Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Jun 2011

Tinggal Beberpa Detik Lagi Utk Komentar Terbanyak + Hadiah Misteri!

Hingga 12 tgh mlm ni ibu akan tutup pengiraan 
pengomen2 peramah blog ibu Bulan Jun
sempena besday ibu.

Ibu akan pilih utk TOP 5 yg tertinggi bagi 
"KawanYg Peramah".

Dan ibu juga akan tambah hadiah 'misteri' 
utk komen2 yg best kt n3 ni.

Apa saja seperti luahan rasa, pandangan, cadangan, ucapan, ketidak puasan hati or what ever.....
Nnti ibu suruh 4Farah n 1Farouk pilih...

Terima Kasih di atas persahabatan dr semua.



Alahai Kerja..Kerja..

Pagi ni ibu kena ke sini bersama 5 orang murid.
Hadiri Pameran dan Karnival Jualan Buku 2011 anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Muar (PPD) di Bakri.
Baru berangan nk santai2 selepas dipantau....
Xde maknanya ibu.....

29 Jun 2011

Pemantauan

Seawal 8.30 pagi datanglah serombongan 
Pemantau PTP Daerah yg ibu tunggu2....
Tunggu la sangat....
6 org semuanya.
2 org angkut dslr, 
4 org angkut fail n ibu angkut diaorang utk 
di bawa ke bilik2 khas.
Ala2 pemandu pelancong gitu..
Sebab tu hari ni ibu pakai baju PPIM yg bling2
Biar silau mata depa..,,,ha,ha,ha,,

Satu persatu ibu tunjukkan bilik2 khas sambil berceloteh mcm2....
Dah siap sesi jln2 + terjah2, 
tunjukkan pula movie yg ibu buat dr program Ulead di LCD.
Dah abis, tunjukkan pulak program dr power point...
Xcukup dgn itu, tunjuk pula Blog PSS.
Xcukup lagi tambah FB PSS.

Rombongan pemantau mula nak bergerak n serang PSS...

 Ha, ko......timbunan fail2 dibelek secara detail...Sehelai xtinggal...

 Xcukup dengan fail, ibu kena jalani sesi interview..
Mcm nk mohon kerja lak rasanya.
1 lawan 4.
Agak2 sapa yg menang?????
Mcm2 soalan ditanya.
Lebih 200 soalan beb!!!!
200 OKEY!!!!
Mau peluh ibu xmengalir sampai ke kaki....

Bukan setakat kena interview,
setiap inci PSS diselidiki, disemak, ditenung, di tilik....
Mau ibu xrasa seriauuuuu!!!
Rasa mcm banduan pn ada....hu.hu.hu....

Hampir 4 jam ibu ditanya,
disoal, diselidik,
dijadi bahan experiment,
diasak2 dgn mcm2 soalan.
Tiba2 ibu tertanya2, 
"Depa ni nk dtg memantau ke nk cari BANDUAN"...
2lh, bila buat cincai kena serang,
Bila dicop CEMERLANG lagi dasyat......
So apa yg perlu ibu buat????????
CONFIUS!!!!!!!

p/s:
Badan + otak rasa penat ttp mata xmo pejam.
Nk berbuka dgn apa ye ptg nie........

28 Jun 2011

Akibat BZ Sangat!!!!

Tengahari tadi terima sampul pos laju dari Sarawak.
Seronoknya cz kain batik pasang yg ibu beli secara on9 sampai.
Baru je masukkan duit dlm akaun, tup2 dh tiba.
Berbunga gembira tapi xsempat nk belek2 cz petang ada meeting.
Cantik sangat.
Rasa xsabar nk jahit ttp mmg xde masa.....
Esok pemantau Daerah akan datang lagi...hu...

Sapa2 yang berminat nk order kain batik yg cantik2 boleh pergi 
ke blog UmmiRoss

ni sample kain batik yg ibu order...
ibu copy dr blog ummiross.

 Tau2 hari ni ada meeting.
2 pn ibu tahu masa sdg start engin kereta nk blk.
Nasib baik kak Mas syg yg bagitau.
Maklumlah dh 2 minggu ibu dok brtapa dlm Bilik kerja
menyiapkan kerja2 yg menimbun2....

Bila ada meeting tergesa2 camni mulalah ibu kelam kabut.
Mana nk jemput anak2 lagi.
kalau tahu awal2 senanglah sikit.
Boleh suruh 3Farah blk sndiri.

Bila kelam kabut mula xtentu arah.
Xpasal2 tgh gosok baju seterika terjatuh n berkecai..
Aduhai..malangnya nasib...
Saat nillah kau buat hal.....

Sampai SK dh agak lewat.
Meeting mula pukul 2.30, ibu smpai 2.45 cz p jemput Along dulu..
Angah n Beby ayah akan jemput cz mrk brdua ada tuisyen.

Sampai SK dahlah lewat, so terus la ibu panjat tangga tingkat 3.
Bila menuju ke bilik mesyuarat tgk kosong je xde org...
Bila call kawan rupanya meeting dibuat di PSS...
Hu..hu.hu..
Menapak lagi turun n panjat lagi bangunan lama ke tingkat 2....
Balik dr meeting singgah kedai beli seterika baru.
Anak2 xsuka pakai seterika jenis stim yg satu lagi..
Katanya leceh......
Melayang lagi duit xpasal2.

p/s:
Maaf ye kekwn cz ibu xsmpt nk BW lagi...
BZ thp maksimum...
Wat n3 ni pn sambil dok printe kerja2 ibu yg xselesai2...

Saja Tambah Kerja!!!!

Saja tambah kerja.
Dah tentu kerja2 ibu masih  menimbun + menggunung.
Tambah lagi kerja...

