Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan

18 Julai 2023

Kerepek Daun Mulberi

 Kerepek daun mulberi rangup.

Assalamulaikum. Hari ini ibu nak share resepi kerepek mulberi.

Sebelum ni pernah dengar kawan-kawan cakap daun mulberi sedap dibuat kerepek. Teringin nak mencubanya. Memang ternyata sedap bagi peminat kerepek.

Daun mulberi

Buah mulberi

Resepi Mulberi


Resepinya :
Daun mulberi yang matang. Maksudnya tidak terlalu tua atau muda.
Tepung bestari- 1 cawan
Tepung gandum- 1 cawan
Minyak masak.

Cara-cara :
Panaskan 1 senduk kecil minyak masak.
Curahkan minyak panas ke dalam bancuhan tepung
Bancuh dengan air anggaran kepekatan membuat lempeng
Goreng dalam minyak panas.
Toskan.
Boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba



6 Oktober 2021

Resepi Ikan Celup Tepung

Assalamulaikum.
Bersua kembali.
Kali ni nak kongsi resepi feveret suami dan anak-anak.
Ikan goreng celup tepung.
Resepi ibu memang simple je.


Bahan :
1 kg ikan selayang
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam.

Cara-cara :
1.Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam.
2. Toskan ikan rebus.
3. Panaskan 1 senduk minyak.
4. Curah ke dalam bancuhan tepung-tepung tadi.
5. Kacau secepat mungkin sewaktu minyak masih panas.
6. Tambah air agar bancuhan menjadi cair ala-ala nak goreng pisang.
7. Celup ikan rebus satu persatu dan goreng ke dalam minyak panas. 

Selamat mencuba resepi versi ibu.

4 Oktober 2021

Resepi Patin Masak Tempoyak Simple

Resepi ni ibu dapat daripada Angah.
Angah a.k.a memang teror masak asam tempoyak.
Angah dapat resepi ni semasa belajar Asasi di UiTM Kuantan dulu.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin-sederhana
1 inci kunyit hidup
Seikat daun kesum
10 biji cili ( mengikut kepedasan masing-masing
1 cawan tempoyak
Garam dan perisa
5 cawan air

Cara-cara :
1. Tumbuk kunyit dan cili.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih.
4. Siap untuk dihidangkan.

Resepi cara ibu. Selamat mencuba.


2 Oktober 2021

Resepi Mandai

 Assalamulaikum.

Hari ini ibu nak share 1 resepi unik.
Kebetulan musim buah cempedak jadi ibu cubalah buat "mandai" yang menggunakan kulit cempedak.


Cara jeruk mandai :
Kulit cempedak ( anggaran 1 biji buah sederhana )
3 sudu besar garam
Air suam secukupnya.

1. Buang kulit cempedak yang berwarna hijau kekuningan.
2. Potong kuib atau ikut kesukaan.
3. Gaul bersama garam
4. Masukkan ke dalam balang.
5. Isi air suam separas kulit cempedak.
6. Jeruk selama 14 hari. Simpan di dalam kabinet. 
Maksudnya tempat gelap gitu.

Setelah 14 hari maka siapalah kejadian "mandai".

Ibu masak ikut suka hati jelah.
Biasalah resepi "derhaka" ibu ikut citarasa sendiri.

Resepi ibu :
1. Keluarkan "mandai".
2. Basuh bersih-bersih.
3. Potong nipis-nipis dan goreng garing.
4. Potong bawang hollen, bawang putih, lada besar,
5. Tumis bahan no 4.
6. Bolehlah masukkan alternatif lain seperti bilis @ udang @ sotong dan sewaktu dengannya.
7. Masukkan sedikit perisa dan mandai yang siap di goreng.
8. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba. 

Ni mandai yang ibu order dari jiran sekampung.


10 November 2020

Resepi Kerepek Peria Crispy

Assalamulaikum semua.
Hari ni ibu nak share kudapan feveret ibu.
Kudapan berkhasiat home made gitu.

Resepi Kerepek Peria Rangup

Bahan dan cara-caranya :
1. Peria katak-disagat nipis dan rendam dalam air garam dalam 5-10 minit dan toskan.
2. Gaulkan peria dengan tepung bestari (tepung kering tanpa dibancuh air ye).
3. Goreng di dalam minyak panas.

