NAJDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NAJDAH. Papar semua catatan

21 April 2016

Disebalik Keayuan

Lama dah ibu tak buat n3 tentang anak-anak.
Kesibukan dan kemalasan melanda menyebabkan dairy ibu
terabai.
Namun bulan Mac dan Aprilni kerajinan nampaknya mula menjelma.
Harap-harap selepas ni kerajinan menaip n3 kembali menjelma.

Kisah puteri ke 3 ibu nun jauh di Kuantan.
Sekarang Beby sibuk dengan study dan disamping itu Beby bergiat
aktif di dalam bidang taekwando.
Beby banyak dipanggil untuk menjadi jurulatih peringkat sekolah dan kolej.
Tak sia-sia usaha Beby selama ini.

Nampak ayu bila berpakaian ke kuliah.....

Tapi tangkas bila beraksi.......

Ibu dan Ayah cuma bagi sokongan dan galakan pada minat anak-anak
asalkan mereka tahun membahagikan masa belajar dan beraktiviti.
Disamping minat Beby juga mendapat sedikit pulangan bila
melatih pelajarnya.
Dapatlah sedikit sebanyak menampung perbelanjaannya di sana.

Gambar-gambar Beby ni ibu kidnap daripada insta dia.
Gambar-gambar sekitar aktiviti taekwando Beby.




19 September 2015

Kisah Beby

Salam kerinduan semua.
Fuh...makin lama ibu makin sepi walaupun
banyak kisah kehidupan yang ibu lalui
setiap hari.
Makin lama jari ibu makin kaku nak menaip di sini.
SIBUK!!!!!....tu bukan alasan.....

Kisah tertangguh sejak bulan lepas.
Ibu pernah buat n3 yang Beby telah meraih
Johan taekwando peringkat kolej/Kebangsaan  dan melayakkan diri mara ke peringkat antarabangsa.
Apapun rezeki tidak menyebelahi.
Lawannya orang dari Jerman dan Grace..
Apapun ibu tetap bangga dengan pencapaian Beby.

Gambar yang Beby w.apps pada ibu  semasa pertandingan berlangsung.

Beby juga sudah bergelar jurulatih taekwando sejak 1 tahun yang lalu.
Dalam kesibukan belajar mengejar impian Beby membahagikan masa weekend sebagai seorang jurulatih di sekolah-sekolah berhampiran.

Beby sebagai jurulatih(berdiri) bersama 'pelajar2' di bawah bimbingannya.

Beby juga sering dilantik sebagai hakim dalam kejohanan taekwando.

Alhamdulillah....ibu tahu Beby mampu bahagikan masa belajar dengan aktiviti luar.
Buktinya Beby mampu meraih Anugerah Dekan dalam sem yang lepas.
Disamping itu Beby juga memegang jawatan sebagai 'pemimpin' pelajar, juga membantu rakan2
sebagai 'guru mengaji dan tarranum' di kolej.
Ilmu agama yang Beby dapat turut dipraktikan dan disalurkan pada yang memerlukan.
Semoga anak2 ibu cemerlang di dunia dan akhirat....insyaallah.

17 Ogos 2015

Kejayaan Berganda-Syabas

Lama dah tak buat n3 tentang Beby.
Alhamdulillah....syukur kehadrat ilahi di atas
kurniaanNya pada anak-anak ibu. 
Betullah kata orang...rezeki bukan semata2
dalam bentuk wang ringgit tapi pelbagai cabang.
Rezeki ibu dan ayah disalurkan melalui
  kecemerlangan anak-anak. 
Alhamdulillah.
Minggu lepas Beby selamat menerima
Anugerah Dekan dimajlis khas
yang diadakan minggu lepas.
Syabas Beby kerana mengekalkan prestasi cemerlang.
Semoga cita-cita Beby untuk menyambung belajar ke UK tercapai nanti..InsyaAllah

Beby juga telah memenangi pingat emas di dalam pertandingan taekwando peringkat
kebangsaan antara kolej dan terus layak mara ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan nanti.
Syabas Beby kerana tidak sia2kan impian ayah.
Tak sia-sia ayah melabur ribuan ringgit hantar 5F ke kelas taekwando sejak
di tadika lagi.......