Dah muak tgk printer n mesin liminate...
So terjah lak mesin jahit.
Cuba juga siapkan jahitan secara ekspress..
Kononnya hari Rabu ni nak jugak pakai baju 
Persatuan Puteri Islam (PPIM) yg baru.
Alhamdulillah, dh kesibukkan ibu curi sedikit waktu utk senangkan hati sendiri.
Kata org boleh kurangkan stress akibat bebanan kerja tu...
Bagi motivasi utk diri sndiri...
Dan siap bajunya gatai lak nk tambah bling2.

Ok, dh siap baju PPIM + bling2...

27 Jun 2011

Jemput Makan..

Kesibukan masih belum reda reda..
Terima 1 lagi surat utk ke Program Pesta Buku Daerah Hari Khamis.
Ingatkan after pemantauan kali ke 3 hari Rabu selesai nk rehat jap..
Belum sempat nk tarik nafas dh terima tugasan lagi....
Xpelh, demi tugaskan.....
So jangan nk berangan nk goyang2 kaki ok....

Petang2 ni kerja2 di sekolah masih belum selesai...
So sambil buat kerja smbil goreng jemput2 carot + kentang goreng..
Jemput makan!!!!!!


jemput2 karot dan kentang goreng....

26 Jun 2011

Rumah Dah Rupa pejabat!!!

Kalau sesiapa dtg ke rumah seminggu dua ni jangan terperanjat.
Dah xde rupa rumah.
Nak kata pejabat pn xjuga...
Yang paling sesuai mcm tongkang pecah!!!!!

Segala kerja yg xsiap terpaksa ibu angkut ke rumah.
Rasanya xcukup waktu 24 jam sehari semlm.
Bayangkan dalam masa 1 minggu ibu terpaksa wujudkan 3 bilik khas kt sekolah.
Kemas kini PSS, 
wujudkan bilik BBM dan hari ni wujudkan Bilik APD.
Itu pun atas permintaan manja Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP)
yg dtg memantau last week..
Bukan akta paksaan, juga bkn akta tekanan ttp
demi menyahut cabaran..
"Alah Z, ko buat setakat yg mampu..."
Ha, jgn trperanjat PTP main ckp kau n aku je dgn ibu....
Namun ibu ttp ayu n sopan....tetap memanggil pegawai itu, ENCIK!!!!.
Itu tanda hormat cz dia tetap "Bos" ibu...

Dan ibu sangat bersyukur kerana menerima kehadiran seorg
Guru besar yg teramat baik n perihatin awal thn nie...
Cikgu Nik lah sering dtg berkunjung ke bilik kerja ibu.
Menemani ibu disaat ibu melakukan kerja2 di sana sendirian.
Sikapnya menambahkan lagi semangat ibu utk menyahut cabaran itu.

.Ibu juga bertuah punya anak2 murid yang rajin..
Sentiasa volunteer utk membantu cikgunya....
W.pn mesti ada upah...
Tapi xpe, bersedekah pd insan tulus camni mmg berkat.....

Cuma ibu sedih bila ada yg cuba mengelak dr melaksanakan 
tanggungjawab yg diamanahkan.
Cuba mengunakan org lain demi kesenangan diri...
Bukan ibu cuba mendabik dada, bukan ibu ingin menunjuk2.
Ibu xakan sekali2 menyerahkan segala tugasan
yg diamanahkan kpd org bulat2 selagi terdaya ibu lakukan.

Ibu hairan bila org sering memberi alasan:
"Xcukup masa"
"Banyak kerja"
"Xsempat"
Kalau nk ikutkan,
Ibu seorg isteri, ibu punya 5 org anak, ibu juga seorg suri rumah tangga...
ibu tiada pembantu rumah, ibulh driver anak2..
Alhamdulillah, ibu mampu bahagikan masa utk semua tu ....

Cuma ibu perlu korbankan masa senggang ibu.
Ibu xde masa lagi utk bersantai2 di bilik guru...
ibu xde masa lg utk bersembang2 kosong dgn kwn2 kecuali waktu rehat.
Ibu xde masa lg utk duduk mengadap kopi berjam2 di bilik rehat....
ibu xde masa lg utk duduk berangan..
Dan masa rehat ibu  perlu diisi dgn tugasan2 itu...

Ibu buat kerja ikhlas utk dptkan rezeki yg halal.....
Dan ibu hairan bila org seolah2 lupa ttg semua itu.....

Dan prinsip ibu, ibu xakan bercakap lebih dari 2X...
Ye...2X sahaja.
Kalau org lepas tangan, ibu akan
langsaikan tugasan2 yg xsiap w.pn itu bukan kerja ibu.
Ibu bukan jenis seorg yg suka mengarah orang.
W.pn ibu diberi kuasa itu.....
Siapalah ibu......

Tapi bila dtg pemantau, ibulah org yg pertama akan 
menjawab semua soalan2 cepu emas
akan disoal, 
akan diselidik.... 

Dan last week 
di depan Guru Besar dan PTP( Pegawai Teknologi Pendidikan)
ibu mula bersuara...
Ibu: "Cikgu Nik, Encik I, Encik R...saya rasa nk letak jawatan skrg...."
Tersentap mrk memandang ibu...
"Z, Kau JANGAN.....!!!!!"
"You can do it....."
"Aku percaya Kau boleh Z..."
Itulh kata2 keramat Pegawai PTP pd ibu...

Nak xnak ibu terpaksa berjuang juga dlm kepayahan.
 sambil menyiapkan tugasan2, masa nilh ibu release tension dgn BW n FB....
Masa ibu mmg banyak mengadap lappy...
Siap membuat data, step 2, masa utk print bahan2.......

