Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label AB-KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AB-KELANTAN. Papar semua catatan

14 November 2016

Cuti-cuti Kelantan

Sempena cuti Deepavali ibu ambil kesempatan balik kampung.
Dah hampir 4 bulan ibu tak bersua dengan Abah dan Mama...
Rindu sangat-sangat.....

Kami bertolak sebelah petang Khamis 27.10.2016.
Hari Selasa kami dah balik semula ke Johor....
OTW balik kaami singgah tempat Beby di Kuantan.

Hari 1
Ibu lepak-lepak kat rumah je...
Layan makan nasi kerabu  + ikan keli goreng bercili....
Sembang-sembang dengan mamadan abah....
Terubat kerinduan....

Hari ke 2:
Kami ke Floating Market di Pulau Suri
Kisah lanjut klik SINI

Hari ke 3:
Ibu mengikuti kursus Umrah di Restauran Al-Khatiri.
Restauran ni terletak di Kubang Krian.
Kalau tak silap ibu milik warga Plastin yang telah berkahwin dengan warga tempatan.
Ibu ke sana untik menimba ilmu akhirat...
Banyak in-put yang ibu perolehi.
Lagipun adik ipar ibu merangkap CEO Tursina Travel menjemput ibu ke sana...
InsyaAllah....moga Allah permudahkan urusan dan
 semoga ibu sekeluarga dijemput Allah ke sana dalam masa terdekat.........

Nasi mandy kambing dan ayam yang sedap. 
1 meja untuk 10 orang = RM500
Berbaloilah kan sebab banyak.

Bergambar kenangan dengan Abah, Adik Atie dan BFF arwah kak long.
Terserempak dengan BFF arwah kak long ( kanan ).
Bergenang airmata kami bercerita kisah2 silam arwah....

Petangnya ibu sempat mengziarahi ibu saudara yang terlantar sakit.
Sayu hati melihatkan keadaan mummy....
Moga mummy cepat sembuh....

Hari ke 4 :
"Melawat kawasan "di persisir Rantau Panjang-Sg Golok...he3x
Rutin kalau balik kampung....
Kompleks imegresen yang sentiasa sesak dengan kereta.

Aktiviti "wajib"...bershopping sampai lebam.

Malamnya sambung shopping kat Aeon Kota Bharu pula.

Hari ke 6 :
OTW balik ke Johor mesti singgah beli keropok getel di Jertih, Terengganu.
Keropok goreng makan panas-panas memang sedap....nyum

LPT 2 yang sentiasa lengang....
Bertolak dari pukul 8.00 pagi dan tiba di Johor pukul 5.00 petang
9 jam perjalanan yang memenatkan....

4 November 2016

Floating Market di Pulau Suri

Bersua kembali setelah blog ibu bersawang....
Hari ni nak cerita tentang cuti-cuti Malaysia ibu semasa cuti Deepavali.

Ibu ambil kesempatan ke Floating Market yang terletak di Pulau Suri Tumpat, Kelantan.
Tempat ni baru sajadibuka lebih 2 bulan yang lalu.
Saja jelah pergi "melawat kawasan" konon...he.he.he....

Tumpat ke Pasir Mas lebih kurang 20+km je.
Kalau tak silap ibu ianya terletak di area Kampung Laut..Palekbang.
Tambang dari Jeti ke Pulau Suri sehala = RM5.


Posing dulu sebeluum menaiki sampan.......

Ibulah orang yang paling kuat menjerit setiap kali sampan bergoyang...khi.khi.khi....takut woooo.
Bayangkan kalau terbalik dan jatuh ke dalam muara sungai yang dalam tu...
Ha3x.......punya la penakut....
Perjalanan lebih kurang 20-25 minit bergantung kepada keadaan air....
Bot-bot peronda sentiasa ada memantau dan abam-abam polis tu pun baik-baik dan peramah.

Pemandangan di sepanjang pesisir muara.
Restauran Sri Tanjung.
Katanya ada masakan Thai.

Rumah penduduk kampung sepanjang muara sungai.

Pemandangan di Pulau Suri.
Dikelilingi pokok kelapa


Taraaaaa...dah selamat tiba di Pulau Suri.