Selamat mencuba.

 

25 Julai 2020

Cara Mudah Membuat Telur Masin

Assalamulaikum semua.
Bersua kembali.
Kali ni ibu nak share cara memproses telur masin daripada telur ayam.

Bahan-bahan :
250 gram garam kasar-masakkan dengan air dan sejukkan.
10 biji telur ayam.
5-7 ulas bawang putih dihiris nipis-nipis.
10 biji cili dipotong-potong sedang.

Masukkan semua bahan-bahan di atas.
Biarkan selama 10-15 hari.

Ibu lebih suka goreng telur masing berbanding direbus.
Cara mengoreng :
1 biji telur masin
Setengah biji bawang hollen @ bawang besar.
Kacau sebati..kalau nak sedap hancur-hancurkan telur kuning sebelum digoreng
Goreng dan siap dihidangkan.

Selamat mencuba

16 Julai 2020

Resepi Mudah Kerepek Bayam Brazil

Assalamulaikum.
Bersua kembali dengan resepi simple ibu.
Kali ini cara nak buat kerepek bayam simple.


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bayam Brazil.

Cara-cara :
Bancuh tepung gandum dan tepung jagung + perasa
Panaskan 4 sudu besar minyak dan curahkan ke dalam bancuhan tepung.
Kacau sebati dan masukkan air secukupnya agar adunan menjadi agak pekat.
Masukkan bayam brazil dan gaul sebati.
Goreng ke dalam minyak panas.

15 Julai 2020

Resepi Murtabak Mini

Assalamulaikum semua.
Hari ini ibu nak kongsi murtabak mini yang selalu ibu fozen kan.
Meh kita tengok resepinya.


Bahan-bahan:
Kulit popia
Minyak masak
4 biji bawang hollen-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
4 sudu besar rempah kari daging-bancuh dengan air
5 biji telur ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumis bawang hollen + bawang putih dan rempah kari daging.
Bila naik minyak masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Guna 2 keping kulit popia setiap murtabak.
Lipat 4 segi dan gunakan air untuk lekatkan popia.
setelah siap bolehlah dibakar di atas kuali.
Gunakan sedikit minyak atau majerin semasa membakarnya.

Selamat mencuba.

13 Julai 2020

Resepi Kek Labu Sukatan Cawan

Assalamulaikum.....Bersua lagi.
Hari ni ibu nak share resepi Kek Labu.
Sukatan ikut cawan je ye.

Kek Labu...yang garis-garis hitam tu sebenarnya kek sponch yang berbaki kat rumah.
Nak elak membazir jadinya ibu potong-potong dan susun sekali dalam loyang.

Bahan-bahan :
Bahan A
2 cawan labu yang telah direbus dan dilenyekkan.
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula pasir
1 atau 2 biji telur
secubit garam
*kisar dalam mesin pengisar.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bancuh Bahan A dan Bahan B
Bakar pada suhu 180 darjah = 60 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)



26 Jun 2020

RESEPI TEMPOYAK GORENG SEDAP

Bersua kembali.
Hari ni ibu nak share resepi tempoyak goreng yang arwah Kak Long .

Bahan-bahan :

Bahan A
Minyak masak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sebatang serai
Cili padi ( ikut tahap kepedasan masing-masing)
*kisar semua bahan di atas. 
Ibu kisar menggunakan minyak masak dan sedikit air.
Serai tu nak titik pun lagi bagus. Ibu spesis malas so ibu kisar juga..

Bahan B
1 cawan tempoyak
Bilis
Gula 
Garam
Daun kunyit dihiris nipis ( jika ada)
Petai (jika ada)

Cara-cara :
1. Tumis bahan yang dikisar
2. Masukkan bahan-bahan B
3. Masak hingga agak kering.
Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas.

*Al fatihah (dibaca) untuk
 arwah K.long (Zalina Mahmood) dan
 abang long (Haji Hazli b Hj Hassan). 
Mereka berdua meninggal di usia 47thn dan 49tahun akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.