 Xcukup ada printer, terpaksa beli mesin liminate sendiri.....
2 pun ada org pertikaikan:
" Kenapa ye printer n mesin liminate tu kt bilik Y????"
"Kenapa xletak kt bilik guru je..kan senang boleh pakai ramai2.."
"Ni mcm dia sorg yg punya..."

Mulut orgkan..sedangkan semua tu milik ibu dan Ina.
Ibu n Ina beli dgn duit sendiri..
Xkan ibu nk war2kan pada dunia semua tu milik prsendirian.
Ha, hari ni mmg 1 dunia dh tau...

dah siap liminate...proses potong memotong dan sepah menyepah bermula...
Ibu bersyukur krn Ayah xpernah menegur atau memberi komen melihat kesibukkan ibu..
Ibu nk p SK masa weekend ke, ibu dok ngadap lappy ke, ibu wat sepah ke..lantakkan aje!!!!.
KERANA Ayah 5 X 5 lagi dasyat dr ibu.....
Ha.ha.ha.....
Dan Ayah tahu,
ibu xpernah ponteng masak utk mengisi perutnya dan anak2....

 sambil2 tu curi sedikit masa jahit baju Pengawas SK Angah...
Kesian anak ibu dh lama menanti..
Sabar ye Angah, Insyallah, mnggu ni ibu akan siapkan......

 Dan jahit baju pengantin utk ibu...opppss!!!!baju unit beruniform PPIM.
Bosan la asyik dok pakai baju yg sama je setiap hari Rabu.
Jahit lagi sepasang w.pn mmg warnanya tetap sama
Pink + Putih.......aduhai!!!!!
Yang pasti, ibu teramat
PENAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

Celebrate Besday Ibu....

Nama je celebrate besday ibu ttp mcm biasalh
4 farah n Farouk yg trlebih posing.
Terlebih oder....
Dan mereka jugak yg cadangankan tmpt makan.....
Ikut jelh selera anak2.....

Gambar ibu???????
Xde maknanya....
Sekeping pn xde....
Xpelh, sekurg2nya anak2 seronok n hepi + kenyang.....

 2 farah yg kamching..
Along n Angah....
Minum air pun berkongsi 2 org...
Xtau camnelah mrk nk berpisah nnti......

 Farah ke 4 order bubur ayam je.....xmo makan ayam.

Ibu n Beby makan fish n Chips

Farouk makan burger + funfries je konon....
mcm xjumpa makanan seminggu.

pastu tu makan chicken mushroom lak..
"Hari makan sedunia"....
kalau dtg hari tak nak makan, langsung xdipandangnya ayam tu....

Yang lain mcm biasa order chicken mushroom......

ibu dapat sejambak coklat dr insan2 tersayang...TQSM my dear.....
Beby order hadiah utk ibu ttp xsampai2....
hu.hu.hu....

25 Jun 2011

Thanks Bee, Thanks Hanie n Thanks Semua!!!!

Birthday yang paling indah dalam hidup bila mengenali insan2 yg baik hati di alam maya.
Sehari seblm birthday, ibu dh terima ucapan2 di FB.
Hari birthday ibu sibuk hingga xbrkesempatan nk buka blog n FB.
Bila buka FB, beratus2 ucapan yg masuk.
Begitu di blog.
Bahagianya bila diri sentiasa diingati.
Terima kasih semua di atas ucapan dan doa2 kalian.
Hanya Allah yg mampu membalasnya....

Bukan setakat ucapan dr family, rakan2, anak2 murid dan bekas anak2 murid..
Tapi yg paling best bila ibu terima offer dr Pn Bee utk renovate blog ibu
10 hari sebelum menjelangnya besday ibu..
Klik sini.
 Rombakan dari A-Z hasil sentuhan kreatif Bee dan warna pilihan ibu
Kuning + Pink.
Hasilnya mendapat pujian dr rakan2 blog yg lain.
Hati ibu penuh dgn bunga kepuasan....

Hari ini seawal pagi ibu ke sekolah.
Menyiapkan sebuah lagi bilik khas APD.
Hilang segala kepenatan bila buka blog.
Terima 1 lagi kejutan dr rakan blog.
Ummi Hanie tinggalkan msg kt kotak komen suruh ibu check email.
Bila check rupanya Hanie hadiahkan sebuah Banner yg cantik.
"SILA JENGAH SEBELAH KIRI "
blog ibu...
Ada terpasang sebuah Banner baru hadiah besday dr hanie.
Thanks a lot.
Suka banget!!!!!
Love you all.....


Tak terbalas segala keikhlasan kalian.....
Cuma harapan ibu agar persahabatan kita kekal sampai bila2......Amin.

Tugasan ke 2 KSRS-Jawab Teka Teki


Tugasan ke 2 untuk ahli2 KSRS(Kelab Suri Rumah Tangga Sedunia) ialah teka teki..
Fuh!!!! jenuh nk search cari jawapan.
Ibu nak cuba jawab soalan2 yang dikemukakan oleh Puan Pengerusi KSRS Pn Bee di sini...
Meh Tengok Soalan dan Jawapan yg ibu dapat dr usha gigih ibu..
Gigihlah sangat..........

