Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

18 September 2022

Petua Hilangkan Bau Badan

Petua murah dah mudah untuk hilangkan bau badan yang tidak menyenangkan terutama bau ketiak sewaktu berpeluh.

Caranya mudah saja.
Setiap malam sebelum tidur sapukan bedak AGNESIA di bawah kedua-dua belah ketiak.
Amalkan setiap malam. 
Dan lihatlah hasilkan selepas 2 minggu 
(bergantung ke atas individu). 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

21 Januari 2022

Petua Hilangkan Pijar Cili

 Assalamulaikum. 
Kali ini ibu nak kongsi petua jika tangan terasa pijar bila pegang cili.
 Maklumlah kan.
 Sambal merupakan sebahagian menu dalam makanan masyarakat Malaysia.


Antara bahan-bahan yang senang kita dapati di dapur.

1. Cuka
2. Susu
3. Minyak Masak
4. Air Asam Jawa
5. Sos Tomato
6. Losyen
7. Hampas Kelapa
8. Beras

Pilih salah satu bshan di atas mengikut keselesaan kita.
Gosok-gosok pada tangan berulang kali.
Kemudian bilas menggunakan air dan sabun.

InsyaAllah dengan izin Allah rasa pijar dapat dihilangkan.
Selamat mencuba dan semoga bermaanfaat untuk semua.

26 Februari 2021

Petua Pokok Subur

 

Petua untuk pokok hidup subur.
Petua Pertama
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 3 liter air
*Kisar semua bahan hingga sebati.
Siram pada pokok seminggu sekali sahaja.

Petua Kedua
*Air basuhan beras-siram pada pokok

Petua Ke 3
*Lebihan nasi-tabur pada tanah.

Petua ke 4
*Air basuhan ikan atau ayam-siram pada pokok.






About me