Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mac 2011

Bujang Ibu Bersolek????

Kisah semalam.
Biasanya Farouk akan keluar lebih awal dr kelas n akan tunggu ibu kt dalam kereta.
Bila ibu masuk je dlm kereta tgk muka si mamat bertepek2 dgn bedak compact kt muka.
Sambil mulut farouk xabis2 dok bebel:
"Kenapa muka farouk dh hitam nie.."
" Sapu bedak ni banyak2 pn xputih la..."

Bila ibu buka pintu kereta punyalah dia terperanjat.
Terus disapu2 mukanya dengan lengan baju.
Kononnya nk buang kesan tepekan bedak compact kt muka tu...
Bukan main terperanjat dia....
Wakaka......
Tulh, Sapa suruh pakai bedak ibu????????


 tengah kusyuk tepek bedak kt muka.. Dia belum perasan ibu snap pic nie.....


control la tu cz trperanjat kena sergah dgn ibu......

Ais Krim Goreng..Nyum!!!!

Lama dah xmakan ais-krim goreng.
First time ibu makan masa sdg belajar kt Kuala Terengganu.
Masa tu ibu makan kt Pantai Batu Buruk.
Mula2 dengar nama tu jakun gaklh.
Xboleh bayangkan camne aiskrim tu di goreng.
Tapi bila rasa mmg sedap.

Semalam sewaktu balik dr pergi berubat 
rumah seorang ustaz ( nnti ibu wat n3)
Ayah singgah  NYC.
Terjumpa lak Fried Ice-Cream segera nie...
So ayah beli cz Beby mmg suka sgt.
1 kotak tu dlm RM8.00.
Dalamnya ada 6 ketul.
Boleh tahan sedap gaklh bila makan panas2 selepas digoreng....

Kalau nak buat sendiri ais krim goreng pun simple je :
Bahan berserta cara-cara: 
*Lembapkan dulu 2 keping roti dengan air(nak spray pun boleh)
*letakkan 2 sudu besar aiskrim di atas roti
*tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
*Tekan dengan menggunakan cawan atau gelas
(pastikan kedua2 roti itu bercantum)
*Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam dalam frezeer selama 2-3 jam.
*Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
*Pastikan minyak betul-betul panas.
ni kotaknya....

 baru lepas digoreng..masih dlm tapis.....

 zoom ckit......

 ais krim kt dalam yg masih keras.....

peserta pertama yg merasa......


30 Mac 2011

Tahniah untuk Naurah lak!!!

Aduhai, mesti org bosan dok baca blog ibu.
Xabis2 dok wish kat anak2 je.
Anak lak ramai....
Apa nk buat, ni blog dairi 4Fn 1Mf-family kan...
4fn tu utk:
farah nabilah
farah nadiah
farah najdah
farah naurah
1mf tu utk Muhammad farouk......
So semua catatan kat sini mmg berkisar tentang kisah anak2 ibu jelh....
Ni cerita exam Semester 1 @ UPPM 1 hari tu.
Farah Naurah dapat tempat ke 3 keseluruhan.
Naurah masih kekalkan prestasi cemerlangnya.
Walaupun dah melangkah ke Tahun 5 ttp result Naurah masih kekal cam dulu.
Peratusan keseluruhan A+.
Cuma ada sedikit penurunan.
Kali ni Naurah dapat 6A 1B.

A untuk subjek:
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Arab
Matematik
Sains
Agama.

B lak untuk Bahasa Inggeris.
Menurut cikgu BI nya xde sorg pn dapat A kali nie.
Mayb soalan agak mencabar n awal2 tahun cikgunya mmg bagi markah mahailh.
Masa Final exam last year Naurah yg higest dlm subjek BInggeris.
Rasanya markahnya 95% kot.

Apapn ibu ucapkan tahniah untuk Naurah.
Ibu tahu kakak BOLEH!!!!!!.
 * skrg ni Naurah sdg sibuk berlatih nasyid (penyanyi solo) dan Peserta Kuiz Bahasa Inggeris utk Karnival Akedemik Peringkat Zon bulan April nanti...Gud luck Kakak!!!

29 Mac 2011

Renovate Loteng Selesai Tapi

Cuti SK ibu ada cerita tentang ibu buat sedikit renovate rumah.
Klik sini.
1 minggu dah siap sebenarnya.
Upah orang Cina buat kerja memag cepat + cekap + bersih.
Harga memag mahallah sikit ttp kita puas hati.
Dah terlebih budget sudah.
Lagi pun ibu guna duit simpanan yg ada je...
So buat ala kadar utk keselesaan anak2..

Yang ibu suka bila siap saja kerja segala sampah sarap 
hasil kerja2 yang dibuat abis dibersihkan sekemas2nya olrh tukang2 tu semua.
Tidak la kita pening kepala memikirkan saki baki smpah.

Selesai kerja2 renovate tu siap2 pi beli cat.
Konon2 semangat brkobar2 ttp terus brkubur disebabkan kesihatan ibu.
So baru last week 4 farah luangkan masa mengecat bilik masing2.
Farouk pn merenggek2 gak nk cat bilik dia ttp malas ibu nk layan.
Xpasal2 ibu lak yg kena mengecat...
Mmg ibu tau Faruk jeles dgn kakak2nya tu....
Nasiblah Faouk!!!!!!
Nanti mengecat together-gether dgn ayah ok!!!!!.

Sebelum
loteng yg baru siap B4 naik sekolah hari tu...