1. Ahli KSRS tinggal di DOHA
   Jawapannya:
   -Nama Pemilik Blog: Norela bt Ali
   -Blognya :Teratak Bahagia Mama Najla
   -URL http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/

2. Ahli mana yang berkerja sebagai pembuat bakery ?
   -Nama yg digunakan ; Kak Pah K-Poh
   -Nama Blognye: Ahli Kabinet Dapur / Spy Tetingkap: 
   -URL : http://effa-k-poh.blogspot.com/

3. Gambar sebelah dari gambar blog mana ?
    -Nama yg digunakan : mama JnJnJ @ Sue@ Anang
    -Nama Blog: theworldofcarangkulina
                         kami.orang.kampug

4. Siapa yang mempunyai anak kembar lelaki ?
    -Nama yg digunakan Izan
      Ibu kenal izan ni bbrapa bulan yg lepas..Suka terjah blog izan...
    -Nama Blog: Dua Hati Menjadi Satu :
    -URL: http://diariummi.blogspot.com/

5. Peserta bernama Haslina , Telah berkahwin tahun ?
    -Nama yg digunakan : Mel Haslina Amir
    -Nama Blog: RUMAH PUSAKAKU

Fuh!!!!berpeluh jawab soalan SPM Pn Bee nie...
Agak2 dpt A+ tak Bee???????he.

* n3 ni ibu dh buat smlm n ibu terbitkan di bawah 2 n3 lain.. 
Ni ibu edit semula utk diterbitkan semula pagi nie....he..
Jap lagi nk pergi Sekolah....Dh 2 minggu dok brgasak n berkampung kt sekolah...
Moga cepatlah kerja2 ibu selesai...TENSI + PENAT sgt....

24 Jun 2011

Result 4 Farah + 1 Farouk

 Hari ni selesai satu babak lagi tugasan seorang ibu dan ayah.
Hari terbuka 4 farah n farouk.
Anak ramai so ibu terpaksa agih tugas dgn ayah.
Ibu hadir sesi 1 dan ayah sesi ke 2.
Xboleh nk pergi together-gether thn ni cz kengkangan waktu.
So far result anak2 buat hati ibu berbunga2 cuma ibu xgitu puas hati dgn result along.

Result farouk SKAgama pn buat ibu hepi...
Tau2lh bujang ibu sorg nie xmcm kakak2nya yg lain.
Terlebih penyakit "M" + anak manja Ayah.
Kakak Naurah dapat no 2 n Farouk dapat no 3.
Farouk dapat No 3 dh buat ibu bangga ke...????
Tanya Naurah xpuas hati....
Nk wat camne, 1st time Farouk dpt no 3...wakaka....
Kakak mcm bengang cz bila dpt no 2 pn ibu dh bising2....he.he.he..
Mcm pilih kasih je bunyinya kan...
Kakak pn taukan adik kakak sorg tu.......

Ibu serahkan Farouk n Naurah  pada Ayah utk berbincang  dgn cikgunya...
Naurah xde masalah di kelas n resultnya maintain sejak tahun 1.
tetap jd kebanggaan cikgu2 dr segi sikap n ketekunannya......
Kat kelas pn dia tekun belajar..

TAPI.....
farouk buat ibu risau dgn sikap xberapa tekun belajar w.pn otaknya boleh tahan.
Autanya pn boleh tahan..
 Ada potensi jadi lawyer...lawyer buruk gitu...chit!!!!.

Beby lak turun menjunam dr no 1 ke no 9...
Rasa geram + hangin gak ibu cz this year dia nk PMR.
Menurut cikgunya skrg bukan main lagi dia brgosip2 kt kelas.
Amboi2 bukan main lagi dia....
Masa ibu p jumpa cikgu dia entah ke mana..
Bila dh siap bincang baru tersenggeh2 masuk kelas.....
GERAM!!!!!!

Angah tetap maintain n terus jadi murid kebanggaan cikgu2nya..Syukur..
Sejuk hati ibu yg tengah geramkan Beby bila cikgu2 puji2 sikap n ketekunan angah.
Xsia2 angah tekun belajar.....

Result Along mmg xmemuaskan hati ibu...
Harap2 Along lebih tekun krn along perlu tahu Subjek Sains xsemudah yg disangkakan...
Cuma Along perlu kurangkan tidur n berusaha lebih sikit....
ibu dh warning, kalau malas2 thn depan ibu kawinkan....
Ok tak???????
Nnti ibu boleh jadi nenek a.k.a nanny muda......

Dan Ayah, ttp cool..xde komen, xde bising2, mcm xde apa2 pn.
Rakan2 ibu  bercerita kt ibu..
"Walah, coolnya en M ,cik abe ko tu....xde pn nk jeling2 farouk bila dengar komen2 dr aku..."
"Kalau ayah lain akan ckp, cikgu rotanlh anak saya, pukullah anak saya.....
tapi Ayah cuma cakap 
" Cikgu berilah tunjuk ajar pada anak saya, cikgu jangan segan utk tegur dia....,
cikgu buatlah yg terbaik utk dia..."

Huwaaaaa.......ibu naik geram tgk muka farouk yg tersenyum mcm xde perasaan....
Sabo jelh....

Yang penting setiap kejayaan anak2,
ayah  akan ada habuan lumayan....
Nampak gayanya ibu je yg slalu moody.......

Doa ibu agar anak2 ibu terus cemerlang dunia n akhirat.
Ingatlah anak2 ibu,
espclly Along, Angah, beby, Naurah n farouk...
ibu xpernah mengharapkan apa2 dari anak2 ibu selain 
KEJAYAAN,
KECEMERLANGAN,
KETEKUNAN,
KEIMANAN.....
Ibu akan sedih sekiranya anak2 ibu kecundang.
Ingatlah, setiap pengorbanan + penat lelah + tangisan + bebelan ibu demi utk kalian semua....
Ketahuilah anak2 ibu, 
kalianlah permata hati ibu, kalianlah harta ibu dunia dan akhirat...

Tiada hadiah yg berharga di hari lahir ibu selain hadiah kejayaan anak2....Amin....