9 April 2016

Resepi Sambal Hitam Versi Ibu

Bila tekak teringin makan maka dengan gigihnya ibu bersilat kat dapur....
Meh intai resepi ibu yang simple....
Bahan2:

1/2 kg Belimbing Buluh
5-6 biji Bawang merah kecil
5 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili padi (kalau suka pedas lebihkan)
Segengam Ikan bilis yang telah kopek
1 cawan minyak untuk menumis
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara.
1. Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan bewarna hitam
2. Gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.
3. Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan sukar bersihkan.
4. Masukkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman dan belimbing jadi lembik.
(lebih kurang 2-3 jam)
5. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar atau dikisar
 ( blender kering/ food processor)
6. Kemudian kisar belimbing buluh dalam pengisar.
7. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk/kisar no 6.
8. Kacau hingga separuh masak dan masukkan belimbing kisar.
9. Masukkan garam dan gula serta sedikit kicap secukup rasa.

Sedap dimakan bersama nasi panas.....
Ibu simpan buat stok dalam petiais.
Memang tahan lama.

25 Mac 2016

Resepi Goreng Bayam Celup Tepung

Resepi versi ibu selalunya simple dan tidak mengikut piawaian.....
Main campak dan belasah je yang ada....he3x.

Cara ibu nak tarik minat anak-anak makan sayur dengan cara begini.
Biasanya ibu guna brokoli, bayam, terung, bawang hollen dan macam-macam lagi
sayur-sayuran yang sesuai untuk di celup tepung dan dijadikan kudapan.

Selain tu ibu gunakan tepung ni untuk goreng ikan dan tempe....

Meh intai resepi simple ibu:

Bahan-bahan:
Tepung gandum...
Tepung jagung
secubit soda bikarbonat ( jika ada)
2 senduk kecil Minyak masak yangdipanaskan
secubit garam
serbuk kunyit

Cara-cara :
Bancuhkan tepung gandum + tepung jagung+ serbuk kunyit + soda bikarbonat + garam.
Masukkan minyak masak yangsedang mendidih...
Kacau sebati dan tambah air untuk pastikan kepekatan yang seduai.
Kemudian masukkandaun-daun bayam tu dan digoreng dalam minyak yang panas.
Siap untuk dimakan.

22 Oktober 2015

Resepi Botok-botok yang Simple

Bersua kembali.
Fuh......lama jugak ibu menyepi dan hari ni ibu nak berkongsi resepi.
Ni bukan 'botok' untuk kecantikkan ye tapi sejenis makanan tradisional.
Ibu pun tak pasti ni makanan tradisi orang Jawa ke negeri  Johor....
Yang pasti sedap.

Meh kita intai resepi ibu.
Biasanya resepi ibu ni bukan 100% resepi asal.
Ibu lebih suka menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran je.
Kalau tak ada ibu abaikan.
Ulam-ulaman tu pun dari kebun mini belakang rumah ibu.....he3x


Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung ( dibuang kepalanya)
Daun pisang ( dilayur atas api untuk lembutkan)

Bahan A :(kisar hingga lumat)
Minyak masak
1 inci halia
3 hirisan lengkuas
2 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 sudu besar serbuk kari

Bahan B :
2 sudu kerisik
Santan kelapa
gula dan garam
asam keping/jawa

*semua dikisar dan tumis sampai naik minyak (Bahan A) dan masukkan bahan B.
Masak sampai kering.

Ulam-ulaman:
Apa2 saja yang sesuai mengikut citarasa.
Ibu guna pucuk ubi, pucuk betik, daun kunyit, daun cekur, pucuk cili
dan beberapa pucuk ulam.

Cara-cara :
Lapik daun pisang....
Masukkan lapisan ulam-ulaman.
Susun ikan.
Masukkan bahan tumis di atas.
Tutup daun pisang dengan kemas.
Kukus selama 30-40 minit.

Sedap dimakan dengan nasi panas.

6 Oktober 2015

Resepi Kulit Lembu

Dah lama ibu berhijrah ke neger Johor.
Sering terdengar rakan2 bercerita tentang keenakan kulit lembu ni.
Pada mulanya ibu rasa macam pelik jugak sebab sebelum ni tak pernah terfikir yang kulit lembu boleh makan.
Kalau kulit lembu tu digunakan buat kompang atau handbag pernah la ibu dengar.

Sejak tu ibu teringin sangat nak rasa.
Camne la agaknya rasa masakan berasaskan kulit lembu.