Kecil je pulau ni.
Angaran boleh muat beberapa buah rumah je.
Cuma kami agak terperanjat bila sampai ke sana, kami dikenakan bayaran RM5 untuk seorang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Ramai juga pengunjung terperanjat dan merungut sebab prasarana belum ada apa-apa.
Tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.....
Sekadar ada tandas 2 pintu yang masih tidak sempurna....
Emmmm.......alang-alang dah sampai so kami bayar jelah.

 Ada beberapa deret sampan yang digunakan untuk menjual makanan.
Ala-ala floating market di negara jiran kita Thailand.


 Inilah cara membeli makanan.
Makanan dipanaskan dan bila siap di hulurkan dengan menggunakan galah yang ada bakul.
Lepas tu kita masukkan duit di dalam tu.
Harga makanan dipamerkan di depan sampan.



 Sedang menunggu order.....
Makanan di sini boleh tahan sedap dan harga pun berpatutan.
Kami order ketupat sotong, percik lokan, lokan bakar, mee celup, kuew tiew goreng, kerabu nipah
 ( sangat sedap...menyesal pulak beli 2 bekas je....emmm...1 tupperware bulat tu cuma RM3), air kelapa, keropok dll
Banyak lagi menu lain seperti sea food yang digoreng celup tepung.....

Lepas beli makanan kami makan kat meja yang disediakann.....

Perut kenyang...ibu dan anak-anak ambil kesempatan mencating batik.
Sempatlah sembang-sembang dengan tuan gerai ni.
Menurutnya Pulau Suri tu miliknya yang disewakan.....

 Along...farouk dan Naurah pun cuba mencating batik.

Lebih kurang 1 jam lebih je kami kat sini...
Masa untuk pulanggggggg........

Singgah di jeti ibu borong keropok yang rakan-rakan kirim.
Keropok keping memang terkenal di area Palekbang ni....
Sedap dan murah.


21 Jun 2016

Kisah Cuti Di Kelantan

Maaf lah ye terpaksa melayan n3 ibu yang agak berlapuk.
Ibu ni kalau buat n3 ikut mood.
Kalau datangnya kerajinan maka wujudlah 2-3 n3 tapi yang jadi masalahnya
 ibu peram dulu dalam draf.

Kisah cuti sekolah hari tu ibu balik ke Kelantan bermula 27.5.2016-5.6.2016.
Tak banyak aktiviti kali ni sebab ibu banyak habiskan masa menjadi Baby Sitter pada anak-anak saudara..klik SINI

Pintu gerbang yang buat hati ibu berbunga riang.....

 Ibu sempat pergi ke Pengkalan Kubur.
Beli alatan untuk raya kononnya..
At last barang-banrang tu tertinggal di kampung.....huhuhu....
Ni gambar depan kedai kawan ibu D.
Nadi Collection.
Juga rakan zaman persekolahan dulu.
Kalau sapa-sapa pergi Pengkalan Kubur bolehlah singgah sebab handbag kat kedai D
ni memang berkualiti tinggi dan cantik.....
D sendiri yang pergi obesi dan pilih rekabentuk terkini.
Dekat-dekat nak raya ni katanya stok baru dah sampai.....
Meh la ramai-ramai menjana pendapatan rakan-rakan kita....
Kalau nak diskaun cakaplah kawan D...he3x.....ok tak D?
p/s: Dapat diskaun tak untuk Y tolong promosi kedai D?...he3x...

 Sempat ibu meluangkan masa ber'dating' dengan BFF ibu Nie dan Yatie.
Kawan zaman persekolahan dan sampai sekarang kami masih rapat....
Itupun setelah anak-anak dah besar dan kami dah punya banyak masa terluang...
Bila jumpa tak sedar masa berlalu..
Rasa begitu pantas.
Terima kasih Nie belanja makan dan Yati bawakan roti jala dan popia sira yang sangat sedap.
Yati ni memang pakar dalam masakan....

Along, Angah, Ayah Yu dan Ayah Su pun berpeluang ber'dating'.
Lagi best 2F ni selalu dapat makan free sebab Ayah Yu dah kerja..
Pantang keluar pasti Ayah Yu akan belanja makan.
Ibu suka tengok kemesraan 2F dengan bapa saudara.
Umur mereka tak banyak beza dan keakraban mereka terjalin sampai kini...Alhamdulillah...