Syukur padaMu YA ALLAH.....

Today is My Besday!!!!!

HAPPY BESDAY IBU!!!!!!
Ha.ha.ha.....ibu wish besday sendiri pepagi buta nie.
Tiada apa yang ibu pinta selain memanjatkan doa 
dari Allah agar ibu dikurniakan kesihatan n kekuatan 
utk terus berbakti pada family.
Agar sempat meraikan kejayaan anak2.
Agar sempat menyaksikan anak2 berjaya dalam hidup.
Dan sesungguhnya ibu bertuah krn memiliki 
org2 yg begitu istimewa dlm hidup ibu.

*hari ni BZ lagi, cz ada hari terbuka di sekolah 3 Farah n SKAgama Naurah n Farouk..
Jwbnya OT la ibu dr pagi sampai petang...
So sambutan besday dgn menatap markah exam anak2......

p/s:
SEPERTI YG IBU MAKLUMKAN DI BAHAGIAN ATAS CATATAN BLOG,
5 ORANG PENGOMEN TERBANYAK UTK BULAN JUN 
(BERAKHIR PADA 30 JUN
AKAN MENERIMA SEDIKIT CENDERAHATI YG XSEBERAPA DARI IBU...
TANDA TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN KALIAN.


23 Jun 2011

Musykil....

Ibu pelik + hairan + ajaib + musykil.
Musykil tentang mamat2 spesis Bangla  + Pakistan nie..
Minat sgt nk kawan dgn ibu..
Bukan sorang ttp bbrapa orang.
Mula2 bila baca msg yg mrk tinggalkan kt FB tu
ibu terima lah mrk sbgai kwn kt FB.
Sekurg2 bolehlh brtukar2 pendapat ttg budaya negara msg2...

Tapikan yg pelik hanya mamat Bangla + Pakistan je yg
berminat nk kawan dgn ibu.
Mamat2 Mat Saleh ke, Indon ke, Filipina ke xde la pulak
minat nk kwn.
Yang ibu musykil bila mamat2 Bangla n Pakistan tu
siap  tanya asal keturunan ibu ni.
Depa kata wajah ibu ada iras2 dgn spesis keturunan mereka.
Ada yg hantar msg dlm bhs urdu.
TOLONGLAH!!!!!!
Entah apa la depa nie.....
Ramai yg sangka ibu  ni sekapal dgn depa????
Haya!!!! Haru....
Muka ibu ni ada mcm 
minah Bangla ke???
So ibu pergi dok belek2 muka kat cermin.
Ye ke muka ibu camtu??????
Menci!!!!
Setahu ibu, muka ibu mmg muka Minah Melayu sejati....

Hari Terbuka + Pemantau

Hari ni ibu sibuk dgn aktiviti Hari Terbuka Sekolah.
Mmg xde ruang langsung nk mengadap lappy.
Ibu sebenarnya bukan guru kelas tapi volunteer gantikan 
Cikgu Zainab yg ada taklimat.
Kebetulan ibu dah 2 thn mengajar budak2 ni so boleh lah
bersemuka n berbincang dgn ibu bapa anak2 murid nie.

  Bersemuka dan berbincangan dgn ibu bapa ttg masalah anak2 masing2...
Mcm2 kisah n luahan hati si ibu ttg anak2 mrk kt rumah..
Ibu memahami krn ibu juga ada ramai anak2.
5 org anak=5 perangai n sikap yg berbeza.
Trkdg sikap anak2 kt rumah amat berbeza di SK.
Ingat ye ibu2, mama2, mummy2, ummi2 n emak2, 
terkdg ada anak nakal sgt kt rumah ttp teramat baik
di sekolah ttp ada yg sebaliknya..
Baik sgt kt rumah ttp kt SK dialh hero.........

 Naurah (tengah) n the geng menjaga gerai jualan alat tulis...
Banyak juga keuntungan yg mereka dapat .
Keuntungan tu untuk tabung PSS....

Baru nak bernafas tiba2 datang lak pemantau PSS.
Tiba2 dtg menyerang......
Alahai semput rasanya ibu.
So terpaksalh ibu n Guru Besar mengiringi mrk ke bilik2 khas.
Mendengar komen2 membina utk ditambah baikkkan.
Alhamdulillah, semua komen yg ibu terima memberangsangkan.
Ni Pra-Pemantauan dr Pegawai PTP Zon Serom.
Next week pemantau Daerah akan serang!!!!!
Jawabnya sesak lagi la nafas ibu...
hu.hu.hu...

p/s:
Belum smpt nk BW.......

22 Jun 2011

Masuk Sinar Harian Lagi?????

Sila jangan muntah bila tengok keratan surat khabar nie..
he.he.he..
Kalau alergik sila cepat2 pejam mata ok...
Ni kali ke 2 Beby a.k.a Farah Najdah masuk paper bulan nie...
Kali pertama kt Surat Khabar Sinar Harian pada 4 Jun 2011.
Keratan Akhbar ni kt Surat Khabar yg sama gak tapi pada 16 Jun 2011.
Ibu pun xpasti kenapa 2X masuk paper yg sama...
Tapi pd 16.6.2011 tu cuma 1 gambar je n xde artikal.
Yang 4.6.2011 tu 2 keping gambar Beby bersama artikal...

Beby a.k.a Farah Najdah kt tengah2 (tudung hitam yg gambarnya cinonet + kabur tu)
bersama pelajar2 Cemerlang SDKA.

Pagi Yg Serba xkena!!!!!