Selepas
bilik angah + Naurah dh siap dicat..
Pink Colour pilihan Naurah n Angah...
Mrk pilih katil berlaci.jimat ruang!!!!.
Boleh thn gak harga katil tu...hu.hu.hu....
Perabut lain guna yg dh ada je...
Mereka berdua trpaksa share bilik cz xcukup 1 bilik lg....
Skrg bilik ada 5 ttp penghuninya 7..
Ayah pn kongsi bilik gak dgn ibu...hi.hi.hi..adil la kan.....

Ni loteng yg menempatkan bilik Along..
Along pilih warna Lavender.
Kt bilik Along skrg cuma ada katil n rak buku je...
Almari baju belum beli...
Kena postpone next month ye along.....

Beby pula pilih warna 'deep sea"...
Yang kasihannya, bilik beby masih kosong..
Xde katil, xde almari..yg ada cuma rak baju + rak buku.
Tapi Beby jenis redha n xkisah...
Kesian lak ibu tengok dia tidur beralaskan tilam jerr..
Insyallah, nnti kita beli lain kali ok beby...
Budget utk perabut dh abis kt  renovate tu.
Terlebih budget sudah...hu.hu.hu....

Dan bujang ibu Farouk mula jeles kat kakak-kakaknya sebab masing-masing bilik dah bercat baru.
So ibu cakap kat dia, suruh ayah pula yang cat n buat deko kt bilik farouk tu...
Baru adilkan!!!!!!..

7 of Us Outing....

Lama dah rasanya xouting ramai2 dgn anak2.
Biasanya hanya Farouk n Naurah je yg jadi pengikut setia ayah n ibu.
So hari Ahad ayah wat akta paksaan.
Ala-ala kerahan tenaga tu.
Ajak semua anak2 dara tu outing sekali....
So mereka terpaksa "Mengikut Perintah"....

Seawal 11.00 pagi ibu, ayah, Naurah n Farouk pergi jemputan dulu.
Tengok lauk pauk sedap2 ttp ibu , Farouk n Naurah cuma makan satey ayam je..
Ayah sorang je makan nasi minyak.....

lepas solat Zohor kami ke PC fair Muar.

xpasal2 ibu beli lagi si "beruk band" tu.
Kiranya koleksi ke 3 nie...
Hish!!!! kenapa la ibu senang sgt trgoda dgn godaan adik ensom tu...
Ayah menyia je kalu ibu nk apa2....hu.hu.hu...
Dan sorg lagi yg brperangai ala2 ibu, Beby...
Bodek2 ayah dpt 1 lg pen-drive 8G .
Kiranya koleksi yg ke 5...

pastu bergerak ke Wetex.
Tempat yg paling disukai anak2 ibu, ke Tanjong Mas book Centre.
Mmg leka la mrk kalu ke book centre....

singgah masjid Jamik Muar utk solat Asar....

singgah jap kt Tanjung Emas.....
Lepaskan gian 2 orang ni nk main kt playground....


28 Mac 2011

4F donuts!!!!

Meh kita layan kisah anak2 ibu...
Pernah dengar tak donut 4F.
Kt rumah ibu ni tengah hangat dipasaran.
Ni produk terbaru dr dapur ibu.
Dan dah ada pelanggan tetap n berpencen.
Kalu org order pn mmg xdilayan cz xcukup kakitangan.
Donut 4F tu hasil airtangan :
Farah Nabilah-Ketua chef merangkap tukang mengarah pekerja2 suruhan tanpa gaji..., 
Farah Nadiah-tukang goreng n salut donut dgn gula icing 
Farah Najdah-pekerja yg teramat tekun n gigih.dari uli tepung sampai siap adunan.
Farah Naurah-bekerja sama dgn Farah Najdah..kiranya pekerja yg gigih.
Muhd Farouk- pelanggan tetap!!!!!
Ibu-tukang rasa...he.he.he....

27 Mac 2011

Berkongsi Tip Kecemerlangan....

Hari ni ibu nk berkongsi tip sikit yang ibu dapat dr program motivasi.
Perkara yg baik elok kita sebarkan demi kebaikkan bersama.

Konsep berdoa untuk kecemerlangan anak2 dan penyembuhan penyakit kita:
A. Solat Wajib perlu dilakukan tepat pada waktunya.
B. Perbanyakkan solat Tahjud dan Solat Duha.
C. Jika tidak mampu lakukan solat Duha boleh digantikan dengan amalan:
1. Buka pintu di awal pagi 
(semasa melangkah ke tempat kerja)
2. Baca:
-Bismillah....
-Selawat ke atas junjungan 21X
-Baca Al-Fatihah 1X...
Semasa ayat ke 4 berhenti seketika dan menadah tangan serta berdoa. 
Mohonlah apa hajat yg kita inginkan..
Con: semoga anak2 terang hatinya....
-baca Surah Al-Ikhlas 3X
-Pegang ubun2 anak..
-ucapkan Ya Qa'wi (nama Allah) 11X
-Hembus diubun2 anak2 kita..

D.Amalkan selama 40 hari berturut2 atau jadikan rutin harian......
Insyallah, anak2 akan mudah menerima pelajaran dan lembut hatinya...

E.Selalulah berdoa di awal pagi sebelum menjelang subuh. 
Insyallah Allah akan memperkenankan doa2 kita.
F.Banyakkan bersedekah. 
Semasa bersedekah kita berniatlah utk keluarga dan anak2 kita.
Con: Ya Allah, aku berniat ikhlas bersedekah kerana tanda syukur di atas segala nikmatMu dan Kau berilah kecemerlangan buat anakku (sebutkan nama anak dan jenis peperiksaan yg akan mereka tempuhi...)

p/s: moga kita sama2 mengamalkan demi ikhtiar untuk anak2...
Doa kaum ibu 3X kelebihan berbanding doa Ayah.