13 Jun 2016

Aktiviti Generasi Z dan Kelantan

Bersua kembali.
Cuti pertengahan penggal ibu sempat mengambil sedikit waktu pulang ke kampung.
Sempatlah 1 minggu bercuti di Kelantan.
Itupun ibu pulang berempat je.
Beby, Naurah dan Ayah sibuk dengan program mereka.
Mujur ada Along dan Angah jadi driver ibu.
Farouk macam biasa jadi bos kecik.

Kisah kali ni tentang aktiviti Generasi Z di kampung.
Kebetulan 2 orang anak saudara ibu dari KL pun balik bercuti.
Maka ibulah jadi baby sitter untuk 3 orang anak saudara + farouk.
Bukan main seronok mereka dapat berkumpul bersama...
tidur, makan, solat berjemaah dan lakukan aktiviti bersama-sama.
Usia pun lebih kurang je antara 9-13 tahun.
 Inilah aktiviti mereka.
Habiskan lebih 70 % dengan tab dan handphone.
Mengadap TV....
Rasanya kebanyakan anak-anak sekarang begitu kot.
Bila masing-masing mengadap gadget rumah atok pun sunyilah walaupun mereka berempat.
Emmmmm...ibu redha jelah.
Lagipun cuti sekolah....

Kemain kusyuk masing-masing.
Kalaulah baca buku macam tu kan bagus.
Mengalahkan bisnesman pulak.

 Seronok ibu tengok.
Farouk yang tak suka makan nasi pun bersemangat makan bersama-sama cousin-nya

Sebelah petang ibu wajibkan mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Main bola...badminton..main kejar-kejar.
Dengan gigihnya ibu siapkan 1 jug besar air + kudapan sepinggan besar.
Walaupun agak penat namun ibu rasa gembira sangat.......

Sejak kecil mereka tidak pernah bergaduh.
Sangat mesra dan akrab.
Harapan ibu agar hubungan kekeluargaan ini terus erat sampai bila-bila...InsyaAllah.


29 Februari 2016

Kelantan dan Keretapi

Bersua lagi dengan kisah #terobek lagi dan lagi.
Kisah semasa CNY...
Kami balik bercuti di kampung ibu.
 Alhamdulillah perjalanan di LPT 2 lancar tanpa ada kesesakan....

Rutin biasa bila ibu balik kampung.....
Pagi-pagi pergi ke RTC..
Dan ke WCH dan Rantau Panjang.
Tak banyak gambar sebenarnya.
Sekarang ni nak snap gambar pun dah malas....
Layan 4Farahs bershopping....Fuh....berpeluh ibu.

Aiskerim Baba yang hanya ada di Rantau Panjang.....

Aktiviti yang paling seronok buat kanak-kanak rebina masa cuti kali ni dapat naik keretapi.
Rasanya tahun terakhir ibu bawa 5F naik keretapi 9 tahun lepas.
Itu pun kami pergi ke KL dari Kota Bharu naik flight dan OTW balik
5F nak naik keretapi.....Buka main seronok mereka...
Cuti kali ni Ibu bawa Farouk dan anak saudara naik KTM.
Perjalanan dari Pasir Mas ke Tumpat..Tumpat ke Pasir Mas.
Tambang untuk 2 hala cuma RM2 seorang.
Sangat murah..dan selesa.
Ada aircond.....
Kalau naik kereta..Jarak antara Pasir Mas ke Tumpat lebih kurang 25KM kot.

 Perjalanan tak sampai 15 minit dan kami berhenti di 3 buah station.

Station terakhir di Tumpat.
Kami menunggu dalam 15 minit sahaja untuk berpatah balik ke pasir Mas.

Seminggu kami di Kelantan.
OTW balik Johor singgah di Jertih untuk beli keropok lekor......

9 Mac 2015

Pantai Cahaya Bulan

Kisah basi dan berlapuk jugak ni.
Kesibukan melanda membataskan ibu untuk buat n3 dan jejalan
ke blog rakan-rakan...emmm banyak cerita yang tertinggal.