Pagi2 mcm biasa berkejar ke dapur utk siapkan b.fast + lunch.
Tengah dok kalut semacam tu boleh ibu terlanggar tong sampah.
Mak aiiiii....mcm2 khazanah isi perut dlm tong sampah tu tumpah ke lantai.
So terbongkok2 la si ibu ni mengelap sisa tumpahan tu.
Bila dh tumpah , ibu masukkan dlm plastik sampah utk terus dibuang kt luar.
Seawal pkul 5.00 pagi ibu keluar buang sampah.
Nasib baik xterseremppat dgn pontianak...

Masuk dlm rumah tgk sisa tumpahan menitik 
sepanjang laluan ibu dari dapur hingga ke beranda hingga ke pagar...
hu.hu.hu....
Nk xnak terpaksa gak kena lap.
Tau2lh camne wanginya bau sisa air sampah sarap tu....
Pergi ke washing meching,
terlanggar lak baldi berisi air.
Tumpah lagi..
Mop lagi...

Sambung masak smbil sidai baju.
Bau semacam je kt dapur.
Nasib baik kuah mee-hailam ibu xhangus....
Kalau hangus, sah2 dgn periuk ibu humbang keluar...
b.fast pagi nie...mee hailam dh xrupa...
Xkisah asalkan anak2 ttp puji air tangan ibu yg mulus ni sedap..
Entah ikhlas ke idak tu depa puji..
Ke saja2 nk ambik hati ibu yg tgh membengkak nie....

Rasa nk nangis....
So mulalah lepaskan perasaan.
Pagi2 mangsa pertama Farouk dh kena bebel dgn ibu.
Lepas tu Beby....n yg lainnya...
Ha.ha.ha...lega rasa hati ibu nie...
Dasyatkan....

Datang SK, terus mengadap komputer utk siapkan tugasan PSS.
Tiba2 litar pintas.
Aduhai, tensi...tensi...
Dah la kerja2 yg baru bertaip xsempat nk save.

Alang2 xde letrik,
so ibu p la berkemas kt Galeri Sejarah kt belakang PSS.
Tengah syok dok buat kerja2 kt situ tgk tudung ibu dh hitam kena habuk.
Dah la hari ni pakai baju unit Uniform Puteri Islam, Putih + Pink...
Camne nie...Terus p tandas bersihkan.
Habis basah lencun mcm anak2 murid ibu yg selalu ke tandas p main air.
Hari ni cikgunya lak main air....
Camne nie....
Haru betul hari nie.....!!!!!
Hati pun rasa xsedap jerr...Asyik berdebar2...
Moga xde apa2 yg xelok lagi berlaku hari nie....
Amin...

21 Jun 2011

Jambatan Sultan Azlan Shah di Perak

Masa vacation jelajah 1 Msia hari tu kami sempat
singgah makan nasi lemak kt
Jambatan Sultan Azlan Shah,Perak
Fuh!!!!pedas sampai berdesing lubang telinga.
Berasap lubang hidung.....
Rasa mcm keluar asap kt mulut mcm dragon gitu..

Entah berapa banyak anak2 ibu dok teguk air.
Lapo punya pasal telan jugak.
Maklum la anak2 ibu ni xtahan pedas.
Tapi mmg pedas thp maksimum la...
Nasi lemak tu sedap gak rasanya....
Bagi org yang biasa makan pedas xde hal la....
4 farah tu je kecoh semacam..
Merah menyala bibir masing mcm pakai lipstik...hi..
Kelakar je....

Nasi lemak yang pedas berapi.....

 Jenuh sedut air nk hilangkan kepedasan tu....
Lepas minum air bergelen2 kami p cari aiskrim......

 ambil udara segar utk hilangkan pedas...ha.ha.ha...

English Contest 2 Farah

Cerita lapuk sebenarnya nie.
Lapuk pn lapuk lah janij diary catatan utk kenangan anak2
pd masa akn dtg tetap adakan.
Bukan niat nk menunjuk2 tapi mmg ibu dh kata blog ni mmg catatan utk
family semata2.
Mmg kalau brtandang ke blog ibu mmg xde kisah lain selain kisah anak2 ibu.
Dan ibu seboleh2 akan ttp dgn pendirian ibu xakan campur adukkan dgn hal2 lain.
Dan ibu pn xkisah ttg trafik blog ni nk naik ke, turun ke, menjunamk ke...
Yg penting xtrkeluar dr tujuan asal penubuhannya tu.....
Sesuailah dgn tajuknya tu kan..
Kalau ibu nk baca cerita lain, ibu p la ke blog kwn2...hi.....

Hish!!! membebel lak ibu pagi nie.....

Ni kisah 2 Farah,
Farah Najdah a.k.a Beby n Farah Nabilah a.k.a Along.
Depa join English Week masa Bulan Bahasa Inggeris 2 bln lepas.
Dan penyertaan kedua2 Farah ni xsia2....

 Beby sertai Spelling  Contest n dapat 1st Place keseluruhan.
Ni Piala dan Sijil Penghargaan Beby...
Mmg ibu akui BI Beby ok..
Slang BI dia pn kalah Minah Salleh...hi....
Trkdg Beby jadi rujukan ibu kalau bab2 spelling n sebutan
dlm Bahasa Inggeris.....


Along pula masuk 2 acara iaitu Scrabble dan Essay Writting.
Essay writting along dapat 3rd place n Scabble dpt Saguhati je..
 Maklumlah persaingan terutama dr pelajar berbangsa Cina....
Last year Along masuk Pidato dlm Bahasa Inggeris n dpt tmpat ke 3 jugak...
Tahun ni Along nk ubah selera lak....

Piala saguhati dalam acara Scrabble

 ni Piala utk Essay Writting yg Along dpt tempat ke 3.
Frust gak katanya cz cuma dpt tmpat ke 3 jerrr.....

 piala dan sijil penghargaan milik along.....