Juga syabas untuk Angah yang juga bakal menerima Anugerah Dekan
dalam result yang baru keluar 2 hari lepas.
Tak sia-sia JPA menaja angah....
Semoga anak-anak ibu terus cemerlang dunia akhirat.
Tiada hadiah yang paling berharga selain melihat kejayaan anak-anak.
Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH.

13 April 2015

Supriseeee.....

Dah lama sangatttt rasanya Beby tak balik Johor.
Last ibu jumpa Beby masa cuti CNY.
Itupun ibu jemput masa OTW balik Kelate.

Tiba2 petang Sabtu tak semena-mena Beby muncul di depan pintu rumah.
Ya Allah......gerak hati dan kerinduan seorang ibu umpama tarikan
magnet kepada jiwa anak-anak.
Tergamam ibu seketika.
Tak sangka Beby nak balik....
Pandai Along dan Beby berpakat merahsiakan daripada pengetahuan ibu.
Yang sedihnya Beby cuma sempat balik 1 malam je.
Punyalah jauhnya perjalanan dari Kuantan ke Muar...huhuhuhu....

Beby muncul depan pintu bersama 5 ekor toys untuk 4F dan ibu.
Bila ibu tengok hargamelopong seketika mulut ibu.
Seekor toys tu berharga RM60....
Beby sanggup kumpul duit untuk beli toys tu.
Katanya dia dahniat nak beli jika dapat result cemerlang.....
TQSM Beby....

Beby juga belikan ibu sandal ni.
Mayb dia tengok selipar basahan yang ibu beli kat Bandung hari tu dah
mula nampak suram.....
Beby memang terkenal seorang yang sangat pemurah...

Ni gambar yang Beby w.apps....
Hasil kerja amal Beby dan rakan-rakan kat sebuah tadika.
Edisi menconteng mural di dinding.....
Like mother like doter......he3x....

Ni masa Beby buat presentation 
"Informative speech about asperger syndrome & persuasive about taekwando" minggu lepas.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Syabas Beby.

p/s:
Beby akan duduki exam sem 2 bermula minggu depan.
Gud luck Beby.
Moga result Beby maintain cemerlang.......InsyaAllah. 

16 Januari 2015

Berakhir Cuti Sem Beby

Semalam ibu terpaksa mengambil CRK (cuti rehat khas) diawal minggu pertama persekolahan.
Kalau ikutkan memang agak sukar nak dapatkan cuti diawal tahun.
Alhamdulillah bos ibu begitu perihatin terutama yang melibatkan family...
TQSM Big Bos.

Hanya ibu, Along dan Beby saja ke Kuantan.
Ibu bagi pilihan pada Beby untuk memilih seorang saja antara ibu dan Ayah
untuk hantar Beby sebab tidak ada orang nak
menguruskan Naurah dan Farouk.
Lagipun Ayah memang tak boleh ambil cuti.
So yang pastinya Beby akan pilih ibu........muhahaha....
Nasib baik ada Along yang menjadi driver kami.....

Kami bergerak selepas solat subuh dan tiba di Indera Mahkota Pahang
dalam pukul 9.30 pagi.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.
Alhamdulillah pendaftaran Sem 2 Beby berjalan lancar......

Sebelum ke sini naik pening kepala ibu lihat barang Beby...
Lupa nak snap gambar khazanah yang diangkut.
Beg besarrrrrr 3 buah + 3 buah beg sedang + pelbagai barangan sampingan.
MPV ibu sarat dengan barangan beby....
Bila ibu tanya berapa pasang baju kurung Beby bawak...
Beby : "Beby bawak 50 pasang je......kasut 8 pasang....tudung???he3x..rahsia...
Ibu : Haaaaaaa.........patutlah beg Beby menggunung.....
Beby : He3x......tu ada lagi 1 beg baju kurung yang Beby tinggal sebab tak larat nak bawak....
Ibu : Ni nak pergi buka butik ke apa....?????
Beby : Bebykan anak ibu....ikut perangai ibu la......ha3x......
Terdiam ibu.....speachless

