Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Januari 2012

Destinasi Wajib Awal Tahun.

Hari ini lambat sikit ibu bersiaran kerana terlewat bangun.
Bila terjaga hari dah siang.
Farouk dan Ayah dah balik dari berbasikal keliling taman.
Sarapan pun ibu tak sediakan.....

Semalam balik latihan merentas desa terus ke jemputan rumah bos, 
Balik dari rumah bos ,
anak-anak ajak pergi ke destinasi "WAJIB" kami setiap awal tahun.
Kedai buku.
Mereka dah terbiasa dengan rutin ini sejak kecil lagi.

 Kami ke Bandar Maharani @Muar.
Tempat pertama yang dituju ialah City Star BookCentre.
Kat City Star hanya ibu dan Along je beli buku.
Sejak duduk kat rumah ni ,Along sangat berminat dengan novel Bahasa Inggeris.
Edisi Harry Potter dah habis dibacanya.
Kalau tak silap ibu dalam 8 siri.
Sebuah buku tu dalam RM40-50.
Mau ratus-ratus juga melabur tu.....
Hari ini Along beli novel Twilight dan New Moon....
2 buah tu dah jejak Rm100.
Tak pelah, janji dia minat membaca....
Dan duit beli buku tu claim dari Ayah....he.he.he...

 Ini kedai buku ke 2 kami pergi ,
Tanjung Mas Book Centre.
Terletak di Wetex Parade.
Bukan main leka anak-anak ibu kalau dah
masuk kedai buku.
Along beli lagi 2 buah novel Bahasa Inggeris lagi.
2 buah dah RM100+...

Untuk Farouk ibu beli "Komik Doraemon".
Itulah Komek yang ibu beli untuk anak-anak semasa mereka kecil.
Tujuan untuk memupuk minat membaca.

Tapi "awas" ye kerana sebelum bagi anak-anak baca ibu kena tapis dulu.
Maklumlah dalam buku KOmik ni banyak perkataan yang tidak
sopan seperti penggunaan perkataan "Bodoh" digunakan.
Sebab tu ibu terangkan dulu kepada anak-anak
pengunaan perkataan yang tidak elok Allah dan Nabi benci.....
Bila mereka baca buku-buku macam ni mereka akan faham...
Setiap kali jumpa perkataan itu mereka akan cakap apa yang
ibu terangkan.
"DOsa ek ibu bila cakap B.O.D.O.H ......
(anak2 siap eja kerana ibu tidak benarkan mereka menyebut perkataan itu...he.he.he...kelakarkan)

Shopping time.....

Ibu ada 2 keping member card VIP.
Jadinya ibu dapat diskaun yang lebih tinggi.....

 Sebelum ke Tanjung Mas BookCentre kami singgah ke Masjid Jamek dulu.
Jalan-jalan juga, solat jangan lupa.
Ayah memang sengaja bawa anak-anak solat di Masjid setiap kali "Outing".
Solat mesti on time.
Tujuannya supaya anak-anak faham,
walau pun kemana kita pergi ALLAH tetap bersama kita.

 Singgah sekejap di Tanjung Emas Muar.
Melayan 2 orang kanak-kanak rebina nak ke playground.
3 Farah cuak je dengan adik mereka berdua nie.....
Layan jelah......

Aksi stunt Naurah dan Farouk.
Main tak hinggat.....

 Siapa yang paling tinggi ibu????????
Hish!!!! macam-macam....

 Along dan Naurah....Pinky girls!!!!

Singgah pekena aiskrim di Daily Fresh.
Ni perisa coklat.

 yang ini perisa mocca....

 Naurah peminat aiskrim coklat....

Beby dah tak layan aiskrim..
Sibuk dengan Samsung Galaxy tab tu......
Sabar jelah.....

 Angah layan aiskrin mocca....

 Along pun sama.....

Dan bila bersama ayah, inilah yang selalu mereka berdua cari.
Patutlah tiba-tiba Farouk dan Ayah menghilang entah ke mana.
Kalau ada ibu memang confirm ibu bising.....
Sampai rumah dah tengah malam.....zzzzzzzzzzz...

Maaf ye n3 kali ini penuh dengan gambar......