Akhirnya hajat tercapai bila seorang rakan ibu, cikgu Z beri pada ibu.
Rumit jugak prosesnya.
Menurut Z kulit tu perlu dijemur...dibakar...direbus sampai empuk.
Z beri ibu sekeping kulit yang dah siap dibakar dan dikikis untuk buang bulu2 halus.
Hitam semacam je.
Ibu rendam dalam air..bersihkan dan rebus di dalam periuk tekanan sampai empuk.

Meh tengok apa yang ibu kerjakan:

Dah empuk ibu toskan dan basuh lagi.
Potong kecik2.

Bahan-bahan masakan:
1 biji bawang hollen
2 ulas bawang putih
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
3 biji cili padi di ketuk.

Bahan2 tadi ibu potong nipis2.
Tumis dalam minyak panas.
Masukkan kulit lembu yang dah siap dipotong.
Masukkan garam dan serbuk perasa serta asam keping.

Sediaa dimakan dengan nasi panas.
Wah tak sangka rasanya macam kaki lembu.
Lembut dan kenyal. 
Sesuai dengan selera ibu yang minat dengan makanan exotik...he3x....

2 Oktober 2015

Resepi Kek Coklat Leleh Mudah

Meh intai resepi versi ibu:

Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan susu cair. Kalau tak ada stok susu cair guna 4 sudu susu tepung + 2 sudu susu pekat. Bancuh dengan air.
1 cawan minyak masak.
*bancuhkan semua bahan dan panaskan dalam periuk.
Pastikan api yang sederhana dan sentiasa dikacau.
Masak sekejap untuk pastikan bahan2 semua sebati.

Bahan B:
3 biji telur dipukul hingga kembang.

Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbinat
1 sudu besar baking powder
Secubit garam.

Satukan semua bahan A+B+C dan kacau sebati.
Sapu minyak ke dalam bekas dan masukkan adunan.
Kukus selama 40-60 minit.

Bahan untuk toping:
1/2 cawan susu pekat
2 sudu mentega
2 sudu serbuk koko.
Masak atas api sederhana dan sentiasa dikacau.
Setelah sebati tutup api.
Curahkan ke atas kek tadi.

26 September 2015

Resepi Laksa Johor versi Ibu

Jumpa lagi semua. 
Makin tebal sawang kat blog ibu...huhuhu.

Kali ni nak tepek resepi ibu yang sangat simple
dan ibu ni masak main belasah je.
Maaf ye rakyat jelata Johor sebab resepi ibu ni dah bercampur aduk ala-ala rojak...ha3x


Meh intai resepi ibu :
1/2 kg ikan selayang direbus bersama asam keping dan garam...(syissss...orang Johor guna ikan parang/tenggiri).
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 kotak santan
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
Sedikit lengkuas
Jintan dan ketumbar.

Ulam-ulaman dipotong halus:
Daun kaduk
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang hollen
dan pelbagai lagi ulaman yang disukai mengikut citarasa.

Cara-cara:
1. Kisar isi ikan dengan air..masukkan ke dalam periuk.
2. Tulang dan kepala ikan juga dikisar dan tapis.
Masukkan sekali ke dalam periuk.
3. Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
 4. Setelah ditumis, masukkan kesemua bahan2 tadi berserta santan.
Masak dalam api sederhana dan kacau supaya tidak berketul.
Siap untuk dihidangkan.

*Biasanya orNg Johor makan dengan spageti tapi ibu lebih suka laksa biasa.



21 September 2015

Resepi Sambal Kicap versi ibu.

Bersua lagi hari ini.
Kali ni ibu nak share cara menyediakan sambal kicap versi ibu.
Kat rumah ibu stok sambal kicap memang
sentiasa ada dalam petiais.
Anak-anak suka makan cicah goreng pisang, tempe goreng dan masuk dalam kuah sup.

Meh intai bahan2nya dan cara membuatnya:

Bahan-bahan A ( digoreng):
Segengam cili padi..
(ibu campur dengan lada besar sebab kami jenis tak tahan pedas)
5 labu bawang putih..memang nak kena banyak.
Sepokok daun sup ( petua untuk tambah keenakkan)
Minyak untuk mengoreng,
*goreng semua bahan di atas dalam minyak panas sampai layu.