 Bersama BFF Beby, Bell, jugak anak seorang guru dari Kelantan.
Pelajar kat sini kebanyakan anak-anak cikgu.....
Beby berbaju sama semasa daftar Sem 1dulu....
Katanya sehingga Sem 6 dia akan pakai baju yang sama.....
Emmmm.......itulah Beby....pelik tapi benar...
Kalau ibu pasti nak pakai baju yang terkini untuk dapatkan mood baru tapi
budak sorang ni agak berbeza.....
 Akta paksaan ber"welfie"....Sabar jelah.

Selesai urusan di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami 
bergerak ke kolej kediaman.
Beby dapat tingkat 3 (aras 2).
Haaa...jenuh punggah barang-barang...
Itu pun  roomate Beby yang banyak membantu....
1 bilik 4 orang...Alhamdulillah luas dan sangat selesa.
Dari bilik Beby dapat lihat pemandangan padang golf yang terbentang indah.

Setelah selesai edisi peluk memeluk maka ibu dan Along bergerak pulang.
Kami singgah solat jamak dan makan di Muaazam Shah.
Along suggest nak makan nasi kat rumah.
5F ni agak cerewet bila dibawa makan kat restaurant...
Ada je dia compare makanan yang dimakan dengan masakan ibu.
Macam la ibu ni teror sangat masak.....adeh.
So kami singgah pekena pizza-hut jelah.
Kebetulan belum lagi rasa pakej Rm5 tu.
Kami order 3 bijik.
 3 bijik pizza-hut berlainan resepi.
Kat sini pizza-hut boleh tahan sedap sebab rotinya rangup2 gitu.
Tinggal slice terakhir masing-masing dah kenyang.....

Ni tapau untuk Naurah dan Farouk...


Tiba di rumah dah lewat petang.....

Saat ini ibu mulai rindukan Beby........

1 Disember 2014

Kini Pengusaha Butik

Yelah sangat tu.....tajuk saja buat gempak.
Hari ni nak cerita kisah puteri ke3 ibu.
Sekarang Beby sedang bercuti Sem selama 2 bulan.

Hari ke3 cuti Beby bisik-bisik pada ibu yang dia nak kerja part time.
Katanya tuan butik tempat dia kerja part time lepas SPM dulu asyik call tanya bila Beby cuti....
Emmmmm...ibu sebenarnya belum puas beramah-mesra + gosip-gosip dengan Beby.
Ibu iakan aja permintaan Beby dan ayah sentiasa menerima keputusan ibu tanpa banyak soal.....

Beby seorang anak yang berdikari......minat berniaga....
Melencong dari course yang dia belajar sekarang.
Cita-cita nak jadi lecture BI tapi Beby juga minat berniaga....
Takpelah......semua tu memberi pengalaman buat Beby.
Disamping dapat menjana pendapat dapatlah dia isi masa cuti panjang ni.

Yang paling kelakar bila ibu tanya:
Ibu : Beby nak beli apa dengan duit gaji tu...
Beby : Beby nak kumpul buat beli kereta....
Haaaaa.....terkejut beruk ibu.....alahai anak...menggunung cita-cita Beby...
Moga impian tercapai nanti......ha3x......

19 November 2014

Beby dan Kuantan

Hari ke 3 camping ibu bekejar ke Kuantan ditemani Naurah dan seorang anak rakan ibu
dan bekas anak murid ibu, Alia.
Dua orang hero ibu tak dapat ikut serta kerana Farouk  masih bercamping dan
Ayah berada di Penang.....

Perjalanan pergi dan balik memakan masa 7 jam amat memenatkan dan disusuli
program sekolah yang padat.....Fuh!!!!
Bertolak seawal 6.15 pagi dan tiba di Kuantan pukul 9.50 pagi.
Tiba di Kuantan terus ibu ke kolej Beby.
Mak aiiiii...baru 1 sem dah penuh 1 lori.
Agaknya habis 3 tahun lagi kena sewa trailers.......