26 Mac 2011

Tahniah Beby!!!

Agak lambat ibu wish utk Beby.
Sebenarnya result Sijil Darjah Khas Agama Johor 2010 
keluar 2 minggu lepas.
Disebabkan keadaan ibu yg xgitu sihat n Beby pn baru mengambil resultnya
Alhamdulillah, syukur kerana Beby berjaya meraih 
11A 1C  
dlm peperiksaan tertinggi Sekolah Agama.

A utk subjek:
Al-Quran, Tauhid, Ibadat, Hadith, 
Muamalat, Munakahat, Jenayat, 
Bahasa Arab, Faraid, Tafsir dan Akhlak.

Dan C tentulah subjek Sirah....
(org yg trlebih "rajin" membaca camtulh)

W.pun Beby xmeraih best student ttp 
Beby berada di kedudukan ke 3 tertinggi diantara 250+ org calon.

Beby ni antara anak ibu yang paling banyak penyakit "M".
Setiap menjelang exam, dialh orang yg selalu jadi mangsa ibu.
Setiap kali nk menjelang exam, mulalah ibu berlatih vokal.
Tapi dgn slamber dia akan berkata :
"Beby dah study la Bu....Beby dh hafal semua tu...."
Mau ibu xpanas sdgkan dia sibuk dok mengadap TV n laptop.
Suka belajar last minute n sikapnya tu terkadang membuat hati ibu panazzzzz!!!!
Apa pun TAHNIAH dr ibu dan sesungguhnya ibu bangga dgn pencapaian anak2 ibu.
Semoga anak ibu seimbangan dlm menuntut ilmu Dunia n Akhirat....
AMIN......



25 Mac 2011

Mee Sup a.k.a Sooun Sup.....

Perut lapar tapi selera masih kurang.
Tiba2 teringin nk makan meehon sup.
Sup ayam + bebola daging dah ada cz smlm masak sup untuk lunch anak2.
Meehon lak xde, so sebagai alternatifnya ibu goreng "sooun" 
dalam minyak yg panas sampai kembang n rangup.
Kemudian curahkan kuah sup kt dalamnya.
Sempat la jamah 2-3 sudu.
Lastnya Along yg tukang abiskan.....

 berapa byk bebola daging tu.....

24 Mac 2011

Pujuk Tekak!!!!

2-3 hari ni selera makan agak berkurangan.
Semalam terlanjur balik sekolah lalu kt depan kedai kek.
So belilah bbrapa potong kek nie...
Sekadar nk pujuk tekak yg xbrselera nk menelan makanan.

 2 potong kek coklat pilihan angah n along...

 untuk ibu...
dan untuk ibu lagi...tamak sangat..
Yang pasti anak2 yg abiskan cz ibu makan cuma sepotong jerrr....
 untuk Naurah n Farouk.....

untuk kakak nana..

Untuk Ayah????????
Ayah xsuka makan kek!!!!!!

p/s:
Terima kasih teman di atas sokongan n kata2 semangat serta doa2 kalian...
Rasanya ibu bertambah kuat n tabah lalui semua ini berkat sokongan n doa kalian....

23 Mac 2011

Alhamdulillah....

Hari ini ibu rasa ok sikit dari hari2 semalam.
Keadaan emosi dh agak tenang cikit.
Mungkin keadaan ibu agak bertambah stabil.
Sebenarnya last week ibu berpeluang berubat dengan 
Darul Syifa.
Dan masih mengamalkan apa yg dibekalkan....
Dan setiap kali ibu pergi berubat,
yang pastinya sakit ibu akan makin teruk.
Badan ibu akan jadi lemah,
Xbermaya,
Semangat pudar..
Setiap sendi ibu seakan2 dicucuk jarum2 yg tajam..
Seolah2 macam sesuatu sedang melawan...
Semasa proses berubat dijalankan,
sakitnya xboleh nk ibu ceritakan.
Bagai dicucuk dgn paku yg tajam disetiap sendi2, mata n telinga....

2 yg membuat ibu hampir berputus asa utk pergi berubat w.pun 
ayah xjemu2 membawa ibu ke mana saja yg kawan2 syorkan...
ibu dh xdaya melawan kesakitan demi kesakitan.
Malah kesakitan tu makin xtrtanggung setiap kembalinya ibu dr berubat.
Dan menurut tempat2 yg ibu pergi berubat, kesakitan 
yang ibu alami tu akibat dilawan balik oleh seseorg yg " menghantar" pd kami.

Seminggu ibu cuba melawan dan rasanya hampir tewas.
Dan semalam ibu pergi lagi berjumpa dgn seorg Ustaz.
Sebelum melangkah keluar bnyak halangan yg mendatang.
Ibu kuatkan juga melangkah...
Sedih bila mendengar kata2nya..
"Mungkin Benda yg dituju tu dh sebati dlm diri ayah n ibu".
Sedih memikirkan ttp kami akan tetap berikhtiar.
Sokongan dr keluarga n kawan2 menguatkan kembali semangat ibu yg hampir berkubur.
Dan segalanya ibu berserah pada takdir yg Maha Esa.

Sarapan Pagi ni.......

Xde yang menarik pn..
Pau segera yg ayah beli semlm....
Pagi2 juz kukus....
Cuma ibu sediakan yg paling simpal utk anak2.
Asalkan mereka ke sekolah dgn perut berisi sudahlah.....

22 Mac 2011

Merawat Luka..

Dalam tercari2 ketenangan ibu xingin berdiam diri.
Cuba lakukan sesuatu w.pn dalam kepayahan.
Ibu seboleh2nya xnk tunjukkan kesedihan n kesakitan depan anak2.
Ibu kena terus kuat memujuk hati ini.