20 Jun 2011

Pak Haji Rock....

Masa godek2 blog terjumpa lak n3 lama nie...
Pic ni masa umo Farouk 6 thn...
Masa ni kulit dia masih putih melepak.
Maklumlah masih kecik lagi...
Skrg dh hitammmmm!!!!..

Pic ni ibu snap masa dia tengah tunggu ayah nak solat....
Oppssss!!!!... lupa nak pakai kain pelikat..
Main hentam je budak tecik ni..
Katanya : "tak pelah, fayuk masih kecikkk lagila bu.."
Nnti besar Farouk nk jd tok guru mcm atok ayah....

Rindu lak rasanya saat nie..
Kalau boleh rasanya nk biar je Farouk sebesar ni sampai bila2...
Masa ni nk peluk, nk cium, dia masih xkisah ttp
sekarang bila pegang pn dia kata...eeeee, gelilah bu...

Beby @ Sinar Harian

Minggu lepas ibu terima MSS dr seorg rakan wartawan yg mengirim 
keratan akhbar Sinar Harian nie...
Lepas tu kwn ibu tag lak kt FB.
Memang ibu xbeli surat khabar bertarikh 4.6.2011 tu.
Keratan berita akhbar ni dh 3 minggu lepas.
Maklumlah sejak kebizian melanda ni nk baca paper pn xsmpt.

Ni masa Majlis Konvokesyen Beby a.k.a Farah Najdah hari tu.
Gambar Beby menerima sijil dan piala dr YB Ir Hamim B Samuri
masuk Surat Khabar Sinar Harian gitu..
Ibu yg trover lak....he....

 Keratan Akhbar Sinar Harian yang ditag oleh 
En Hai Rozzaman a.k.a WakJaman kt FB ibu...
Gambar kt penjuru belah kanan tu Beby sedang menerima sijil kecemerlangan
dan gambar bawah ni Beby yg brtudung hitam kt tengah2 tu....
Thanks wak!!!!

gambar ni pun ditag oleh Wak Jaman minggu lepas.....
Thanks a lot...
Nk wat camne, masa majlis ni ibu xde...hu.hu.hu....
Beby cuma ditemani makciknya...

Sekarang lengkaplah gambar kami sekeluarga masuk paper..
he.he.he....perasan glemer!!!!
Klik sini.

19 Jun 2011

Khasiat Budu


Sapa pernah makan budu, sila angkat tangan.
Ibu rasa skrg ni kat mana2 budu dijual. 
Kat pasaraya pn adakan.
Xperlu nk p Kelantan or Terengganu nk dapatkan budu.
Budu ni feveret ibu n Abah.
Kalau blk kg mulalah 2 beranak ni lawan2 makan budu cicah ulam.

Kalau kena cara penyediaan n kena lak jenama yg sesuai mmg best la.
Mak mertua lalu pn xsedar.
Makan pula dgn pucuk ubi kayu yg dicelur lembut....
Fuh!!!!!Nikmat xterhingga......

Masa search internet ibu jumpa ttg khasiat budu nie.
Dah lama sebenarnya ibu perap n3 ni dlm draf.
Kalau nk tau dh 3 thn...he.he.he...
Tah camne boleh peram begitu lama.
Sama la proses nk buat budu nie la.....

Meh kita share khasiatnya:
· Berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser pada peringkat lebih awal.

· Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

· Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

· Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

· Mempertingkatkan IQ kerana ia merangsangkan sel-sel otak, memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

· Bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

· 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks- vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin)) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

· Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

· Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

· Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon juga merupakan antioksidan untuk menghentikan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel..Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

· Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

· Sumber serat (dietary fiber) yang baik. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Ia mudah untuk dicernakan.

· Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

p/s:
Sapa2 nk anak bijak bagilah mereka makan budu ye puan2...he.he.he...
Betul jugalah kot cz kebanyakan calon2 cemerlang byk dtg dr Pantai Timur..

Block Buster ke Monster????

Last week ibu binggung lagi cz dh 4 bln berturut terima bill telefon melambung2.
Tiap kali terima bill telefon mesti mencecah RM300-RM400 permonth..
Rasa hairan jugak cz sebelum ini ibu mohon package 
Streamyx BlockBuster 
setelah menamatkan package i-Talk. .


Sepatutnya ibu dpt free local n nasional call.
Tup2 bila tgk bill, MasyaAllah mengucap panjang ibu.
Panggilan utk mama setiap panggilan memcecah RM60 ke atas.

So ibu rasa xpuas hati terus ibu call 100.
Bila dia semak, package ibu xtrmasuk seperti yg ibu langgan.
Geram tau ttp nasib baik si operater tu lemah lembut tutur bicaranya.
Sejuk hati ibu.
Katanya mayb kesilapan staff TMNet kt area ibu tu.
Masa itu memohon package tu pn line tenet tgh problem 
so mayb staff tu xboleh nk isi borg permohonan ibu secara terus.

Staff  TMNet brjanji akan tukarkan package ibu secepat mungkin.
Rasanya dh mula tukar kot cz line tenet ibu dh semakin laju + pantas.

Ibu ni kalu bab2 nk call n nk komen2 org mmg malas.
Malas nk tunggu panggilan disambung sana sini.
Leceh!!!!!

Harap2 bill telefon bln ni xdelh mencecah RM300-Rm400 lg.
BlockBuster cuma dlm area RM110-RM140 je...
Sayang buang duit gitu jerr..
Mencekek mcm Monster!!!!menchi...
Kalau ikutkan kos tu dh boleh tuang minyak blk kg di Kelate every month...
 Lagi puas cz selain dpt brsembang dpt peluk mama sepuas2nya....
Apa pun redha jelh......