Selesai punggah barang Beby kami singgah ke ECM.
Mengisi perut di Jonny's Restauran.
Sambil tu sempat layan anak dara bershopping.

Makanan yang kami order.
Ibu dan Beby order menu yang sama manakala Naurah dan Alia (anak kawan ibu)
order menu lain.

Mengisi perut.....

Selesai urusan anak-anak dara bershopping kami singgah 
big apple dan ibu sempat singgah beli keropok otw balik Muar.

Mujurlah Beby dah makin cekap memandu.
Dia mengambil alih tugas memandu kerana ibu sangat2
kepenatan kerana dah 2 hari ibu cuma sempat  tidur selama 3-4 jam saja....




11 Oktober 2014

Terima Suprise Sekian Kalinya

Macam biasa n3 basi yang menunggu untuk di terbitkan.

 Malam raya AidilAdha kami terima kek delivary.
Macam biasa Daddy Lee Cheng Kin yang sangat perihati dan pemurah akan alert dengan
tarikh-tarikh penting kami sekeluarga.


 Sebiji kek cheese + mashmelow yang sangat sedapdan berkrim kami terima di malam raya
sempena birthday Beby.
Sayangnya si tuan badan tidak balik bercuti....huhuhuhu....
Kami sekadar hantar w.apps pada yang empunya badan....

 Dengan izin birthday girl maka dengan selamat kami berempat mengerjakan kek
yang sangat sedap.
Dalam hati ibu rasa sayu sangat bila mengenangkan birthday  girl ibu nun jauh di sana
mengapai impian........

TQSM Sir Lee di atas ingatan kepada kami sekeluarga.
Jasa dan kebaikan Sir kami ucapkan
beribu-ribu lemon........


16 September 2014

KPM dan Beby

Pada 5.9.2014 Beby bercuti selama seminggu.
Ketiadaan Along dan Angah disisi membuatkan ibu sedih.
Nasib baik Beby hadir disaat-saat ibu kesunyian.

Namun Beby cuti selama seminggu dan ibu terpaksa pulangkan semula dia ke KPM Kuantan.
Sekejap rasanya Beby berada disisi ibu.
Apakan daya, sekarang 3Farahs sudah mula mengorak langkah lebih jauh
untuk mengejar cita-cita dan impian mereka.
Dalam gembira melihat kecemerlangan mereka namun jauh disudut hati ibu
Allah sahaja yang tahu perasaan rindu seorang ibu.

Ibu perlu kuat untuk lalui semua ini demi masa depan anak-anak.
Terima Kasih Allah diatas kurniaan mutiara yang sangat bernilai
buat ibu dan ayah.
Jagalah dan lindungilah mereka semua dibawah rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.

 Budak Kuantan mengidam MarryBrown.

Si bujang tumpang sekaki....

p/s:
n3 auto publish.
1 minggu ibu cuti-cuti Malaysia.
No fb, no blog, no twitter, no internet.......
InsyaAllah kita bertemu lagi .........

7 Julai 2014

Beby dan KPM

Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.

Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.

Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
 dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.

Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.

Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
 tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....

Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.

Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.


Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.

Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.

Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.

Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.

Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.

Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......

22 Mei 2014

Beby dan Cita-cita

Beby puteri ke 3 ibu yang digelar master chef dalam family.
Setelah beberapa bulan 'bercuti' setelah tamat SPM, 
keluar result dan menunggu panggilan sambung belajar.
Seorang anak yang ambil mudah segala-galanya...
Nasib baiklah Angah dah tamat asasi dan ada di rumah.
Angahlah yang gigih mengisi permohonan UPU, matrikulasi dan segala-galanya.
Dan semasa semakan keluar, Angahlah yang bersusah payah buka lappy.
Membuat semakan.
Berkorban untuk si adik.
Macam Angah pula yang nak sambung belajar...adeh....


Tawaran ke matrikulasi dipandang sepi.
Tak minat la, tak naklah, susahlah.....