Masa CNY ibu sekeluarga sempat balik ke Kelantan.
Seronok sangat rasa sebab 5F dapat bersama-sama..
Walaupun sekejap dapatlah ibu temankan mama sebab abah lebih 2 minggu berada di Mesir.
Menghabiskan masa berkualiti dengan orang-orang tersayang amat membahagiakan....

Anak-anak sempat pergi posing kat tepi pantai....


Mamalah teringin sangat nak makan sotong celup tepong.
1 pinggan sotong segar RM18.00.
Ibu order 3 cucuk udang RM30.00
Anak-anak pula nak makan pelbagai jenis seafood lain.
Ibu pun tak pasti berapa harga makanan tu sepinggan besar.
Kami minum air kelapa muda.
Yang tak bestnya air kelapa tu dah dituang masuk ke dalam gelas.....

Seronok tengok mama happy.
Walaupun dalam kepayahan berkerusi roda namun mama tetap gembira
bila bersama anak dan cucunya.......



26 Disember 2014

Menangis Dari Kejauhan

Hati mana tak risau dan sedih bila menyaksikan bencana alam
yang melanda negara kita sekarang terutama di negeri kelahiran
ibu,... Kelantan dalam keadaan semakin kritikal..
Lebih sedih bila ibu hanya mampu memandang dari kejauhan...
menyaksikan satu persatu rumah keluarga dan rakan-rakan ditenggelami air.
Menyaksikan penderitaan mangsa banjir yang terpaksa menderita..

Dan saat ini ibu telah terputus hubungan dengan mama, abah
serta adik-adik....juga dengan rakan-rakan rapat yang sering
update tentang keadaan mereka di sana....
Terputus akibat talian internet sudah tidak berfungsi...sudah masuk 3 hari
bekalan elektrik terputus....mungkin handphone dah kehabisan bateri.

Hati bertambah risau dengan keadaan mama
yang tidak sihat....kaki mama tidak mampu
melangkah seperti orang lain dalam kata lain lumpuh....penglihatan
mama kabur kerana penyakit kronik...
Makcik @mummy yang juga tidak berdaya melangkah kerana tidak sihat.
Rumah mereka juga mula dinaiki air.
Seorang makcik bersama keluarganya terperangkap di KL yang baru tiba dari Mekah.
Rumahnya telah ditenggelami air separas dada.

Rumah sepupu ibu dan rumah yang ibu bina disana juga mula dinaiki air.
Semua penduduk di situ diarah berpindah.

Ya Allah...hati bertambah risau
bila mendapat berita hampir 1000 orang
penduduk kampung ibu terpaksa berpindah
kerana air naik mendadak.
Sebelum ini kampung ibu tidak pernah banjir.

Bagaimanakah keadaan mereka di sana.
Ibu hanya mampu berserah pada Allah...
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar keluarga ibu
terutama abah dan mama serta adik2..rakan-rakan...dan mangsa banjir
lain sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah....amiin.

Gambar terakhir adik w.apps petang kelmarin...
"Kak, jangan risau...kami masih dalam keadaan selamat.....
Rumah abah/mama masih tidak ada tanda-tanda di landa banjir....
Tapi mereka terperangkap kerana jalan disekeliling telah dilimpahi air.

Sekitar Banjir di Pasir Mas 2014-Bandar tempat ibu dilahirkan
24.12.2014-Air sungai mula melimpah di bandar.....

Gambar pada 24.12.2014-Benteng di Dataran Air Muleh hampir pecah....

Seluruh bandar Pasir Mas telah dinaiki air....






26.12.2014-Air semakin deras melimpah melepasi benteng.....

 Sesungguhnya keadaan ini amat sukar bagi ibu namun ibu perlu kuat lalui semua ini...Hendak pulang tidak mungkin sama sekali.
Lapangan terbang jugak dinaiki air apatah lagi
jalan darat...
Ya Allah.....

Sama-samalah kita membantu setakat yang termampu....
Semoga ianya meringankan beban mangsa dan juga akan menjadi saham akhirat kita nanti...
InsyaAllah.


About me