Ibu menyelongkar segala koleksi tudung ibu yg tergantung.
Sememangnya sejak keluar trend tudung yg brmacam2 fesyen,
ibu semakin melupakan tudung 'bawal'.
Bukan ibu sengaja nk membazir ttp ibu rasa tudung skrg lebih praktikal.
Xperlu sntiasa digosok, xperlu penjagaan rapi.
Senang n cepat dipakai.
Xpayah nk mengadap cermin lama2.
Juz sarungkan je n letakkan pin kiri kanan bahu.

So ibu kumpul sebahagian tudung2 'bawal ' ni.
Bila dilipat rapi xsangka ianya menjejaki ratusan helai.
MasyaAllah....terperanjat juga ibu....
Insyallah ibu akan sedekahkan dibadan kebajikan cz
semuanya masih dlm keadaan baik....
Dan ada sebahagiannya ibu smpai pakai 2-3 kali shj....

sebahagian yg dh siap berlipat......

p/s:
Al-Fatihah buat salah seorg rakan blogger ibu yg meninggal tiba2 diusia yg masih muda.
Arwah sgt rajin dtg menjengah n meninggalkan komen di blog ibu.
Rasanya hampir 1 minggu arwah menyepi, rupanya arwah sdg bertarung nyawa di ICU....
Semoga Allah menempatkan arwah disisi org2 yang beriman....Amin.
Salam takziah buat isteri, anak2 n kaum keluarga Allahyarham....semoga tabah lalui ujian ini...

20 Mac 2011

Terus diuji.........

Terima kasih teman krn memberi kata2 semangat.
Disaat diri dalam tekanan n kekusutan.
Bertahun2  menanggung penderitaan ini.
Diberi kekuatan n semangat oleh tersayang.
Tapi trkdg kami sama2 hampir tewas....

Tidak tahu bagaimana ingin menyatakan kekusutan ini.
Bertahun2 melawan kesakitan n kesengsaraan kerana perbuatan orang.
Namun, terpaksa tempuhi juga dengan tabah demi insan2 tersayang.
Terkadang diri ini rasa hampir rebah trsungkur.
Terkdg rasanya sudah tidak ada daya dan upaya.
Terkdg rasa  ingin pergi jauh....
Diri ini xpasti kenapa ada insan yg xsenang di atas kebahgiaan kami.
Ada insan yg ingin memisahkan kami.
Ada insan ingin merampas semua ini....

Sudah puas kami brikhtiar..
Sudah puas kami berubat...
Sudah puas kami lakukan yg trdaya...
Sudah puas airmata ini tumpah...
Namun terkadang diri ini rasa sudah tewas.
Sudah xdaya melawan...
Seolah2 ingin rasanya menyerah kalah dan berundur..
Rasanya hampir tersungkur....
Dan skrg  hanya berserah pada takdirNya..

Tidak jemu2 berdoa...
Xjemu2 berzikir..
Ayat2 suci dijadikan amalan harian..
Namun Allah masih terus menguji.
Menguji dan menguji....
Dan skrg hanya mampu berserah....
Biar masa yg akan menentukan segalanya....
Doakan Kebahgiaan kami!!!!!

18 Mac 2011

Menyepi Seketika....

Menyepi seketika.
Untuk mencari kekuatan diri.
Dikala hadapi kesukaran ini.
Ya Allah berikan Aku ketabahan.
Berikanlah Aku kekuatan dalam menempuhi ujianMu.
Berilh Aku petunjuk utk memilih yg terbaik....
Kerana sesungguhnya Kau tidak pernah sedetik pn melupakan Aku...

Terima kasih ayah,
Kerana tidak jemu2..
Memberi kata2 semangat..
Menyapu airmata yg xhenti2 menitis...
Memeluk diri ini dikala sudah hampir hilang kekuatan....

Buat teman2..
Maaf krn buat seketika..
Ibu trpaksa menyepi..
Untuk mencari kembali..
kekuatan diri yg hampir hilang....

16 Mac 2011

Pasrah!!!!!!

Xtau nk tulis apa pagi ni.
Gembira, sedih, terkilan, pasrah, redha....
Ibu terima segala takdir hidup ini.
Biarpun di depan, ibu harus tempuhi liku2 hidup.
PAHIT dan MANIS !!!!
Ibu hanya insan lemah yg serba kekurangan.
Ibu xmampu membahgiakan semua orang.
Walaupun selama ini ibu telah byk brkorban demi kebahagiaan org lain.
Namun disebalik pengorbanan ibu,
tanpa ibu sedari, ada hati yg terluka n rasa dirinya terpinggir.
Maafkan ibu, kerana ibu hanyalh insan lemah yg serba kekurangan..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk hadapi semua ini!!!!
Amin!!!!

15 Mac 2011

Panaz + Aiskrim

Sehari dua ni cuaca panaz semula.
Dengan keadaan rumah yg berselerak mcm tongkang pecah.
Kerja renovate masih brjln....
So nk sejukkan tekak  n hati yg stress ni.

Meh layan aiskrim!!!!!!

tgk tu, bukan main kembang aiskrim tu..skali pandang mcm brokoli lak....
Ibu suka perisa mint n Naurah lak suka coklat....

Bingit + Masyarakat Majmuk!!!!!

Entah apa2 je tajuk n3 ibu tu.
Xtau nk letak tajuk sebenarnya.
Sejak semlm rumah ibu ni xaman cz ibu sdg wat projek renovate sikit.
Bukan renovation besar2an pn.
Juz buat loteng utk tambah 2 bilik anak2.
Bising + bingit = hidup xaman n tenteram...

projek dijangka siap dlm minggu ni.....