Tawaran UPU.
Tesl yang Beby hadir interview di UPSI hari tu diganti dengan tawaran
Diploma Kejuruteraan Awam.
Tiada respone diraut wajahnya.
Perkataan yang sinonim....susahlah..tak minatlah. tak sangguplah...tak sesuailah
Frust menonggeng katanya sebab cita-cita nak sambung TESL berkubur.

Adoiiii...ibu pulak terlebih risau dan stress.
Ibu pun tak pasti kemana hala tuju dia nak pergi.
Kalaulah universiti tu ibu punya senanglah nak ikut kehendak hati.
Geram pulak ibu rasa.
Cuma ibu dan ayah tidak suka memaksa.
Anak-anak yang nak belajar...kami beri ruang untuk mereka membuat keputusan
dan pilihan yang terbaik.
At last ibu offer Beby "kawin".....
Boleh macam tu?????

Dalam "frust" akhirnya Beby terima tawaran daripada KPM.
Diploma English Communication tajaan MARA.
Mulalah nampak keceriaan diwajahnya.
Maklumlah dia amat minat dengan dunia Bahasa Inggerisnya.
Anak Melayu Rojak + Jawa = minat ala-ala taksub dengan Bahasa Inggeris.

Rezeki Beby disitu agaknya.
Walaupun jauh disudut hati ibu ingin melihat dia melangkah ke matrikulasi
dan menyambung degree tapi Beby lebih berminat untuk merealisasi
impiannya untuk terus cemerlang dalam Bahasa Inggeris.
Beby yang nak belajar so ibu ikut jelah kehendaknya.
Cita-citanya tinggi menggunung untuk menyambung belajar ke luar negara.
InsyaAllah moga dipermudahkan...aminn.

Apapun cita-cita anak-anak ibu, ibu tetap akan bagi sokongan dan dorongan.
Dan yang pasti ibu tidak pernah jemu berdoa untuk kejayaaan dan kecemerlangan
anak-anak ibu.
Semoga Beby terus cemerlang dengan impian dan cita-cita Beby.

25 April 2014

Seharian di UPSI

Terima kasih ibu ucapkan di atas ucapan Hari Lahir untuk Angah.

Hari Rabu ibu minta izin keluar lebih awal dari sekolah.
Hari Khamis ibu mohon cuti CRK.
Cuti pertama yang ibu mohon tahun 2014.
Itupun setelah selesai tugas hakiki ibu.
Meninggalkan tugasan untuk hari Khamis
Jemput Naurah di sekolah.
Balik rumah jemput Beby dan Angah.
Terus bertolak ke Melaka.
Singgah di Utem, jemput ayah di situ kerana sejak hari Selasa ayah ada seminar di Melaka.
Kereta Ayah tinggalkan pada Along.

Kami memulakan perjalanan ke Tanjung Malim.
Bermula dari Muar--Melaka--Negeri Sembilan--Selangor--Tanjung Malim.
Perjalanan memakan masa 4 jam.
Sepanjang jalan si Beby dok praktik speaking sesorang.
Sesekali Angah layan.
Yang lainnya layan mata....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......hahaha

Bandar Tanjung Malim.
Kami tiba dah petang.
Sebelum check in homestay di Proton City Ayah pergi cari dulu UPSI.
Menjelang petang baru kami ke homestay.
Rumah teres 3 bilik.
Amat selesa untuk kami sekeluarga.

Master bed room yang selesa...
Malamnya kami tak kemana-mana..
Sekadar lepak-lepak sambil tonton TV.
Talian internet dan telefon pun amat lembab....adeh......

Pagi-pagi kami dah bergerak ke UPSI.
Hujan turun dengan lebatnya.
Pusing-pusing cari bangunan E-Learning Konvensyen.
Sesi pertama Beby perlu duduki ujian Bahasa Inggeris ( essy writting dan grammer ) 
selama 2 jam bermula 9 pagi hingga 11 pagi.
Sejak dalam kereta macam-macam dia tanya pasal isu semasa
dalam pendidikan.
Sesekali ayah melayan jugak......