Selamat Hari Abah dan Ayah.

SELAMAT HARI ABAH
Khas buat insan yg paling ibu sayang n kagumi di dunia ini,
Tn Haji Abdullah B Hj Yusuf 
a.k.a Tok Guru Hj Lah.

Abah dilahirkan di Tanah Suci Mekah 68 tahun yng lalu.
Mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Phd. ke luar negara,
tapi demi keluarga tercinta, abah terpaksa menolak dan melupakan cita2nya itu.
Seorang Abah yg teramat baik, penyayang dan perihatin.
Seingat ibu, Abah xpernah mencubit kami apatah lagi memegang rotan.
Ibu mmg rapat dgn Abah sedari kecil.
Kami punya hobi yg sama, selera yg sama dan pandangan yg sama.
Kami mmg serasi bersama......

Abah mmg terlalu baik dan penyabar orgnya.
Anak2 diasuh penuh kasih sayang dan toleransi.
Abah mampu buktikan pada masyarat,
sebuah keluarga bahagia mampu melahirkan anak2 yg cemerlang.

Sehingga skrg, abah tetap mengambil berat tentang
ibu sekeluarga w.pn ibu sudah ada keluarga sendiri.
Dan sesungguhnya ibu terlalu menyayangi n mengkagumi Abah....
Semoga Abah sentiasa dilindungi Allah setiap detik dan waktu...


SELAMAT HARI AYAH
Khas untuk Ayah kepada anak2 ibu.

Seorang AYah yg terlalu penyabar melayan kerenah anak2.
Mungkin sikap ayah yg pendiam, ayah sekadar menjadi pemerhati 
bila anak2 bergaduh semasa kecil.
Dan ibulah yg menjadi singa memarahi mereka.....
Sepanjang bergelar Ayah, xpernah sekali ibu melihat ayah memegang rotan.
Dan di rumah kami mmg xpernah wujud rotan....
Susah utk melihat ayah memarahi anak.
Ayah umpama kawan bila berinteraksi dgn anak2.
Bersikap terbuka dengan kehendak anak2 berbanding ibu.

Sama seperti Abah, Ayah mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Abah dan Ayah banyak persamaan.
Mereka serasi bila bersama.
Sama2 meminati Bidang Sejarah.
Dan mereka merupakan pakar sejarah.

Juga tidak lupa untuk adik2 lelaki ibu yang bergelar bapa
Ahmad Zaki B Hj Abdullah 
dan  
Ahmad Zakimi B Hj Abdullah.
Abg ipar ibu  
Hj Hazli B Hassan  
dan adik ipar ibu  
Marzuki B Ali. 
 
Juga utk rakan2 blogger yg bergelar bapa.

Ya ALLAH, 
kurniakan mereka ketabahan, kekuatan, 
kesabaran, ketenangan, keimanan, kesejahteraan, 
kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keikhlasan.
Jadikan mereka antara insan2 yg terpilih mendapat 
hidayah, petunjuk dan kerbekatan dariMu
YA ALLAH.
Kerana mereka adalah antara bapa2 yg terhebat....
Amin!!!!!

p/s: 
utk adik2  blogger ibu yg bergelar cikgu ensom nie, 
Imanshah, Areef, dan Azhan .
Bila lagi nk makan nasi minyak????
Nanti boleh la join kelab kaum bapa...he.he.he...

18 Jun 2011

SESI PERKENALAN ANTARA SEMUA AHLI KSRS

SESI PERKENALAN ANTARA SEMUA AHLI KSRS.
KSSR tu Kelab Suri Rumah Sedunia yang ditubuhkan oleh Bee .
Walau pun ibu bekerja, ibu tetap suri rumah tangga cz ibu xde 'maid' ok.
Semua urusan rumah tangga ibu yg uruskan sepenuh masa.
Jadi ibu kerja 2 in 1 lah....
Sapa2 nk join boleh singgah blog Bee.
Ni utk kaum Hawa jerrr tau, utk kawan2 blogger yg bergelar Adam tu
dok diam2 je ok!!!!he.

Ni tugasan pertama untuk Ahli KSRS

A. Gambar.
(Kecik je ye Bee...seganlah nk letak besar2....)

B.Nama
Nama penuh ke Bee??????
Nor Zakiah Abdullah (NZA)

C.Umur
Dah tua la....boleh tak nk rahsiakan...
Seganlah....hi.hi.hi....

D. Tempat tinggal
Tinggal kt Muar/Ledang Johor.

E. Email
norzakiahnza@gmail.com
norzakiahabdullah@yahoo.com

F. Kalau dah berkahwin , ada anak beri tahu berapa
Ooooo..mesti la dh kawin.
Kalau anak sendiri ada 5 orang (4 perempuan + 1 lelaki)
 ni pic anak2 ibu yg terkini.....

Tapi anak2 kucing kat belakang rumah tu ramailah..
Ada dlm 12 ekor..Boleh kira jugak ke????

G. Bekerja atau tidak
Kerja..Cikgu cabuk jerrr.....

H. facebook / twitter jika ada
 twitter xde lagi. Xgitu berminat.....

I. Dan saya nak url banner masing2 kalau tk de kita boleh buat 
yang simple2 just bg tahu saya ok ..—–> 
saya nk letak kan di blog kelab kita 
Xpandai la Bee nk wat banner nie....
Ada sapa2 nk tolong???????

Sekian,
Nor Zakiah Bt Abdullah
Ahli KSRS

Ok done!!!!!!!

p/s:
nnti tinggalkan link yg dh jadi ahli KSRS ye cz ibu nk
buat link khas utk kaum kerabat nie..Thanks....

About me