Projek ni dh lama dirancang ttp asyik tertunda je.
Bukan masalah apa pn.
Kerja2 ni perlu dibuat hari bekerja ttp yelh camne ibu nk ambil cuti.
Xkan nk ambil cuti 1 minggu.
Jangan mimpilh cikgu nk ambil cuti sesuka hati.
Dan biasanya cuti2 Msia, ibu slalu xde cz blk kg.
Sementara anak2 ada intensif kelas masa cuti ni ibu pn "on"lh projek tertunda tu....

Yang paling seronok bila ibu tgk pekerja2 uncle Ah Meng ni.
3 orang yg trdiri dr bangsa Melayu + Cina + India.
2 yg ibu kata masyarakt majmuk.
Of courselh mrk brtiga brinteraksi dlm bhs Melayu.
Tapi ibu tabiklh bila org2 Cina ni bekerja.
Mmg mereka pentingkan kualiti n xbrkira sgt.
Kerja cepat, cekap n kemas.
Kita tgk pn xdelh nk byk komen.
W.pn harga agak mahai ckit ttp berbaloi2lh.

Moga cpt le siap!!!!!!!!

14 Mac 2011

Gulai Nasi Berlauk @ Gulai Lemak Kelantan Stail........

Bila kerinduan melanda,
mcm2 boleh terjadi.
Konon2nya sebelum cuti ibu dh berangan,
bila balik kg, menu pertama yg ingin ibu nikmati untuk sarapan ialah
"Nasi Berlauk".
Tapi cuma tinggal angan-angan.

So hari ni ibu terpaksalh masak sendiri utk melepaskan kerinduan pd kg..
Ye ke dpt lepaskan rindu tu......
Sekurg2nya lepas la kempunan......

Ni resepinya:
1 ekor ikan tongkol 
( kalu nk sedap rebus dahulu ikan).
 2 biji cili besar
santan pekat
sedikit garam n gula.
Asam keping

Bahan A-dikisar
3 hiris lengkuas
4 ulas bwg merah
1 inci kunyit hidup/serbuk

Cara-cara:
Masukkan santan, bahan A, asam keping, garam, gula ke dalam periuk.
Kemudian masukkan ikan yg telah direbus (pastikan tos airnya)
Setelah hampir masak, masukkan cili besar/terung/ timun / kacang panjang-(jika suka)
Pastikan kuahnya pekat.
Sedap dimakan ketika nasi panas n bersama sambal.

Six of Us........

Kenapa 6org bukan 7org?????
Emmmm....biasalh ayah masih belum balik dr outstation.
Nasib baik ibu sntiasa disisi mereka...
Kalu idak jadilh mrk anak2 trbiar n ketandusan kasih syg..
Hu.hu.hu.......
.
Malam tadi xde nk buat apa.
So ibu ajak anak2 kluar.
Kesian tengokkan 3 org yg xtrlibat dgn 'intensif class' tu.
Terpaksa berkorban gak utk kakak2nya.
Terutama Naurah n Farouk.
Ibu tau mesti mrk sgt2 boring...

Siang hari mmg xboleh la ke mana2
cz along n Beby dh mula tuisyen.
Angah pulak sarat dgn homework yg cikgu bekalkan.
Katanya HW tu mcm cuti utk 1 bulan...hi.hi.hi....
Nasiblh angah kalu nk pandai gitulh.....
So mlm2 jelh boleh kluar tenangkan fikiran.
Jadual mrk tramat padat.
Cuma free 1 hari jerrrr.
Bayangkan!!!!!!!

Anak2 ibu xsuka window shopping so
ibu ikut jelh keinginan mrk utk pergi makan2..
Ikut jelh selera anak2.
Kalu kluar makan pn mrk cuma suka makan fastfood je....
Ibu terpaksa layan jelh tekak anak2......

kali ni cuba order set  donuts  fish combo.....
Anak2 kata kurenggggggg sedap cz mrk lbh suka makan kt MarryBrown...
Bagi ibu donuts fish tu oklh....boleh thn gak....

Naurah n Farouk...
Farouk cuma mkn 1 ketul fish donut..Ayam xsentuh langsung.
Sibuk dok sedut air jerrr....
Mmg jenis xkuat makan.......

us!!!!!!!
Bahagia melihat anak2 membesar depan mata...

13 Mac 2011

Best ke Jadi Driver?????

Sering bermain diminda ibu,
camne le diaorg kerja ye espclly driver teksi n bas tu.
Hari2 dok pusing stering.
Bukan dekat ttp jarak yg boleh mencecah  beratus n beribu2 km.
Xpenat + jemu + boring ke????
Ibu tabik spring la kt diaorg nie.
Ibu jadi driver kt anak2 pn dh xlarat.
Trkadang bising cz rasa penat ulang alik dok ukur jalan....
Dan bila holiday je mmg itulh kerja ibu.
Kalu ayah ada legalh sikit cz ayah akn ambil alih tugas jd driver.
Tapi yg pasti ibu gak la slalu ambil alih cz ayah slalu xde.
 
Ni jadual kelas intensif utk along n Beby masa cuti.
Dah sah2lh ibu jd driver mrk nie.
Bermula la edisi ukur mengukur jalan...
Org lain bila holiday boleh cuti2 Msia ttp dh bbrapa thn nie cuti ibu di jln jerrr....

p/s:
Terima kasih kpd cikgu2 mrk.
Cuti2 pn full dgn tuisyen..
Mmg cikgu byk cuti dimata kasar.
Tapi disebalik cuti terselit brmacam2 xtvt yg tidak 
diketahui umum kecuali org2 trtentu jerr.....