Kami naik ke aras 5.
Mula lah mengadu sakit perut la, kembung la, nak muntah la....bla..bla..bla...
Ada ke patut masa nilah ibu potongkan kuku dia....alahai..budak sorang nie...

Sedang beratur untuk masuk ke dewan konvensyen.
Beby ni seorang yang peramah.
Sekejap je dah dapat kawan.

2 jam kami menunggu ujian selesai.
Naurah dah lelap kat bahu ibu...Angah dok layan lagu...
Ayah dan farouk sekejap je kat sini sebab ayah balik semula ke homestay 
sebab masa nak keluar kereta ayah terjatuh.
Alahai licin sebab hujan.
Tangan dan lutut ayah berdarah...

Masa kat sini kami dikunjungi anak kepada baby sitter 3farah"Mak Nab"
 yang jugak bernama "Farah".
Maklumlah dah 15 tahun terpisah.
Mak Nab bela along, angah dan beby diawal usia 43 hari.
Masa tu "Farah" baru berumur 8 tahun dan 3Farah (Along, Angah dan Beby)
baru berumur diantara 1 thn,2thn dan 3 tahun.
Sekarang ni "Farah" dah kerja sebagai salah seorang pegawai di UPSI.....
Jejak kasih sampai lupa kami nak bergambar.....huhuhu....

 Releks je muka Beby.
Ibu pulak terlebih risau.....
Selesai ujian bertulis ayah jemput kami semula.
Sesi kedua pulak interview di IPSI.
Kedudukan bangunan tu agak jauh.
Lama jugak kami pusing-pusing dengan kereta dalam kawasan tu dalam
hujan yang lebat.
Akhirnya jumpa jugak setelah lebih 30 minit mencari.
Angah dan Naurah je ikut ayah balik ke homestay sebab
ibu dan Beby bercadang untuk terus menunggu di situ.

Isi perut dulu sementara menunggu interview bermula pada pukul 2 petang.
Sempatlah ibu dapat kawan-kawan dan berborak-borak sementara menunggu
anak-anak di interview.

Beby selesai interview lebih kurang pukul 3 petang.
Ceria je muka dia.
Alhamdulillah katanya dia speaking berhabuk dengan lecture tu....

Katanya dia dapat lebih kurang 20 orang kawan baru.
Habis lecture yang lalu lalang disapanya dengan salam.
Alahai, peramah betul dia sorang nie.
Tak macam Along, Angah dan Naurah yang agak pemalu.....
Selesai urusan di UPSI kami bergerak ke Bandar Tanjung Malim.
Ayah bawa pusing-pusing.
Lebih kurang pukul 4 petang kami terus bergerak balik sebab esok
Ayah perlu hadiri meeting pulak.

Ibu doakan semoga Allah makbulkan impian Beby...
Dan semoga beby bakal menyambung deligasi keluarga kami....InsyaAllah.
Jika ada rezeki Beby di sini, InyaAllah kami akan datang lagi ke UPSI...amin..amin..amin....

21 April 2014

Farah Najdah dan Interview UPSI

Hari Sabtu Beby terima sms daripada UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Alhamdulillah dia terpilih untuk hadiri temuduga bagi Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL).
Pukul 12 tengahari baru link tu boleh
dibuka untuk semakan.
Maka dengan gigihnya si ibu buka link sebab Beby masih
ditempat kerja.

Berdetik dalam hati.
Adakah Beby akan ikut jejak langkah ibu sebagai seorang pendidik?
InsyaAllah kalau ada rezeki menyebelahi ibulah orang yang paling
gembira kerana selama ini ibu teringin
sangat melihat salah seorang anak-anak ibu
meneruskan deligasi family  ibu yang ramai terdiri daripada pensyarah/guru.

Ini baru temuduga.
Tapisan pertama untuk melayakkan Beby melangkah ke seterusnya.
Mungkin ribuan calon yang layak akan ditapis dengan begitu detail.
Beby perlu lalui ujian dan temuduga.
Banyak lagi yang perlu Beby lalui.