Bahan B:
Setengah botol kicap manis (botol besar)
Air asam jawa/cuka secukup rasa.
2 senduk kecil gula..(kena banyak untuk likatkan sambal)
Secubit garam,

Cara-cara2:
Masuk semua bahan A dan B ke dalam mesin pengisar.
Pastikan sebati dan tuangkan dalam bekas.
Boleh simpan dalam petiais untuk tahan lama.

*ada orang masukkan bawang merah tapi versi ibu takde bawang merah ye. 
Terpulang pada citarasa masing2. 


10 April 2015

Resepi Churros Versi Angah

Kuih sangat simple tapi jadi kegemaran 5F.
Ibu pun tak pernah buat kuih ni sebab Angah yang perkenalkan.
Dan resepi ni diperturunkan kepada Naurah.....
Sebenarnya orang Melayu panggil kuih belimbing.
Tapi dah zaman moden ianya jadi nama lain kot.
Mungkin sebab bentuk pun dah macam stick.

Jom intai resepi:
Anak2 suka makan churros cicah sos coklat/nuttela

Resepi Churros :
2 cawan tepung
2 sudu besar butter
1 cawan air
secubit garam
gula secukup rasa.
essen vanila
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula icing


Cara-cara :
1. Panaskan air + butter + gula + garam
2. Tutup api dan masukkan tepung.
3. Kacau sebati.
4. Masukkan telur dan essen vanila dan uli sebati.
5. Masukkan ke dalam piping bag.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
7. Setelah diangkat, taburkan gula icing atau boleh dimakan dengan sos coklat.

14 Februari 2015

Resepi Perencah Ikan Bakar

Selamat berhujung minggu.
Sekarang ni weekend je ibu masak sejak Along ambil alih
 tugas memasak untuk lunch.
Sementara anak-anak dara ibu bercuti, 
bolehlah ibu goyang-goyang kaki..

Ok, jom kita tengok resepi perencah ikan bakar versi ibu.

Kali ni ibu bakar ikan tongkol 

Bahan :
Ikan tongkol / ikan kembung/ ikan cencaru.

Bahan-bahan kisar:
Segengam cili kering @ cili boh
1 biji bawang besar hollan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sepotong halia, lengkuas (jika ada)
2 batang serai dipotong
1sudu pes tomyam-jika ada
*kisar kesemua bahan di atas

gula dan garam
air asam jawa
hirisan daun limau purut

daun kesum.

1. Tumis bahan yang dikisar dalam minyak panas.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Sedikit air asam jawa/ asam keping.
4. Tumis hingga naik minyak.
5. Curahkan perencah ke atas ikan yang sedang dibakar.

p/s:
Tahniah Angah kerana dapat Anugerah Dekan dalam
exam sem lepas....*nnti ibu buat n3.

Hari ni banyak pulak jemputan kawin hingga ke Melaka

5 Februari 2015

Resepi Ringkas Percik Ayam

Salam rindu semua.
Alahai sekarang ni kesibukan makin mejadi-jadi.
Bersawang dah blog ibu.
1 minggu cuma sempat update 2-3  entri je....huhuhu.....

Petang-petang ni nak cerita tentang makan dan makan.....
Lama dah tak masak ayam percik versi mama.
Rindu masakan mama.
Sejak mama sakit dan tidak boleh berjalan ibu dah tak dapat rasai lagi air tangan mama...huhuhu...
Meh kita intai2 resepi :

Resepi Percik Ayam:

Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
1 kotak santan ( ibu ni seorang yang teramat tak rajin nak perah santan)
1 inci halia-kisar
3biji bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2-3 sudu besar tepung beras/tepung jagung/tepung gandum ( untuk pekatkan kuah)
serbuk cili 
asam keping
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
rebus potongan ayam, letakkan sedikit garam
biarkan separuh masak dan toskan.

Kuah/sos:
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali ayam.
2. kacau hingga pekat.
3. Panggang ayam..balik2kan.
4. Celup ayam ke dalam kuah dan panggang lagi.
5. Semasa menghidang, curahkan baki kuah ke atas ayam.

Selamat mencuba.

p/s:
tak sempat lagi nak siri jelajah ke blog rakan2....huhuhu.....


About me