Meh Breakfast ....

Cuti2 pn ibu terjaga mcm biasa.
Pukul 5.00 pagi je mesti terjaga seolah2 ada org yg kejutkan.
Agaknya dh rutin bangun awal....
Bila dh terjaga mmg dh xde la mata nk lelap balik.
Tapi xdelh ibu bergegas cam biasa.
Sempatlah berangan2 dulu kt atas katil b4 tunggu jam 5.30 pagi.
Anak2 masih lena diulik mimpi2 indah.
So bila kesunyian camni, ibu ngadap lappy smbil wat breakfast utk diri sndiri.
Xde la b.fast yg canggih manggih pun.
Sekadar goreng potato wedges + telur + segelas air coffeemix.

Anak2 lak akan sediakan b.fast sndiri.
.Biasanya cuti2 masing2 akan sediakan b.fast ikut citarasa.
Lagi pun ayah xde.......

Meh b.fast....
Tengok tu..bkn main tamak ibu nie.
Last xabis gak makan....
Apapn....Alhamdulillah..kenyang..

12 Mac 2011

Ibu dh Tukar Profesion.....

Mulai hari ni ibu dh tukar profesion baru.
Ibu dh nekad nk jadi suri rumah sepenuh masa.
Pagi2 celek mata dh xpayah sibuk2 nk berkejar2 ke dapur.
Yang paling ibu seronok xpayah sibuk nk pakai baju baru, 
xpayah sibuk pilih  tudung utk matching dgn baju,
xpayah pening2 pilih handbag
xpayah  trkial2 cari kasut...
xpayah itu, xpayah ini...
 Best...best...

Pagi2 b4 siapkan b.fast, blehlh ibu bermalas2 jap
depan lappy sementara tunggu "pembantu" ibu cuci kain baju.
Dan sesuka sesuki hati bila nk masak lunch.
Nk mandi lambat2 pn ok jerrrrr....

Dan dh xperlu awal2 pagi keluar rumah.
Sempat berangan2.....
Syok...syok...

Hemmmm....brangan jelh tu.
Sempat la 1 minggu memegang gelaran suri rumah sepenuh masa.....
Dan menghayati saat indah ini.....
Dan 1 minggu ni ibu nekad xmo tgk sekolah.......

.

Mengidam Kuih Chara...

Lama dh ibu xbuat kuih chara...
Tiba2 balik dr SK,
Naurah vounteer nk masakkan.
Agaknya tringin sgt nk makan tu.
Nk minta ibu buatkan mmg xde maknanya la....
Balik SK mmg ibu dh xdelh nk masak cz utk lunch pn,
ibu dh prepare awal2 pagi.
Balik SK masa utk ibu tenangkan fikiran.
Lepak2 depan TV smbil baring2......

So bila teringin nk makan kena la Naurah masak sendiri....
Meh tgk Naurah beroperasi kt dapur......
dgn uniform SK belum ditukar terus menuju ke dapur.
setelah soal selidik ibu ttg resepi teruslh Naurah beroperasi.
Dan akhirnya siap juga kuih chara hasil sentuhan jari jemari budak tecik ni.
Yang dasyat tu Along jadi tukang rasa.
Bukan 1-2 bijik ttp 5 biji  dimakan....
2 baru edisi rasa merasa, belum masuk edisi makan.....

11 Mac 2011

Fobia dengan Cuti...

Dulu ibulh orang yg paling bahagia bila datangnya cuti.
Saban waktu menghitung hari...
Dan ayahlah yg juga menyibuk nk balik kg ibu.
2 kisah  bbrapa tahun lepas.
Tapi segalanya berubah kini.
Ibulh orang yg paling sedih setiap kali dtgnya cuti.

Tapi apakan daya keadaan berubah n ibu terpaksa redha dgn perubahan berlaku.
Banyak faktor yg menghalang kami utk brcuti seperti dulu.
1. Anak2 ibu dh makin membesar n mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian pd pelajaran.
dan perlu hadiri tuisyen yg cikgu2 mrk anjurkan sewaktu cuti.
Dan anak2 ibu hnya brgantung kpd tuisyen yg cikgu mrk anjurkan semata2...
2. Ayah dh xmcm dulu.
Masa ayah dh banyak dihabiskan dgn tugas2 yg padat.
Masa bersama kami pn dh agak terbatas.
Setiap kali cuti ayah harus terbang ke sana sini.
Apakan daya...ibu trpaksa redha.

Tinggallah ibu sendiri menguruskan anak2.
Sedih mmg sedih ttp apa boleh ibu buat.
Ibu bukan jenis yang tahu merungut...
Ibu xpandai meluahkan kesedihan hati dgn brkata2.
Ibu bukan jenis seorang yg suka memberontak.
Bukan ibu nk menunjukkan kebaikan ibu.
Tapi itulh realiti...
Ibu suka memendam rasa n sukar utk brkongsi kesedihan
w.pn dh org2 trdekat.
Ibu suka bawa hati n kesedihan dgn brdiam diri.

Terkadang hanya airmata yg mampu ibu curahkan.
Bila kerinduan kpd mama n abah membuak2...
Terkdg rasa begitu sedih krn xmampu brbakti utk mrk.
Di saat mrk tramat memerlukan ibu, ibu xmampu brada disisi...
Dan ibu masih ingat pesan mama,
Mama ingin melihat ketiga2 anak perempuanya
 menjadi cikgu.
Kata mama, senang cz kami boleh sentiasa berada di sisinya.....

Dan utk kesekian kalinya cuti dtg lagi.
Dan utk kesekian kalinya ayah terbang lagi.
Tinggallah ibu bersama anak2 di sini.
Menjalani rutin yg entah bila ada kesudahannya....
Maaf, n3 sedikit emo!!!!!!