Ibu dan Ayah serta family doakan agar Allah permudahkan segala-galanya.
Semoga impian Beby untuk bergelar seorang guru/pensyarah Bahasa Inggeris menjadi kenyataan...
Jika rezeki Beby di sini, insyaAllah ianya pasti menjadi milik Beby....InsyaAllah...

Mohon doa daripada rakan-rakan blog jugak.
TQSM......

p/s:
Dan ibu tersentap bila Angah maklumkan:
"Ibu bagi tak kalau Angah menyambung degree di Universiti Melbourne Australia?"
Bukan ibu tak bangga..bukan ibu tak gembira.
Malah ibu dan ayah amat-amat bangga dan bersyukur memiliki
anak2 seperti kalian...
tapi
teramat berat hati ibu untuk melepaskan anak-anak kesayangan
ibu terbang jauh dari hidup ibu........
Perpisahan amat perit buat ibu...huk.huk.huk.....

3 April 2014

Beby dan OUM

Kalau rakan-rakan yang dah lama mengikuti blog ibu pasti 
tahu sudah 2 tahun Beby terpilih untuk mendapatkan tajaan Program Bahasa Inggeris
daripada Open University Malaysia (OUM)..SINI, SINI.
Selepas keputusan SPM diumumkan pelajar tajaan OUM Daerah Muar sekali lagi
diraikan disatu majlis perpisahan di Hotel Pelangi bagi meraikan kejayaan mereka
terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris..

Tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak OUM.
Sebelah kiri tu adalah Mama Zack yang amat disayangi oleh Beby.

Pelajar tajaan OUM Daerah Muar dari beberapa buah sekolah terpilih dan pelajar yang terpilih berkumpul dan diraikan dimajlis jamuan di Hotel Pelangi.

Terima Kasih yang tidak terhingga ibu ucapkan kepada
tenaga pengajar yang banyak mencurahkan ilmu terutama dalam
subjek Bahasa Inggeris kepada Beby dan tidak sia-sia kerana Beby
antara pelajar yang dapat result terbaik dalam subjek BI sewaktu SPM.
Juga jutaan terima kasih kepada OUM yang menaja Beby selama
2 tahun dengan kos yang besar dan pelbagai aktiviti
luar yang amat menarik...
Antara aktiviti-aktiviti yang Beby join ;
English in Camp SINI ,
Team Cheer Competition SINI
English Language Enrichment SINI

Cenderahati yang Beby dapat daripada
OUM berupa beg sandang .
Juga cenderahati daripada mama Zack. B
berserta duit RM50.

21 Mac 2014

Baby dan Result SPM

Semalam keputusan peperiksaan SPM diumumkan dan Beby antara calon
yang menduduki SPM 2013.
Tahun ke 3 berturut-turut anak-anak ibu menduduki SPM.
Sudah 2-3 hari dada ibu berdebar-debar.
Masa Along dan Angah ibu tidak sebegini.
Kerisauan ibu tidak berada ditahap kritikal.

Beby amat berbeza antara 4Farah.
Penuh dengan penyakit "M" tahap kritikal.
Kuat tidur.
Asyik mengantuk dikelas
Cepat bosan.
Suka berbahas.
Alergik pada buku...
Fuh......bayangkan bagaimana dia akan menduduki SPM dalam
aliran sains tulen yang perlu belajar dengan gigih.

Semasa peperiksaan SPM berjalan, Beby diuji dengan pelbagai masalah.
Ibu terlantar sakit dan warded 1 minggu kerana denggi..
Beby diserang demam sampai mengiggil dan termuntah-muntah
sewaktu peperiksaan SPM berjalan.
Tiada orang menguruskan makan minum dan keperluan
di rumah sewaktu Beby menjalani peperiksaan.
Semasa kertas Matematik Tambahan berjalan dia tidak dapat fokus
kerana demamnya makin tinggi dan menurutnya tidak sempat
menyiapkan beberapa soalan.

