Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Februari 2017

Aktiviti Sekolah Ibu-Januari

PROGRAM DIALOG PRESTASI UPSR 2017
13.1.2017 (Ahad)

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN 
PEMIMPIN MURID
22.1.2017 (Ahad)
program rutin tahunan.
majlis menyampaikan wartikah kepada pemimpin murid yang terpilih.
Perasminya dijemput dari balai Polis berhampiran

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI
25.1.2017 (Rabu)
Program Suai-kenal selama 3 minggu untuk murid-murid tahun 1 berakhir dengan jayanya...
So diadakan majlis meraikan mereka.

MAULIDUR-RASUL
26.1.2017 (Khamis)
Program yang diraikan setiap tahun tanda kita Cintakan Rasulullah..
Beginilah caranya pihak sekolah terapkan nilai kecintaan dijiwa anak-anak.

perarakan di waktu pagi.

kebetulan sedondon dengan "Adam".
Ibu tak pernah mengajar si Adam ni tapi setiap kali terserempak mesti Adam menyapa.


Makan ramai-ramai dalam dulang.

Selesai makan, ada ceramah agama dan kuiz diadakan.





7 Februari 2017

Kisah Januari 2017

Kisah bulan Januari.
Banyak sebenarnya catatan nak dibuat tapi banyak memori dah hilang....huhuhu...

Ibu akan catatkan serba sedikit aktiviti Bulan januari yang masih bersisa dalam ingatan.
Minggu pertama kami menghabiskan weekend di KL.
Ayah saban minggu ada meeting dan program di KL.
Kalau ada kerajinan ibu ikutlah.
Itupun kalau anak-anak ada free....

Bertolak awal pagi dari rumah.
Check in di hotel.
Ayah booking 2 bilik.
1 bilik super duper besar untuk anak-anak.
Bilik yang selesa. Bilik ke 2 tu siap ada mini bar.
kalau bawa rice cooker boleh main masak-masak.
Tapi nak cari makan senang sebab kat bawah hotel ada restauran.
makanan pun sedap dan harga berpatutan...
Bila datang bersama Farahs ibu lebih selesa tidur di bilik Farahs.
Masa pergi KL ada 3Farahs..cuma beby je tak ada sebab dia di Kuantan.
So Farouk dan Ayah tidur sebilik...itupun masa ayah meeting farouk banyak abiskan masa di bilik orang pompuan...he3x...

Farouk sorang jelah yang sudi makan kat restauran.
3farahs tu agak sukar.
Mereka lebih selesa tapau je makan kat bilik.

Balik solat Jumaat semasa di KL.
Akta paksaan dari Ayah ,kena posing.
Farouk jelah yang dikerah ikut Ayah ke sana-sini....
ibu dan 3Farahs banyak habiskan masa  lepak-lepak di bilik.


Hari ke 2 kami singgah IKEA.
Sekadar cuci mata je sebab bonet kereta dah penuh dengan barang.

Tak sah kalau pergi IKEA kalau tak makan meat ball yang sedap tu.
beli 2 max set untuk makan di sana dan 2 set untuk tapau.

Dalam Bulan Januari ada beberapa kali juga ibu ke Melaka.
Ni masa temankan along ada urusan di Utem.
Melayan budak Farouk yang suka sangat makan mee sizeeling.
Setiap kali ke melaka, itu jelah menu feveret dia.
Yang lain lebih suka makan sushi dan ayam gunting....

puan ibu mengadap makanan.
Kalau beli makanan penuh dengan nasfu..leps tu memang confirm tak habis punya....adeh.

Minggu Akhir ke melaka lagi untuk renew pasport Naurah dan Angah yang
dah nak luput tarikh.
Angah LI dan tak boleh ikut serta so ibu pergi renew pasport Naurah jelah.
Dalam 1 jam renew pasport selesai.

Singgah Aeon Bandaraya Melaka.
Gigih dok menunnggu "ayam gunting' siap....

Dan macam biasa si putera ni nak makan mee sizeeling feveretnya....


3 Februari 2017

Happy Birthday Kakak

Genap sudah 17 tahun usia puteri bongsu ibu a.k.a Farah Naurah.
Tak sangka Naurah atau lebih mesra ibu panggil kakak dah menjangkau usia 17 tahun.
Walaupun dah 17 tahun Kakak maintain kecik comel je orangnya.

Ibu dan keluarga doakan agar Kakak dipermudahkan segala urusan,
Jadi anak yg solehah,
Jadi anak yang penyejuk hati ibu dan ayah
Anak yang cemerlang dunia dan akhirat,
Dan yang paling penting tahun ini Kakak akan menghadapi SPM.
Ibu doakan Kakak kekal cemerlang dan berjaya dalam impian dan cita-cita Kakak.
Mengharumkan nama sekolah dgn result yang tip-top nanti....
InsyaAllah...Aamiin3X....

Tahniah juga atas perlantikan sebagai Student Leadership Board selain jawatan sebagai 
Pengawas Displin dan jawatan-jawatan tertinggi dalam Unit Ko-Ko.
Semoga Kakak mampu mengagihkan tugas-tugas Kakak dengan jayanya....InsyaAllah.

Kek yang ditaja oleh Sir Lee.
Terima kasih bergudang Lemon untuk Sir Lee yang tidak pernah lupa hari bersejarah kami.
JASAMU tetap dikenang.


About me