Dapat "Berkat"....

"Berkat"....yg ibu maksudkan makanan yg kita dapat dr satu2 
majlis kenduri kesyukuran or kenduri kahwin. 
Xtaulh camne dpt gelaran camtu cz bila first time 
ibu jejak kaki ke sini tulh gelarannya......
Mlm tadi ibu dpt 'berkat" nasi ambeng.
Anak jiran antar ke rumah.
Bila hantar dh dekat Maghrib so xde la sgt org nk makan.
1 bungkus tu boleh makan 4-5 org.
Yang mengadap cuma Naurah n Farouk.
Along, Angah n Beby pn xbagi respond....
Ibu jamah la juga 2-3 suap.
Mlm2 mmg jrg ibu makan nasi.
Sayang sgt cz trbuang gitu je......

budak ni pn sama dgn ibu.
Makan nasi 1 kali je sehari......

10 Mac 2011

Alahai Kesian.....

Bila abis je peperiksaan sesuatu subjek...
dengan gigihnya cikgu2 menyemak kertas2 jawapan.

Seperti yang ibu cakap..
Ada berbagai2 situasi yang melanda:
1. situasi yg positif:
hepi, gembira, bahagia, kagum, bangga

2. Situasi negetif: 
tersentap, sedih, sengsara, terkedu, bercelaru, kasihan, terkilan,simpati....

Itulh realiti naluri seorang guru.
Bahagia jika anak2 didiknya berjaya n cemerlang.
Kecewa bila apa yg disampaikan xsepenuhnya menusuk ke hati anak2 didik.
Anak sendiri pn xmendapat perhatian seperti yg diberikan kepada anak2 didik.

Dan yang paling sedih n amat2 terkilan bila
soalan2 yang diperolehi dr pihak2 tertentu xsetanding dgn pemikiran murid2
dari segi umur dan kematangan mrk......
Dan saat inilh bila kami sedang menjamu selera dikantin akan terkeluarkan luahan2 hati..
Nada2 kecewa n sedih...
Bila seolah2 soalan2 tu "Syok sndiri..."
Bukan utk membantu memperkembangan kemahiran ttp cenderung ke arah menguji semata2.....
Tapi apakan daya n siapalh kita yg kecil ini utk menyalak gunung.
Sekadar meluahkan sesama insan yg memahami dan mengalami.
Seolah2 apa yg diberi kpd anak2 didik tu xsetimpal dgn tenaga..

Wahai anak2 muridku:
Sesungguhnya cikgu bersimpati dgn kalian ttp apakan daya........
Siapalah cikgu2 kalian ini.........
Atau mungkin cikgu xpandai mendidik kamu sebaik mungkin.
Apa yg cikgu sampaikan xsepenuhnya melekat di minda...
Dan cikgu memahami keadaaan kalian.
Kalian jauh berbeza dan bergantung semata2 kpd cikgu2 di sekolah.
Tapi kalian tetap cemerlang sebagai mana org2 yg di luar sana....
.
Yang pasti hanya Allah saja yg tahu jauh di sudut hati cikgu,
kalianlh yg utama n permata yg amat2 berharga...........

sesi menanda kertas murid2 bermula......

Pizza dan pizza lagi.....

Xpuas makan pizza kt rumah dh 2 hari berturut2 last week,
pergi terjah pizza kt pizza hut.
Entahlh...
Minggu pizza sedunia kot....
Terkdg sebulan pn xjumpa pizza.
Bila dh tringin slalu la pulak ngadap pizza.
Xkisahlh home-made ke, kt kedai tepi jln ke..semua tibai jerr...

 pizza yg diorder...sampingan kami order aiskrim n air coklat.
Order byk sgt...tamak gitu n last tapau cz xabis......

  Farouk minat sgt makan pizza....

 sorang lagi peminat pizza....

 dan Kak Nana a.k.a Beby.....

makan jangan xmakan...

9 Mac 2011

Exam Bermula....

Smlm UPPM 1 (Ujian Pengesanan Prestasi Murid) brmula.
So aman la sekolah cz xde la suara jerit pekik seketika
kecuali waktu rehat.
Dan cikgu2nya lapang la ckit cz juz jadi "jaga" je kt kelas.
Utk seketika xde la cikgu-cikgu dok uji suara kt kelas.

After selesai UPPM ni brmula la tugas cikgu2.
Mula la masing2 duduk dgn kusyuk.
Leka mengerakkan pen2 merah.
Menari2 di atas kertas2 jawapan.

Time tulh mula cikgu2 menunjukkan mcm2 jenis muka.
muka serius,
muka seronok,
muka stress,
muka frust,
senyum sorg2,
ckp sorg2
bebel sorg2,
puji, marah, terkilan, sedih, gembira........
Ada yg diserang migrin, 
Ada yg rasa nk makan org..
Ada yg nk jadi pontianak..

Dan anak2 murid:
Langsung macam org xde perasaan!!!!!
 

Selamat Kembali ke Mesir.....

Sedih + sebak + terkilan...
Kerana sepanjang kembalinya ke Malaysia akibat krisis d Mesir n lalui peristiwa2 pahit,
Ibu, kakaknya tidak sempat bersua muka..
Xsempat berbicara dan bertentang mata.
Sekadar berhubung di alam maya dan telefon.