Malam sebelum result keluar, Cikgu Chian (cikgu Kimia) menelefon Beby.
Guru yang amat mengambil berat tentang Beby.
Seorang cikgu yang paling memahami Beby dan mereka amat rapat.

Dan semalam,sebelum ibu melangkah keluar ke sekolah
dia masih lena beradu.
Tiada langsung kerisauan diriak wajahnya.

Setiap detik ibu melihat jam.
Sudah pukul 11.30 pagi tapi masih belum ada perkhabaran.
Beby sempat SMS ibu :
"Ibu jangan sedih ye kalau result Beby tak capai target ibu...."
Aduh.....hati ibu makin berdebar.
Beberapa kali ibu call beby dan masih kedengaran suara ceria dia.
"belum lagi ibu..nanti kalau dapat result, Beby call ek..."

Pukul 12 tengahari, phone ibu berdering.
Ya Allah...rasa nak luruh jantung ibu.
"Ibu.....Beby dapat *A's....
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
Mengucap syukur berkali-kali ibu.
Amat-amat bersyukur kerana Beby mampu meraih kecemerlangan
walaupun tak mencapai target ibu.
Pesan beby.."Ibu jangan catatkan di blog atau FB ye result beby..
"Biarlah ianya jadi kenangan kita sekeluarga...."
Ibu ; " Ok, jika itu permintaan beby...ibu akur....

Syukur Alhamdulillah...
dan beby dah maklumkan dia akan menyambung pelajaran dalam
bidang Tesl.
Cita-citanya ingin menjadi seorang pensyarah bahasa Inggeris.
Mungkin Beby satu-satunya yang akan mengikut jejak langkah ibu sebagai 
seorang pendidik nanti...InsyaAllah.....
Cikgu-cikgu pun memberi galakan dan kata-kata semangat untuk Beby 
meneruskan impiannya itu...
Dan tidak sia-sia kerana dia antara TOP 2 subjek Bahasa Inggeris keseluruhan SPM di sekolahnya.

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ...
Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak memberi dorongan dan
galakan pada Beby.
Terima kasih semua kerana sentiasa mendoakan yang terbaik
buat anak-anak ibu.........
Syukur Alhamdulillah.

Ibu doakan agar beby mengikut jejak langkah
Along dan Angah ke universiti.
Ibu perlu bersedia sekali lagi untuk melepaskan
Beby pergi jika ada rezeki untuk beby...........

12 Mac 2014

Pemandu Remaja

Bertambah seorang lagi pemandu remaja dalam family ibu.
Sebenarnya Beby dah 3 minggu lulus lesen memandu cuma
kesibukan ibu tidak sempat nak buat n3.


Along, Angah dan Beby mengambil kelas memandu sewaktu usia 17 tahun.
Alhamdulillah Along dan Angah dah cekap memandu ke Johor-Kuantan-Terengganu dan Melaka.
Sekarang Along mampu memandu sendirian dengan jarak
sejauh 600+km dengan pemantauan ayah dan ibu.

Ayahlah pembakar semangat dan mengalakkan anak-anak
mengambil lesen memandu diawal usia kelayakan.
Dan yang pastinya motif ayah ialah supaya anak-anak
mampu mengantikan tempatnya bila ayah terpaksa OT.

Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi sewaktu dijalan raya....amin.

p/s:
Terus berdoa untuk MH370.

6 Mac 2014

Hadiah Telekong Lycra

Dah lama nak buat n3 ni tapi asyik tertangguh.
Beby dah 2 bulan kerja sambilan selepas tamat SPM di atas kehendaknya.
Katanya nak kumpul duit pergi Korea semata-mata nak jumpa abang K-Pop...hehehe....
Gaji pertama Beby belikan ibu telekung
yang lebih kurang sama dalam gambar tu.
Terharu sungguh ibu....huhuhu...
Tapi yang pelik dia beli warna pink.
Warna yang paling dia tak suka...
Beby juga belanja kami satey kambing, daging,
perut dan ayam...

Terima kasih Beby.
Moga Beby bertambah murah rezeki..insyaallah..
Telekong tu ibu simpan dulu..sayang nak guna...

About me