25 ulasan:

Awanama berkata...Reply To This Comment

bestkan..jln2 sambil shopping, mcm2 ada..hehe

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bagus pupuk minat membaca sejak kecil.. Suka tengok budak2 yg asyik bila jumpa buku.. Ada pulak yg tengok buku pun x nak

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
kalau brkesempatan mmg seronok outing dgn family.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
2lh, mrk dh trbiasa sejak kecil mcm tu..ttp trkdg mrk ni pilih2 buku juga k.mie.....

cheqna berkata...Reply To This Comment

syoknya berjalan2
=)

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....along boleh gang ngn mamaijat...
collection mamaijat ialah dari shidney shieldon.....
kalau BM..uuurrrmmmm semua penulis mamaijat layannnnnn......
alhamdulillah,3 puteri masuk hobi ngn mamaijat..
dan yang bujang sorang tu..
ehem2...samalah dgn si farouk....& ayah!!!

Awanama berkata...Reply To This Comment

ayah yu...wah2..bestnyer nampak ais krim tu....

wah,comel la kak farah...lawa sangat,nampak anggun...kene dgn fesyen...

wahhhh,samsung galaxy???????????????????????????????????????????????????????????????? *pengsan*

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...Reply To This Comment

kalau kat daily fresh ila suka jagung + wafel je.aiskrim tue kalau kita buat sendiri lagi sedap tau..hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

cheqna
yg xsyoknya duit licin...hu.hu.hu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
he.he.he..kiranya sekepala la tu...suka sgt dia kalau dpt novel tu semua...mulalh dh lupa nk masak.....ibunya xminat sgt baca novel....

kelakarkan dgn prangai org lelaki ni...trkdg mcm budak2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ayah yu
budak2 ni yu kalu jumpa aiskrim mmg xleh nk ngelak.....

thanks..k.farah mmg sntiasa control ayu...

2lh, budak2 loni.....hu.hu.hu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mama amana
akak pn sama...makan aiskrim tu rasa mcm makan serbuk kayu je...he.he.he....

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Along samalah ngan hubby lily tu..peminat novel Harry potter.. :)

Cuak lily tgk Naurah main buai tu kak..mcm nak jatuh jer..

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
rupanya ramai peminat novel tu..

2lh, aksi yg sgt bahaya....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bagus anak2 minat membaca..berhabis duit utk ilmu takpe kak..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
mrk dh trbiasa sejak kecil dikelilingi dgn buku2..p ke bookcentre dh jadi rutin..kalau xpergi mrk rasa janggal....hi.hi.hi..

Unknown berkata...Reply To This Comment

bestnya dpt ke kedai buku.. saya ni nak kena kumpul duit dulu.. biasa lah susah nak dpt duit dr en ayah..
cari duit sendiri ni, biasalah.. kdg2 cukup utk byr streamyx jer..

sedapnya aiskrim mocca tu... :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
biasalah kalau p kedai buku habis duit xsedar k.yong.....buku2 skrg bkn murah..ttp xpelh demi minat anak2...
InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh la k.yong...

Awanama berkata...Reply To This Comment

ayah yu...huhu...samsung galaxy tab kot....guna sebaik2 nyer untuk pelajaran,pasti best...huhu

memang kak farah anggun dan comel,mungkin pakainnya yg sedap mata memandang dan mukanyer yg comel dan ala2 ayu gitu...hehehehe...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Cantiknya masjid tu, suka tengok senibina & warnanya :)

Dah malam2 gini tiba2 plak teringin eskrim coklat, oh no..

mummysyafie berkata...Reply To This Comment

nor pun baru balik dari kedai buku siang tadi bawa abang n wawan. byk yang kena prepare kan kak..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ayah yu
kak sbnarnya xbrapa minat dgn gajet2 mcm tu..lebih senang guna hp/kamera n laptop je....hi.hi.hi...

kak farah mmg ayu sokmo..lemah gemalai n lemah lembut....anak sdara kesayangan suti tu....he.he.he...

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

bestnya kak nza pegi kedai buku. kalau shopping buku ni mmg tak sedar dibuatnya kan..

oh... kami plak kalau jumpa aje daily fresh suka sangat nak beli wafito. dah ketagih gitu. tak pernah try lagi eskrem dia tu. kalau dah cuba sekali mesti nak lagi kan kak... nmpak sedap!

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
2lh, mmg leka anak2 kalau bawa ke situ....

bagi akak aiskrim tu xgitu menariklh...brsepah mcm habuk kayu....hi.hi.hi....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

bagusss tnm minat mmbace ni kan kak ... lama dah xgi kedai buku kami ni .. hmm ... nk pi lah nanti ;)

samsung tu spe punye kak ? bestnyer ... ;)

About me