Ingatkan sempat brsua pada cuti ini.
Namun hajat xkesampaian.
Tup..tup..tup...
Khairul Anuar terima panggilan dari JPA.
Suruh brkumpul di KLIA segera.
Sungguh trkilan krn tnpa sebarang maklumat terus mengarah berkumpul segera.
Dan atas tindakan segera abah menghubungi JPA.
Akhirnya diberi tempoh 1 hari brsiap.
Bayangkan!!!!!!!!!
Bergegas ayah menempah tiket flight KB-KL.
Nasib baik Khairul Anuar dh brsiap sedia.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan dh brtindak lebih awal.
3 minggu lepas dh membuat penjumpaan...
Memanggil semua rakyat jelata yg belajar di Mesir.
Semua rakyat jelata ditaja tiket penerbangan.
Siap memberi 2 sesi taklimat.
Segala di atur rapi agar xmenyusahkan.
Bukan sedikit ttp 1300 org pelajar.

Tup2 pelajar JPA lbh kurg 90 org.
Perlu ikut arahan JPA.
Kerana mrk pelajar tajaan.
Kami terpaksa menarik diri dr tajaan kerajaan negeri.
Tapi keadaan agak kelam kabut.
Makluman dibuat seolah xde perancangan.
Padahal bilang pelajar tajaan xseramai mana.
Apapn terima kasih ibu n pihak keluarga ucapkan kepada
pihak kerajaan negeri n JPA krn menaja perjalan pulang ke Mesir.

petang ini, adik yu akan terbang ke KL dan akan meneruskan penerbangan ke Mesir.

Warkah khas buat Adik Yu:
Yu, kak mmg amat trkilan krn xsmpt brsua dgn Yu.
Begitu juga dgn Along, Angah, Beby, Naurah n Farouk.
Biasanya setiap kali pulang ke Msia Yu akan brtandan ke Johor.
Kerana Yu tramat rapat dgn mrk...
Tapi keadaan kesihatan Yu xmengizinkan.
Kak tau Yu sudah lama alami keperitan itu.
Yu lalui sorg2 tanpa pengetahuan kami.
Dan syukur, setiap kejadian ada maksud trsurat n trsirat.

Kak n anak2 sntiasa brdoa utk kesejahteraan Yu.
Walaupn di mana Yu berada, yg pastinya Yu tetap tersemat di hati kami.
Kerana Yu adalah kesayangan semua......

8 Mac 2011

Meh makan.....

 Hari2 buntu memikirkan menu apa yg ibu nk masak.
Every night b4 lena mulalah fikir menu utk dimasak esok.
Sambil peluk2 bantal n trgolek kiri trgolek kanan.
Terkadang trsenggeh, kdg2 muka berkerut.
Last2 terlena dibuai mimpi indah + ngeri....
1 minggu 7 hari sekurg2nya adalh 7 menu yg berbeza.
Kalu 1 bulan dh 30 hari.
Kalu sethn xke 365 hari....
Wah..melalut lak ibu nie....
Binggung gak tu nk masak.
Dlm 1 minggu tu ada la masak sup, lemak, sweet sour n mcm2 la.
Tekak ibu n ayah xkisah cz kami mkn apa yg ada.
Ikan kering pn kami belasah....
Tapi kesian anak2.
Mrk semua mmg xpandai makan jajan.
Tengahari mesti makan nasi.
Makan nasi pulak mesti kt rumah.....
Buntu...buntu...buntu....

Kalau la ibu ni kaya kn best.
Ada "maid" yg sediakan semua tu.
Xpayah ibu pening2 kepala memikirkan menu2 tu.
Hish!!!!xsudah2 berangan.........

 sup ayam + cendawan + kentang.....3 in 1...dasyatkan ibu.

Berita Sedih + Berita Gembira.....

Kisah sedih sebalik Outing!!!!!!


BERITA SEDIH:
Kamera kesayangan ibu  
HILANG!!!!!!!
Angkara Ayah.

Kisahnya:
Masa Naurah n Farouk nk kluar ke Tjg Emas
ibu suruh Naurah bawa kamera ibu.
Masa kt Tanjung Emas, ayah dok sibuk guna DRLR n trlupa letak
kamera ibu kt mana.
mentang2 la kamera ibu kecik n murah...
Puas cari merata2 ttp xjumpa.....

BERITA GEMBIRA
Bila kamera ibu hilang ayah terus je ke
PC Fair kt Dewan Jubli Intan Muar.
Terus beli kamera baru ganti kamera ibu yg hilang.
Menurut kata Naurah,
seboleh2nya ayah mencari kamera yg spesis sama ttp xjumpa.

Mmg ibu xtau cerita pn ttg kehilangan kamera kesayangan ibu tu.
Balik2 Naurah meluru dapatkan ibu.
Mula2 mmg ibu sedih sgt2..
Rasa nk nangis....
SEDIH cz byk gambar2 kenangan kt dlm tu.
Ada sebahagian besar masih xsmpt ibu masukkn kt lappy.
hu.hu.hu...sedih sgt2....
Bila Naurah keluarkan kamera baru tiba2 ibu senggeh sorg2.

Tapi dijauh sudut hati ibu mmg rasa sgt2 trkilan.
W.pn ayah dh gantikan yg baru ttp yg lama masih menghantaui...
Sedih cz byk gmbar kenangan hilang begitu saja..
nilh kamera baru yg ayah belikan...
Beli kt PC Fair dpt disc 40%
So dptlh dlm RM520 ....
Lebih ringan dr cik hitam ibu......
Tapi hati ttp sedih meratapi kehilanganmu.......
cik hitam!!!!

p/s:
Ibu dengar cerita,
nyonya yg kemalangan smlm (klik sini)meninggal ditempat kejadian...
Terbayang2 lagi wajah dia semasa diangkat pemandu lori.
Masa tu dia masih sedar.xde pndarahan langsung.
Mayb cedera dlman.

About me